Sunday, September 22, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Pesakit akibat jerebu meningkat 40 peratus

Posted: 22 Sep 2019 06:43 AM PDT

LABUAN: Jumlah pesakit yang mendapatkan rawatan akibat konjunktivitis, asma dan ruam di kulit meningkat kepada 40 peratus, susulan jerebu yang berpanjangan pada masa ini.

KDN cadang wujudkan bank data DNA

Posted: 22 Sep 2019 09:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil langkah drastik bagi membanteras penjualan MyKad kepada warga asing, termasuk mewujudkan bank data asid deoksiribonukleik (DNA) dalam sijil lahir.

Ainul dah tumbuh gigi

Posted: 22 Sep 2019 09:32 AM PDT

MELAKA: Sebut sahaja Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin, pasti ramai mengenali dan mengikuti kisah bayi ini serta ternanti-nanti perkembangan terbarunya.

Kerja keras faktor kemenangan, bukan kontroversi - Mira Filzah

Posted: 22 Sep 2019 10:13 AM PDT

PUTRAJAYA: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Mira Filzah tidak menganggap kontroversi sebagai faktor yang membawa kepada kemenangannya.

Anugerah Bintang Popular BH Ke-32

Posted: 21 Sep 2019 06:42 PM PDT

Tuah menyebelahi pelakon jelita, Mira Filzah apabila dijulang peminat sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32.

Laporan kegagalan KLIA dibentang kepada Kabinet

Posted: 22 Sep 2019 09:53 AM PDT

SEREMBAN: Laporan Jawatankuasa Siasatan Isu Kegagalan Total Airport Management System (TAMS) KLIA akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri awal bulan depan.

Mira Filzah Bintang Paling Popular ABPBH 32

Posted: 22 Sep 2019 06:50 AM PDT

PUTRAJAYA: Dikurniakan pakej lengkap, selain memiliki personaliti menyenangkan dan dibantu populariti drama Pujaan Hati Kanda serta Lelaki Kiriman Tuhan, tuah menyebelahi pelakon jelita, Mira Filzah apabila dijulang peminat sebagai Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, malam ini.

Mira, Syafiq menyerlah di TV

Posted: 22 Sep 2019 08:43 AM PDT

PUTRAJAYA: Populariti ampuh mereka sebagai pelaris kaca TV selayaknya menyaksikan Mira Filzah, 26, dan Syafiq Kyle, 27, dinobat pemenang kategori Pelakon TV Wanita dan Lelaki Popular Alha Alfa.

Kami menang bukan sebab gosip cinta - Khai, Nana

Posted: 22 Sep 2019 08:22 AM PDT

PUTRAJAYA: Pasangan duet yang juga pemenang Penyanyi Lelaki Popular DuitNow dan Penyanyi Wanita Popular DuitNow, Khai Bahar serta Siti Nordiana atau Nana tidak menganggap, gosip cinta menjadi faktor utama yang menyumbang kepada kejayaan mereka.

Hadiah paling manis rai 20 tahun sebagai penyampai radio

Posted: 22 Sep 2019 08:07 AM PDT

PUTRAJAYA: Membawa pulang trofi Penyampai Radio Popular pada kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32 disifatkan DJ Lin atau Roslinda Abdul Majid sebagai hadiah paling manis sempena ulang tahun ke-20 pembabitannya dalam dunia penyiaran.

Ini kemenangan terbaik saya - Zizan

Posted: 22 Sep 2019 07:49 AM PDT

PUTRAJAYA: Artis Komedi Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32,

Kemenangan Hael, Dayang bukti kolaborasi menjadi

Posted: 22 Sep 2019 07:21 AM PDT

PUTRAJAYA:  Pemenang kategori  Kolaborasi/Duo/Berkumpulan, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, Hael Husaini berharap, trofi itu dapat menutup mulut segelintir pihak yang selama ini, tidak menyenangi gandingannya dengan Dayang Nurfaizah.

ABPBH 32 : Janna janji tak 'demand'

Posted: 22 Sep 2019 07:24 AM PDT

PUTRAJAYA: Pelakon, Janna Nick tidak menyangka diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Versatil Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32.

Tempoh 5 tahun hingga 2019 paling panas

Posted: 22 Sep 2019 08:53 AM PDT

NEW YORK: Sebuah laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), hari ini, mendapati dunia ketinggalan dalam usaha mengelak bencana iklim dengan suhu selama tempoh lima tahun sehingga 2019 dijangka menjadi paling panas dalam rekod.

PKNP mara ke suku akhir Piala Malaysia

Posted: 22 Sep 2019 08:40 AM PDT

MANJUNG: PKNP FC akhirnya mara ke suku akhir Piala Malaysia selepas membelasah PJ City 3-0 pada aksi terakhir kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) sebentar tadi.

Perak bawa bekalan tipis ke Shah Alam

Posted: 22 Sep 2019 08:34 AM PDT

IPOH: Juara bertahan Piala Malaysia, Perak menewaskan Selangor 1-0 pada perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Perak sebentar tadi.

Pahang selesa atasi MU

Posted: 22 Sep 2019 08:31 AM PDT

MELAKA: Kebangkitan drastik Pahang pada babak kedua membolehkan skuad kendalian Dollah Salleh itu menang selesa ke atas Melaka United (MU) 3-0 di Stadium Hang Jebat, Paya Rumput sebentar tadi.

West Ham mudah atasi Man Utd

Posted: 22 Sep 2019 08:29 AM PDT

LONDON: West Ham United menewaskan Manchester United 2-0 di laman sendiri untuk melonjak ke tangga keempat Liga Perdana Inggeris dengan skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer menamatkan permainan tanpa penyerang selepas Marcus Rashford dikeluarkan akibat kecederaan.

Hanya sekolah di Klang, Kuala Langat ditutup

Posted: 22 Sep 2019 08:18 AM PDT

SHAH ALAM: Pejabat Menteri Besar menafikan mengeluarkan notis arahan menutup semua sekolah di Selangor selama dua hari bermula esok.

Alia mahu ikut jejak Nur Suryani

Posted: 22 Sep 2019 08:02 AM PDT

SEREMBAN: Penembak muda Negeri Sembilan, Alia Husna Budruddin berhasrat mengikut jejak penembak elit kebangsaan, Nur Suryani Mohamed Taibi, yang cemerlang dalam kejohanan peringkat antarabangsa.

Bekas atlet Perak boleh mohon kad kebajikan

Posted: 22 Sep 2019 07:56 AM PDT

IPOH: Bekas atlet Perak kini boleh membuat permohonan untuk mendapatkan Kad Kebajikan Bekas Atlet Perak yang disediakan khas oleh kerajaan sebagai inisiatif menyalurkan bantuan kepada bekas atlet negeri itu.

Vettel akhiri kemarau kemenangan

Posted: 22 Sep 2019 07:52 AM PDT

SINGAPURA: Sebastian Vettel meraih kemenangan pertamanya dalam tempoh setahun lebih dengan menerajui penamat satu-dua Ferrari di Grand Prix Singapura, manakala Lewis Hamilton di tempat keempat tetapi melebarkan kelebihan sebagai pendahulu kejuaraan kepada 65 mata.

Marquez hampiri kejuaraan MotoGP

Posted: 22 Sep 2019 07:44 AM PDT

MADRID: Marc Marquez mendominasi perlumbaan di Grand Prix Aragon yang meletakkannya hanya satu kemenangan lagi untuk mengesahkan gelaran MotoGP keenamnya.

Mora gembira prestasi JDT

Posted: 22 Sep 2019 07:31 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pengendali Johor Darul Ta`zim (JDT) Benjamin Mora gembira dan berpuas hati dengan kualiti yang dipamerkan anak buahnya biarpun hanya menang tipis 1-0 ke atas Terengganu FC (TFC) pada aksi suku akhir pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam tadi.

McPhee terlepas penamat podium

Posted: 22 Sep 2019 07:24 AM PDT

KUALA LUMPUR: John McPhee menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Aragon di tempat keempat selepas bermula daripada petak kesembilan sekali gus menambah kutipan mata keseluruhan selepas 14 pusingan musim kepada 126 mata. 

Kementerian Pendidikan kumpul data guru kongsi kemahiran di YouTube

Posted: 22 Sep 2019 07:07 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kementerian Pendidikan sedang mengumpul data berkaitan guru yang melakukan inisiatif sendiri merakam pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) mereka melalui saluran YouTube untuk dimasukkan ke dalam sebuah portal yang lebih menyeluruh dan sistematik.

Rakyat Australia ditahan miliki dadah RM12.1 juta

Posted: 22 Sep 2019 07:04 AM PDT

NEW DELHI: Seorang lelaki warga Australia diberkas selepas disyaki cuba menyeludup dadah amphetamine bernilai AS$2.9 juta (RM12.1 juta) ke Melbourne dari New Delhi, hari ini.

Menu nikah kahwin, jagung berek kiot jadi tarikan

Posted: 21 Sep 2019 07:07 PM PDT

BUKAN sahaja nama kedai makannya unik, malah nama menu dihidangkan juga pelik sehingga mengundang perhatian pengunjung bertandang ke Palo Retok Ngonar Leper, di Bunut Sarang Burung (dialek Kelantan bermaksud kedai makan dekat jambatan selekoh tajam).

Budak lelaki lemas mandi di sungai

Posted: 22 Sep 2019 06:50 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun ditemui lemas selepas dilaporkan hilang ketika mandi bersama rakannya di muara sungai Kuala Ibai, di sini, petang tadi.

Pelancong warga Amerika maut dirempuh pemandu mabuk

Posted: 22 Sep 2019 06:47 AM PDT

KUCHING: Seorang pelancong warga Amerika Syarikat terbunuh manakala isterinya cedera selepas dirempuh kereta dipandu lelaki dipercayai dalam keadaan mabuk ketika pasangan itu sedang melintas Jalan Padungan di sini, tengah malam tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template