BH Online - Terkini |
- PBB arah Bosnia bayar mangsa rogol perang
- Van Dijk Pemain Terbaik Eropah
- Myanmar tidak bersungguh terima kembali Rohingya
- Kamera pengintip canggih ditemui dalam pejabat - Presiden Mexico
- Undian Liga Juara-Juara
- Ramai cedera, Zidane minta sokongan
- Kerajaan negeri arah kaji semula garis panduan pembangunan cerun
- Tengkorak, tulang ditemui dalam kebun getah
- Pengurup wang rugi hampir RM120, 000 disamun
- Piagam UMNO-PAS hanya janji politik - Wan Azizah
- Kabinet kekal kecuali ada peletakan jawatan - PM
- Kerjasama strategik PTPTN bantu peminjam cari pekerjaan
- 2 suspek kes bunuh suami isteri ditahan
- Hati-hati buat kenyataan, jangan rosakkan imej parti - Tun M
- Perbincangan kerana bimbang isu perkauman
- 'Paria' bukan tuju kepada sesiapa - PM
- Saya sokong apa sahaja keputusan kakak - Neelofa
- China terus aktif bangunkan Iraq
- Syukur bukan sakit barah - Awie
- Aaron-Wooi Yik sedar kekuatan Indonesia, Thailand
- Tiga syarikat minyak sawit beroperasi di Borneo disiasat
- Anak bunuh ibu, goreng otak dalam kuali
- Prof Dr Azizan dilantik semula sebagai Ketua Pengarah IKIM
- Mohamed Sharil dilantik Pengerusi BDB
- Bukan bas mini lama - Rapid Bus
- Ringgit ditutup rendah
- PH perlu dengar rakyat jika mahu terus jadi kerajaan
- Impian Izzat lanjut pengajian ke USM akhirnya tercapai
- Bencana besar bakal melanda kemanusiaan - Draf laporan PBB
- Ahli Majlis MPAG positif ganja
| PBB arah Bosnia bayar mangsa rogol perang Posted: 29 Aug 2019 10:55 AM PDT SARAJEVO: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengarahkan Bosnia membayar pampasan kepada seorang wanita yang dirogol seorang tentera, ketika perang dan menyediakan skim pampasan jenayah perang, selepas kes pertama keganasan seks dibawa kepada Jawatankuasa Menentang Penyeksaan PBB. |
| Van Dijk Pemain Terbaik Eropah Posted: 29 Aug 2019 10:33 AM PDT MONACO: Pertahanan tengah Liverpool, Virgil van Dijk memenangi Anugerah Pemain Lelaki Terbaik UEFA sebentar tadi, mengatasi Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. |
| Myanmar tidak bersungguh terima kembali Rohingya Posted: 29 Aug 2019 10:21 AM PDT DHAKA: Bangladesh menuduh Myanmar seolah-olah 'tidak bersungguh-sungguh' menerima kembali pelarian Rohingya, ketika pertikaian kedua-dua negara itu kian hangat ekoran kegagalan terbaharu penghantaran pulang minoriti Muslim tanpa kewarganegaraan terbabit. |
| Kamera pengintip canggih ditemui dalam pejabat - Presiden Mexico Posted: 29 Aug 2019 10:28 AM PDT MEXICO CITY: Presiden Mexico, Manuel Lopez Obrador mendedahkan satu 'kamera canggih' ditemui dalam pejabatnya, namun beliau tidak bimbang kerana tidak mempunyai apa-apa yang perlu disembunyikan. |
| Posted: 29 Aug 2019 04:09 AM PDT MONACO: Penyandang juara, Liverpool akan berdepan Napoli dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara buat musim kedua berturut-turut manakala Barcelona berada dalam kumpulan paling sukar dalam undian di Monaco sebentar tadi. |
| Ramai cedera, Zidane minta sokongan Posted: 29 Aug 2019 09:23 AM PDT MADRID: Pasukan dibelenggu kecederaan, Real Madrid akan berkunjung ke Villarreal dalam saingan La Liga awal pagi Isnin nanti untuk bangkit selepas kecewa seri di laman sendiri berdepan pasukan kerdil, Real Valladolid hujung minggu lalu. |
| Kerajaan negeri arah kaji semula garis panduan pembangunan cerun Posted: 29 Aug 2019 08:43 AM PDT GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan agensi berkaitan mengadakan perbincangan segera bagi menaik taraf garis panduan pembangunan cerun sedia ada. |
| Tengkorak, tulang ditemui dalam kebun getah Posted: 29 Aug 2019 08:41 AM PDT BATU GAJAH: Tengkorak dan tulang manusia ditemui dalam di kebun getah Kampung Changkat Belingkor, Batu Gajah petang tadi. |
| Pengurup wang rugi hampir RM120, 000 disamun Posted: 29 Aug 2019 07:56 AM PDT KUALA SELANGOR: Empat lelaki bersenjatakan parang melarikan wang tunai hampir RM120,000 dari premis pengurup wang di sebuah pasar raya di Alam Jaya, Jeram, di sini, pagi semalam. |
| Piagam UMNO-PAS hanya janji politik - Wan Azizah Posted: 29 Aug 2019 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Piagam UMNO-PAS hanya satu perjanjian politik semata-mata untuk kepentingan parti politik berkenaan. |
| Kabinet kekal kecuali ada peletakan jawatan - PM Posted: 29 Aug 2019 06:34 AM PDT PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan barisan Jemaah Menteri sedia ada kekal kecuali ada menteri yang meletakkan jawatan. |
| Kerjasama strategik PTPTN bantu peminjam cari pekerjaan Posted: 29 Aug 2019 07:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan tiga agensi bagi membantu peminjam mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian. |
| 2 suspek kes bunuh suami isteri ditahan Posted: 29 Aug 2019 07:12 AM PDT SHAH ALAM: Empat hari selepas mayat seorang wanita ditemui disumbat dalam beg pakaian dan dicampak dalam parit di Persiaran Kuala Selangor, Seksyen 27, di sini, mayat suaminya pula ditemui petang tadi. |
| Hati-hati buat kenyataan, jangan rosakkan imej parti - Tun M Posted: 29 Aug 2019 06:44 AM PDT PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) supaya berhati-hati membuat kenyataan dan pengumuman supaya tidak merosakkan imej parti. |
| Perbincangan kerana bimbang isu perkauman Posted: 29 Aug 2019 06:58 AM PDT KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perbincangan beliau bersama Penasihat DAP, Lim Kit Siang, minggu lalu adalah mengenai kebimbangan berhubung isu perkauman. |
| 'Paria' bukan tuju kepada sesiapa - PM Posted: 29 Aug 2019 06:47 AM PDT PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, menegaskan penggunaan perkataan 'paria' dalam kenyataannya kepada media selepas menyempurnakan Persidangan Pelancongan Dunia (WTC) 2019 di Kuala Lumpur baru-baru ini tidak ditujukan kepada sesiapa. |
| Saya sokong apa sahaja keputusan kakak - Neelofa Posted: 29 Aug 2019 06:26 AM PDT KUALA LUMPUR: "Nabila sudah mengharungi pelbagai dugaan (dalam hidup), jadi tidak adil untuk saya menghakimi fasa yang sedang dilaluinya ketika ini. |
| China terus aktif bangunkan Iraq Posted: 29 Aug 2019 06:24 AM PDT NEW YORK: Duta China di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata kerajaan Beijing akan terus aktif membangunkan semula Iraq sambil menekankan masyarakat antarabangsa perlu memenuhi komitmen mereka membantu Iraq. |
| Syukur bukan sakit barah - Awie Posted: 29 Aug 2019 06:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Awie, reda apabila dikhuatiri mengidap kanser perut hingga perlu menjalani ujian klinikal di sebuah hospital, di sini, November tahun lalu. |
| Aaron-Wooi Yik sedar kekuatan Indonesia, Thailand Posted: 29 Aug 2019 05:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Pasangan beregu nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik tampak berpijak di bumi nyata apabila bercakap soal peluang mereka di Sukan SEA Filipina 2019. |
| Tiga syarikat minyak sawit beroperasi di Borneo disiasat Posted: 29 Aug 2019 05:57 AM PDT JAKARTA: Polis Indonesia sedang menyiasat tiga syarikat minyak sawit yang disyaki memulakan kebakaran di pulau Borneo, susulan kenyataan pencinta alam sekitar bahawa kerja pembersihan hutan sedang giat dijalankan bagi aktiviti perladangan. |
| Anak bunuh ibu, goreng otak dalam kuali Posted: 29 Aug 2019 05:54 AM PDT CHHATTISGARH (INDIA): Seorang pemuda membunuh ibunya dengan kejam menggunakan sebilah kapak, sebelum menggoreng otak wanita malang itu di dalam kuali untuk dimakan. |
| Prof Dr Azizan dilantik semula sebagai Ketua Pengarah IKIM Posted: 29 Aug 2019 05:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Prof Dr Azizan Baharuddin, dilantik semula oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebagai Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) selama dua tahun mulai 1 September 2019 sehingga 31 Ogos 2021. |
| Mohamed Sharil dilantik Pengerusi BDB Posted: 29 Aug 2019 05:20 AM PDT ALOR SETAR: Bina Darulaman Berhad (BDB) mengumumkan pelantikan Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi sebagai Pengerusi baharu berkuat kuasa 1 September ini. |
| Bukan bas mini lama - Rapid Bus Posted: 29 Aug 2019 05:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Bas mini yang akan diperkenalkan semula di ibu negara bukan seperti bas mini merah jambu lazimnya digunakan warga kota 25 tahun lalu, yang kerap padat dengan penumpang dan tidak berhawa dingin. |
| Posted: 29 Aug 2019 05:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dengan keadaan kemelut perdagangan AS-China yang menimbulkan peningkatan kebimbangan dalam kalangan peniaga mengenai kelembapan ekonomi dunia. |
| PH perlu dengar rakyat jika mahu terus jadi kerajaan Posted: 29 Aug 2019 05:26 AM PDT GOMBAK: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) perlu peka terhadap masalah dan kemahuan rakyat jika mahu terus kekal sebagai kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang. |
| Impian Izzat lanjut pengajian ke USM akhirnya tercapai Posted: 29 Aug 2019 05:24 AM PDT GUA MUSANG: "Syukur, sumbangan pelbagai pihak dan individu persendirian sudah cukup untuk membolehkan saya melanjutkan pengajian ke Universiti Sains Malaysia (USM)," kata Muhammad Izzat Amran Ibrahim, 20, ketika ditemui di rumahnya di Kampung Limau Kasturi, di sini hari ini. |
| Bencana besar bakal melanda kemanusiaan - Draf laporan PBB Posted: 29 Aug 2019 05:16 AM PDT PARIS: Manusia patut bersedia untuk kesan teruk alam semula jadi dalam tempoh beberapa kurun akan datang daripada lautan dan zon beku Bumi, menurut draf laporan besar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). |
| Ahli Majlis MPAG positif ganja Posted: 29 Aug 2019 04:42 AM PDT MELAKA: Seorang Ahli Majlis di Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dikesan positif ganja selepas tampil menyerah diri, malam tadi. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment