Wednesday, August 21, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pertandingan memancing DBKL tawar hadiah lumayan

Posted: 21 Aug 2019 10:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menganjurkan pertandingan memancing sempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertemakan 'Sayangi Malaysiaku: Malaysia Bersih' yang menawarkan hadiah keseluruhan wang tunai RM20,000, di Taman Tasik Permaisuri, Ahad ini.

Dr Siti Hasmah diumum 'Ibu Negara'

Posted: 21 Aug 2019 08:21 AM PDT

PETALING JAYA: Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, bersyukur dan kelihatan sebak serta hampir menitiskan air mata ketika berucap selepas diumumkan sebagai 'Ibu Negara' oleh Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) sebentar tadi.

Sukar buat Sanches, Boateng di Bayern

Posted: 21 Aug 2019 09:32 AM PDT

BERLIN: CEO Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge mengatakan Renato Sanches dan Jerome Boateng mungkin ditunjukkan jalan keluar dari Bayern Munich dengan memberitahu Sky Germany bahawa kedua-dua pemain itu berdepan kesukaran untuk berada dalam kesebelasan utama musim ini.

Haiqal, Nur Aliyah kuasai 200m temasya SIPMA 2019

Posted: 21 Aug 2019 08:32 AM PDT

BANGI: Jaguh pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi yang mewakili kontinjen Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) meraih pingat emas acara 200 meter temasya Sukan Institusi Pendidikan Malaysia (SIPMA) 2019 di Stadium Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sini semalam.

One Motorsports sertai Kejuaraan Rali Thailand

Posted: 21 Aug 2019 08:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selepas berjaya mengungguli Kejohanan Rali Malaysia (MRC) dua kali berturut-turut sejak 2017, pasukan One Motorsports kini menyahut cabaran untuk menyertai pusingan kedua Kejuaraan Rali Thailand 2019 di Phetchabun, Thailand bermula 23 hingga 25 Ogos ini.

The Cops ikat Red Giants

Posted: 21 Aug 2019 08:25 AM PDT

MELAKA: Misi meraih mata maksimum gagal diraih Selangor selepas sekadar terikat 2-2 berdepan PDRM pada aksi Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat sebentar tadi.

Media massa berperanan pupuk perpaduan, kekal keamanan - Amirudin

Posted: 21 Aug 2019 07:58 AM PDT

SUBANG: Media massa berperanan penting dalam usaha memupuk semangat perpaduan erat dan mengekalkan keamanan yang berterusan dalam kalangan rakyat termasuk di Selangor.

Lebih 2000 penduduk lari, 19 maut pertempuran di utara Myanmar

Posted: 21 Aug 2019 07:23 AM PDT

YANGON : Lebih daripada 2,000 penduduk terpaksa melarikan diri dari kediaman mereka manakala 19 lagi terbunuh sejak pertempuran meletus antara pasukan kerajaan dan pemberontak dari etnik minoriti di utara Myanmar minggu lalu, kata sumber kerajaan hari ini.

Saingan sengit di GP Trek Asia Tenggara

Posted: 21 Aug 2019 06:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Selain saingan jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom yang pastinya dinantikan ramai, perebutan gelaran ratu pecut pada Grand Prix Piala Trek Asia Tenggara esok juga tidak kurang menariknya.

Dokumen pemindahan milik hartanah

Posted: 21 Aug 2019 06:51 AM PDT

Pindah milik pemilikan hartanah berlaku bukan sahaja dalam kes jual beli. Proses pindah milik turut dilakukan apabila berlaku kematian pemilik, penceraian antara pasangan yang berkahwin, pemberian daripada ibu bapa kepada anak-anak, akibat kegagalan menyelesaikan hutang wang ringgit di mana hartanah telah diberi sebagai cagaran dan pelbagai sebab lagi.

MySC ganti HSN

Posted: 21 Aug 2019 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berbanding nama Hari Sukan Negara (HSN) yang sudah mula dikenali ramai, Kementerian Belia dan Sukan (KBS) membuat pengubahsuaian dengan menjenamakannya kepada Malaysia Sports Challenge 2019 (MySC'19) yang akan berlangsung sepanjang Oktober ini.

Antara MRTT dan MLTT, mana lagi bagus?

Posted: 21 Aug 2019 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Setiap pembiayaan rumah diwajibkan mengambil satu polisi takaful tambahan untuk melindungi pembiayaan antara pemegang polisi dan pihak bank.

8 maut, 26 hilang, hujan lebat di barat daya China

Posted: 21 Aug 2019 06:40 AM PDT

CHENGDU: Lapan maut manakala 26 lagi hilang selepas hujan lebat sejak semalam melanda rantau autonomi Aba Tibetan dan Qiang di barat daya wilayah Sichuan, China, kata pihak berkuasa hari ini.

Dendam Kian Meng-Pei Jing

Posted: 21 Aug 2019 06:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing mahu melunaskan dendam apabila bertemu pilihan keempat dari Thailand, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai pada aksi pusingan ketiga Kejohanan Badminton Dunia 2019, esok.

Serdang Angels, UiTM Lions mara separuh akhir

Posted: 21 Aug 2019 06:36 AM PDT

SERDANG: Dua kuasa ragbi institusi pendidikan tinggi (IPT), Serdang Angels dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan UiTM Lions (Universiti Teknologi Mara) menepati ramalan mara apabila ke separuh akhir Kejohanan Ragbi Super 8 IPT 2019 selepas tamat aksi peringkat kumpulan petang tadi.

Sunway Citrine Lakehomes dapat sambutan hangat

Posted: 21 Aug 2019 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sunway Citrine Lakehomes, projek terbaru di perbandaran Sunway Iskandar menerima sambutan menggalakkan apabila 277 unit kediaman bertanah itu habis dijual.

Subang Parade Bangunan Cekap Tenaga

Posted: 21 Aug 2019 06:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hektar Asset Management Sdn Bhd (Hektar) menerusi pusat beli-belah utamanya, Subang Parade muncul sebagai penerima tunggal di Anugerah Tenaga Kebangsaan (NEA) 2019 bagi kategori Bangunan Cekap Tenaga –sub kategori Bangunan Diubahsuai.

Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU gesa Anwar lawat kilang Lynas

Posted: 21 Aug 2019 03:57 AM PDT

KUANTAN: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, digesa melawat kilang memproses nadir bumi, Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) di Gebeng di sini, sebelum memberikan pandangan.

Tiada tindakan disiplin terhadap Mohamed Azmin - PKR

Posted: 21 Aug 2019 06:20 AM PDT

PETALING JAYA: Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, tidak akan dikenakan tindakan disiplin walaupun disahkan sudah beberapa kali tidak menghadiri mesyuarat parti termasuk Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

PDRM siasat maklumat berklasifikasi 'rahsia' tersebar

Posted: 21 Aug 2019 03:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu maklumat rasmi yang berklasifikasi 'rahsia', dikongsi dan disebarkan melalui aplikasi WhatsApp oleh pihak tertentu.

Kabinet secara prinsipnya bersetuju GoJek dilaksanakan

Posted: 21 Aug 2019 02:40 AM PDT

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini secara prinsipnya bersetuju terhadap cadangan mewujudkan perkhidmatan teksi motosikal, GoJek, di negara ini.

Premis gantung bendera terbalik terima surat tunjuk sebab

Posted: 21 Aug 2019 03:44 AM PDT

KUANTAN: Sebuah pusat pameran, jualan dan servis kenderaan di Sungai Isap di sini, diarahkan memberi penjelasan mengenai insiden memasang Jalur Gemilang terbalik, yang tular di laman sosial pada minggu lalu.

Dr Ahmad Parveez dilantik Pemangku KP MPOB

Posted: 21 Aug 2019 06:17 AM PDT

BANGI: Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melantik Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir sebagai Pemangku Ketua Pengarah MPOB berkuatkuasa 10 Ogos lalu.

MOA laksana langkah berterusan tingkat tadbir urus

Posted: 21 Aug 2019 06:13 AM PDT

KEMENTERIAN Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) sentiasa melaksanakan langkah secara berterusan dalam meningkatkan ketelusan dan tadbir urus yang baik bagi pemberian Kelulusan Kuota import (AP) serta proses pengimportannya.

Teliti semula SOP kemasukan penceramah bebas

Posted: 21 Aug 2019 06:10 AM PDT

PUTRAJAYA: Kerajaan akan meneliti semula prosedur operasi standard (SOP) sedia ada berkaitan kemasukan penceramah luar ke negara ini untuk berceramah.

China ancam sekat firma AS bekal senjata kepada Taiwan

Posted: 21 Aug 2019 05:30 AM PDT

BEIJING: China hari ini menempelak rancangan penghantaran besar-besaran senjata Amerika Syarikat (AS) kepada Taiwan dan mengancam untuk mengenakan sekatan terhadap firma yang terbabit dengan penjualan jet pejuang F-16 dari negara itu.

Hari Bersama Sportscar Porsche meriah

Posted: 21 Aug 2019 05:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai lebih 2,000 orang hadir untuk menyertai dan meraikan Hari Bersama Sportscar Porsche yang pertama kali di adakan di Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 3 Ogos lalu.

Speed Twin ikonik sepanjang zaman

Posted: 21 Aug 2019 05:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jika diminta menghuraikan Triumph dalam tiga perkataan, tentunya ia adalah gabungan ketepatan, kesenian dan kejuruteraan.

Mazda MX-5 RF baharu terima penambahaikan

Posted: 21 Aug 2019 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bagi yang menggilai model roadster sport Mazda, anda kini sudah boleh berkira-kira untuk mendapatkan Mazda MX-5 RF yang kini sudah tiba di pasaran Malaysia.

Kedah serah insentif buat Skuad Olimpik Khas

Posted: 21 Aug 2019 05:42 AM PDT

ALOR SETAR: Atlit skuad bola sepak kurang upaya negara yang menjuarai Kejohanan Antarabangsa Bola Sepak Khas Olimpik di Chennai, India, awal bulan lalu, menerima insentif RM500 seorang.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template