Friday, August 9, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Wanita maut digilis kereta selepas terkena zink terbang

Posted: 09 Aug 2019 11:08 AM PDT

ALOR SETAR: Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditungganginya terkena sekeping zink besi yang diterbangkan ribut di depan Masjid Sharifah Fatimah, Batu 13, Jitra, malam tadi.

London dan tenggara England terputus bekalan elektrik

Posted: 09 Aug 2019 10:49 AM PDT

LONDON: Sebahagian besar London dan tenggara England terputus bekalan elektrik pada pagi semalam, yang menjejaskan perkhidmatan kereta api dan lampu isyarat.

UMK rancang kerjasama pacu DKN

Posted: 09 Aug 2019 07:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Universiti Malaysia Kelantan (UMK) komited menjalin kerjasama dengan Kementerian Pembangunan Usahawan bagi memacu segmen pembangunan keusahawanan negara.

Ribut, hujan lebat landa tiga negeri di utara Semenanjung

Posted: 09 Aug 2019 10:13 AM PDT

GEORGETOWN: Hujan lebat dan angin kencang membadai beberapa tempat di Pulau Pinang, Perlis dan Kedah malam ini, mengakibatkan banyak kejadian pokok tumbang, dan kejadian bumbung diterbangkan angin, selain kerosakan fizikal terhadap kemudahan awam dan menjejaskan lalu lintas, dilaporkan.

Enam maut, seorang parah dalam kemalangan tiga kenderaan

Posted: 09 Aug 2019 10:17 AM PDT

ALOR GAJAH: Enam maut, manakala seorang parah dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Lebuh Alor Gajah-Melaka-Jasin (AMJ) di Kampung Pegoh menghala ke Tol Alor Gajah di sini, malam ini.

8 sekeluarga nyaris maut kenderaan dihempap pokok

Posted: 09 Aug 2019 10:21 AM PDT

ALOR SETAR: Lapan sekeluarga nyaris maut selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka dihempap pokok dalam kejadian ribut di Jalan Sungai Baru Tengah, di sini, malam tadi.

Persaingan liga terhebat dunia bermula

Posted: 09 Aug 2019 09:45 AM PDT

KOLUM APA KATA EPL

United boleh 'hidup' tanpa Lukaku - Solskjaer

Posted: 09 Aug 2019 09:35 AM PDT

MANCHESTER: Ole Gunnar Solskjaer menegaskan Manchester United mampu menampung ketiadaan Romelu Lukaku susulan perpindahan penyerang itu ke Inter Milan.

Saya tak mampu bersendirian - Hendrawan

Posted: 09 Aug 2019 09:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan mengakui adalah mustahil untuknya bekerja seorang diri bagi membentuk Lee Zii Jia bergelar jaguh dunia.

Mesyuarat Tahunan AMANAH Jerai dibadai ribut

Posted: 09 Aug 2019 09:25 AM PDT

ALOR SETAR: Mesyuarat Tahunan Parti Amanah Negara (AMANAH) Jerai di Guar Chempedak dan dirasmikan Presidennya, Mohamad Sabu, turut dibadai ribut, malam tadi.

Trafik perlahan di lebuh raya utama malam ini

Posted: 09 Aug 2019 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan malam ini berikutan pergerakan orang ramai yang pulang ke kampung bersempena cuti sekolah dan sambutan Aidiladha, Ahad ini.

APM Perlis terima 161 panggilan pokok tumbang

Posted: 09 Aug 2019 08:30 AM PDT

KANGAR: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perlis menerima 161 panggilan kecemasan membabitkan kejadian pokok tumbang berikutan ribut yang melanda beberapa kawasan negeri ini sejak 8.30 malam tadi.

23 aduan ribut, pokok tumbang di Kota Setar, Langkawi

Posted: 09 Aug 2019 08:20 AM PDT

ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah menerima 23 laporan berhubung kesan kejadian ribut yang melanda daerah ini dan Langkawi, malam ini.

Langkawi dilanda ribut

Posted: 09 Aug 2019 08:13 AM PDT

LANGKAWI: Kejadian pokok tumbang, lalu lintas tersekat dan bumbung rumah tercabut dilaporkan di beberapa lokasi sekitar pulau ini susulan angin kencang dan hujan lebat, malam ini.

Trump terima 'surat indah' daripada Jong-un

Posted: 09 Aug 2019 08:11 AM PDT

WASHINGTON: Presiden Donald Trump berkata hari ini, beliau menerima sepucuk surat indah semalam daripada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un serta tidak menolak pertemuan keempat antara mereka.

Lampard tak gusar baris pemain muda

Posted: 09 Aug 2019 07:54 AM PDT

LONDON: Pengendali Chelsea, Frank Lampard mengakui tidak bimbang untuk memberikan peluang terhadap pemain mudanya mencetus impak di Stamford Bridge pada musim ini.

2.5 juta jemaah mulakan ibadat Haji

Posted: 08 Aug 2019 11:27 PM PDT

MAKKAH: Lebih dua juta umat Islam memulakan ibadat haji hari ini ketika tuan rumah, Arab Saudi berusaha menghalang pengaruh ketegangan politik di Teluk.

Kelulusan kilang bateri bersyarat - MDKL

Posted: 09 Aug 2019 07:49 AM PDT

BANTING: Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL) mengeluarkan lesen sementara selama dua bulan kepada sebuah kilang bateri yang di Kampung Jenjarom selepas menerima sokongan Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya.

Lapan didakwa bantu pemberontak Rakhine

Posted: 09 Aug 2019 06:48 AM PDT

YANGON: Seramai lapan orang dituduh kerana memberi sokongan kewangan kepada pemberontak etnik Rakhine, termasuk beberapa orang daripadanya yang diusir dari Singapura.

Gundogan lanjut kontrak dengan City

Posted: 09 Aug 2019 06:49 AM PDT

LONDON: Pemain tengah Manchester City, Ilkay Gundogan menandatangani kontrak lanjutan selama tiga tahun yang mengekalkannya di kelab itu sehingga 2023, umum juara Inggeris itu hari ini.

Pesakit Jepun tikam 4 orang di hospital

Posted: 09 Aug 2019 06:47 AM PDT

TOKYO: Seorang lelaki bersenjatakan pisau menikam tiga jururawat dan seorang anggota polis di sebuah hospital di barat Jepun hari ini, kata polis, insiden tikaman terbaharu di negara itu.

Indonesia, Malaysia perlu bersama tangani diskriminasi minyak sawit - Jokowi

Posted: 09 Aug 2019 06:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Indonesia dan Malaysia, dua negara pengeluar minyak sawit terbesar dunia, perlu memperbanyakkan usaha untuk bersama menangani diskriminasi terhadap produk itu dalam kalangan negara Kesatuan Eropah (EU).

Aidiladha: 1.65 juta kenderaan dijangka di lebuh raya ke pantai timur

Posted: 09 Aug 2019 06:41 AM PDT

KUANTAN: Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur yang menjadi laluan utama dari Pantai Barat ke Pantai Timur dijangka merekodkan 1.65 juta kenderaan sempena cuti Hari Raya Aidiladha.

China arah Cathay Pacific gantung kru sokong bantahan HK

Posted: 09 Aug 2019 06:37 AM PDT

HONG KONG/BEIJING: Pengawal selia penerbangan China hari ini menuntut syarikat penerbangan Cathay Pacific Airways menggantung kakitangan yang terbabit dalam bantahan di Hong Kong dan melarangnya memasuki ruang udaranya bermula 10 Ogos (esok).

Laluan Soniia makin sukar

Posted: 09 Aug 2019 06:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan wanita negara, Soniia Cheah berdepan laluan lebih mencabar selepas undian semula diadakan untuk acara itu bagi saingan Kejohanan Dunia 2019 di Basel, Switzerland bermula 19 Ogos ini.

Penunggang Grab Food pertahan motosikal dari disamun

Posted: 09 Aug 2019 06:30 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang penunggang penghantar makanan Grab Food, bergelut dengan dua lelaki bagi menyelamatkan motosikal Yamaha Y15zr miliknya dari cuba disamun di Phileo Damansara, petang tadi.

Keluarga dua tentera harap keajaiban

Posted: 09 Aug 2019 06:23 AM PDT

KUCHING: Keluarga dua anggota tentera yang hilang di Pulau Perak, Kedah sejak 20 Julai lalu, pasrah dengan apa yang terjadi tetapi masih berharap berharap keajaiban berlaku walaupun ketika ini operasi mencari dan menyelamat (SAR) menemui jalan buntu.

Sathianathan puji kekuatan mental Red Giants

Posted: 09 Aug 2019 05:06 AM PDT

MELAKA: Pengendali Selangor, B Sathianathan memuji kesungguhan pemainnya mempertahankan gawang daripada dibocori Melaka United (MU) sekali gus membantu kemenangan 1-0 pada aksi Piala Malaysia di Stadium Hang Jebat, semalam.

Kerajaan sokong kempen buah tempatan di sekolah

Posted: 09 Aug 2019 06:18 AM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan menggalakkan kempen makan buah-buahan tempatan diteruskan di peringkat sekolah bagi memberi pendedahan mengenai buah tempatan kepada pelajar di negeri ini.

Malaysia juara B-15 AFF di Thailand

Posted: 09 Aug 2019 06:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rentak cemerlang skuad muda negara berakhir dengan nota gembira apabila berjaya menjulang trofi Kejuaraan B-15 (Persekutuan Bolasepak ASEAN) selepas menewaskan Thailand 2-1 di Stadium Kampus, Chonburi, sebentar tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template