BH Online - Terkini |
- 29 pendaki Gunung Liang terkandas
- Leclerc julang Ferrari di Monza
- 4 sekeluarga dilaporkan hilang selepas keluar memancing
- Pahang pertahan kejuaraan Piala Agong
- PLUS hargai tindakan pantas bomba padam kebakaran bas di R&R
- Dua 'ekor' Harimau Malaya dapat kejutan
- Kejadian dipercayai kemalangan tidak disengajakan - Polis
- Terselamat kerana bau hangit
- Universiti Bangladesh gantung pelajar sebab etnik Rohingya
- Malaysia tolak kenyataan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina berhubung Sabah
- MU uji kekuatan di Riau
- Wanita mahu ambil wuduk nyaris dipatuk ular
- Tambahan 1,500 kematian akibat gelombang haba di Perancis
- Ainul Mardhiah selamat pulang ke rumah
- Coutinho ubah Bayern jadi calon juara Eropah
- Pemilihan Taman Botani beri nilai tambah kepada penganjuran RFP 2019
- FIFA patut gantung Gelora Bung Karno - Hamidin
- Jualan Matta Fair RM200 juta, percutian Muslim pilihan utama
- Thailand beri amaran persaingan durian China
- Ketepi perbezaan, wujudkan perpaduan dan kebersamaan - Agong
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Kebun haram warga asing
- KPM lancar Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan, IPTA
- Batalkan projek tambak laut selatan Pulau Pinang
- Dua maut akibat strok haba di Sri Lanka
- Giliran Dhabitah raih tiket ke Tokyo
- Gamit nostalgia zaman dahulu
- Tengku Amirul juarai pusingan 6 Cub Prix
- Lima individu termasuk menteri dipanggil ke Bukit Aman minggu depan
- Mayat Robert Mugabe dijangka tiba minggu depan
- Johor catat 19 kematian akibat denggi dalam lapan bulan
| 29 pendaki Gunung Liang terkandas Posted: 08 Sep 2019 09:32 AM PDT BEHRANG: Seramai 29 individu terbabit aktiviti mendaki Gunung Liang, di sini, terkandas apabila gagal menyeberangi sungai berikutan arus deras akibat hujan lebat, semalam. |
| Leclerc julang Ferrari di Monza Posted: 08 Sep 2019 09:21 AM PDT MONZA: Charles Leclerc menghadiahkan Ferrari kemenangan pertama di gelanggang sendiri, Grand Prix (GP) Itali sejak 2010 di Litar Monza, hari ini selepas mengetepikan saingan sengit Mercedes sekali gus menjulang kemenangan kedua kariernya di Formula Satu (F1). |
| 4 sekeluarga dilaporkan hilang selepas keluar memancing Posted: 08 Sep 2019 09:17 AM PDT KUCHING: Empat sekeluarga, termasuk seorang remaja perempuan dari Kampung Geobilt, dilaporkan hilang apabila tidak pulang ke rumah selepas keluar memancing, kelmarin. |
| Pahang pertahan kejuaraan Piala Agong Posted: 08 Sep 2019 09:02 AM PDT PEKAN: Skuad Piala Emas Raja-Raja (PERR) Pahang mempertahankan Piala Agong apabila menewaskan Terengganu 4-0 di Stadium Mini Kompleks Sukan Sultan Haji Ahmad Shah, di sini, sebentar tadi. |
| PLUS hargai tindakan pantas bomba padam kebakaran bas di R&R Posted: 08 Sep 2019 08:56 AM PDT KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) merakamkan penghargaan kepada pasukan bomba dan penyelamat atas tindakan pantas memadamkan kebakaran sebuah bas ekspres di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Perak arah utara di Kuala Kangsar, hari ini. |
| Dua 'ekor' Harimau Malaya dapat kejutan Posted: 08 Sep 2019 08:42 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyokong Harimau Malaya, Mohd Zulrani Helmi Mohd Zakri, 39, yang patah tangan kiri ketika menyaksikan perlawanan kelayakan pusingan kedua Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Indonesia dan Malaysia di Gelora Bung Karno, Khamis lalu menerima kunjungan pemain skuad kebangsaan, hari ini. |
| Kejadian dipercayai kemalangan tidak disengajakan - Polis Posted: 08 Sep 2019 07:20 AM PDT KOTA KINABALU: Polis sudah mengambil keterangan beberapa individu bagi membantu siasatan berhubung insiden Mejar Mohd Zahir Armaya maut terkena tembakan dalam demonstrasi di Kem Lok Kawi, Rabu lalu. |
| Posted: 08 Sep 2019 05:09 AM PDT KUALA KANGSAR: Penumpang dan pemandu sebuah bas ekspres dua tingkat terselamat dalam kebakaran kenderaan itu di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuala Kangsar, Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) arah utara, di sini, hari ini. |
| Universiti Bangladesh gantung pelajar sebab etnik Rohingya Posted: 08 Sep 2019 07:51 AM PDT COX'S BAZAR: Sebuah universiti di Bangladesh menggantung seorang pelajar hanya kerana beliau etnik Rohingya, menurut pihak berkuasa, hari ini, ketika kemarahan terhadap golongan pelarian itu, selepas cubaan kedua penghantaran semula mereka ke Myanmar gagal. |
| Malaysia tolak kenyataan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina berhubung Sabah Posted: 08 Sep 2019 07:44 AM PDT PUTRAJAYA: Malaysia menolak sepenuhnya kenyataan Setiausaha Hal Ehwal Luar Filipina, Teodoro Locsin Jr, pada Taklimat Bajet Jawatankuasa Peruntukan negara itu, 4 September lalu, berhubung Sabah. |
| Posted: 08 Sep 2019 07:40 AM PDT MELAKA: Skuad Liga Super Melaka United (MU) mengambil peluang rehat antarabangsa dengan menyertai Kejohanan Trofeo Piala Walikota Pekanbaru yang berlangsung di Stadium Kaharudin Nasution, Riau Indonesia, baru-baru ini. |
| Wanita mahu ambil wuduk nyaris dipatuk ular Posted: 08 Sep 2019 07:38 AM PDT PADANG TERAP: Seorang wanita nyaris dipatuk ular tedung selar ketika mahu mengambil wuduk di luar rumahnya di Kampung Kuala Janing, di sini, malam tadi. |
| Tambahan 1,500 kematian akibat gelombang haba di Perancis Posted: 08 Sep 2019 07:24 AM PDT PARIS: Gelombang haba pada Jun dan Julai lalu menyebabkan tambahan 1,500 kematian berbanding biasa di Perancis dalam tempoh itu, walaupun jumlahnya jauh lebih rendah berbanding musim panas pada 2003, kata Menteri Kesihatan Agnes Buzyn hari ini. |
| Ainul Mardhiah selamat pulang ke rumah Posted: 08 Sep 2019 05:05 AM PDT MELAKA: "Pada awalnya, Ainul pandang kiri dan kanan seolah-olah pelik tetapi tidak lama kemudian, dia dapat merasai suasana di dalam rumah serta duduk di katilnya dengan tersenyum-senyum." |
| Coutinho ubah Bayern jadi calon juara Eropah Posted: 08 Sep 2019 06:53 AM PDT LONDON: Bayern Munich kini antara pilihan untuk memenangi Liga Juara-Juara musim ini dengan kehadiran Philippe Coutinho, kata penjaga gol Manchester City, Ederson. |
| Pemilihan Taman Botani beri nilai tambah kepada penganjuran RFP 2019 Posted: 08 Sep 2019 06:37 AM PDT PUTRAJAYA: Pemilihan Taman Botani sebagai lokasi penganjuran baharu Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya atau Royal Floria Putrajaya (RFP), memberi nilai tambah ketara kepada penganjurannya, khususnya dari aspek kehadiran pengunjung. |
| FIFA patut gantung Gelora Bung Karno - Hamidin Posted: 08 Sep 2019 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berpendapat Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) patut menggantung Stadium Geloran Bung Karno. |
| Jualan Matta Fair RM200 juta, percutian Muslim pilihan utama Posted: 08 Sep 2019 03:57 AM PDT KUALA LUMPUR: Pameran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA Fair) 2019 mencatatkan nilai jualan pakej perjalanan berjumlah RM200 juta sepanjang tempoh tiga hari program berlangsung berakhir hari ini, di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur. |
| Thailand beri amaran persaingan durian China Posted: 08 Sep 2019 06:08 AM PDT BANGKOK: Petani Thailand digesa memperbaiki kualiti durian mereka bagi memastikan pasaran perkongsian dijamin selepas wilayah Hainan di China berjaya menanam benih durian diimport dari Malaysia. |
| Ketepi perbezaan, wujudkan perpaduan dan kebersamaan - Agong Posted: 08 Sep 2019 06:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Seluruh rakyat di negara ini perlu berdiri megah sebagai satu bangsa yang merentasi setiap perbezaan bagi mewujudkan perpaduan dan kebersamaan yang berkekalan. |
| Posted: 08 Sep 2019 05:59 AM PDT HULU SELANGOR: Bagi penduduk Bukit Beruntung di sini, tasik dikelilingi semak-samun yang kelihatan tidak diselenggara berdekatan laluan keluar plaza tol Lebuhraya Utara Selatan di bandar ini, tidak ada sebarang tarikan kecuali kepada pemancing. |
| KPM lancar Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan, IPTA Posted: 08 Sep 2019 05:47 AM PDT JOHOR BAHRU: Syarikat swasta, individu atau pihak yang prihatin terhadap sekolah dan institusi pendidikan di negara ini dipelawa menghulurkan sumbangan ke Tabung Penyelenggaraan Sekolah Kerajaan dan Institusi Pendidikan Tinggi Awam (IPTA). |
| Batalkan projek tambak laut selatan Pulau Pinang Posted: 08 Sep 2019 05:34 AM PDT GEORGETOWN: Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) Pulau Pinang akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan negeri supaya membatalkan projek tambakan laut di selatan Pulau Pinang (PSR). |
| Dua maut akibat strok haba di Sri Lanka Posted: 08 Sep 2019 05:33 AM PDT COLOMBO: Dua maut manakala 13 lagi dalam keadaan kritikal akibat strok haba selepas menghadiri satu sesi penyembuhan dan 'penyucian iman' di sebuah kawasan terbuka di timur laut Sri Lanka, kata polis hari ini. |
| Giliran Dhabitah raih tiket ke Tokyo Posted: 08 Sep 2019 05:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri tampil cemerlang apabila menjadi penerjun keempat negara menempah tiket ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo. |
| Posted: 07 Sep 2019 06:58 PM PDT KOTA BHARU: Penduduk Kampung Padang Kala, Melor, di sini menghidupkan semula budaya makan bubur asyura menggunakan tempurung kelapa beralaskan daun pisang manakala daun nanas dijadikan sudu. |
| Tengku Amirul juarai pusingan 6 Cub Prix Posted: 08 Sep 2019 04:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang Racing, Tengku Amirul Haffirudin menamatkan kemarau kemenangannya pada musim ini apabila menjuarai perlumbaan CP150 Pusingan 6 Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas 2019 di Teluk Intan, hari ini. |
| Lima individu termasuk menteri dipanggil ke Bukit Aman minggu depan Posted: 07 Sep 2019 10:45 PM PDT KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil lima individu termasuk Menteri Sumber Manusia, M Kulasegaran untuk dirakam percakapan susulan laporan polis oleh penceramah bebas, Dr Zakir Naik yang mendakwa mereka memfitnahnya, minggu depan. |
| Mayat Robert Mugabe dijangka tiba minggu depan Posted: 08 Sep 2019 04:14 AM PDT HARARE: Anak Saudara mendiang Robert Mugabe berkata, delegasi dari Zimbabwe dijangka berlepas esok untuk membawa pulang mayat bekas pemerintah kuku besi yang meninggal dunia di sebuah hospital di Singapura, dua hari lalu. |
| Johor catat 19 kematian akibat denggi dalam lapan bulan Posted: 08 Sep 2019 04:07 AM PDT JOHOR BAHRU: Sebanyak 19 kematian dicatat daripada 7,761 kes berkaitan denggi di negeri ini dari awal tahun sehingga akhir bulan lalu. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment