Friday, August 2, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Warga UK disamun depan rumah

Posted: 02 Aug 2019 10:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga United Kingdom (UK) kerugian RM2,000 selepas disamun penjenayah bersenjatakan pisau ketika keluar dari kenderaan e-hailing di hadapan rumahnya di Taman United di sini, malam tadi.

35 akaun bank dibeku, wang tunai dan hartanah RM4 juta disita

Posted: 02 Aug 2019 10:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sejumlah 35 akaun bank dibekukan selain wang tunai dan hartanah berjumlah RM4 juta disita dalam serbuan terhadap rangkaian pengendali perniagaan perkhidmatan (MSB) wang haram di sekitar Lembah Klang dan Pulau Pinang.

Penyanyi rock popular tahun 90-an ditahan kerana dadah

Posted: 02 Aug 2019 10:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penyanyi kumpulan rock popular era 90-an ditahan kerana disyaki terbabit dengan kegiatan dadah di sebuah kabin di Taman Tenaga, Cheras di sini, kelmarin.

Man City tak sedia lepas Sane

Posted: 02 Aug 2019 10:00 AM PDT

LONDON: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola berkata pemain sayap Jerman, Leroy Sane tidak memohon untuk angkat kaki di sebalik minat yang ditunjukkan gergasi Bundesliga, Bayern Munich.

Tiada rakyat Malaysia terjejas dengan gempa di Banten

Posted: 02 Aug 2019 09:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia yang terkesan dengan gempa bumi di Banten, Indonesia, hari ini.

Lelaki patah kaki paragliding terhempas

Posted: 02 Aug 2019 09:25 AM PDT

DUNGUN: Seorang lelaki patah kaki kiri selepas paragliding yang dikendalikannya terhempas di atas batu benteng pemecah ombak selepas dipukul angin kencang di Pantai Teluk Lipat di sini malam ini.

Empangan hampir runtuh, ratusan penduduk Britain dipindahkan

Posted: 02 Aug 2019 09:11 AM PDT

WHALEY BRIDGE: Ratusan penduduk terpaksa dipindahkan dari sebuah kawasan di tengah Britain, semalam, ketika helikopter tentera digunakan untuk menghalang sebuah empangan daripada runtuh.

Man United pecah rekod beli Maguire

Posted: 02 Aug 2019 09:03 AM PDT

LONDON: Manchester United mencapai persetujuan dengan Leicester City untuk menandatangani pertahanan tengah, Harry Maguire dengan yuran perpindahan bernilai 80 juta pound (RM405.48 juta), lapor media British, hari ini.

Penduduk di kawasan Banten Indonesia diminta jauhi pantai

Posted: 02 Aug 2019 09:01 AM PDT

JAKARTA: Penduduk di Pandeglang, Banten, Jawa Barat diarah menjauhi kawasan pantai berikutan berlakunya kejadian gempa bumi bermagnitud 7.4 Skala Richter.

Wartawan Malaysia turut rasai gegaran gempa

Posted: 02 Aug 2019 08:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengarang Urusan Bernama, Mohd Nasir Yusoff yang ketika ini berada di Jakarta bersama delegasi Ikatan Setiawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) turut merasai gegaran gempa di Jakarta malam ini.

Jerebu: Kuala Terengganu catat IPU tidak sihat

Posted: 02 Aug 2019 08:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kuala Terengganu hari ini berada pada skala bacaan Indeks Pencemaran Udara tidak sihat, dengan catatan 111 setakat jam 6 petang tadi, mengikut data Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS).

Amaran tsunami Indonesia ditarik balik

Posted: 02 Aug 2019 08:51 AM PDT

BANTEN: Pihak berkuasa Indonesia menarik balik amaran tsunami, sebentar tadi, selepas satu gempa kuat yang melanda pesisir Pulau Jawa.

TFC mula langkah kanan

Posted: 02 Aug 2019 08:40 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Finalis Piala Malaysia musim lalu, Terengganu FC (TFC) menundukkan PKNS FC 3-1 pada aksi pertama Kumpulan A di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, sebentar tadi.

Sambutan Bulan Kebangsaan tahun ini amat bermakna - Gobind

Posted: 02 Aug 2019 08:38 AM PDT

MELAKA: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo, berkata sambutan Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang menjadi amat bermakna pada tahun ini kerana ia bermula di Melaka.

JDT menang, kehadiran penyokong hambar

Posted: 02 Aug 2019 08:35 AM PDT

JOHOR BAHRU: Juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT) memulakan kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan apabila menjinakkan UiTM FC 3-1 pada aksi Kumpulan B di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, sebentar tadi.

Usahawan perlu berintegriti, jujur

Posted: 02 Aug 2019 07:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Integriti dan kejujuran adalah nilai mulia yang harus dimiliki usahawan dan bukan hanya mengutamakan keuntungan dan perolehan kewangan semata-mata, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Jerebu: Bomba ambil langkah siap sedia

Posted: 02 Aug 2019 07:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan mengambil langkah berjaga-jaga dengan memberi tumpuan pada rondaan udara di kawasan hotspot berlakunya kebakaran terbuka bagi mengelakkan keadaan jerebu semakin buruk.

Bintang hoki negara kongsi ilmu

Posted: 02 Aug 2019 07:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain-pemain bintang dalam skuad hoki kebangsaan bakal mencurahkan ilmu mereka menerusi Program Pembangunan Sukan Hoki PDRM yang akan dijalankan di seluruh negara.

Jaket emas RM400,000 ilham pereka tempatan

Posted: 02 Aug 2019 06:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jaket emas yang dibuka pada harga permulaan RM400,000 untuk bidaan antara barangan yang mencuri perhatian ramai pada Festival Barangan Kemas Antarabangsa, Malaysia 2019 (MIJF2019).

Rakyat M'sia di Jakarta diminta berwaspada

Posted: 02 Aug 2019 07:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang berada di sekitar kawasan gempa bumi Indonesia diminta untuk mengambil langkah berjaga-jaga serta mengikuti arahan terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.

MRCB raih kontrak bekalan air dingin RM149.54 juta

Posted: 02 Aug 2019 07:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anak syarikat Malaysian Resources Corporation Bhd (MRCB), KD District Cooling System Sdn Bhd (KDDCS), meraih kontrak selama 25 tahun bernilai RM149.54 juta untuk membekalkan air dingin kepada Kwasa Utama Sdn Bhd (KUSB).

Penduduk diarah pindah susulan amaran tsunami

Posted: 02 Aug 2019 06:26 AM PDT

JAKARTA: Pihak berkuasa Indonesia menggesa penduduk berhampiran pantai agar berpindah ke kawasan tinggi selepas amaran tsunami dikeluarkan berikutan gempa bumi berukuran 7 magnitud melanda pulau Sumatera dan Jawa.

Tinggal Zii Jia kibar cabaran

Posted: 02 Aug 2019 05:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hanya tinggal pemain perseorangan, Lee Zii Jia mengibarkan cabaran Malaysia dalam kempen Terbuka Thailand selepas mara ke separuh akhir, hari ini.

TPM pantau perkembangan gempa di Indonesia

Posted: 02 Aug 2019 06:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengikuti rapat perkembangan gempa bumi bermagnitud 7.4 yang melanda Jakarta sebentar tadi.

Prayuth kutuk serangan bom di Bangkok

Posted: 01 Aug 2019 10:32 PM PDT

BANGKOK: Perdana Menteri Thailand, Prayuth Chan-o-cha hari ini mengutuk dalang di sebalik siri letupan bom di sekurang-kurangnya tiga lokasi di sini, ketika negara itu menjadi tuan rumah kepada persidangan menteri luar Persatuan Negara Asia Tenggara (ASEAN), yang turut disertai negara kuasa dunia.

Tiada rakyat Malaysia terbabit dalam letupan di Bangkok

Posted: 02 Aug 2019 06:28 AM PDT

PUTRAJAYA: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terbabit dalam beberapa siri letupan di Bangkok, Thailand, yang menyebabkan sekurang-kurangnya tiga orang awam cedera.

Tuah pukulan selubang Caitlyn

Posted: 02 Aug 2019 06:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. 

Peluang Zulkifli, Syahir belum tertutup

Posted: 02 Aug 2019 06:32 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Peluang dua tekong emas negara, Zulkifli Abd Razak dan Mohd Syahir Rosdi untuk kembali disenarai dalam skuad kebangsaan bagi temasya Sukan SEA di Filipina pada November depan masih belum tertutup.

Ryan Deedat, Kanda Khairul teruja nak jumpa peminat di JB

Posted: 02 Aug 2019 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua calon kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH Ke-32 (ABPBH 32), Ryan Deedat dan Kanda Khairul, teruja berpeluang menyertai siri jelajah acara itu buat kali pertama.

Hanya tawakal dan sebut nama Allah...

Posted: 02 Aug 2019 06:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Kejadian terlalu pantas menyebabkan saya dan lapan lagi individu lain hanya mampu bertawakal, mengucap dua kalimah syahadah sambil menyebut nama Allah ketika lif menjunam."

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template