Tuesday, August 20, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pembantu politik ADUN Balakong terima ugutan

Posted: 20 Aug 2019 10:48 AM PDT

KAJANG: Pembantu politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Wong Siew Ki, menerima ugutan daripada individu tidak dikenali, dipercayai ada kaitan dengan kempen bantah Jawi.

Anugerah Kecemerlangan Islam beri pengiktirafan berprestij

Posted: 20 Aug 2019 04:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Anugerah Kecemerlangan Islam yang berprestij bagi mengiktiraf ketokohan individu dan organisasi bakal diadakan buat julung kali pada 11 Disember depan.

Pakistan bawa kes pertikaian Kashmir ke ICJ

Posted: 20 Aug 2019 10:01 AM PDT

ISLAMABAD: Pakistan hari ini berkata pihaknya akan membawa kes pertikaian Kashmir dengan India ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).

Polis Negeri Sembilan buat laporan kenyataan peguam Ireland

Posted: 20 Aug 2019 09:27 AM PDT

SEREMBAN: Laporan polis dibuat berhubung kenyataan seorang peguam Ireland yang mendakwa keluarga Nora Anne Quoirin terbabit dalam kehilangan dan kematian remaja itu.

Individu bangkit isu perkauman terus ditangkap, tiada lagi amaran - KPN

Posted: 20 Aug 2019 09:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiada lagi amaran dikeluarkan terhadap pihak yang cuba membangkitkan sensitiviti perkauman, bangsa dan agama, sebaliknya mereka yang terbabit termasuk pemimpin politik akan disiasat dan ditangkap serta-merta, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Kedah bangkit di Darul Aman

Posted: 20 Aug 2019 08:44 AM PDT

ALOR SETAR: Peluang Kedah untuk melangkah ke peringkat suku akhir Piala Malaysia kembali cerah selepas menewaskan PKNS FC 3-2 pada aksi kumpulan A di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Seorang maut, 53 masuk hospital makan loaf daging tercemar

Posted: 20 Aug 2019 08:53 AM PDT

MADRID: Seorang warga emas berusia 90 tahun meninggal dunia dan 53 yang lain termasuk wanita hamil dikejarkan ke hospital di Sepanyol selepas memakan loaf daging tercemar, kata pegawai hari ini.

Dr Zakir dilarang ceramah semua medium - KPN

Posted: 20 Aug 2019 07:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penceramah bebas, Dr Zakir Naik, tidak dibenarkan memberi ceramah di semua medium, termasuk dalam media sosial, kata Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

Dr Zakir tak sepatutnya timbulkan masalah - Anwar

Posted: 20 Aug 2019 08:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pendakwah kontroversi, Dr Zakir Naik, sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan kerana mengekalkan status penduduk tetap (PR) miliknya yang diberikan oleh pentadbiran lalu.

Malaysia sambut baik kajian semula MAFTA, mahu keutamaan muktamad RCEP

Posted: 20 Aug 2019 08:32 AM PDT

CANBERRA: Malaysia menyambut baik kajian semula Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Australia (MAFTA).

Gempa bumi 6.3 magnitud landa Vanuatu

Posted: 20 Aug 2019 07:28 AM PDT

SINGAPURA: Gempa bumi berukuran magnitud 6.3 menggegarkan bahagian utara kepulauan Vanuatu di Pasifik Selatan, hari ini.

Polis India tahan 30 orang insiden baling batu di Kashmir

Posted: 20 Aug 2019 08:01 AM PDT

SRINAGAR: Pasukan keselamatan India menahan 30 orang di bandar utama Kashmir di sini, kata pihak berkuasa tempatan hari ini, tindakan bertujuan mengekang bantahan susulan keputusan kerajaan persekutuan melucutkan status autonomi wilayah itu.

Tabuena sasar kedudukan lebih baik golf PGM Northport

Posted: 20 Aug 2019 07:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain Golf dari Filipina, Miguel Tabuena mensasarkan kedudukan lebih baik pada Kejohanan PGM Northport ADT di Glenmarie Golf and Country Club di Shah Alam, yang bermula Rabu.

MOA lulus 150 AP import kubis bulat tahun ini

Posted: 20 Aug 2019 07:25 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) mengeluarkan 150 Permit Kelulusan (AP) bagi mengimport kubis bulat, tahun ini, dengan 63 syarikat tidak diperbaharui AP sebagai langkah pemutihan.

Pangu Plaza, pernah muncul dalam Transformer dilelong RM2.21 bilion

Posted: 20 Aug 2019 07:22 AM PDT

BEIJING: Sebuah bangunan pencakar langit di ibu kota China di sini yang dirampas daripada seorang jutawan tempatan dijual menerusi satu lelongan dalam talian hari ini dengan harga 5.18 bilion yuan (RM2.21 bilion), susulan skandal seks yang melingkari sebelum Sukan Olimpik 2008.

Gajah liar dipindah ke Hutan Simpan Royal Belum

Posted: 20 Aug 2019 06:58 AM PDT

BALING: Seekor gajah liar seberat dua tan yang ditangkap di Kampung Memali, di sini, Khamis lalu, berjaya dipindahkan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) ke Hutan Simpan Royal Belum, Gerik, Perak, hari ini.

Farina tekad bangkit selepas elaun dipotong

Posted: 20 Aug 2019 04:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemotongan elaun latihan akibat gagal mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) segera menyedarkan pelumba berbasikal trek negara, Farina Shawati Mohd Adnan untuk mempamerkan persembahan terbaik pada Grand Prix (GP) Piala Trek Asia Tenggara di Velodrom Nasional Nilai, bermula Khamis ini.

Peng Soon-Liu Ying bergelut sebelum mara pusingan ketiga

Posted: 20 Aug 2019 06:50 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dipaksa bekerja keras sebelum mengesahkan tempat ke pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2019 di Basel, Switzerland, sebentar tadi.

Pemain remaja perkukuh skuad bola jaring ke Sukan SEA

Posted: 20 Aug 2019 06:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kehadiran beberapa pemain bola jaring dari skuad remaja yang menjuarai Kejohanan Remaja Asia Julai lalu, diyakini mampu membantu skuad kebangsaan dalam misi mempertahankan pingat emas temasya Sukan SEA di Filipina, November ini.

PBAPP nafi berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual

Posted: 20 Aug 2019 06:25 AM PDT

GEORGETOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menafikan berlaku gangguan bekalan air tidak berjadual seperti mesej yang tular dalam aplikasi WhatsApp, sejak semalam.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Rumah kongsi perangkap maut

Posted: 20 Aug 2019 06:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tindakan sesetengah pemaju atau kontraktor menempatkan buruh binaan di bangunan yang masih dalam pembinaan, mendedahkan pekerja terbabit kepada pelbagai risiko kerana umpama tinggal dalam 'perangkap maut'.

OPPO kekal di kedudukan kedua di Malaysia

Posted: 20 Aug 2019 06:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketika pasaran telefon pintar berdepan kemelesetan berikutan masalah ekonomi global yang merudum, pengeluar telefon pintar global, OPPO meneruskan peningkatan pesat.

Utusan terus beroperasi, tapi terpaksa naik harga akhbar

Posted: 20 Aug 2019 06:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Utusan Melayu (M) Berhad (Utusan Melayu) tidak akan menutup operasi, sebaliknya meneruskan penerbitan akhbar Utusan Malaysia dan Kosmo! seperti biasa meskipun berdepan kemelut kewangan.

Selesaikan pelbagai isu berbangkit ikut keutamaan - Harussani

Posted: 20 Aug 2019 05:57 AM PDT

IPOH: Kerajaan harus menangani pelbagai isu yang berbangkit ketika ini mengikut keutamaan dan sejajar dengan kepentingan majoriti tanpa mengenepikan hak minoriti, kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

5 lelaki baling batu ditahan polis

Posted: 20 Aug 2019 03:20 AM PDT

SERI MANJUNG: Polis menahan lima lelaki dipercayai dalang kegiatan khianat membaling batu ke arah kenderaan sehingga menyebabkan cermin pecah di sekitar Ayer Tawar dekat sini, hari ini.

Icon Offshore lantik pengarah urusan baharu

Posted: 20 Aug 2019 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Icon Offshore Bhd (Icon) melantik Datuk Seri Hadian Hashim sebagai pengarah urusan baharunya berkuat kuasa 3 September 2019.

Ayam Aqina masuk pasaran Asia Barat tahun depan

Posted: 20 Aug 2019 12:18 AM PDT

PETALING JAYA: Pengeluar daging ayam kampung organik utama di Malaysia, Aqina Group of Companies (Aqina) akan mula mengeksport daging ayam keluarannya ke Asia Barat seawal separuh pertama tahun depan.

Biar polis siasat Dr Zakir - Kulasegaran

Posted: 20 Aug 2019 05:32 AM PDT

PUTRAJAYA: "Biar polis lakukan siasatan", demikian reaksi ringkas Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran ketika diminta mengulas mengenai permohonan maaf oleh pendakwah bebas, Dr Zakir Naik, hari ini.

EU tidak akan runding semula Brexit dengan Britain

Posted: 20 Aug 2019 05:16 AM PDT

BRUSSELS: Perdana Menteri Finland, Antti Rinne memaklumkan rakan sejawatannya dari Britain, Boris Johnson, bahawa Kesatuan Eropah (EU) tidak akan merunding semula perjanjian Brexit, kata seorang jurucakap pemimpin itu hari ini.

Henti main isu perkauman - Anwar

Posted: 20 Aug 2019 05:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak berhenti memainkan isu perkauman dan perkara asas yang termaktub dalam Perlembagaan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template