Saturday, August 3, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PSG tewaskan Rennes raih Trofi Juara

Posted: 03 Aug 2019 11:16 AM PDT

SHENZHEN, China: Kylian Mbappe menampilkan aksi majis ketika Paris Saint-Germain mengutip kejuaraan pertama musim baharu dengan kemenangan 2-1 pada saingan Trofi Juara Perancis mengatasi Rennes di Shenzhen, sebentar tadi.

Kedah bermula garang

Posted: 03 Aug 2019 11:07 AM PDT

SEREMBAN: Kedah bermula langkah kanan apabila menewaskan Negeri Sembilan 3-1 dalam aksi pembuka tirai Kumpulan A Piala Malaysia, di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, sebentar tadi.

Gempa bumi lemah di Beluran

Posted: 03 Aug 2019 11:05 AM PDT

BELURAN: Satu gempa bumi lemah berukuran 3.2 pada skala Richter dikesan berlaku di daerah ini pada pukul 11.31 malam tadi.

Ribuan pengunjung ibadat Hindu lari dari Kashmir

Posted: 03 Aug 2019 11:03 AM PDT

SRINAGAR: Ribuan pelancong, pengunjung ibadat dan pekerja mula meninggalkan Kashmir, susulan satu amaran kemungkinan serangan militan yang dikeluarkan kerajaan tempatan wilayah itu.

Festival Sayangi Lahad Datu landasan perkenal Lahad Datu Destinasi Pelancongan

Posted: 03 Aug 2019 11:01 AM PDT

LAHAD DATU: Festival Sayangi Lahad Datu 2019 berupaya menjadi landasan terbaik untuk memperkenalkan Lahad Datu sebagai destinasi pelancongan yang wajar dikunjungi di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Kilang kitar semula masih tak serik

Posted: 03 Aug 2019 10:48 AM PDT

SUNGAI PETANI: Kilang kitar semula sisa plastik import haram sekitar daerah ini, dipercayai tidak serik dengan tindakan penguatkuasaan yang diambil apabila masih meneruskan kegiatan pelupusan secara haram.

Sambutan meriah pelancaran Bulan Kebangsaan, Kibar Jalur Gemilang 2019

Posted: 03 Aug 2019 07:33 AM PDT

MELAKA: Lebih 30,000 orang menghadiri sambutan pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2019 Peringkat Kebangsaan bertemakan 'Sayangi Malaysiaku : Malaysia Bersih' di lokasi laungan keramat 'Merdeka' di padang Dataran Pahlawan, Bandar Hilir di sini, malam ini.

Tok Gajah benam Pulau Pinang

Posted: 03 Aug 2019 08:18 AM PDT

KUANTAN: Pahang bangkit daripada ketinggalan untuk mencatat kemenangan 3-1 ke atas Pulau Pinang di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.  

Hajat PKNP FC raih 3 mata lebur

Posted: 03 Aug 2019 08:14 AM PDT

PETALING JAYA: Impian PKNP FC meraih kemenangan pada aksi pertama Kumpulan B saingan Piala Malaysia lebur apabila tewas 2-1 kepada PJ City FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, sebentar tadi.

FELDA United ikat Selangor

Posted: 03 Aug 2019 08:10 AM PDT

SHAH ALAM: FELDA United membuktikan betapa julukan 'The Fighters' sememangnya tepat buat mereka apabila bangkit daripada ketinggalan dua gol untuk mengikat Selangor 2-2 pada aksi pertama Kumpulan D di Stadium Shah Alam, sebentar tadi.

Bekas KP JPJ meninggal dunia

Posted: 03 Aug 2019 08:07 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Nadzri Siron meninggal dunia akibat penyakit leukimia malam ini.

Usia 18 tahun boleh jadi menteri

Posted: 03 Aug 2019 07:59 AM PDT

MELAKA: Pindaan Perlembagaan bagi menurunkan had umur kelayakan mengundi kepada 18 tahun yang diluluskan Dewan Rakyat dan Dewan Negara, memberi kelayakan kepada golongan itu menyertai pilihan raya, seterusnya berpeluang dipilih sebagai wakil rakyat dan menteri.

PGA tahan 13 warga Bangladesh

Posted: 03 Aug 2019 07:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 13 warga Bangladesh ditahan Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih kerana menyeludup masuk negara ini secara tidak sah, hari ini.

Verstappen raih petak pendahulu GP Hungary

Posted: 03 Aug 2019 07:42 AM PDT

HUNGARORING, Hungary: Max Verstappen meraikan kedudukan petak pendahulu pertamanya selepas sesi kelayakan di Grand Prix Hungary, sebentar tadi.

Jemaah gaduh dalam masjid setuju berdamai

Posted: 03 Aug 2019 07:19 AM PDT

SANDAKAN: Polis sudah mengambil keterangan kedua-dua pihak yang terbabit dalam satu pergaduhan bersama aksi tumbuk menumbuk di sebuah masjid di Kampung Tinusa, Batu 7, di sini semalam.

Ancaman pecah-belahkan perpaduan matangkan rakyat - Dr Mahathir

Posted: 03 Aug 2019 07:22 AM PDT

MELAKA: Rakyat Malaysia semakin matang menilai dan membuat pendirian apabila berdepan ancaman pihak tertentu yang mahu memecah-belahkan perpaduan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

McPhee sambar barisan depan GP Republik Czech

Posted: 03 Aug 2019 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba Moto3 PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee memulakan pusingan pertama separuh kedua musim 2019 di Grand Prix (GP) Republik Czech dengan langkah positif apabila bakal memulakan perlumbaan di Litar Brno dari barisan depan, esok. 

B-15 seri berdepan Laos

Posted: 03 Aug 2019 06:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rekod bersih skuad bawah 15 tahun negara (B-15) berakhir selepas terikat 1-1 menentang Laos pada aksi keempat Kejuaraan B-15 AFF 2019 di Chonburi, petang tadi.

Zii Jia tewas di separuh akhir Terbuka Thailand

Posted: 03 Aug 2019 06:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Impian pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia untuk mara ke pentas final sulungnya tahun ini musnah apabila tumbang kepada pemain Taiwan, Chou Tien Chen di separuh akhir Terbuka Thailand, sebentar tadi.

Kerosakan set janakuasa diesel punca gangguan di Tioman

Posted: 03 Aug 2019 05:57 AM PDT

KUANTAN: Kerosakan sebahagian set janakuasa diesel di Stesen Janaelektrik Pulau Tioman, Rompin, menjadi punca gangguan bekalan sejak seminggu lalu.

Pengantin cemas khemah kenduri diterbangkan angin

Posted: 03 Aug 2019 05:54 AM PDT

PETALING JAYA: Hujan lebat disusuli dengan ribut menyebabkan lima khemah kenduri diterbangkan angin dalam kejadian di Blok D Pangsapuri Damansara Bistari, di sini, pagi tadi.

Jangan buang bayi, ada keluarga angkat perlu - Dr Wan Azizah

Posted: 03 Aug 2019 05:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bayi luar nikah tidak seharusnya dibuang sebaliknya boleh diselamatkan dan diberi perlindungan kepada keluarga angkat yang amat memerlukan bayi berkenaan, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

7 maut, 13 hilang, dua bot terbalik di Filipina

Posted: 03 Aug 2019 05:47 AM PDT

MANILA: Sekurang-kurangnya tujuh maut dan 13 dilaporkan masih hilang selepas dua bot terbalik semasa angin kencang dan laut bergelora di Filipina, hari ini.

Penunjuk perasaan Hong Kong sekat jalan, terowong utama

Posted: 03 Aug 2019 05:42 AM PDT

HONG KONG: Penunjuk perasaan anti kerajaan di Hong Kong meletakkan penghadang di sebuah daerah membeli-belah popular dan menghalang satu terowong utama, petang semalam, sebagai penentangan terhadap amaran keras China yang menyebabkan bandar itu dilanda krisis.

Khairul Hafiz makin hampiri masa kelayakan Sukan SEA

Posted: 03 Aug 2019 05:39 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelari pecut negara, Khairul Hafiz Jantan semakin menghampiri masa kelayakan ke Sukan SEA Filipina bagi acara 100 meter (m) selepas merekodkan 10.50 saat (s) pada Kejohanan Olahraga Terbuka Kuala Lumpur ke-32, hari ini.

Mafia tembak mati 5 tahanan di Mexico

Posted: 03 Aug 2019 12:47 AM PDT

Celaya: Sekumpulan lelaki bersenjata menyerbu masuk ke dalam sebuah balai polis sebelum membunuh lima tahanan di tengah Mexico, menurut pihak berkuasa tempatan.

Politik punca Melayu, umat Islam berpecah - Tun M

Posted: 03 Aug 2019 05:31 AM PDT

MELAKA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata perpecahan yang berlaku dalam politik menjadi punca masyarakat Melayu dan umat Islam di negara ini lemah dan tidak bersatu padu.

Keputusan perkenal seni khat, tulisan Jawi muktamad - PM

Posted: 03 Aug 2019 05:09 AM PDT

MELAKA: Keputusan kerajaan untuk memperkenalkan seni khat dan tulisan Jawi bagi mata pelajaran bahasa Melayu Tahun Empat adalah kekal, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kalau belum guna susu itu tolong pulangkan - Pemilik treler

Posted: 03 Aug 2019 05:10 AM PDT

BACHOK: "Kalau sudah jadi darah daging sebab sudah terminum, saya halalkan tapi kalau masih belum guna susu itu, tolong pulangkan," kata pemilik treler, Azizan Zainudin, 57.

Jelajah ABPBH 32 di Komtar JBCC

Posted: 03 Aug 2019 04:54 AM PDT

Rindu peminat terhadap siri jelajah Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) terubat apabila sesi bertemu penyokong dan persembahan artis sempena edisi ke-32 di Komtar JBCC, Johor Bahru, mendapat sambutan hangat.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template