Tuesday, August 27, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Azar rasa bersalah dengan Umie

Posted: 27 Aug 2019 10:18 AM PDT

KUALA LUMPUR: Terpaksa berehat sehari akibat migrain dan dehidrasi, Azar Azmi diburu rasa bersalah apabila watak Permaisuri Cahya Tishakur dalam teater Pawana Isabella terpaksa diambil alih Datin Paduka Umie Aida secara 'bidan terjun', kelmarin.

'Dakwaan sabotaj KLIA amat serius' - KPN

Posted: 27 Aug 2019 09:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, menyifatkan dakwaan kemungkinan wujud tindakan berniat jahat hingga menjejaskan kelancaran operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) minggu lalu, sebagai amat serius.

Kelantan tumbang di Kota Bharu

Posted: 27 Aug 2019 09:14 AM PDT

KOTA BHARU: Kelantan menempah laluan sukar untuk layak ke separuh akhir apabila tewas 2-0 kepada Sarawak dalam saingan Piala Cabaran di Stadium Sultan Muhammad IV, malam tadi.

MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika Podul

Posted: 27 Aug 2019 09:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat Ribut Tropika (Podul) yang dijangka melanda kawasan perairan Sabah.

Satu mati, 2 parah nahas jalan raya

Posted: 27 Aug 2019 09:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pemandu maut, manakala dua lagi parah dalam kemalangan membabitkan tiga kereta dan sebuah motosikal di Kilometer 41 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Hulu Selangor, malam ini.

Nasim lancar Peugeot 3008 SUV Plus dan Peugeot 5008 SUV Plus

Posted: 27 Aug 2019 06:18 AM PDT

PETALING JAYA: Nasim Sdn Bhd (Nasim), pengedar rasmi kenderaan jenama Peugeot di Malaysia, melancarkan dua model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu iaitu Peugeot 3008 SUV Plus dan Peugeot 5008 SUV Plus.

Agong pukul beduk Masjid Istiqlal

Posted: 27 Aug 2019 04:19 AM PDT

JAKARTA: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan memukul beduk, satu alatan panggilan solat berusia 42 tahun di Masjid Istiqlal, masjid yang menjadi lambang keutuhan Islam di Indonesia.

Robben tak tolak kembali 'sarung but'

Posted: 27 Aug 2019 08:15 AM PDT

LONDON: Legenda Belanda, Arjen Robben tidak menolak kemungkinan keluar daripada persaraan.

Remaja maut 4 nahas kenderaan

Posted: 27 Aug 2019 08:11 AM PDT

KOTA BHARU: Seorang remaja maut selepas motosikal ditunggang terbabit dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Long Yunus, di sini petang tadi.

40 maut, bot karam di Libya

Posted: 27 Aug 2019 08:09 AM PDT

GENEVA: Kira-kira 40 orang dikhuatiri maut atau hilang selepas sebuah bot membawa pendatang menuju ke Eropah dilaporkan karam di luar pantai Libya, manakala 60 lagi berjaya diselamatkan, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Orang Pelarian (UNCHR), hari ini.

Pelakon ditahan bantu siasatan kes tipu

Posted: 27 Aug 2019 07:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon lelaki ditahan hari ini, bagi membantu siasatan kes penipuan membabitkan seorang penerbit bergelar Datuk.

SMK Landas dibadai ribut

Posted: 27 Aug 2019 07:49 AM PDT

KUALA BERANG: Dua blok bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Landas, Ajil di sini, rosak akibat dipukul ribut kira-kira jam 3 petang tadi.

China tolak kenyataan G7 sentuh isu Hong Kong

Posted: 27 Aug 2019 06:02 AM PDT

BEIJING: China semalam menolak keras kenyataan bersama yang dikeluarkan pemimpin G7 yang menyokong autonomi Hong Kong sekali gus menggesa keamanan dicapai selepas berbulan berdepan tunjuk perasaan.

Ruang pejabat pensyarah Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran UM terbakar

Posted: 26 Aug 2019 06:43 PM PDT

KUALA LUMPUR: Ruang pejabat pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya (UM), musnah dalam kebakaran, awal pagi tadi.

Kementerian Kesihatan akan pantau sarapan percuma murid sekolah

Posted: 26 Aug 2019 10:11 PM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan akan memantau penyediaan makanan percuma kepada murid sekolah rendah yang akan dilaksanakan Kementerian Pendidikan, tahun depan.

Mangsa sempat telefon beritahu motosikal terbabas

Posted: 27 Aug 2019 01:44 AM PDT

SEREMBAN: Pembonceng, Anismalina Jamaludin, 20, sempat menghubungi bapa Mohammad Idham Baharudin, 20, untuk memaklumkan motosikal ditunggang mereka terbabas di Kilometer 269.9 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, malam tadi, sebelum kedua-duanya maut dirempuh lori.

Penyelidik UKM muncul saintis pertama pengarang jurnal Nature Materials

Posted: 27 Aug 2019 03:41 AM PDT

BANGI: Penyelidik Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektrik (IMEN), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul sebagai pengarang utama jurnal tersohor dunia, Nature Materials.

Henti ambil kesempatan mempolitikkan isu Zakir Naik - Mujahid

Posted: 27 Aug 2019 07:06 AM PDT

BANGI: Pihak-pihak tertentu perlu berhenti mempolitikkan dan mengambil kesempatan atas isu pendakwah bebas, Dr Zakir Naik.

Peruntukan kebajikan RM2.6 juta diserah kepada guru KAFA

Posted: 27 Aug 2019 07:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peruntukan kebajikan RM2.6 juta diserahkan kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) seluruh negara bagi membantu meringankan beban golongan itu.

Iskandar Malaysia peroleh pelaburan komited RM16.75 bilion

Posted: 27 Aug 2019 07:02 AM PDT

JOHOR BAHRU: Iskandar Malaysia memperoleh pelaburan komited berjumlah RM16.75 bilion bagi separuh pertama tahun ini (1H 2019), menyumbang kepada pelaburan komited kumulatif berjumlah RM302.09 bilion dari 2006 hingga Jun 2019.

Jerebu pulih, dua sekolah di Johor dibuka semula esok

Posted: 27 Aug 2019 05:53 AM PDT

JOHOR BAHRU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Adang yang ditutup sementara semalam dan hari ini, akan dibuka semula esok berikutan jerebu dan asap kebakaran semakin pulih.

Empat petani mohon MB campur tangan

Posted: 27 Aug 2019 02:46 AM PDT

IPOH: Empat petani yang diarahkan keluar dari tanah seluas 22 hektar yang diusahakan mereka di Kuala Kuang, Chemor, dekat sini, memohon campur tangan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, agar dapat kekal bertani di situ.

Pemandu GoJek ancam kepung kedutaan Malaysia di Jakarta

Posted: 27 Aug 2019 06:23 AM PDT

JAKARTA: Pemandu GoJek mengancam untuk mengadakan demonstrasi di Kedutaan Besar Malaysia di sini, bagi membantah terhadap satu dakwaan penghinaan terhadap profesion itu oleh pengasas dan penasihat sebuah syarikat teksi Malaysia.

Untung bersih Affin Bank melonjak lebih sekali ganda

Posted: 27 Aug 2019 06:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Affin Bank Bhd melonjak 112.85 peratus kepada RM156.03 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2019, berbanding RM73.31 juta yang dicatatkan pada tempoh sama tahun lalu.

FAM lantik pakar psikologi

Posted: 27 Aug 2019 06:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedia melantik pakar psikologi sekiranya langkah itu mampu menguatkan mental pemain menghadapi sebarang kemungkinan ketika aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 menentang Indonesia, 5 September ini.

Spurs mampu jinakkan Arsenal - Moura

Posted: 27 Aug 2019 06:30 AM PDT

LONDON: Lucas Moura menegaskan Tottenham lebih kuat berbanding musim lalu dan bersedia membuktikannya dengan menundukkan Arsenal buat pertama kali dalam kempen Liga Perdana sejak 2010, hujung minggu ini.

Permohonan Riza Aziz pindah kes ke Mahkamah Tinggi, 23 September ini

Posted: 27 Aug 2019 01:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 23 September ini bagi pendengaran permohonan pembelaan untuk memindahkan kes membabitkan anak tiri bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Riza Shahriz Abdul Aziz, yang didakwa lima pertuduhan dalam pengubahan wang haram berjumlah AS$248 juta (RM1.25 bilion), lapan tahun lalu, dipindahkan dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Jangan emosi dengan isu khat, Jawi - Maszlee

Posted: 27 Aug 2019 04:22 AM PDT

GEORGETOWN: Kementerian Pendidikan meminta semua pihak bersikap rasional berhubung isu pengenalan tulisan khat dan Jawi dalam subjek Bahasa Melayu bagi murid Tahun 4, yang akan dilaksanakan tahun depan.

Nuramirah terkejut dipilih pemain terbaik di Belanda

Posted: 27 Aug 2019 04:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyerang hoki meningkat naik, Nuramirah Syakirah Zulkifli menganggap kejayaan memperoleh anugerah pemain terbaik Kejohanan Empat Penjuru di Groningen, Belanda, kelmarin sebagai penghormatan terbesar sepanjang kariernya.

Iran penjara 2 pengintip Israel

Posted: 27 Aug 2019 02:52 AM PDT

TEHRAN: Iran menjatuhi hukuman penjara 10 tahun ke atas dua individu termasuk seorang warga British yang memiliki dua kerakyatan selepas didapati bersalah mengintip untuk Israel, kata badan kehakiman hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template