Monday, September 2, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Guendouzi ganti Pogba

Posted: 02 Sep 2019 09:02 AM PDT

PARIS: Bintang tengah Manchester United, Paul Pogba digantikan dengan Matteo Guendouzi dalam skuad kebangsaan Perancis bagi menghadapi Albania dan Andorra pada aksi kelayakan Euro 2020 susulan kecederaan buku lali.

Adakah ia berbaloi? Ricciardo persoal kematian Hubert

Posted: 02 Sep 2019 09:00 AM PDT

SPA-FRANCORCHAMPS, Belgium: Pemandu Formula Satu (F1) Australia, Daniel Ricciardo berkata dia menimbang untuk menarik diri daripada perlumbaan Grand Prix (GP) Belgium selepas kematian pelumba Formula Dua (F2),  Anthoine Hubert, Sabtu lalu. 

Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas jatuh lombong

Posted: 02 Sep 2019 08:54 AM PDT

BATU GAJAH: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun dikhuatiri lemas selepas dipercayai terjatuh di dalam sebuah lombong berhampiran sebuah resort di Jalan Tanjung Tualang, di sini, hari ini.

Lebih 30 terperangkap dalam bot terbakar

Posted: 02 Sep 2019 08:49 AM PDT

LOS ANGELES: Pengawal Pantai Amerika Syarikat, hari ini berusaha menyelamatkan lebih 30 orang 'yang dalam kecemasan' selepas bot dinaiki mereka terbakar di luar pantai California.

Van Dijk, Ronaldo, Messi bersaing rebut anugerah FIFA

Posted: 02 Sep 2019 07:43 AM PDT

ROME: Pemenang anugerah Pemain Terbaik UEFA yang juga pertahanan tengah Liverpool, Virgil van Dijk disenarai pendek bagi anugerah Pemain Terbaik FIFA.

MALBATT di luar kawasan serangan Israel, Hezbollah

Posted: 02 Sep 2019 07:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pasukan pengaman Batalion Malaysia 850-6 (MALBATT 850-6) berada di luar kawasan serangan balas roket dan tembakan artileri antara tentera Israel dan Hezbollah di sempadan Lubnan, kelmarin.

Syed Saddiq bantah kenaikan usia persaraan

Posted: 02 Sep 2019 06:32 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, membantah cadangan meningkatkan had umur persaraan daripada 60 tahun kepada 65 tahun seperti dilakukan beberapa negara maju termasuk Singapura.

13,000 rumah musnah akibat Dorian - Palang Merah

Posted: 02 Sep 2019 07:08 AM PDT

GENEVA: Taufan Dorian menyebabkan kerosakan besar di seluruh Bahamas, kata Pertubuhan Palang Merah (IFRC) hari ini, memberi amaran sebanyak 13,000 rumah berisiko rosak teruk atau musnah.

Peringatan Akmal Rizal, Azraai

Posted: 02 Sep 2019 07:02 AM PDT

KUALA LUMPUR: "Ingat balik apa tujuan kita ke sana! Itu nasihat bekas penyerang kebangsaan, Akmal Rizal Ahmad Rakhli kepada enam 'ubi muda' negara yang diberi peluang berguru di Jepun.

KPKT harap proses ambil tanah Highland Towers dipercepat

Posted: 02 Sep 2019 06:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) berharap proses pengambilan tanah kondominium Highland Towers yang terbiar sejak hampir 26 tahun untuk tujuan pembangunan semula dapat dipercepatkan.

Sevilla sambar Hernandez

Posted: 02 Sep 2019 06:36 AM PDT

LONDON: Kelab La Liga Sepanyol, Sevilla menandatangani penyerang Mexico,  Javier 'Chicharito' Hernandez dari West Ham United dengan perjanjian selama tiga tahun menjelang tarikh tutup jendela perpindahan Eropah, hari ini, umum kedua-dua kelab berkenaan.

PGA rampas ketum 1 tan

Posted: 02 Sep 2019 05:49 AM PDT

BUKIT KAYU HITAM: Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 1,020 kilogram daun ketum bernilai RM153,000 yang cuba diseludup ke negara jiran di Felda Mata Ayer, Padang Besar, Perlis, semalam.

Pemandu lori komen penghinaan kaum ditahan polis

Posted: 02 Sep 2019 05:42 AM PDT

PORT DICKSON: Polis menahan seorang pemandu lori kerana mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan dan perkauman di laman sosial Facebook.

Umat Islam perlu berusaha perkasa ekonomi - Dr Mahathir

Posted: 02 Sep 2019 05:40 AM PDT

PHNOM PENH: Umat Islam perlu berusaha memperkasakan sosio-ekonomi mereka dan mengikis sikap hanya mahu bergantung kepada pihak lain, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Budak 11 tahun selamatkan ibu, 3 adik

Posted: 02 Sep 2019 05:35 AM PDT

DUNGUN: "Walaupun takut, saya memegang tangan kedua-dua adik dan meredah api untuk menyelamatkan diri," kata Nur Adriana Batrissya Rosshazuan, mangsa kebakaran di Kampung Sura Tengah, di sini, hari ini.

Warga emas maut diserang ayam jantan peliharaan

Posted: 02 Sep 2019 05:20 AM PDT

CANBERRA: Seorang wanita warga emas maut diserang ayam jantan peliharaannya ketika mangsa mengutip telur di reban ayam, lapor media.

Pelumba pelapis ganti SuperKIP

Posted: 02 Sep 2019 05:17 AM PDT

KUALA LUMPUR: Biarpun pasukan PETRONAS Sprinta Racing menjangkakan Khairul Idham Pawi bakal kembali di pusingan ke-15 di Grand Prix (GP) Thailand, namun ia bukan jaminan buat pelumba Moto2 itu untuk beraksi di Litar Antarabangsa Chang, bulan depan. 

al-Quran jadi 'peneman'

Posted: 02 Sep 2019 05:15 AM PDT

KOTA BHARU: "Sekiranya tidak ramai pelanggan, saya mampu membaca lima hingga 10 juzuk al-Quran sehari."

Peserta kursus kesihatan Filipina buang bayi dalam tandas Tugu Negara

Posted: 02 Sep 2019 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seorang peserta kursus kesihatan warga Filipina, ditahan selepas dipercayai membuang bayi lelaki baru dilahirkannya dalam tandas awam di Tugu Negara, Jalan Parlimen, di sini, petang tadi.

Tunggakan premium tanah di Kedah RM251 juta

Posted: 02 Sep 2019 05:09 AM PDT

ALOR SETAR: Sejumlah RM251 juta bayaran premium tanah masih gagal dijelaskan oleh syarikat, pemaju, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan di Kedah sehingga kini.

Labuan beroperasi jadi pelabuhan pemindahan

Posted: 02 Sep 2019 05:04 AM PDT

LABUAN: Pelabuhan kontena, Labuan Liberty Wharf mempunyai potensi untuk menjadi hab pemindahan kapal bagi beras dan lain-lain komoditi negara berikutan lokasi yang strategik dan kedalaman air semula jadi.

Peguam sedang buat persediaan fail aduan ke WTO

Posted: 02 Sep 2019 05:01 AM PDT

MUAR: Barisan peguam yang akan mewakili Malaysia dalam proses memfailkan aduan kepada Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) mengenai diskriminasi minyak sawit dalam proses membuat persediaan bagi melaksanakan tugas itu.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> EKSKLUSIF: &#039;Sanggup keluar duit sendiri jadi doktor&#039;

Posted: 02 Sep 2019 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sesetengah lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa melanjutkan pelajaran dalam jurusan perubatan di beberapa universiti luar negara, walaupun tidak memenuhi syarat minimum ditetapkan.

Enot &#039;naik hantu&#039; dapat gambar lucah

Posted: 02 Sep 2019 05:00 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelakon, Enot berang apabila menerima kiriman mesej dan gambar lucah daripada seorang lelaki menerusi nombor telefon perniagaannya.

Bekalan air bersih mencukupi pacu pelancongan di Genting Highlands

Posted: 02 Sep 2019 04:57 AM PDT

GENTING HIGHLANDS: Inisiatif kerajaan negeri memperkemaskan sistem rawatan air bersih bagi menampung keperluan komersil terutama di kawasan peranginan berupaya memacu sektor pelancongan setempat.

Pelajar Hong Kong mula boikot universiti

Posted: 02 Sep 2019 04:39 AM PDT

HONG KONG: Ribuan pelajar berpakaian hitam berkumpul hari ini pada permulaan boikot kelas di universiti selama dua minggu, menambah tekanan ke atas pemimpin Hong Kong untuk menamatkan bantahan antikerajaan yang semakin ganas.

Pertahanan United sertai Parma

Posted: 02 Sep 2019 04:32 AM PDT

LONDON: Pertahanan Manchester United, Matteo Darmian melengkapkan perpindahan ke kelab Serie A, Parma dengan perjanjian selama empat tahun, umum kelab Liga Perdana itu, hari ini.

Luqman tekad pikat Cerezo Osaka

Posted: 02 Sep 2019 04:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penyerang skuad bawah 18 (B-18) tahun negara, Luqman Hakim Shamsuddin mendedahkan beraksi di liga luar negara sudah menjadi impiannya sejak kecil.

Harimau naik bas bukan Barracuda

Posted: 02 Sep 2019 01:37 AM PDT

SHAH ALAM: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan skuad Harimau Malaya tidak akan menaiki Barracuda dari hotel untuk ke Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta bagi aksi berdepan Indonesia, Khamis ini.

Weiron idam kebangkitan di Shanghai

Posted: 02 Sep 2019 04:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemandu profesional negara, Weiron Tan mahu menjadikan pusingan kemuncak perlumbaan Cabaran GT Dunia Blancpain Siri Asia 2019 di Shanghai, China pada 27 hingga 28 September ini sebagai medan membalas kekecewaan di Korea Selatan, bulan lalu. 

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template