Tuesday, September 3, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Syed Saddiq digesa selesaikan kemelut MPM

Posted: 03 Sep 2019 09:15 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli gabungan Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) berharap Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman masuk campur bagi menyelesaikan kemelut dalaman membabitkan pemilihan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk berkenaan.

Lori terbakar, trafik bergerak perlahan dari Terowong Menora ke Ipoh

Posted: 03 Sep 2019 08:38 AM PDT

IPOH: Trafik bergerak perlahan dari Terowong Menora menuju ke Ipoh akibat sebuah lori yang membawa muatan kain terbakar di Km 266.4 Lebuhraya Utara Selatan di sini lewat petang tadi.

Penuntut Kolej Vokasional Langkawi maut nahas

Posted: 03 Sep 2019 08:35 AM PDT

LANGKAWI: Seorang penuntut Kolej Vokasional Langkawi (KVL) maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Jalan Bayas di sini, hari ini.

Dr Mahathir mulakan lawatan rasmi di Kemboja

Posted: 01 Sep 2019 07:59 PM PDT

PHNOM PENH: Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, di sini, jam 9.35 pagi tadi (waktu tempatan) bagi memulakan lawatan rasmi tiga hari di Kemboja.

June Wei sertai undian utama Terbuka Taiwan

Posted: 03 Sep 2019 08:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki negara, Cheam June Wei mempamerkan prestasi cemerlang apabila berjaya melepasi pusingan kelayakan Terbuka Taiwan, hari ini.

Man United bersalah - Sanchez

Posted: 03 Sep 2019 08:01 AM PDT

LONDON: Alexis Sanchez percaya kegagalannya untuk menyinar sepanjang tempoh 18 bulan di Manchester United sebelum menyertai Inter Milan secara pinjaman adalah berikutan kurang diberi peluang.

Tuhan lebih sayangkan mereka...

Posted: 03 Sep 2019 07:52 AM PDT

TELUK INTAN: Wanita sarat mengandung yang terkorban dalam kemalangan di Kilometer 32 Jalan Langkap - Kampar berhampiran simpang Klinik Desa Tanjung Keramat, di sini pagi tadi hanya menunggu hari sahaja untuk melahirkan anak kelima.

Misi Fuad di Filipina

Posted: 03 Sep 2019 07:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Petinju negara, Muhamad Fuad Mohd Redzuan mahu mengelak bertemu wakil tuan rumah selepas ia dilihat mampu memberinya kelebihan untuk merangkul pingat emas di temasya Sukan SEA Filipina, November ini.

e-hailing motosikal bukan hanya GoJek - Anthony Loke

Posted: 03 Sep 2019 02:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Konsep perkhidmatan e-panggilan (e-hailing) motosikal diperkenalkan di negara ini tidak tertumpu kepada GoJek semata-mata.

Ustaz ditemui lemas

Posted: 03 Sep 2019 07:00 AM PDT

KOTA BELUD: Seorang ustaz sekolah agama yang hilang di perairan Nanamun, berhampiran Kampung Batu Gadong, Tamau, di sini, ditemui lemas jam 6.28 petang tadi.

Fokus pasukan sendiri lagi baik - Cheng Hoe

Posted: 02 Sep 2019 11:00 PM PDT

SEPANG: "Jangan sibuk hal orang!

Didakwa boleh seru roh, paderi haram novel Harry Potter

Posted: 03 Sep 2019 06:28 AM PDT

WASHINGTON: Paderi sebuah sekolah mubaligh di Nashville dinasihatkan supaya mengharamkan siri novel Harry Potter berhubung kebimbangan ia boleh digunakan untuk menyeru roh.

Tertekan mengenai duit 1MDB, bekas Ketua Setiausaha Sulit Najib hempas fail - Saksi

Posted: 03 Sep 2019 06:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Setiausaha Sulit Datuk Seri Najib Razak, Allahyarham Datuk Azlin Alias, pernah kelihatan begitu tertekan dan menghempaskan fail ke atas meja sambil meninggikan suara dan menyebut, 'Duit 1MDB lah bro!'.

Lawatan Dr Mahathir ke Russia tingkatkan lagi hubungan dua hala

Posted: 03 Sep 2019 06:16 AM PDT

VLADIVOSTOK: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, dijadual tiba esok di Russia untuk lawatan tiga hari atas jemputan Presiden Russia, Vladimir Putin.

Indonesia had kemasukan warga asing ke Papua

Posted: 03 Sep 2019 06:11 AM PDT

JAKARTAJAKARTA: Indonesia melaksanakan sekatan ke atas pelancong asing ke wilayah Papua, kata kerajaan hari ini, selepas empat warga Australia diusir berhubung dakwaan mereka menyertai bantahan menuntut kemerdekaan.

Eriksen luah kekecewaan

Posted: 03 Sep 2019 06:09 AM PDT

LONDON: Christian Eriksen berharap situasi membabitkan masa depannya boleh 'diputuskan seperti permainan Football Manager' sekali gus memberi gambaran dia kecewa tidak dibenarkan untuk berpindah oleh Tottenham.

Proses pelaksanaan penuh Undi18 diketahui selewat-lewatnya akhir 2021 - SPR

Posted: 03 Sep 2019 06:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Status proses pelaksanaan sepenuhnya Undi18 tahun dijangka akan dapat diketahui sekurang-kurangnya pada akhir tahun hadapan atau selewat-lewatnya pada akhir 2021, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun.

'Jangan sampai jadi korban penculikan'

Posted: 03 Sep 2019 06:03 AM PDT

KOTA KINABALU: Konsulat Jenderal Republik Indonesia (KJRI) di sini, mengeluarkan surat pemberitahuan mengenai pergerakan kumpulan bersenjata dari selatan Filipina yang ada kaitan dengan penculikan untuk wang tebusan di pantai timur Sabah.

Berjaya Land peroleh kontrak pembangunan di Myanmar

Posted: 03 Sep 2019 06:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Berjaya Land Bhd memperoleh kontrak bagi cadangan projek pembangunan di Yangon, Myanmar, yang memiliki nilai pembangunan kasar kira-kira RM2.63 bilion.

Tiga wanita maut kemalangan empat kenderaan

Posted: 03 Sep 2019 05:36 AM PDT

TELUK INTAN: Tiga wanita termasuk seorang sarat mengandung maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Kilometer 32, Jalan Langkap-Kampar, dekat sini, hari ini.

Ketirisan kutipan hasil cukai jalan RM50 juta - JPJ

Posted: 03 Sep 2019 05:32 AM PDT

PUTRAJAYA: Ketirisan kutipan hasil daripada urus niaga Lesen Kenderaan Motor (LKM) di negara ini mencecah RM50 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos tahun ini.

Siti Zainon Sasterawan Negara ke-14

Posted: 03 Sep 2019 12:54 AM PDT

PUTRAJAYA: Novelis, Prof Dr Siti Zainon Ismail dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara ke-14 yang membawa gelaran Sasterawan Negara.

Hakisan pantai undang risiko kepada nelayan

Posted: 03 Sep 2019 05:25 AM PDT

ALOR GAJAH: Hakisan pantai yang mengundang risiko dihempap pokok tumbang memaksa sembilan nelayan memindahkan perahu masing-masing ke lokasi lebih selamat.

Bekas banduan, penagih dadah dibantu kembali ke pangkuan masyarakat

Posted: 03 Sep 2019 05:22 AM PDT

SEREMBAN: Kerajaan negeri bercadang memperkenalkan dana Modal Insan pada Belanjawan Negeri Sembilan yang akan dibentangkan November depan dalam usaha memudahkan bekas banduan dan penagih dadah mendapatkan pekerjaan.

Harap dapat belanjawan mensejahterakan rakyat - Khalid

Posted: 03 Sep 2019 05:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan berharap mendapat peruntukan bagi melaksanakan program mensejahterakan rakyat dalam Belanjawan 2020.

PAC bakal muktamad syor isu Air Mobility, VEP

Posted: 03 Sep 2019 05:12 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memuktamadkan rumusan dan syor berhubung dua isu yang dibangkitkan dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) sebelum ini.

Tiada gelanggang rumput asli jejas persiapan skuad boling padang

Posted: 03 Sep 2019 04:47 AM PDT

Foto Syarafiq Abd Samad

Usahawan Malaysia perlu manfaatkan kemudahan DTA

Posted: 03 Sep 2019 02:45 AM PDT

PHNOM PENH: Usahawan Malaysia perlu lebih berani meneroka peluang perniagaan dan pelaburan di peringkat global bagi membantu usaha memperkukuhkan ekonomi negara.

Bursa Malaysia ditutup lebih rendah

Posted: 03 Sep 2019 04:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup lebih rendah, sejajar dengan kebanyakan pasaran saham serantau disebabkan kebimbangan semakin meningkat terhadap ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dengan kerugian kebanyakannya dilihat di kaunter produk pengguna dan perladangan, kata peniaga.

Ringgit ditutup rendah

Posted: 03 Sep 2019 04:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan pasaran mata wang pasaran membangun yang lain disebabkan oleh faktor luaran.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template