Saturday, August 31, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Remaja maut, 9 cedera serangan pisau di Perancis

Posted: 31 Aug 2019 10:37 AM PDT

LYON: Seorang lelaki berusia 19 tahun maut dan sembilan mangsa lain cedera dengan tiga daripadanya serius dalam serangan pisau berhampiran bandar Lyon, Perancis, semalam.

4 maut helikopter terhempas di Norway

Posted: 31 Aug 2019 10:30 AM PDT

OSLO: sekurang-kurangnya empat maut, seorang hilang dan seorang lagi cedera, selepas sebuah helikopter awam terhempas di utara Norway, semalam, kata perkhidmatan penyelamat.

Wanita terperangkap dalam pembetung

Posted: 31 Aug 2019 09:51 AM PDT

KOTA BHARU: Pasukan bomba menyelamat seorang gadis yang terperangkap dalam pembetung lebih 30 minit di hadapan Sekolah Kebangsaan Mentuan, di sini, semalam.

Man City ceria, Chelsea terus kempunan

Posted: 31 Aug 2019 09:45 AM PDT

LONDON: Manchester City merampas kedudukan teratas Liga Perdana hasil kemenangan 4-0 terhadap Brighton, malam tadi ketika Chelsea terus hampa apabila diikat seri oleh Sheffield United.

Kekacauan di Hong Kong bertukar ganas

Posted: 31 Aug 2019 09:27 AM PDT

HONG KONG: Polis Hong Kong melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air, semalam dan penunjuk perasaan pro demokrasi membaling bom petrol dalam pertembungan terbaharu.

Penyudah Man United tumpul - Solskjaer

Posted: 31 Aug 2019 09:21 AM PDT

SOUTHAMPTON: Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui skuad kendaliannya 'tumpul' di depan gawang selepas terikat 1-1 dengan Southampton di Stadium St. Mary, malam tadi.

Leclerc terpantas kelayakan GP Belgium

Posted: 31 Aug 2019 09:18 AM PDT

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium: Charles Leclerc merangkul petak utama Grand Prix (GP) Belgium apabila merakam catatan terpantas sesi kelayakan dengan Ferrari mendominasi barisan depan.

Pementasan Pawana Isabella disambung

Posted: 31 Aug 2019 09:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Persembahan teater Pawana Isabella yang mendapat sambutan hebat penonton akan disambung selama empat hari lagi, bermula 13 September ini.

Melancong sambil seludup benih spesies endemik

Posted: 31 Aug 2019 08:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu melindungi benih buah-buahan yang tergolong dalam spesies endemik kerana tinjauan BH mendapati ia diseludup dengan mudah dan dijual di pasaran gelap.

Teksi motosikal Thailand ceroboh sampai Changlun

Posted: 31 Aug 2019 08:45 AM PDT

BUKIT KAYU HITAM: Perkhidmatan motosikal tambang di sempadan Malaysia-Thailand, dilihat relevan untuk dilaksanakan di negara ini jika dilihat kepada permintaan yang tinggi terhadap khidmat sedemikian.

Utamakan kesamaan antara semua kaum - Tokoh Maal Hijrah Selangor

Posted: 31 Aug 2019 08:10 AM PDT

SHAH ALAM: Umat Islam perlu mengutamakan kesamaan dengan masyarakat bukan Islam bagi mengelakkan perpecahan dalam kalangan rakyat di negara ini.

Warga Myanmar bunuh rakan senegara ditahan

Posted: 31 Aug 2019 07:40 AM PDT

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki Myanmar yang disyaki membunuh rakan serumahnya ketika bergaduh di sebuah asrama pekerja di Dataran Otomobil, Seksyen 15, Khamis lalu.

Mohamad Adzib Tokoh Maal Hijrah Selangor 1441H

Posted: 31 Aug 2019 07:32 AM PDT

SHAH ALAM: Bekas Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Setia Mohamad Adzib Mohd Isa, dipilih menjadi Tokoh Maal Hijrah Peringkat Selangor, malam ini.

Golongan ibu Cali jalankan misi cari anak yang hilang

Posted: 31 Aug 2019 07:27 AM PDT

CALI (COLOMBIA) : Mereka menaiki setiap bas yang ada dan meredah kesibukan orang ramai sambil menggantung poster orang kesayangan yang hilang, sebagai peringatan bahawa konflik Colombia masih belum berakhir walaupun perjanjian keamanan sudah ditandatangani sejak 2016.

Southampton hampakan Man United

Posted: 31 Aug 2019 07:10 AM PDT

SOUTHAMPTON: Manchester United dinafikan kemenangan pertama di gelanggang lawan dalam aksi Liga Perdana musim ini apabila diikat 1-1 oleh Southampton yang beraksi 10 pemain di Stadium St Mary, sebentar tadi.

Terkilan tak sempat selamatkan dua beradik

Posted: 31 Aug 2019 06:52 AM PDT

SEPANG: "Saya sangat sedih dan terkilan kerana gagal selamatkan dua beradik walaupun mereka sempat berpaut pada badan saya."

Agong turun dari kenderaan periksa mangsa kemalangan

Posted: 31 Aug 2019 06:11 AM PDT

SHAH ALAM: Sikap keprihatinan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, tidak dapat dinafikan lagi apabila kali ini Seri Paduka bertindak turun dari kenderaan rasmi untuk memeriksa keadaan seorang mangsa kemalangan, berhampiran persimpangan USJ, Lebuhraya Utara Selatan Hubungan Tengah (ELITE), petang ini.

Dua individu ditahan kes gantung bendera terbalik

Posted: 31 Aug 2019 06:22 AM PDT

LANGKAWI: Polis menahan dua individu termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes sebuah premis perniagaan di pekan Kuah, di sini yang didakwa memasang Jalur Gemilang dan bendera Kedah secara terbalik.

Zidane tak panik

Posted: 31 Aug 2019 06:21 AM PDT

MADRID: Zinedine Zidane menegaskan hubungannya dengan Presiden Real Madrid, Florentino Perez sentiasa utuh dan dia gembira dengan kualiti skuad kendaliannya menjelang tempoh akhir jendela perpindahan, Isnin ini.

Belia Palestin ditembak mati Zionis, lebih 100 lagi cedera

Posted: 31 Aug 2019 06:13 AM PDT

GAZA: Seorang penduduk Palestin yang cedera dalam pertempuran dengan tentera Israel di sempadan Gaza meninggal dunia, hari ini, menurut kementerian kesihatan wilayah terkepung itu.

12 maut, 50 cedera letupan kimia di barat India

Posted: 31 Aug 2019 05:32 AM PDT

NEW DELHI: sekurang-kurangnya 12 orang maut dan kira-kira 50 mangsa lain cedera, selepas beberapa letupan di sebuah kilang bahan kimia di negeri Maharashtra, barat India, hari ini.

Permaisuri Agong berkenan buat demonstrasi masakan cucur durian

Posted: 31 Aug 2019 05:27 AM PDT

PUTRAJAYA: Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berkenan mencemar duli berangkat ke Floria Diraja Putrajaya 2019 bagi membuat demonstrasi masakan cucur durian Musang King.

Pesta Wau Antarabangsa Kelantan dapat sambutan

Posted: 31 Aug 2019 05:19 AM PDT

Foto Nik Abdullah Nik Omar

Lelaki curi AS$50.75 terlepas hukuman penjara seumur hidup

Posted: 31 Aug 2019 04:48 AM PDT

NEW YORK : Hakim mahkamah di Alabama mengarahkan seorang lelaki yang merompak AS$50.75 (RM213.43) dari sebuah bakeri dibebaskan dari hukuman penjara seumur hidup.

Gavin gegar golf Masters Eropah Omega

Posted: 31 Aug 2019 04:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain profesional negara, Gavin Kyle Green mencuri tumpuan dalam kalangan bintang golf dunia apabila mendahului pusingan kedua Kejohanan Golf Crans-sur-Sierre di Crans Monta, Switzerland, hari ini.

Jonathan rangkul emas GP Terbuka Dunia Handisport

Posted: 31 Aug 2019 04:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Atlet lompat jauh paralimpik negara, Jonathan Wong Kar Gee mencipta kebanggaan apabila memenangi pingat emas di Kejohanan Olahraga Paralimpik Grand Prix (GP) Terbuka Dunia Handisport Paris, Perancis, hari ini.

Dataran Putrajaya meriah

Posted: 30 Aug 2019 05:28 PM PDT

PUTRAJAYA: Ribuan pengunjung membanjiri Dataran Putrajaya di sini sejak jam 5 pagi tadi bagi memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan 2019.

Dua beradik dikhuatiri lemas

Posted: 31 Aug 2019 04:18 AM PDT

SEPANG: Dua beradik dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus ketika mandi di muara Sungai Sepang, Bagan Lalang, dekat sini, hari ini.

Saya reda jika perpisahan yang dipinta - Sharnaaz

Posted: 31 Aug 2019 03:34 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon, Sharnaaz Ahmad, 34, menerima dengan penuh reda andai perpisahan menjadi jalan akhir menamatkan kemelut melanda rumah tangganya bersama Noor Nabila.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template