BH Online - Terkini |
- Vojvoda bantu Kosovo kekal rekod
- PTPTN cadang Sabah pilih SSPN sebagai insentif, hadiah dalam program
- AIM peruntukkan RM2.5 bilion pembayaran mikro tahun ini
- Leclers beri amaran
- 15,000 peserta sertai Marvel Run
- Program bersama Dr Zakir di Melaka tenang
- Eto gantung but
- Peroni selamat dalam kemalangan ngeri
- Wany Hasrita tawan Terengganu
- Penerjun lelaki 'lemas' di Pusat Akuatik Nasional
- Artikel jejas reputasi, imej PM Singapura: peguam
- Kerajaan timbang skim lantikan terbaik - PM
- Taliban culik enam wartawan Afghanistan
- Suspek MH17 termasuk senarai pertukaran banduan Ukraine, Russia
- Bumbung rumah terbang dibadai ribut
- 'Hadiah' Dr Maszlee untuk calon UPSR
- Mahkamah benar SPRM warta notis lucut hak wang UMNO Pekan
- Amirul terpantas di Teluk Intan
- Pakistan diserang ribuan lalat
- Iran tahan kapal dengan 12 kru warga Filipina
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> KPDNHEP guna sistem khas online pantau AP
- Tun M mahu terbitan bon Samurai kedua diteruskan
- Warga emas kelar leher selepas kemalangan
- Apa nasib kontraktor Bumiputera projek Pan Borneo
- Kaedah pengajaran secara rakaman video di sekolah - PM
- 'Allah tentukan peluang kedua hidup bersama'
- Nana kesal sikap tamak segelintir peniaga
- Pakistan tidak izin Presiden India guna ruang udara
- TPM bimbang masyarakat ketagih teknologi, media sosial
- YAKEB bantu bekas atlet jadi jurulatih
| Vojvoda bantu Kosovo kekal rekod Posted: 07 Sep 2019 08:37 AM PDT PRISTINA: Tonggak pertahanan, Mergim Vojvoda muncul wira Kosovo apabila meledak gol kemenangan bagi membantu pasukan itu melakar kemenangan 2-1 ke atas Republik Czech dalam aksi Kumpulan A kempen kelayakan Euro 2020, sebentar tadi. |
| PTPTN cadang Sabah pilih SSPN sebagai insentif, hadiah dalam program Posted: 07 Sep 2019 08:18 AM PDT KOTA KINABALU: Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mencadangkan kepada kerajaan Sabah untuk menjadikan Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai pilihan utama, dalam pemberian insentif ataupun hadiah bagi program di masa hadapan. |
| AIM peruntukkan RM2.5 bilion pembayaran mikro tahun ini Posted: 07 Sep 2019 08:10 AM PDT KANGAR: Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) memperuntukkan RM2.5 bilion bagi pembiayaan mikro pada tahun ini, dengan menyasarkan keseluruhan 400,000 orang Sahabat AIM (usahawan AIM) sehingga hujung tahun. |
| Posted: 07 Sep 2019 08:07 AM PDT MONZA, Itali: Charles Leclers menghadiahkan petak hadapan buat Ferrari selepas merakam masa pantas pada sesi ujian kelayakan Grand Prix (GP) Itali, sebentar tadi. |
| 15,000 peserta sertai Marvel Run Posted: 07 Sep 2019 08:04 AM PDT PUTRAJAYA: Marvel Run yang julung kali diadakan di Malaysia bermula malam ini di Dataran Putrajaya dengan disertai 15,000 peserta. |
| Program bersama Dr Zakir di Melaka tenang Posted: 07 Sep 2019 06:55 AM PDT MELAKA: 'Malam Islam Bersatu' bersama pendakwah bebas, Dr Zakir Naik di Masjid Cina, Krubong di sini, malam ini, berlangsung dengan tenang meskipun sebelum ini ada pihak membantah program itu. |
| Posted: 07 Sep 2019 06:52 AM PDT PARIS: Pemain terbaik Afrika empat kali dari Cameroon, Samuel Eto mengumumkan persaraannya hari ini pada usia 38 tahun. |
| Peroni selamat dalam kemalangan ngeri Posted: 07 Sep 2019 06:18 AM PDT MONZA, Itali: Pemandu Formula Tiga (F3), Alex Peroni terselamat selepas terbabit dengan kemalangan mengerikan di Litar Monza, hari ini. |
| Posted: 07 Sep 2019 04:00 AM PDT KUALA TERENGGANU: Litar basah kerana hujan tidak menghalang penyanyi popular tanah air, Wany Hasrita yang beraksi dalam kelas selebriti menjuarai perlumbaan kedua pusingan pertama musim ketiga kejohanan Toyota Gazoo Racing Festival dan Cabaran Perlumbaan Toyota Vios di pekarangan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Gong Badak, petang tadi. |
| Penerjun lelaki 'lemas' di Pusat Akuatik Nasional Posted: 07 Sep 2019 05:59 AM PDT KUALA LUMPUR: Penerjun lelaki negara terpaksa menunggu sehingga tahun hadapan bagi memperoleh tiket ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo apabila tidak berjaya memperoleh satu tiket Olimpik yang ditawarkan dalam acara 3 meter (m) papan anjal lelaki pada Piala Terjun Asia di Pusat Akuatik Nasional, Bandar Sukan Kuala Lumpur di sini, malam ini. |
| Artikel jejas reputasi, imej PM Singapura: peguam Posted: 07 Sep 2019 05:54 AM PDT Singapura: Peguam Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong dalam saman fitnah terhadap pengarang The Online Citizen (TOC), mendakwa artikel yang diterbitkan oleh laman web itu mengandungi pelbagai tuduhan palsu dan tidak berasas. |
| Kerajaan timbang skim lantikan terbaik - PM Posted: 07 Sep 2019 05:52 AM PDT KYOTO: Kerajaan sedang mencari jalan terbaik berhubung cadangan tiada lagi lantikan baharu dalam perkhidmatan awam di bawah skim tetap dan berpencen, bagi memastikan ia tidak merugikan penjawat awam, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Taliban culik enam wartawan Afghanistan Posted: 07 Sep 2019 05:30 AM PDT KABUL: Militan Taliban menculik enam wartawan Afghanistan yang bekerja dengan pertubuhan media persendirian dan kerajaan di wilayah Paktia, kata pegawai hari ini. |
| Suspek MH17 termasuk senarai pertukaran banduan Ukraine, Russia Posted: 07 Sep 2019 05:26 AM PDT AMSTERDAM: Ukraine menyenaraikan lelaki yang disyaki terbabit dalam menembak jatuh pesawat Malaysia Airlines dalam pertukaran banduan dengan Russia, kata kerajaan Belanda hari ini. |
| Bumbung rumah terbang dibadai ribut Posted: 07 Sep 2019 05:21 AM PDT KUALA TERENGGANU: Sebanyak 72 kediaman termasuk premis perniagaan rosak dibadai ribut di empat kampung di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Wakaf Mempelam di sini, hari ini. |
| 'Hadiah' Dr Maszlee untuk calon UPSR Posted: 07 Sep 2019 05:11 AM PDT KUALA LUMPUR: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menerima 'hadiah' khusus daripada Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, sebagai pencetus semangat. |
| Mahkamah benar SPRM warta notis lucut hak wang UMNO Pekan Posted: 05 Sep 2019 09:20 PM PDT KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, membenarkan permohonan pendakwa raya untuk mewartakan notis bagi memanggil pihak ketiga yang mempunyai kepentingan terhadap wang lebih RM700,000 disita daripada UMNO Bahagian Pekan, Datuk Seri Najib Razak dan 39 individu lain. |
| Amirul terpantas di Teluk Intan Posted: 07 Sep 2019 04:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba Motul Yamaha YY Pang Racing, Tengku Amirul Haffirudin memberi amaran awal apabila mencatat masa terpantas pada sesi kelayakan kelas CP150 di Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix Malaysia PETRONAS yang membuka tirai di Teluk Intan, Perak hari ini. |
| Pakistan diserang ribuan lalat Posted: 07 Sep 2019 04:23 AM PDT KARACHI: Ribuan lalat dilaporkan menyerang pusat komersial Pakistan, dan ia mencatatkan rekod tertinggi sepanjang musim tengkujuh kali ini, sekali gus memburukkan lagi keadaan di Karachi. |
| Iran tahan kapal dengan 12 kru warga Filipina Posted: 07 Sep 2019 04:56 AM PDT DUBAI: Pengawal pantai Iran menahan sebuah bot tunda asing yang disyaki menyeludup minyak di Teluk dan memberkas 12 kru warga Filipina, hari ini. |
| Posted: 07 Sep 2019 04:47 AM PDT PUTRAJAYA: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggunakan sebuah sistem khas dalam talian untuk memantau dan mengekang kegiatan menjual permit import (AP) bahan makanan di bawah penyeliaannya. |
| Tun M mahu terbitan bon Samurai kedua diteruskan Posted: 07 Sep 2019 04:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mahu terbitan bon Samurai kedua diteruskan. |
| Warga emas kelar leher selepas kemalangan Posted: 07 Sep 2019 04:18 AM PDT KUALA SELANGOR: Seorang warga emas yang dipercayai mengalami kemurungan, maut selepas mengelar lehernya setelah kereta dipandu terbabit dalam kemalangan di Jalan Tali Air Sawah Sempadan, Tanjong Karang, pagi tadi. |
| Apa nasib kontraktor Bumiputera projek Pan Borneo Posted: 07 Sep 2019 04:16 AM PDT KUCHING : Persatuan Kontraktor Bumiputera Malaysia (PKBM) Sarawak menggesa Kementerian Kerja Raya menyiasat segera kegagalan Rakan Pelaksana Projek (PDP) Lebuh Raya Pan Borneo, Lebuh Raya Borneo Utara Bhd (LBU) melantik kontraktor dalam kalangan Bumiputera. |
| Kaedah pengajaran secara rakaman video di sekolah - PM Posted: 07 Sep 2019 03:28 AM PDT KYOTO: Kaedah pengajaran secara rakaman video oleh guru terpilih akan diperkenalkan di sekolah tidak lama lagi bagi memudah dan mempertingkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| 'Allah tentukan peluang kedua hidup bersama' Posted: 06 Sep 2019 10:43 PM PDT SHAH ALAM: Seramai 44 pasangan melangsungkan pernikahan menerusi program perkahwinan beramai-ramai anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), hari ini, termasuk sepasang suami isteri yang pernah berpisah. |
| Nana kesal sikap tamak segelintir peniaga Posted: 07 Sep 2019 03:47 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengacara, Nana Mahazan, mendedahkan sudah empat tahun berhenti membuat hebahan produk di laman Instagram gara-gara tindakan segelintir peniaga menyalahgunakan namanya. |
| Pakistan tidak izin Presiden India guna ruang udara Posted: 07 Sep 2019 03:35 AM PDT ISLAMABAD: Pakistan, hari ini tidak membenarkan pesawat yang membawa Presiden India, Ram Nath Kovind, terbang di ruang udaranya, disebabkan tindak tanduk New Delhi sejak kebelakangan ini. |
| TPM bimbang masyarakat ketagih teknologi, media sosial Posted: 07 Sep 2019 01:18 AM PDT GOMBAK: Timbalan Perdana Menteri bimbang dengan tabiat masyarakat yang taksub dan terlalu bergantung dengan teknologi dan media sosial sehinggakan kanak-kanak seawal usia dua tahun sudah didedahkan dengan gajet seperti telefon pintar. |
| YAKEB bantu bekas atlet jadi jurulatih Posted: 07 Sep 2019 03:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 30 ahli Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) menyertai Kursus Sains Sukan Tahap I yang berlangsung selama lima hari di Bukit Jalil pada setiap Sabtu dan Ahad sehingga 21 September ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment