BH Online - Terkini |
- 'Manusia semakin hilang sabar, malah suka menular'
- Chelsea mampu musnah rekod Liverpool
- Zamani nikahi Juliana
- Legenda Liverpool, Man United ke Sabah
- Teknologi Augmented Reality semarakkan malam kemuncak ABPBH 32
- Masalah kesihatan berkaitan jerebu di Sarawak meningkat
- 'Sangat puas hati latihan artis ABPBH 32'
- KPDNHEP lupus RM850,000 barang tiruan
- Usahawan tempatan harus rebut peluang juarai sektor halal
- Remaja maut kena renjatan elektrik
- Kerajaan akan bentang rang undang-undang lindungi penderma FoodBank
- Lima anggota askar maut dalam serangan hendap
- Radin tak layan kontroversi
- Sasaki kelima terpantas di Aragon
- Isu Zakir Naik: Saifuddin tempelak pihak persoal kenyataan PM
- Kes hina Agong dalam Twitter: Kertas siasatan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara
- Laos sekat hajat Malaysia
- Zaqhwan, Azlan sedia ulang kejayaan
- Jika China gantung projek ECRL, Malaysia akan ikut - PM
- Jangan ganggu fokus Tun M dengan isu peralihan kuasa
- Polis akan tahan lagi kakitangan JPN Pulau Pinang susulan jual MyKad
- Helah buat laporan disamun terbongkar
- Pencemaran udara: JAS gantung lesen kilang proses minyak sawit
- Petronas umum pelan penggantian pengurusan kanannya tidak lama lagi
- Jawatankuasa khas ditubuh bangun kerangka penggabungan UMT, UniSZA
- Doktor mengaku tidak bersalah pukul bekas isteri
- Maritim Malaysia usir kapal penguat kuasa Vietnam
- 'Uncle' pemandu MyCar terima ganjaran
- Twitter tutup ribuan akaun palsu seluruh dunia
- Kadar pencemaran Sungai Kim Kim terlalu tinggi
| 'Manusia semakin hilang sabar, malah suka menular' Posted: 19 Sep 2019 09:05 PM PDT KUALA LUMPUR: "Sebagai seorang isteri, sepatutnya kamu baik pulih keadaan, bukan merekod. Isteri yang baik, tidak akan biar suaminya bergaduh." |
| Chelsea mampu musnah rekod Liverpool Posted: 20 Sep 2019 09:45 AM PDT TIGA situasi menarik untuk kita saksikan minggu ini. Pertamanya melingkari aksi tumpuan minggu ini antara Chelsea dan Liverpool di Stamford Bridge pada lewat malam esok waktu Malaysia. Keduanya, perlawanan antara Manchester City dan Watford di Etihad dan ketiga kelibat penyerang sensasi Norwich City, Teemu Pukki ketika pasukannya bertandang ke Burnley malam ini. |
| Posted: 20 Sep 2019 09:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi Zamani Ibrahim, 48, menamatkan zaman bujang dengan gadis pilihan hati dikenali sebagai Nur Juliana pada sebuah majlis tertutup di sini, malam tadi. |
| Legenda Liverpool, Man United ke Sabah Posted: 20 Sep 2019 07:42 AM PDT KOTA KINABALU: Penyokong Liverpool FC (LFC) dan Manchester United FC (MUFC) berpeluang menyaksikan perlawanan menarik yang membabitkan legenda bola sepak dua kelab itu di Stadium Likas pada 20 November ini. |
| Teknologi Augmented Reality semarakkan malam kemuncak ABPBH 32 Posted: 20 Sep 2019 05:48 AM PDT PUTRAJAYA: Penggunaan teknologi Augmented Reality (AR) bakal menyemarakkan lagi segmen persembahan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Ahad ini. |
| Masalah kesihatan berkaitan jerebu di Sarawak meningkat Posted: 20 Sep 2019 08:50 AM PDT KUALA LUMPUR: Bilangan kes asma, konjuntivis dan jangkitan saluran pernafasan (URTI) di Sarawak mencatatkan peningkatan berikutan jerebu yang melanda negeri itu. |
| 'Sangat puas hati latihan artis ABPBH 32' Posted: 20 Sep 2019 07:26 AM PDT PUTRAJAYA: Pengarah Muzik Malam Kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Faizal Uzir, berpuas hati dengan persembahan ditunjukkan artis yang menyertai sesi latihan acara berkenaan, di sini, hari ini. |
| KPDNHEP lupus RM850,000 barang tiruan Posted: 20 Sep 2019 08:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kuala Lumpur melupuskan barangan tiruan bernilai RM850,000, hari ini. |
| Usahawan tempatan harus rebut peluang juarai sektor halal Posted: 20 Sep 2019 08:43 AM PDT ALOR GAJAH: Kedudukan Malaysia sebagai peneraju dan hab industri halal dunia boleh terjejas sekiranya usahawan tempatan tidak bersedia untuk mengorak langkah dalam menjuarai sektor halal di peringkat antarabangsa. |
| Remaja maut kena renjatan elektrik Posted: 20 Sep 2019 08:27 AM PDT BACHOK: Seorang pelajar maut selepas terkena renjatan elektrik ketika mengait umpan tiruan yang tersangkut pada kabel elektrik di Padang Melintang, Tawang, di sini, hari ini. |
| Kerajaan akan bentang rang undang-undang lindungi penderma FoodBank Posted: 20 Sep 2019 08:21 AM PDT GEORGETOWN: Kerajaan akan membentangkan satu rang undang-undang berkonsepkan 'Good Samaritan Law' bagi melindungi penyumbang dan penerima program FoodBank. |
| Lima anggota askar maut dalam serangan hendap Posted: 20 Sep 2019 08:05 AM PDT OUAGADOUGOU: Sekurang-kurangnya lima anggota tentera terbunuh dalam satu serangan hendap di barat laut Burkina Faso berhampiran sempadan Mali, malam semalam. |
| Posted: 19 Sep 2019 10:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Lima tahun dalam industri penyiaran, penyampai radio Era FM, Radin bersyukur, perjalanan kerjayanya tidak pernah terpalit dengan cerita negatif. |
| Sasaki kelima terpantas di Aragon Posted: 20 Sep 2019 07:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba PETRONAS Sprinta Racing, Ayumu Sasaki meletakkan dirinya dalam kelompok lima terpantas keseluruhan bagi saingan hari pertama Grand Prix (GP) Aragon, hari ini. |
| Isu Zakir Naik: Saifuddin tempelak pihak persoal kenyataan PM Posted: 20 Sep 2019 07:24 AM PDT PUTRAJAYA: Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menempelak tindakan pihak tertentu yang meragui fakta dan kebenaran kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung penceramah antarabangsa, Dr Zakir Naik, baru-baru ini. |
| Kes hina Agong dalam Twitter: Kertas siasatan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara Posted: 20 Sep 2019 07:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes penghinaan terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong dalam laman sosial Twitter akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara untuk pandangan dan arahan selanjutnya. |
| Posted: 20 Sep 2019 07:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Impian skuad bawah 15 tahun negara (B-15) meraih mata maksimum dalam dua aksi awal Kumpulan J Kelayakan Kejuaraan Bawah 16 tahun (B-16) Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) 2020 musnah apabila tewas 1-0 kepada tuan rumah, Laos di Stadium Nasional Laos, malam ini. |
| Zaqhwan, Azlan sedia ulang kejayaan Posted: 20 Sep 2019 07:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Hari pertama saingan Pusingan 6 Kejuaraan Motosikal Asia di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) hari ini seakan memberi bayangan awal betapa dua pelumba negara bakal mengulangi skrip sama seperti ketika saingan pembuka tirai kempen 2019 di trek sama, Mac lalu. |
| Jika China gantung projek ECRL, Malaysia akan ikut - PM Posted: 20 Sep 2019 05:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan, kerajaan sedia menggantung sementara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) jika China berbuat demikian berikutan dakwaan projek terbabit ada kaitan dengan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB). |
| Jangan ganggu fokus Tun M dengan isu peralihan kuasa Posted: 20 Sep 2019 06:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Semua pihak diingatkan tidak mengganggu tumpuan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam membangun semula negara dengan membangkitkan isu peralihan kuasa berulang kali. |
| Polis akan tahan lagi kakitangan JPN Pulau Pinang susulan jual MyKad Posted: 20 Sep 2019 06:37 AM PDT GEORGETOWN: Polis akan menahan beberapa lagi kakitangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang melalui fasa kedua Ops Biru membabitkan penjualan MyKad dan sijil kelahiran. |
| Helah buat laporan disamun terbongkar Posted: 20 Sep 2019 06:34 AM PDT KUALA LUMPUR: Helah seorang pekerja syarikat rokok membuat laporan van milik majikannya disamun terbongkar selepas dia ditahan kerana disyaki terbabit dalam jenayah itu, Selasa lalu. |
| Pencemaran udara: JAS gantung lesen kilang proses minyak sawit Posted: 20 Sep 2019 06:23 AM PDT JOHOR BAHRU: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor menggantung lesen operasi sebuah kilang memproses kelapa sawit di sempadan kawasan Kebun Baru-Jementah, dekat Segamat, kerana menyebabkan pencemaran udara di kawasan sekitarnya. |
| Petronas umum pelan penggantian pengurusan kanannya tidak lama lagi Posted: 20 Sep 2019 06:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan mengumumkan pelan penggantian tidak lama lagi berikutan peletakan jawatan Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Perniagaan Huluan, Datuk Mohd Anuar Taib. |
| Jawatankuasa khas ditubuh bangun kerangka penggabungan UMT, UniSZA Posted: 20 Sep 2019 06:11 AM PDT PUTRAJAYA: Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menyediakan cadangan kerangka universiti baharu hasil penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), kata Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT). |
| Doktor mengaku tidak bersalah pukul bekas isteri Posted: 19 Sep 2019 10:14 PM PDT SHAH ALAM: Seorang doktor mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas pertuduhan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya yang juga seorang doktor pada 4 September lalu. |
| Maritim Malaysia usir kapal penguat kuasa Vietnam Posted: 20 Sep 2019 06:02 AM PDT PUTRAJAYA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengusir keluar kapal penguat kuasa Vietnam, Fisheries Resources Surveillance KN 205 yang mengganggu aset Maritim Malaysia, KM Langkawi ketika menjalankan tugas, kelmarin. |
| 'Uncle' pemandu MyCar terima ganjaran Posted: 20 Sep 2019 06:01 AM PDT SHAH ALAM: Pemandu perkhidmatan e-hailing MyCar yang tular selepas tidak mengenakan caj tambang kepada seorang pelajar universiti yang dalam kesusahan baru-baru ini, mendapat penghargaan daripada syarikatnya. |
| Twitter tutup ribuan akaun palsu seluruh dunia Posted: 20 Sep 2019 05:54 AM PDT WASHINGTON: Twitter menutup ribuan akaun di seluruh dunia yang menyebarkan berita palsu selain propaganda prokerajaan termasuk di Emiriah Arab Bersatu (UAE), China dan Sepanyol, katanya hari ini. |
| Kadar pencemaran Sungai Kim Kim terlalu tinggi Posted: 20 Sep 2019 05:53 AM PDT PASIR GUDANG: Kadar pencemaran Sungai Kim Kim di sini, yang pernah menjadi punca pencemaran toksik akibat pembuangan sisa kimia pada Mac lalu, didakwa terlalu tinggi sehingga mencecah 153 kali ganda daripada bacaan sepatutnya. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment