BH Online - Terkini |
- Syed Ibrahim Syed Noh Pengerusi PKR Johor
- PKNS FC julang Piala Presiden 2019
- Sarri mahu pemain gembira hadapi Liga Juara-Juara
- Angin kuat di Eropah Tengah, seorang kanak-kanak maut
- Wanita langgar 2 peserta KL Marathon kena tahan
- China gandakan anggota tentera di Hong Kong - Diplomat
- Mohd Shukri dilaporkan masih kritikal
- Terjun sungai selepas bergaduh dengan anak
- Kilang kitar semula beroperasi secara haram akan diroboh
- TH nafi lupuskan pegangan saham
- Mahkamah batal hukuman penjara pelakon Russia
- Maszlee mahu masyarakat kongsi kisah kejayaan guru
- Kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang daripada rumah
- Pulangan tidak munasabah punca dividen rendah - Mohamad
- Gajah pygmy dibunuh kejam, 70 peluru dalam badan
- Lebih 50 penunggang syarikat di Melaka mogok
- Polis Nigeria selamatkan 19 wanita daripada 'kilang bayi'
- Saya belum boleh bergelar Galactico - Hazard
- Pencapaian Skuasy Terbuka Malaysia beri sinar baharu
- TH Plantations pecat CFO
- Public Mutual umum agihan enam dana RM43 juta
- Bursa Malaysia ditutup rendah
- MbS ambil tanggungjawab, nafi arah bunuh Khashoggi
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> EKSKLUSIF: Kahwin wanita tempatan untuk buka perniagaan
- ERL: Tambang percuma bagi kanak-kanak bawah 6 tahun
- Dakwaan sekolah larang baca doa disiasat - PDRM
- LTAT laksana 6 teras utama perkukuh tadbir urus
- BN Johor mahu anak tempatan calon PRK Tanjung Piai
- Tidak hormat Lagu Kebangsaan: 7 individu dipanggil beri keterangan
- Ringgit teruskan aliran meningkat
| Syed Ibrahim Syed Noh Pengerusi PKR Johor Posted: 30 Sep 2019 08:39 AM PDT KUALA LUMPUR: PKR malam ini mengumumkan pelantikan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh, sebagai Pengerusi PKR Johor yang baharu. |
| PKNS FC julang Piala Presiden 2019 Posted: 30 Sep 2019 08:17 AM PDT IPOH: Pasukan PKNS FC mencipta sejarah tersendiri dengan menjulang Piala Presiden buat kali pertama selepas menumpaskan Perak dengan agregat 2-1 sebentar tadi. |
| Sarri mahu pemain gembira hadapi Liga Juara-Juara Posted: 30 Sep 2019 08:14 AM PDT TURIN, Itali: Jurulatih Juventus, Maurizio Sarri percaya pasukannya perlu lebih bergembira jika mereka mahu menghidupkan sebarang peluang menamatkan penantian 24 tahun untuk merangkul trofi Liga Juara-Juara. |
| Angin kuat di Eropah Tengah, seorang kanak-kanak maut Posted: 30 Sep 2019 07:50 AM PDT BRATISLAVA: Seorang kanak-kanak lelaki maut dan beberapa kanak-kanak lain cedera, selepas angin kuat mengakibatkan sebuah pokok tumbang di Slovakia, menurut polis. |
| Wanita langgar 2 peserta KL Marathon kena tahan Posted: 30 Sep 2019 07:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan pemandu wanita yang dipercayai terbabit dalam kes langgar lari dua peserta larian Standard Chartered KL Marathon di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), dari arah Ampang hala ke Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE), awal pagi semalam. |
| China gandakan anggota tentera di Hong Kong - Diplomat Posted: 30 Sep 2019 07:43 AM PDT HONG KONG: China secara senyap menambah lebih dua kali ganda pengerahan pasukan keselamatan dari tanah besar di wilayah ini, menurut wakil asing dan penganalisis keselamatan, dalam tindakan paling dramatik oleh Beijing untuk persiapan potensi rusuhan bertukar ganas di pusat kewangan global itu. |
| Mohd Shukri dilaporkan masih kritikal Posted: 30 Sep 2019 07:34 AM PDT KANGAR: Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli yang rebah dipercayai akibat serangan jantung ketika berucap pada satu majlis ceramah, semalam, dilaporkan masih kritikal. |
| Terjun sungai selepas bergaduh dengan anak Posted: 30 Sep 2019 07:32 AM PDT BANTING: Wanita yang terjun ke dalam Sungai Langat pada Sabtu lalu, ditemui mati apabila mayatnya ditemui dalam sungai itu, berhampiran Tokong Cina Teluk Bunut, di sini, pagi tadi. |
| Kilang kitar semula beroperasi secara haram akan diroboh Posted: 30 Sep 2019 07:26 AM PDT SUNGAI PETANI: Kerajaan akan merobohkan kilang kitar semula di sekitar daerah ini sekiranya terus beroperasi secara haram, selepas disita kerajaan negeri. |
| TH nafi lupuskan pegangan saham Posted: 30 Sep 2019 07:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) terus mengambil peluang untuk melabur dalam pasaran saham domestik, bagi mengukuhkan portfolio pelaburannya. |
| Mahkamah batal hukuman penjara pelakon Russia Posted: 30 Sep 2019 07:15 AM PDT MOSCOW: Mahkamah Moscow membatalkan hukuman penjara terhadap seorang pelakon, Pavel Ustinov, dalam kes yang mencetuskan bantahan dan kempen solidariti besar-besaran. |
| Maszlee mahu masyarakat kongsi kisah kejayaan guru Posted: 30 Sep 2019 07:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, mahu masyarakat berkongsi kisah kejayaan mengenai guru yang mereka kenali supaya menjadi inspirasi kepada warga pendidik yang lain. |
| Kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang daripada rumah Posted: 30 Sep 2019 07:11 AM PDT BINTULU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang daripada rumah keluarganya di tepi Sungai Kemena, Kampung Baru, dekat sini, sejak Sabtu lalu. |
| Pulangan tidak munasabah punca dividen rendah - Mohamad Posted: 30 Sep 2019 07:08 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelaburan tidak munasabah yang dijalankan kepimpinan terdahulu menyebabkan keuntungan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) lebih rendah dan memberi kesan kepada pembayaran dividen kepada ahlinya bagi tahun kewangan berakhir 2018. |
| Gajah pygmy dibunuh kejam, 70 peluru dalam badan Posted: 29 Sep 2019 11:07 PM PDT KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah menyifatkan kematian gajah pygmy di Sungai Udin, Dumpas, Kalabakan, Tawau, Khamis lalu, sebagai satu pembunuhan kejam apabila hasil bedah siasat mendapati kira-kira 70 peluru dalam badan haiwan itu. |
| Lebih 50 penunggang syarikat di Melaka mogok Posted: 30 Sep 2019 04:58 AM PDT MELAKA: Penunggang perkhidmatan penghantaran makanan dalam talian, foodpanda di negeri ini melancarkan mogok selama sehari bermula jam 8 pagi tadi. |
| Polis Nigeria selamatkan 19 wanita daripada 'kilang bayi' Posted: 30 Sep 2019 06:21 AM PDT LAGOS: Polis Nigeria berjaya menyelamatkan 19 wanita hamil dari beberapa lokasi di ibu kota ini hari ini yang dipaksa melahirkan anak untuk dijual. |
| Saya belum boleh bergelar Galactico - Hazard Posted: 30 Sep 2019 05:48 AM PDT BARCELONA: Penyerang Real Madrid, Eden Hazard berkata dia perlu meningkat untuk menyamai status sebagai 'Galactico' selepas permulaan perlahan musim ini, gagal menjaringkan gol dan memberikan umpanan buat kelab baharunya. |
| Pencapaian Skuasy Terbuka Malaysia beri sinar baharu Posted: 30 Sep 2019 05:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejayaan berganda pemain negara, Ng Eain Yow dan Rachel Arnold pada edisi ke-39 Kejohanan Skuasy Terbuka Malaysia berakhir semalam kembali memberikan sinar buat negara selepas persaraan Datuk Nicol Ann David yang juga juara Terbuka Malaysia lapan kali Jun lalu. |
| Posted: 30 Sep 2019 05:41 AM PDT KUALA LUMPUR: TH Plantations Bhd, yang 73.84 peratus kepentingannya dipegang oleh Lembaga Tabung Haji (TH), hari ini memecat Ketua Pegawai Kewangan (CFO), Mohamed Azman Shah Ishak. |
| Public Mutual umum agihan enam dana RM43 juta Posted: 30 Sep 2019 05:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Anak syarikat Public Bank, Public Mutual hari ini mengumumkan agihan lebih RM43 juta untuk enam dana bagi tahun kewangan berakhir 30 September 2019. |
| Posted: 30 Sep 2019 05:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia rendah ketika mengakhiri sesi dagangan hari ini, didorong oleh aktiviti jualan yang berterusan dalam saham berharga rendah dan bermodal kecil, kata peniaga. |
| MbS ambil tanggungjawab, nafi arah bunuh Khashoggi Posted: 30 Sep 2019 04:48 AM PDT DUBAI: Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, atau dikenali dengan singkatan MbS, berkata beliau mengambil tanggungjawab penuh bagi pembunuhan wartawan Jamal Khashoggi tetapi menafikan mengarahkan pembunuhan itu. |
| Posted: 30 Sep 2019 05:00 AM PDT KOTA KINABALU: Mengahwini wanita tempatan antara taktik digunakan lelaki warga Pakistan untuk menjalankan perniagaan dengan lokasi tumpuan di pinggir bandar dan penempatan setinggan yang jarang digempur pihak berkuasa. |
| ERL: Tambang percuma bagi kanak-kanak bawah 6 tahun Posted: 30 Sep 2019 04:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) mengumumkan tambang percuma kepada kanak-kanak berusia di bawah enam tahun yang menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, mulai esok. |
| Dakwaan sekolah larang baca doa disiasat - PDRM Posted: 29 Sep 2019 11:51 PM PDT KUALA LUMPUR: Polis membuka kertas siasatan berhubung dakwaan sebuah sekolah rendah di Pulau Pinang melarang bacaan doa pada Majlis Hari Kecemerlangan Pelajar, yang diadakan baru-baru ini. |
| LTAT laksana 6 teras utama perkukuh tadbir urus Posted: 30 Sep 2019 03:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) komited untuk melaksanakan pelan transformasi merangkumi enam teras utama dalam usaha memperkukuhkan tadbir urus korporat dan meningkatkan pelaburan mampan. |
| BN Johor mahu anak tempatan calon PRK Tanjung Piai Posted: 30 Sep 2019 04:30 AM PDT JOHOR BAHRU: Barisan Nasional (BN) Johor akan mencadangkan nama anak tempatan Tanjung Piai sebagai calon pilihan raya kecil (PRK) Parlimen itu. |
| Tidak hormat Lagu Kebangsaan: 7 individu dipanggil beri keterangan Posted: 30 Sep 2019 04:17 AM PDT KUCHING: Polis memanggil tujuh individu untuk memberi keterangan, hari ini, berhubung tindakan mereka didakwa tidak berdiri sebagai tanda hormat ketika Lagu Kebangsaan dimainkan pada satu majlis, di sini. |
| Ringgit teruskan aliran meningkat Posted: 30 Sep 2019 04:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran meningkat berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) semasa urus niaga ditutup hari ini, dipacu peningkatan permintaan pelabur terhadap mata wang tempatan, kata seorang peniaga. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment