Thursday, September 5, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Mahkamah rekod Syed Hussein Presiden DPMM

Posted: 05 Sep 2019 01:11 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menerima notis Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) yang mengesahkan pemecatan bekas presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Rizal Faris Mohideen Abdul Kader.

2 penyokong Malaysia cedera termasuk patah tangan

Posted: 05 Sep 2019 09:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua penyokong Malaysia disahkan cedera akibat insiden penyokong Indonesia cuba menyerang mereka dan terkena lontaran objek di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi.

Skuad Harimau Malaya naik barracudda tinggalkan stadium

Posted: 05 Sep 2019 10:12 AM PDT

JAKARTA: Kesemua pemain dan pegawai pasukan Harimau Malaya terpaksa menaiki kereta perisai barracuda ke hotel penginapan atas faktor keselamatan.

Vierge sah sertai Moto2 PETRONAS Sprinta Racing

Posted: 05 Sep 2019 09:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pelumba Sepanyol, Xavi Vierge sah bakal menyertai pasukan Moto2 PETRONAS Sprinta Racing bagi musim depan manakala satu lagi slot untuk kelas pertengahan itu masih belum diumumkan secara rasmi.

Video penyokong Indonesia serang penyokong Malaysia viral

Posted: 05 Sep 2019 08:53 AM PDT

KUALA LUMPUR: Video sejumlah penyokong Indonesia menyerang kawasan tempat duduk penyokong skuad Harimau Malaya yang sedang menyaksikan perlawanan pasukan bola sepak kedua-dua negara bertarung pada aksi pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Gelora Bung Karno, Jakarta, malam ini, viral sebentar tadi.

Taufan Dorian jatuh kategori 2, namun masih berbahaya

Posted: 05 Sep 2019 09:12 AM PDT

MIAMI: Taufan Dorian semakin lemah dan diturunkan kepada ribut kategori dua, semalam, ketika ia bergerak di pesisir beberapa negeri Amerika Syarikat di selatan dan utara Carolina, menurut pakar kaji cuaca AS.

'La Liga tak perlukan Neymar'

Posted: 05 Sep 2019 09:07 AM PDT

LONDON: Bekas jurulatih skuad kebangsaan Sepanyol, Vicente del Bosque berkata dia tidak akan membawa Neymar ke La Liga jika kelab kendaliannya adalah Barcelona atau Real Madrid.

Rasuah beransur-ansur kurang jika kepemimpinan bersih

Posted: 05 Sep 2019 09:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Rasuah secara beransur-ansur boleh berkurangan apabila kepemimpinan teras sesebuah negara bersih, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

KBS buat laporan rasmi

Posted: 05 Sep 2019 09:01 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman akan menghantar perutusan rasmi kepada kerajaan Indonesia berhubung insiden penyokong tuan rumah membaling objek besi, botol dan suar ke arah penonton Malaysia selepas Harimau Malaya menewaskan Garuda 3-2 dalam perlawanan pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, malam tadi.

Kemelut di Real lonjak semangat Bale

Posted: 05 Sep 2019 08:32 AM PDT

LONDON: Gareth Bale berkata dia merasa lebih tenang selepas mengharungi tempoh sukar di Real Madrid dan semangatnya berkobar-kobar ketika Wales bersedia menghadapi Azerbaijan bagi aksi kelayakan Euro 2020, esok.

Suami, isteri cedera kejar peragut

Posted: 05 Sep 2019 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri cedera apabila motosikal dinaiki terbabas ketika mengejar dua lelaki yang meragut beg tangan wanita itu di laluan bertingkat Jalan Suntex, Batu 9, Cheras, hari ini.

Harimau Malaya 'baham' Garuda di Jakarta

Posted: 05 Sep 2019 05:58 AM PDT

JAKARTA: Penyerang skuad Harimau Malaya, Mohamadou Sumareh muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan pada penghujung permainan buat memastikan Malaysia meraih tiga mata berharga selepas menewaskan Indonesia 3-2 dalam aksi pertama Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di sini, malam tadi.

Wilayah timur Russia peluang baharu bagi Malaysia

Posted: 05 Sep 2019 08:13 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usaha Russia membangunkan wilayah timurnya akan membuka peluang pasaran baharu bagi Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

PM Britain mahu pilihan raya awal

Posted: 05 Sep 2019 08:04 AM PDT

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mahu mengadakan pilihan raya awal, hari ini, selepas undi parlimen menggagalkan strategi Brexit tanpa perjanjian dan menyebabkan beliau hilang majoriti.

Hospital SELGATE Sepang dijangka beroperasi 2023

Posted: 05 Sep 2019 04:17 AM PDT

JOHOR BAHRU: Syarikat dalam Kumpulan JOLAND, Builtech Acres Sdn Bhd hari ini, memeterai memorandum perjanjian (MoA) bersama SELGATE Healthcare Sdn Bhd untuk membina hospital swasta di Sepang, Selangor.

Dr Mahathir tiba di Osaka

Posted: 05 Sep 2019 07:26 AM PDT

OSAKA: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tiba di Osaka malam ini bagi memulakan lawatan kerja selama tiga hari ke Kyoto, Jepun.

Shalin masih ingin ke Sukan SEA

Posted: 05 Sep 2019 05:49 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ratu tenpin boling negara, Shalin Zulkifli yakin mampu mengejar kelompok empat pemain wanita terbaik negara untuk memastikan beliau tersenarai ke Sukan SEA 2019 di Filipina pada November ini.

WGB teroka bidang teknologi solar di Indonesia

Posted: 05 Sep 2019 07:10 AM PDT

KUALA LUMPUR: Worldwide Green Bhd (WGB), anak syarikat Gading Kencana Sdn Bhd (GKSB) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Muhamadiah Semarang (UNIMUS), Indonesia bagi meneroka peluang dalam bidang pertanian dan latihan dalam teknologi solar di Banjar Masin, Kalimantan, Indonesia.

MSU, BH perkukuh kerjasama

Posted: 05 Sep 2019 06:41 AM PDT

SHAH ALAM: Kerjasama institusi pendidikan swasta terkemuka negara, Management and Science University (MSU) dengan The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) melalui akhbar BH, diharap terus diperkukuhkan pada masa depan.

Dua pemain muda dapat pengalaman hebat di Bayern

Posted: 05 Sep 2019 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua pemain muda Malaysia mendapat pengalaman hebat dan berguna selepas menyertai Allianz Explorer Camp (AEC) – Edisi Bola Sepak di Munich, Jerman, baru-baru ini.

Pakar jantung maut nahas jalan raya

Posted: 05 Sep 2019 06:16 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pakar jantung Pusat Perubatan Pakar Universiti Teknologi MARA (UiTM) Sungai Buloh, maut apabila motosikal ditunggangnya terbabas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, hari ini.

CIMB tegaskan perkhidmatan perbankannya kekal tidak terjejas

Posted: 05 Sep 2019 05:51 AM PDT

KUALA LUMPUR: CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd sekali lagi menegaskan bahawa sistem perbankan teras dan data pelanggannya kekal utuh.

Ringgit lanjutkan aliran meningkat

Posted: 05 Sep 2019 05:37 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menaik berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh perkembangan positif membabitkan rundingan perdagangan AS-China.

Bursa Malaysia ditutup rendah

Posted: 05 Sep 2019 05:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini walaupun bursa serantau merekodkan sentimen positif susulan aktiviti pengambilan untung sederhana di kaunter saham mewah terpilih, kata peniaga.

Pengurus dakwa rugi RM150,000 ditipu pelaburan tidak wujud

Posted: 05 Sep 2019 05:33 AM PDT

KUANTAN: Seorang pengurus sebuah syarikat, di sini, mendakwa kerugian RM150,000 akibat ditipu dengan tawaran pelaburan tidak wujud, Jun lalu.

SIDC lantik Tengku Zarina sebagai CEO

Posted: 05 Sep 2019 05:29 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Industri Sekuriti (SIDC) melantik Tengku Zarina Tengku Chik sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya, berkuat kuasa 1 September 2019.

Atletico minat Eriksen

Posted: 05 Sep 2019 05:23 AM PDT

LONDON: Atletico Madrid muncul kelab terbaharu dikaitkan dengan pemain tengah Tottenham, Christian Eriksen, menurut laporan akhbar di Sepanyol.

Dr Mahathir akan bincang bon samurai ketika lawatan ke Kyoto

Posted: 05 Sep 2019 05:10 AM PDT

KYOTO (Jepun): Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka bertemu Gabenor Japan Bank for International Cooperation (JBIC), Tadashi Maeda, ketika lawatan beliau ke Kyoto, Jepun, untuk membincangkan kemungkinan penerbitan bon Samurai yang lain.

Penyokong Malaysia dibaling batu di Gelora Bung Karno

Posted: 05 Sep 2019 04:54 AM PDT

JAKARTA: "Macam berperang", kata salah seorang penyokong skuad Harimau Malaya, Muhammad Jailani Ahmad Zawawi apabila dia bersama 400 penyokong negara dibaling batu oleh penyokong Indonesia sebaik tiba di Stadium Gelora Bung Karno, di sini, sebentar tadi.

Pelumba Dungun, Marang tepati ramalan emas pertama SUTERA2019

Posted: 05 Sep 2019 05:08 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Dua pelumba mewakili daerah Dungun dan Marang menepati ramalan apabila berjaya menggondol emas pertama Sukan Terengganu 2019 (SUTERA2019) masing-masing melalui acara Berbasikal Ujian Masa Perseorangan Lelaki dan Wanita di Lebuh Raya Pulau Sekati, di sini, hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template