Monday, August 5, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Memanah compound raih empat emas di Taiwan

Posted: 05 Aug 2019 09:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad memanah negara mendapat tonik terbaik menjelang Sukan SEA 2019 Filipina, November ini apabila membidik empat daripada lima pingat emas yang ditawarkan dalam acara compound pada pusingan kedua Piala Asia 2019, di Taiwan semalam.

14 maut, 21 cedera kemalangan bas di Bolivia

Posted: 05 Aug 2019 09:37 AM PDT

LA PAZ: Empat belas maut dan 21 lagi cedera apabila bas yang membawa doktor sukarelawan dari La Paz ke utara Bolivia terbabit dalam kemalangan, kata kerajaan negeri semalam.

7 keluarga tinggal sehelai sepinggang

Posted: 05 Aug 2019 09:32 AM PDT

KOTA BHARU: Tujuh keluarga tinggal sehelai sepinggang selepas tujuh rumah musnah dalam kebakaran di Kampung Dusun Muda di sini, sebentar tadi.

Bukan diculik atau dilarikan - polis

Posted: 05 Aug 2019 07:48 AM PDT

SEREMBAN: Polis menolak dakwaan media antarabangsa yang melaporkan remaja perempuan warga Ireland yang hilang sejak pagi semalam di sebuah resort di Pantai di sini, akibat dilarikan atau diculik.

EAC adakan mesyuarat kali kelima, bincang pelbagai cadangan

Posted: 05 Aug 2019 08:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Majlis Tindakan Ekonomi (EAC), hari ini, mengadakan mesyuarat kali kelima bagi membincangkan cadangan yang boleh dilaksanakan segera untuk menggiatkan semula aktiviti perniagaan dan merancakkan pelaburan domestik.

Adrian ganti Mignolet di gawang Reds

Posted: 05 Aug 2019 08:25 AM PDT

LONDON: Liverpool menandatangani bekas penjaga gol West Ham, Adrian susulan perpindahan Simon Mignolet ke kelab Belgium Club Bruges, kata kelab Liga Perdana Inggeris itu hari ini.

Menyamar sebagai wanita cuba lari dari penjara

Posted: 05 Aug 2019 07:52 AM PDT

RIO DE JANEIRO: Banduan bertopeng di bandar raya Rio de Janeiro cuba lari dari penjara hujung minggu lalu dengan memakai pakaian wanita dalam tindakan nekad tetapi berjaya dipatahkan pihak berkuasa penjara negeri.

Remaja maut tercampak keluar dari kereta

Posted: 05 Aug 2019 07:46 AM PDT

GOMBAK: Seorang remaja maut apabila tercampak keluar dari kereta dipandu bapanya dalam kemalangan di Kilometer 438.2 Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) dari arah Sungai Buaya menuju Rawang, di sini, hari ini.

Pemegang saham Handal luluskan pengambilalihan BorneoSea bagi RM25.5 juta

Posted: 05 Aug 2019 07:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Handal Resources Bhd telah mendapat kelulusan pemegang saham untuk mengambil alih 408,000 saham, mewakili 51.0 peratus pegangan ekuiti, dalam Borneo Seaoffshore Engineering Sdn Bhd (BorneoSea) pada harga RM25.5 juta.

Media punca serangan di El Paso, Dayton - Trump

Posted: 05 Aug 2019 07:41 AM PDT

WASHINGTON: Presiden Donald Trump menyalahkan apa yang digelarnya 'Berita Palsu' kerana memupuk 'kemarahan dan keganasan' susulan dua kes tembakan yang meragut 29 nyawa, satu daripada kejadian itu dianggap sebagai keganasan domestik.

Suhu di Makkah dijangka cecah 50 darjah

Posted: 05 Aug 2019 07:28 AM PDT

RIYADH: Suhu ketika musim Haji tahun ini dijangka mencecah 50 darjah Celsius pada beberapa hari tertentu.

MGB rancang pembangunan di Cameron Highlands dengan GDV RM107 juta

Posted: 05 Aug 2019 07:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Unit syarikat perkhidmatan pembinaan dan pembangunan bersepadu MGB Bhd telah memeterai perjanjian usaha sama (JVA) bagi pembangunan projek hartanah di Cameron Highlands, Pahang dengan nilai pembangunan kasar (GDV) kira-kira RM107 juta.

Zii Jia sasar aksi suku akhir

Posted: 05 Aug 2019 06:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki nombor satu negara, Lee Zii Jia mensasarkan persaingan di suku akhir Kejuaraan Dunia di Basel, Switzerland yang dijadual berlangsung dari 19 hingga 25 Ogos ini. 

KPDNHEP kumpul input, cadangan belia tangani isu kos sara hidup

Posted: 05 Aug 2019 02:14 AM PDT

PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengadakan dialog dengan wakil gabungan belia seluruh negara bagi mendapatkan input dan idea dalam menangani isu kos sara hidup dalam kalangan golongan muda.

Malaysia B-15 juara kumpulan

Posted: 05 Aug 2019 06:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad muda negara menamatkan saingan Kumpulan B Kejuaraan Bawah 15 tahun (B-15) AFF 2019 di Chonburi dengan keputusan seri 1-1 menentang tuan rumah Thailand hari ini.

Man United pecah rekod beli Maguire

Posted: 05 Aug 2019 06:41 AM PDT

LONDON: Harry Maguire menjadi pemain pertahanan termahal di dunia selepas Manchester United menandatanganinya pada harga 80 juta pound (RM409.2 juta) hari ini.

Bursa akan nyahsenarai syarikat dari China, CSL dan Xingquan

Posted: 05 Aug 2019 06:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia Securities Bhd telah memutuskan untuk nyahsenarai dua syarikat yang berpangkalan di China, China Stationery Ltd (CSL) dan Xingquan International Sports Holdings Ltd (Xingquan) pada 16 Ogos, kerana melanggar syarat penyenaraian di bursa.

329,000 disekat masuk Makkah kerana tiada permit

Posted: 05 Aug 2019 06:17 AM PDT

JEDDAH: Lebih 329,000 dihalang memasuki Makkah sejak awal musim haji kerana ketiadaan permit, kata gabenor bandar suci itu, Putera Khalid Al-Faisal, semalam.

Mayat reput ditemui

Posted: 05 Aug 2019 06:02 AM PDT

LAHAD DATU: Riadah sekumpulan remaja di Kampung Telisai, dekat Tungku di sini terbantut apabila mereka menemui satu mayat reput terdampar di pesisir pantai berkenaan, semalam.

Pensijilan RSPO Kompleks Serting dikembalikan semula kepada FGV

Posted: 05 Aug 2019 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Panel Aduan (CP) Rundingan Meja Bulat Minyak Sawit Lestari (RSPO) menarik balik penggantungan Kompleks Serting dan mengembalikan semula pensijilan RSPO kepada FGV Holdings Bhd (FGV) berkuat kuasa hari ini.

Amaran taufan, lawatan kerja PM ke Jepun disingkatkan

Posted: 05 Aug 2019 06:06 AM PDT

FUKUOKA (Jepun): Lawatan kerja Tun Dr Mahathir Mohamad ke Fukuoka, Jepun, disingkatkan kepada dua hari berbanding jadual awal tiga hari, sebagai langkah berwaspada susulan amaran ribut taufan, menurut pegawai dari Pejabat Perdana Menteri.

3 lelaki curi komponen motosikal berkuasa tinggi dicekup polis

Posted: 05 Aug 2019 06:04 AM PDT

GEORGETOWN: Tiga lelaki yang mencuri komponen motosikal berkuasa tinggi di sebuah hotel dekat Jalan Maccalum, di sini dicekup polis petang semalam.

Doktor, pakar jual laporan perubatan - PERKESO

Posted: 05 Aug 2019 05:56 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) mengesan kegiatan rangkaian sindiket membabitkan doktor dan pakar kesihatan yang menjual laporan perubatan untuk memastikan tuntutan pampasan difailkan pencarum mendapat kelulusan mudah.

Arab Saudi pintas dron Houthi

Posted: 05 Aug 2019 05:34 AM PDT

RIYADH: Pertahanan udara Arab Saudi berjaya memintas dron pemberontak Yaman yang mensasarkan lapangan terbang awam, kata tentera bersekutu diketuai Riyadh, ketika kem pemberontak melakukan serangan rentas sempadan.

Buat laporan jika kena bayar cukai pintu

Posted: 05 Aug 2019 05:32 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Penduduk kediaman persendirian di negeri ini yang menerima arahan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membuat pembayaran cukai pintu diminta membuat aduan mengenainya kepada kerajaan negeri.

Serangan udara di Libya ragut 43 nyawa, 51 cedera

Posted: 05 Aug 2019 05:30 AM PDT

TRIPOLI: Serangan udara dron oleh tentera di timur Libya ke atan bandar Murzuq di selatan negara itu mengorbankan 43 orang, kata pegawai hari ini.

Saya mula curiga dengan Jho Low pada 2014 - Joanna Yu

Posted: 05 Aug 2019 05:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Perhubungan Ambank, Joanna Yu, mula curiga dengan ahli perniagaan dalam buruan, Jho Low atau Low Taek Jho, ketika mereka menjalankan urusan transaksi akaun bank bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada 2014.

India batal autonomi khas Kashmir

Posted: 05 Aug 2019 05:15 AM PDT

NEW DELHI: Kerajaan India, hari ini memansuhkan autonomi khas yang diperoleh Kashmir sejak tujuh dekad lalu, mencetuskan kemarahan negara jirannya, Pakistan.

'Takut dikejar LHDN cetus salah faham isu MSPO'

Posted: 05 Aug 2019 05:09 AM PDT

MARAN: Kebimbangan 'dikejar' Lembaga Hasil Dalam Negeri (LDHN) menjadi punca sebahagian pekebun kecil kelapa sawit enggan memohon pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Zainal puji semangat juang anak buah

Posted: 05 Aug 2019 05:06 AM PDT

MELAKA: Pengendali Melaka United (MU) Zainal Abidin Hassan lega selepas anak buahnya bangkit daripada ketinggalan 1-0 untuk menewaskan PDRM 3-1 pada aksi pembukaan saingan Kumpulan D Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput malam tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template