Thursday, September 12, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Peluang cerah angkat berat: Syed Saddiq

Posted: 12 Sep 2019 08:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sukan angkat berat berpeluang untuk kembali dipertandingkan di Sukan Malaysia (SUKMA) Johor tahun depan namun keputusan muktamad hanya akan dibuat menerusi perbincangan bersama Majlis Tertinggi temasya dwi tahunan itu yang dijadual berlangsung Khamis depan. 

Suri rumah maut kemalangan

Posted: 12 Sep 2019 08:52 AM PDT

MACHANG: Seorang suri rumah maut selepas motosikal berkuasa tinggi yang diboncengnya merempuh sebuah kereta di Kilometer M40.4 Jalan Kota Bharu - Kuala Krai, di sini, petang tadi.

Zii Jia sokong Projek 24

Posted: 12 Sep 2019 08:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perancangan baharu Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang dikenali sebagai Projek 24 disambut baik pemain perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia. 

Skuad hoki remaja dicabar ke final

Posted: 12 Sep 2019 08:38 AM PDT

JOHOR BAHRU: Persembahan yang lebih mantap dan layak ke final harus menjadi sasaran utama skuad hoki remaja menghadapi Kejohanan Hoki Bawah 21 tahun Piala Sultan Johor  (SOJ) edisi kesembilan yang akan diadakan di Stadium Hoki Taman Daya dari 12 hingga 19 Oktober ini.

2 polis Bangladesh paksa mangsa rogol kahwini suspek

Posted: 12 Sep 2019 08:09 AM PDT

DHAKA: Dua anggota polis Bangladesh dikenakan tindakan disiplin selepas keluarga mangsa rogol berkata wanita itu dipaksa mengahwini salah seorang perogolnya dalam balai polis, kata pegawai.

Safee teruja lihat ngauman Harimau Malaya

Posted: 12 Sep 2019 05:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas penyerang kebangsaan, Safee Sali mengakui menjadi antara insan paling gembira melihat kemampuan Harimau Malaya yang hampir melebur ego Emiriah Arab  Bersatu (UAE) pada aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Selasa lalu.

Wanita India terduduk atas ular mengawan dipatuk hingga mati

Posted: 12 Sep 2019 07:14 AM PDT

GORAKHPUR: Dalam satu insiden luar biasa, seorang wanita India yang leka bercakap di telefon bimbit secara tidak sengaja terduduk di atas sepasang ular mengawan, dipatuk lalu menemui ajal beberapa minit kemudian.

Padah gaduh selepas kemalangan

Posted: 12 Sep 2019 07:14 AM PDT

MELAKA: Seorang tukang masak cedera di dada, manakala seorang jurujual kenderaan luka pada tangan selepas terbabit dalam insiden pergaduhan di hadapan sebuah pasar raya di Batu Berendam, di sini seperti yang tular di media sosial petang tadi.

Fokus, cari gol awal - Nafuzi

Posted: 12 Sep 2019 07:11 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pemangku ketua jurulatih Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain mengingatkan anak buahnya supaya fokus, tidak leka dan mencari gol awal pada aksi penting bertemu Kedah di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam esok.

Pahang tagih aura Harimau Malaya

Posted: 12 Sep 2019 07:09 AM PDT

KUANTAN: Pengendali Pahang Dollah Salleh belum dapat mengesahkan sama ada empat pemain skuad itu yang menyarung jersi Harimau Malaya akan bermain pada perlawanan berdepan Perak, Sabtu ini.

FELDA tetap di belakang Hadin

Posted: 12 Sep 2019 07:07 AM PDT

KUANTAN: Biarpun Hadin Azman tidak dapat mempamerkan prestasi terbaik bersama Harimau Malaya, FELDA United FC tetap memberi sokongan kepada kapten kelab itu.

Ipoh destinasi Piala Causeway 2020

Posted: 12 Sep 2019 07:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bandaraya Ipoh akan menjadi destinasi Kejohanan Golf Piala Causeway edisi ke-13 tahun depan.

50 maut kereta api tergelincir di Congo

Posted: 12 Sep 2019 07:00 AM PDT

LUBUMBASHI: Sekurang-kurangnya 50 penumpang haram maut apabila kereta api barang tergelincir di tenggara Republik Demokratik Congo awal hari ini, tragedi terbaharu membabitkan pengangkutan itu di negara berkenaan.

4 individu ditahan hina agama, ganggu keharmonian

Posted: 12 Sep 2019 06:52 AM PDT

KUALA LUMPUR: Empat individu, termasuk seorang wanita ditahan selepas dikesan terbabit dalam mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW, selain memuatnaik rakaman video mengaibkan dengan niat cuba mencetuskan rusuhan antara kaum.

Wanita AS koma selepas guna krim muka dicemari merkuri

Posted: 12 Sep 2019 06:52 AM PDT

CALIFORNIA: Seorang wanita dari Sacramento di Amerika Syarikat (AS) di sini yang dikejarkan ke bilik kecemasan kerana kebas pada tangan dan kaki, gagap dan sukar berjalan pada Julai lalu disebabkan keracunan merkuri daripada krim anti-kedut diimport dari Mexico, lapor saluran televisyen KCRA.

Yayasan MRCB bantu 10 belia kurang upaya

Posted: 12 Sep 2019 06:50 AM PDT

SUNGAI BULOH: Dana RM50,000 yang berjaya dikumpulkan melalui program amal anjuran MRCB Land sempena Karnival Pemilikan Rumah 2019, 6 September lalu bakal dimanfaatkan bagi membiayai latihan vokasional 10 belia kurang upaya.

Empat maut, pengebom Taliban serang pangkalan tentera Afghanistan

Posted: 12 Sep 2019 06:46 AM PDT

KABUL: Sekurang-kurangnya empat anggota komando terbunuh selepas seorang pengebom nekad yang menyasarkan pangkalan Pasukan Khas Afghanistan di Kabul meletupkan dirinya, kata pihak berkuasa.

Malakoff, J-POWER kerjasama bangunkan janaan kuasa dan projek air

Posted: 12 Sep 2019 06:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Malakoff Corp Bhd dan Electric Power Development Co Ltd (J-POWER) memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk membangunkan potensi projek janaan kuasa yang belum dimajukan dan yang sudah dimajukan serta projek air di peringkat global termasuk Malaysia.

Bekas PM Perancis dibicara salah guna wang rakyat

Posted: 12 Sep 2019 06:40 AM PDT

PARIS: Bekas Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon, akan dibicarakan Februari ini atas tuduhan mewujudkan kerja palsu bergaji lumayan untuk isterinya, yang turut memusnahkan cubaan beliau bertanding sebagai presiden pada 2017.

29 sekolah di Selangor ditutup

Posted: 12 Sep 2019 06:16 AM PDT

SHAH ALAM: Sebanyak 24 sekolah di Klang dan Kuala Langat akan ditutup esok menjadikan jumlah keseluruhan 29 sekolah ditutup susulan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat di Selangor ketika ini.

Operasi pembenihan awan di Sarawak

Posted: 12 Sep 2019 01:43 AM PDT

KUCHING: Sebuah pesawat Hercules C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan operasi pembenihan awan (OPA) di lima kawasan di Sarawak, yang sebelum ini teruk terjejas jerebu.

Bukan cubaan culik, cuma tak mahu ke kelas tambahan

Posted: 12 Sep 2019 06:24 AM PDT

SHAH ALAM: Seorang murid perempuan yang sebelum ini dikatakan cuba diculik sekumpulan lapan lelaki di hadapan Sekolah Rendah Agama Bukit Kapar Barat, Klang, pada minggu lalu sebenarnya mereka-reka cerita.

Dua tan daun ketum dirampas

Posted: 12 Sep 2019 06:24 AM PDT

BALING: Kehadiran sebuah lori barang yang mencurigakan membongkar cubaan menyeludup daun ketum seberat 2,200 kilogram bernilai lebih RM60,000 dalam kejadian di Jalan Kupang - Grik berhampiran Kamping Seriyek, di sini pagi tadi.

1,000 berhimpun tolak penggabungan UMT-UniSZA

Posted: 12 Sep 2019 06:01 AM PDT

KUALA NERUS: Lebih 1,000 pelajar Universiti Malaysia Terengganu (UMT) berhimpun petang ini untuk menyatakan bantahan terhadap cadangan penggabungan universiti itu dengan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Rugi RM10,400 diperdaya African Scam

Posted: 12 Sep 2019 05:58 AM PDT

KEPALA BATAS: Terjerat dengan pujuk rayu rakan siber yang dikenalinya melalui Facebook, seorang suri rumah kerugian RM10,400 selepas diperdayakan sindiket penipuan African Scam.

Jerebu: Yang Di-Pertuan Agong zahir kebimbangan

Posted: 12 Sep 2019 02:23 AM PDT

KUALA LUMPUR : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan rasa bimbang dengan catatan Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang tidak sihat di beberapa kawasan.

Lelaki Jepun saman majikan kerana cuti paterniti

Posted: 12 Sep 2019 05:56 AM PDT

TOKYO: Seorang lelaki Jepun yang mendakwa dihukum kerana mengambil cuti paterniti membawa kesnya ke sebuah mahkamah di sini hari ini, dalam tuntutan luar biasa di sebuah negara yang bergelut dengan kadar kelahiran terendah di dunia.

Mavcom sedia pelbagai inisiatif untungkan pelanggan

Posted: 12 Sep 2019 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberikan manfaat kepada pengguna dan penggiat industri sejak penubuhannya pada Mac 2016 di bawah Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015.

Aerodyne akan bangunkan penyelesaian industri telekomunikasi

Posted: 12 Sep 2019 05:55 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan dron dipacu kecerdasan buatan (AI) tempatan Malaysia, Aerodyne Group, bakal membangunkan penyelesaian spesifik untuk meningkatkan kecekapan operasi industri telekomunikasi.

Maut terjatuh selepas terpijak bumbung rapuh

Posted: 12 Sep 2019 05:45 AM PDT

KOTA KINABALU: Seorang kontraktor maut selepas terjatuh dari tingkat tiga sebuah kondominium di Jalan Signal Hill, di sini sejurus terpijak bumbung rapuh di premis berkenaan pagi tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template