BH Online - Terkini |
- 2,459 sekolah ditutup akibat jerebu mulai esok
- Pakistan tolak permintaan PM India guna ruang udara
- Melaka rumus pelan jangka pendek, sederhana, panjang tangani isu air - Adly Zahari
- Dua maut pesawat terhempas di Sepanyol
- Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Hari Pahlawan 2019
- Pusat Rehabilitasi PERKESO rai Hari Malaysia dengan kek gergasi
- Penalti Safiq bawa Melaka ke suku akhir
- Selangor teruskan kemaraan ke suku akhir
- Perak iringi Pahang ke suku akhir
- KBS laksana dasar 'bekerja dari rumah' jika IPU lebih 200
- Russia tahan 161 nelayan Korea Utara
- JPN Perlis tidak galak lawat negeri terjejas jerebu
- Tumpang mandi di masjid
- Kerajaan diminta kaji semula pembekuan pengambil tukang gunting warga asing
- 2 lelaki terbabit kes tembak di Rawang anggota kongsi gelap
- India haram penjualan, pengedaran, import vape
- Pembedahan kepala semasa usia 24 hari
- PDRM umum pelantikan tujuh pegawai kanan
- 1MDB: Mahkamah benar lucut hak RM369,622
- Istana persoalkan peranan Jho Low
- Perancis hantar pakar siasat serangan dron
- Kemboja jadi 'lauk' skuad B-15 negara
- 119 sekolah di Kulim dan Bandar Baharu ditutup esok
- Air kelapa, limau nipis tidak bantu legakan sistem pernafasan - pakar
- Ibu muda maut dibunuh depan 3 anak
- Jerebu: USIM masih tangguh kuliah esok
- Dua sayap perkuat BERSATU di Sarawak
- Pastikan tiada terpinggir dalam kemajuan ekonomi
- Pahang, Terengganu pulang awal
- Tiada peningkatan ketara penyakit berkaitan jerebu di Selangor
| 2,459 sekolah ditutup akibat jerebu mulai esok Posted: 18 Sep 2019 09:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 1,732,842 pelajar dari 2,459 sekolah rendah dan menengah diberikan cuti tanpa ganti sehari atau dua hari mulai esok berikutan masalah jerebu yang melanda negara sekarang. |
| Pakistan tolak permintaan PM India guna ruang udara Posted: 18 Sep 2019 09:48 AM PDT ISLAMABAD: Pakistan menolak permintaan daripada Perdana Menteri India, Narendra Modi untuk merentasi ruang udara negaranya untuk melakukan penerbangan menuju ke Jerman," kata Menteri Luar Pakistan, hari ini. |
| Melaka rumus pelan jangka pendek, sederhana, panjang tangani isu air - Adly Zahari Posted: 18 Sep 2019 09:45 AM PDT MELAKA: Kerajaan negeri melancarkan strategi jangka pendek, sederhana dan panjang bagi menangani segera isu kekurangan bekalan air di negeri ini. |
| Dua maut pesawat terhempas di Sepanyol Posted: 18 Sep 2019 08:52 AM PDT MADRID: Seorang juruterbang dan pelatih maut selepas sebuah pesawat ringan milik akademi tentera udara Sepanyol terhempas di pantai yang terletak di tenggara negara itu, hari ini. |
| Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis tahlil sempena Hari Pahlawan 2019 Posted: 18 Sep 2019 07:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yasin, tahlil dan doa selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan 2019 di Masjid Negara, hari ini. |
| Pusat Rehabilitasi PERKESO rai Hari Malaysia dengan kek gergasi Posted: 18 Sep 2019 08:41 AM PDT MELAKA: Seramai 15 pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) yang menjalani program pemulihan fizikal di Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, dekat sini, mengambil masa tiga hari untuk menghasilkan kek gergasi bagi meraikan sambutan Hari Malaysia 2019. |
| Penalti Safiq bawa Melaka ke suku akhir Posted: 18 Sep 2019 08:34 AM PDT MELAKA: Penalti Safiq Rahim pada babak kedua membantu Melaka United (MU) mara ke suku akhir Piala Malaysia walaupun sekadar seri 2-2 ketika berdepan PDRM di Stadium Hang Jebat, sebentar tadi. |
| Selangor teruskan kemaraan ke suku akhir Posted: 18 Sep 2019 08:21 AM PDT MARAN: Skuad kendalian B Satiananthan, Selangor meneruskan kemaraan ke suku akhir Piala Malaysia apabila menewaskan FELDA United 2-0 di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, sebentar tadi. |
| Perak iringi Pahang ke suku akhir Posted: 18 Sep 2019 08:07 AM PDT KOTA KINABALU: Perak mengiringi Pahang ke suku akhir saingan Piala Malaysia walaupun sekadar seri 1-1 berdepan Sabah di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi. |
| KBS laksana dasar 'bekerja dari rumah' jika IPU lebih 200 Posted: 18 Sep 2019 08:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan melaksanakan dasar Bekerja Dari Rumah dalam tempoh cuaca berjerebu yang semakin teruk dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi paras 200. |
| Russia tahan 161 nelayan Korea Utara Posted: 18 Sep 2019 07:47 AM PDT MOSCOW: Russia menahan 161 nelayan Korea Utara yang didapati menangkap ikan secara haram di kawasan perairan Laut Jepun. |
| JPN Perlis tidak galak lawat negeri terjejas jerebu Posted: 18 Sep 2019 06:39 AM PDT KANGAR: Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) meminta semua sekolah di Perlis membatalkan sebarang aktiviti luar berbentuk lawatan atau rombongan ke negeri yang terjejas akibat jerebu. |
| Posted: 18 Sep 2019 07:42 AM PDT BACHOK: Terpaksa menumpang mandi di masjid dan mencatu bekalan air. |
| Kerajaan diminta kaji semula pembekuan pengambil tukang gunting warga asing Posted: 18 Sep 2019 03:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Lebih 60 peratus atau hampir 800 ahli Persatuan Pengusaha Jurugaya Rambut India Malaysia (MINDAS) berkemungkinan besar gulung tikar sekiranya kerajaan mengharamkan khidmat pekerja asing sebagai tukang gunting menjelang 2021. |
| 2 lelaki terbabit kes tembak di Rawang anggota kongsi gelap Posted: 18 Sep 2019 05:02 AM PDT SHAH ALAM: Dua daripada tiga lelaki yang mati ditembak polis ketika menaiki kereta Volkswagen Polo di Batu Arang, Rawang, dekat sini, Sabtu lalu, disahkan ahli kumpulan kongsi gelap Geng 08 di Rawang. |
| India haram penjualan, pengedaran, import vape Posted: 18 Sep 2019 07:21 AM PDT NEW DELHI : India hari ini mengumumkan pengharaman penjualan vape susulan reaksi buruk diterima di seluruh dunia, khususnya daripada aspek kesihatan walaupun ia diuar-uarkan sebagai lebih sihat berbanding tembakau. |
| Pembedahan kepala semasa usia 24 hari Posted: 18 Sep 2019 07:17 AM PDT KOTA BHARU: Seorang bayi perempuan berusia empat bulan menderita kanser otak tahap empat sehingga hilang penglihatan dan tidak mampu bersuara. |
| PDRM umum pelantikan tujuh pegawai kanan Posted: 18 Sep 2019 07:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Databank DNA Makmal Forensik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan, dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pelaksanaan Operasi Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri, berkuat kuasa 21 Oktober ini. |
| 1MDB: Mahkamah benar lucut hak RM369,622 Posted: 12 Sep 2019 09:23 PM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini memerintahkan wang berjumlah RM369,622 dari akaun milik Naza Quest Auto Sdn Bhd dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Dr Ismail Abdul Mutalib yang mempunyai kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) diserah kepada kerajaan Malaysia. |
| Istana persoalkan peranan Jho Low Posted: 17 Sep 2019 09:42 PM PDT KUALA LUMPUR: Peranan ahli perniagaan dalam buruan, Low Tark Jho atau Jho Low dalam urusan penubuhan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) dipersoalkan seorang pegawai Istana Terengganu. |
| Perancis hantar pakar siasat serangan dron Posted: 18 Sep 2019 05:35 AM PDT Paris: Perancis menghantar pakar ke Arab Saudi untuk menyiasat punca serangan ke atas kemudahan minyak Arab Saudi yang dikaitkan Washington dengan Iran, kata Presiden Emmanuel Macron hari ini selepas perbualan telefon dengan Putera Mahkota Mohammed Salman. |
| Kemboja jadi 'lauk' skuad B-15 negara Posted: 18 Sep 2019 06:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Awas Laos dan Jepun! |
| 119 sekolah di Kulim dan Bandar Baharu ditutup esok Posted: 18 Sep 2019 03:40 AM PDT ALOR SETAR: Semua 119 sekolah di daerah Kulim dan Bandar Baharu ditutup esok selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 200. |
| Air kelapa, limau nipis tidak bantu legakan sistem pernafasan - pakar Posted: 18 Sep 2019 06:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Tiada kajian saintifik membuktikan pengambilan air kelapa atau limau nipis dapat membantu mengimbangi oksigen dalam sistem pernafasan manusia, khususnya ketika berdepan keadaan jerebu ketika ini. |
| Ibu muda maut dibunuh depan 3 anak Posted: 18 Sep 2019 06:30 AM PDT CAEN (PERANCIS): Seorang wanita muda maut ditikam 14 kali oleh teman lelakinya di hadapan tiga anak mereka, kata pendakwa di utara Perancis, walaupun kempen mengurangkan kematian golongan itu di tangan pasangan masing-masing sedang giat dilakukan. |
| Jerebu: USIM masih tangguh kuliah esok Posted: 18 Sep 2019 06:27 AM PDT NILAI: Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) menangguhkan pembelajaran esok berikutan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di kawasan itu yang masih berada pada tahap sangat tidak sihat. |
| Dua sayap perkuat BERSATU di Sarawak Posted: 18 Sep 2019 06:24 AM PDT KUCHING: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) secara agresif akan menarik keahlian golongan muda dan wanita bagi memperkukuhkan dua sayapnya di Sarawak, iaitu Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) dan Srikandi. |
| Pastikan tiada terpinggir dalam kemajuan ekonomi Posted: 18 Sep 2019 06:10 AM PDT KOTA KINABALU: Kerajaan negeri menyokong strategi pembangunan mampan yang menekankan dasar memastikan tiada rakyat terpinggir dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi negara. |
| Pahang, Terengganu pulang awal Posted: 18 Sep 2019 06:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Saingan Piala Emas Raja Raja (PERR) 2019 bakal menampilkan juara baharu selepas penyandangnya, Pahang tersingkir seawal peringkat kumpulan apabila tewas 3-2 di tangan ATM hari ini sekali gus menghuni tangga tercorot Kumpulan C. |
| Tiada peningkatan ketara penyakit berkaitan jerebu di Selangor Posted: 18 Sep 2019 05:59 AM PDT SHAH ALAM: Masalah kualiti udara yang semakin tidak sihat di Selangor tidak menunjukkan peningkatan ketara kes penyakit berkaitan jerebu setakat ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment