Sunday, September 1, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Everton jinakkan Wolves

Posted: 01 Sep 2019 09:43 AM PDT

LIVERPOOL: Richarlison meledak dua gol dan Alex Iwobi menyumbat gol sulungnya di Liga Perdana untuk menghadiahkan Everton kemenangan 3-2 ke atas Wolverhampton Wanderers pada aksi penuh mendebarkan di Goodison Park, malam tadi.

Soderberg juarai golf Masters Eropah

Posted: 01 Sep 2019 09:41 AM PDT

CRANS-MONTANA, Switzerland: Sebastian Soderberg meraikan penampilan ke-50 di Jelajah Eropah dengan menewaskan Rory McIlroy menerusi playoff dan memenangi kejohanan golf Masters Eropah Omega di Swiss Alps, malam tadi.

Rektor UiTM Sarawak ketuai senarai penerima anugerah Maal Hijrah negeri

Posted: 01 Sep 2019 08:23 AM PDT

SRI AMAN: Rektor Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sarawak, Prof Datuk Dr Jamil Hamali, mengetuai senarai penerima anugerah pada sambutan Maal Hijrah 1441H/2019M peringkat Sarawak, hari ini.

Leclerc dedikasi kemenangan GP Belgium kepada Hubert

Posted: 01 Sep 2019 08:38 AM PDT

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium: Charles Leclerc mendedikasi kemenangan sulungnya di Formula Satu (F1) kepada rakannya, Anthoine Hubert, yang terbunuh susulan kemalangan ketika perlumbaan F2 di Grand Prix (GP) Belgium, semalam.

Mior Hafiz juara keseluruhan eRacing Grand Prix

Posted: 01 Sep 2019 07:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mior Hafiz Mior Lahmudin cemerlang apabila muncul juara keseluruhan final eRacing Grand Prix, hari ini.

Penjara diserang, lebih 100 dikhuatiri maut di Yaman

Posted: 01 Sep 2019 08:07 AM PDT

SANAA: Lebih 100 dipercayai terbunuh dalam serangan udara oleh tentera pakatan diketuai Arab Saudi ke atas pusat tahanan di Yaman, kata Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) hari ini.

Israel, Hizbullah saling berbalas tembakan

Posted: 01 Sep 2019 07:51 AM PDT

BAITULMAQDIS: Tentera Israel berkata, peluru berpandu antikereta kebal dibedil dari Lubnan yang mensasarkan pangkalan dan kenderaan tentera dan ia bertindak balas dengan melepaskan tembakan ke selatan negara itu.

Sikap Mane tonjol keinginan Reds - Henderson

Posted: 01 Sep 2019 07:12 AM PDT

LONDON: Kapten Liverpool, Jordan Henderson menegaskan sikap yang ditunjukkan Sadio Mane di Burnley, semalam membuktikan keinginan tinggi kelab itu untuk memenangi Liga Perdana.

Malaysia perlu tarik pelaburan teknologi tinggi - PM

Posted: 01 Sep 2019 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malaysia harus memacu usaha untuk meraih lebih banyak pelaburan dalam industri berteknologi tinggi bagi memastikan individu berkemahiran dalam sektor berkaitan mempunyai pekerjaan setaraf, sekali gus menangani kesan aliran keluar tenaga mahir tempatan.

Dorian semakin hampiri Bahamas

Posted: 01 Sep 2019 07:06 AM PDT

TITUSVILLE: Taufan Dorian meningkat menjadi ribut kategori lima ketika mendekati Bahamas hari ini, dijangka membadai pulau itu dengan hujan lebat dua hari, ombak tinggi dan angin kencang yang merosakkan sebelum bergerak ke tanah besar Amerika Syarikat.

Projek pembesaran Hospital Miri jimat RM50 juta

Posted: 01 Sep 2019 06:59 AM PDT

MIRI: Kos projek pembesaran Hospital Miri dapat dijimatkan sebanyak 15 peratus atau RM50 juta menerusi kaedah tawaran tender terbuka.

Peruntukan RM312 juta biayai pembangunan Kota Kinabalu tahun ini

Posted: 01 Sep 2019 06:56 AM PDT

KOTA KINABALU: Kerajaan Persekutuan menyalurkan peruntukan lebih RM312 juta bagi membiayai pelbagai projek pembangunan di bandar raya ini, tahun ini.

Siti Nuralya minta beli telekung baharu sebelum tragedi

Posted: 01 Sep 2019 06:53 AM PDT

PUCHONG: Permintaan membeli telekung baharu daripada Siti Nuralya Mohd Zainal, 11, beberapa hari sebelum tragedi lemas di muara Sungai Sepang, Bagan Lalang semalam, seolah-olah menjadi petanda kanak-kanak perempuan itu akan pergi buat selama-lamanya.

Waris terkejut kubur dibongkar, dirosakkan

Posted: 01 Sep 2019 06:50 AM PDT

BINTULU: Sekurang-kurang lima buah kubur di Tanah Perkuburan Roman Katolik di Jalan Tanjung Batu, di sini, dikesan dibongkar dan dirosakkan pihak tidak bertanggungjawab, semalam.

Jeritan selamatkan 11 penghuni rumah terbakar

Posted: 01 Sep 2019 06:48 AM PDT

KUCHING: Jeritan penduduk berjaya menyelamatkan nyawa 11 penghuni empat kediaman yang terbakar di Jalan Selangan Batu, Sungai Apong, di sini, tengah malam tadi.

Tujuh maut pesawat ringan terhempas di resort

Posted: 01 Sep 2019 06:45 AM PDT

MANILA: Tujuh orang terbunuh apabila sebuah pesawat ringan yang digunakan sebagai ambulans terhempas di resort peranginan berhampiran ibu negara Filipina hari ini, menyebabkan kebakaran besar di lokasi.

Penerbangan dibatalkan penunjuk perasaan sasar lapangan terbang

Posted: 01 Sep 2019 06:41 AM PDT

HONG KONG: Lebih 12 penerbangan dibatalkan hari ini apabila ribuan aktivis prodemokrasi menghalang laluan ke lapangan terbang.

Edan Syah puas lakar sejarah untuk Malaysia

Posted: 01 Sep 2019 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Biarpun masih terngiang orang ketawakan saya kerana berlari dengan kostum bendera, tetapi kepuasan memecahkan rekod dunia masih terasa sehingga hari ini".

Enam disahkan maut helikopter terhempas

Posted: 01 Sep 2019 04:50 AM PDT

OSLO: Kesemua enam individu menaiki sebuah helikopter awam yang terhempas di utara Norway tengah hari semalam disahkan maut, kata polis hari ini.

Pope terperangkap dalam lif

Posted: 01 Sep 2019 04:48 AM PDT

VATICAN CITY: Pope Francis tiba lewat untuk menghadiri majlis ucapan mingguannya di Dataran St Peter hari ini, selepas terperangkap di dalam lif selama 25 minit.

Netanyahu ulangi ikrar tambah penempatan di Tebing Barat

Posted: 01 Sep 2019 03:46 AM PDT

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu hari ini, menyatakan hasrat menambah penempatan Yahudi di Tebing Barat, mengulangi ikrar pilihan raya yang dibuat lima bulan lalu, tetapi tidak menetapkan tempoh masa.

Putera Harry, Meghan intai peluang beli rumah di Malibu

Posted: 01 Sep 2019 03:28 AM PDT

LONDON: Putera Harry dan isterinya, Meghan Markle dilaporkan sedang mencari rumah idaman di kawasan kegemaran ramai selebriti, iaitu Malibu, California bagi mengubati kerinduan aktres berkenaan terhadap tanah kelahirannya.

Capai penghijrahan tertinggi dengan memartabatkan kebaikan - Seri Paduka

Posted: 31 Aug 2019 08:00 PM PDT

PUTRAJAYA: Malaysia sudah melalui pelbagai peristiwa penghijrahan amat menakjubkan sejak negara mencapai kemerdekaan 62 tahun lalu.

YouTube langgar undang-undang, Google kena bayar RM841j

Posted: 01 Sep 2019 03:16 AM PDT

WASHINGTON: Enjin pencarian terkenal, Google, diarah membayar antara AS$150 juta hingga AS$200 juta (RM630 juta hingga RM841 juta) sebagai penyelesaian dakwaan laman perkongsian video, YouTube, melanggar undang-undang peribadi kanak-kanak.

Sumareh legakan Harimau Malaya

Posted: 01 Sep 2019 05:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Malaya mendapat perkhabaran positif menjelang aksi pembukaan Kelayakan Pusingan 2 Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Indonesia, Khamis ini selepas Mohamadou Sumareh semakin pulih daripada kecederaan.

Penunjuk perasaan sasar lapangan terbang Hong Kong

Posted: 01 Sep 2019 02:27 AM PDT

HONG KONG: Ratusan aktivis prodemokrasi Hong Kong menghalang beberapa laluan ke lapangan terbang hari ini, ketika hab kewangan itu memulakan usaha pembersihan selepas satu lagi bantahan ganas tercetus, diikuti kebakaran, pelepasan gas pemedih mata dan tindakan polis memukul penunjuk perasaan.

Solskjaer mahu skuad kendaliannya contohi James

Posted: 01 Sep 2019 05:46 AM PDT

LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer memuji impak bintang baharu Daniel James selepas pemain sayap itu sekali lagi menyumbat gol buat Red Devils, semalam.

Bapa hantar makanan kepada anak maut kemalangan

Posted: 01 Sep 2019 05:23 AM PDT

SUNGAI PETANI: Perjalanan seorang bapa yang juga orang kurang upaya (OKU) menghantar makanan tengah hari kepada anaknya menjadi yang terakhir apabila terbunuh dalam kemalangan di Jalan Bandar Puteri Jaya di sini hari ini.

SUHAKAM syor guna MPI ukur kadar kemiskinan di Malaysia

Posted: 01 Sep 2019 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) mengesyorkan kerajaan menggunakan Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) dalam rancangan pembangunan lima tahun yang akan datang bagi mengira kadar kemiskinan di Malaysia.

Hari pertama fenomena air pasang besar terkawal

Posted: 31 Aug 2019 10:24 PM PDT

SHAH ALAM: Tiada banjir berlaku pada hari pertama fenomena air pasang besar di pesisir pantai Selangor yang mencecah ketinggian sehingga 5.5 meter, pagi tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template