Thursday, August 8, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Sultan Nazrin, Tuanku Zara lawat Jabatan Pengarang BH

Posted: 08 Aug 2019 10:48 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berkenan melawat dan meninjau operasi Jabatan Pengarang Berita Harian (BH) di Balai Berita, Bangsar, di sini, malam tadi.

UAE bebas aktivis sempena Aidiladha

Posted: 08 Aug 2019 10:52 AM PDT

DUBAI: Emiriah Arab Bersatu (UAE) membebaskan tiga aktivis yang dipenjara atas jenayah membabitkan keselamatan negara, kata dua kumpulan hak asasi manusia semalam.

Sultan Nazrin lancar pameran lukisan Yusof Ghani

Posted: 08 Aug 2019 07:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan melancarkan pameran lukisan hasil karya pelukis terkenal Yusof Ghani, di Galeri Prima, The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), malam ini.

Turki sedia tawar peluang latihan kerjaya untuk belia Malaysia

Posted: 08 Aug 2019 10:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebuah firma di Turki, Mental HR Consultancy melancarkan projek 'Work4Malaysia' yang akan membuka peluang latihan dan kerjaya dalam pelbagai sektor kepada rakyat Malaysia berkelayakan.

PDRM umum pertukaran pegawai kanan

Posted: 08 Aug 2019 10:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perlis bakal mempunyai Ketua Polis negeri yang baharu dengan pelantikan Senior Asisten Komisioner (SAC) Datuk Surina Saad ke jawatan itu, berkuat kuasa 10 September ini.

Najib arah Raja Petra lakukan serangan peribadi

Posted: 08 Aug 2019 03:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, mendedahkan Datuk Seri Najib Razak mengarahkan penulis blog, Raja Petra Kamarudin melakukan serangan peribadi terhadap beliau dan anak lelakinya.

Zaha kekal di Crystal Palace

Posted: 08 Aug 2019 09:28 AM PDT

LONDON: Penyerang Ivory Coast, Wilfried Zaha akan kekal di Crystal Palace walaupun meminta berpindah, kata pengurus Roy Hodgson hari ini.

Arsenal dapatkan Tierney dari Celtic

Posted: 08 Aug 2019 09:22 AM PDT

LONDON: Arsenal memperkuatkan pertahanan mereka dengan menandatangani pertahanan kiri antarabangsa Scotland, Kieran Tierney dari Celtic menerusi perjanjian jangka panjang, umum kedua-dua kelab itu hari ini.

Lukaku lengkapkan perpindahan ke Inter Milan

Posted: 08 Aug 2019 09:12 AM PDT

ROME: Romelu Lukaku melengkapkan penantian lama untuk berhijrah ke Inter Milan dari Manchester United sebentar tadi selepas kelab Serie A itu mengumumkan ketibaannya di Itali dengan perjanjian lima tahun.

ROS gantung pendaftaran DPMM

Posted: 08 Aug 2019 08:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) digantung pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) berkuatkuasa 31 Julai lalu.

Bekas banduan aktif meragut ditahan

Posted: 08 Aug 2019 08:32 AM PDT

LANGKAWI: Polis menyelesaikan kes ragut bersiri di sekitar pulau ini sejak dua minggu lalu berikutan tangkapan seorang lelaki di sebuah rumah inap desa di Kampung Padang Ranggut di sini, semalam.

Selangor pamer watak juara

Posted: 08 Aug 2019 08:29 AM PDT

MELAKA: Selangor mempamerkan reputasi selaku juara 33 kali Piala Malaysia apabila mengatasi Melaka United (MU) 1-0 pada aksi Kumpulan D di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

Kedah kempunan di Darul Aman

Posted: 08 Aug 2019 08:19 AM PDT

ALOR SETAR: Kedah kempunan mendapatkan mata apabila tewas 0-2 kepada Terengganu FC (TFC) dalam aksi kumpulan A Piala Malaysia di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

Tok Gajah benam The Bos Gaurus

Posted: 08 Aug 2019 08:13 AM PDT

KUANTAN: Skuad Pahang mencatat kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan Perak 3-0 dalam saingan Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, sebentar tadi.  

4 warga China ditahan jual emas palsu

Posted: 08 Aug 2019 08:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Polis menahan empat lelaki warga China kerana dipercayai terbabit aktiviti penjualan emas palsu dalam dua serbuan berasingan di Jalan Tun Sambanthan di sini, semalam.

KL terbawah kajian keseimbangan bekerja

Posted: 08 Aug 2019 07:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bandaraya Kuala Lumpur tersenarai di tangga terbawah dalam kajian 40 bandar metropolitan terbaik untuk keseimbangan dalam pekerjaan.

Serbia beri kerakyatan kepada Yingluck

Posted: 08 Aug 2019 07:49 AM PDT

BELGRADE: Kerajaan Serbia menganugerahkan kerakyatan kepada bekas Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra yang lari dari tanah airnya pada 2017 untuk mengelak tuduhan kecuaian.

Lelaki 92 tahun subahat bunuh Yahudi akan dibicarakan

Posted: 08 Aug 2019 07:49 AM PDT

BERLIN: Seorang lelaki berusia 92 tahun akan dibicarakan Oktober ini atas dakwaan bersubahat membunuh 5,230 banduan, kebanyakannya Yahudi, di sebuah kem tahanan Nazi ketika Perang Dunia Ke-2, kata pendakwa hari ini.

Anak perempuan Nawaz Sharif ditahan atas tuduhan rasuah

Posted: 08 Aug 2019 07:27 AM PDT

ISLAMABAD: Pihak berkuasa anti-rasuah Pakistan menahan pemimpin pembangkang dan anak perempuan bekas Perdana Menteri Nawaz Sharif, Maryam, hari ini, dianggap tangkapan berprofil tinggi dalam tindakan keras terhadap tuduhan rasuah.

Penjara Tapah bebas 4 banduan melalui PBSL sempena Aidiladha

Posted: 08 Aug 2019 07:09 AM PDT

TAPAH: "Walaupun hanya tujuh hari, sebagai banduan sedang menjalani hukuman, ia sesuatu yang sangat besar ertinya dan membolehkan saya bersama keluarga tersayang menyambut Aidiladha," kata banduan yang hanya mahu dikenali sebagai Anuar.

China gesa Filipina banteras judi atas talian

Posted: 08 Aug 2019 06:36 AM PDT

MANILA: China menggesa Filipina supaya membanteras sindiket perjudian merentas sempadan dengan mendakwa, ramai rakyatnya diumpan untuk berkerja di syarikat perjudian atas talian di negara itu.

Tiada sebab PM letak jawatan - Mohd Amar

Posted: 08 Aug 2019 06:50 AM PDT

KOTA BHARU: Tiada sebab untuk Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri, kata Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Rujuk SPRM sekiranya sumber pemerolehan aset hakim diragukan - Tengku Maimun

Posted: 08 Aug 2019 06:41 AM PDT

PUTRAJAYA: Badan Kehakiman akan merujuk kepada pihak berkaitan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sekiranya sumber pemerolehan aset seseorang hakim diragukan dan terdapat bukti bahawa ia diperolehi secara tidak sah, kata Ketua Hakim Negara, Datuk Seri Utama Tengku Maimun Tuan Mat.

Pakistan henti khidmat kereta api, haramkan filem India

Posted: 08 Aug 2019 06:33 AM PDT

SRINAGAR/ISLAMABAD: Pakistan menghentikan perkhidmatan kereta api ke India hari ini dan mengharamkan filem dari negara itu ketika ia meningkatkan tekanan diplomatik ke atas New Delhi kerana melucutkan status khas Kashmir, rantau di tengah perseteruan 70 tahun mereka.

BSN, CGC sedia jaminan pembiayaan RM50 juta

Posted: 08 Aug 2019 06:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Credit Guarantee Corporation Malaysia Bhd (CGC) memeterai perjanjian jaminan portfolio bernilai RM50 juta untuk membiayai perusahaan mikro di negara ini.

Polis tahan 16 ahli sindiket 'along' di Sungai Petani

Posted: 08 Aug 2019 06:27 AM PDT

ALOR SETAR: Polis menahan 16 individu termasuk dua wanita dipercayai ahli sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen dalam serbuan di lapan rumah di sekitar Sungai Petani, semalam.

Malaysia dipilih laksana projek perintis EYAB - Wan Azizah

Posted: 08 Aug 2019 06:23 AM PDT

MAKKAH: Malaysia antara tiga negara dipilih kerajaan Arab Saudi untuk melaksanakan projek perintis EYAB iaitu inisiatif bagi memudahkan urusan perjalanan pulang jemaah haji ke negara masing-masing, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Presiden Indonesia tiba untuk lawatan rasmi dua hari

Posted: 08 Aug 2019 06:19 AM PDT

SEPANG: Presiden Indonesian Joko Widodo, tiba di sini hari ini untuk memulakan lawatan rasmi dua hari di Malaysia.

Iraq serah 48 mayat kepada Kuwait

Posted: 08 Aug 2019 06:14 AM PDT

SAFWAN: Iraq hari ini menyerahkan kembali 48 mayat warga negara Kuwait yang hilang ketika Perang Teluk pada 1991, ketika tentera Saddam Hussein menceroboh Kuwait sebelum diusir tentera gabungan diketuai Amerika Syarikat (AS).

Soniia 'pemangsa' bukan lagi 'mangsa'

Posted: 08 Aug 2019 06:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah bukan lagi pemain yang boleh dipandang mudah setiap lawannya selepas ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template