Monday, September 9, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Siasatan jurus faktor kecuaian - Polis Sabah

Posted: 09 Sep 2019 09:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Siasatan terhadap insiden Mejar Mohd Zahir Armaya maut terkena tembakan dalam aksi demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah, Rabu lalu, menjurus kepada faktor kecuaian.

Mohamed Azmin mengadap Putera Mahkota Abu Dhabi

Posted: 09 Sep 2019 09:14 AM PDT

KUALA LUMPUR: Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadap Putera Mahkota Abu Dhabi, Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan, sempena lawatan kerjanya ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE), hari

Penunggang motosikal maut dirempuh di lorong kecemasan

Posted: 09 Sep 2019 09:08 AM PDT

HULU SELANGOR: Seorang penunggang motosikal terkorban akibat dirempuh sebuah van di Kilometer 401 Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan, di sini, tengah hari tadi.

Speaker parlimen Britain letak jawatan

Posted: 09 Sep 2019 09:02 AM PDT

LONDON: Speaker dewan rendah parlimen Britain, John Bercow yang memainkan peranan penting dalam krisis Brexit, sejak tiga tahun lalu, memaklumkan beliau akan meletak jawatan, hari ini.

11 remaja 'beraksi' dengan basikal lajak ditahan

Posted: 09 Sep 2019 08:58 AM PDT

KUALA LUMPUR: Sebelas remaja berusia antara 11 hingga 15 tahun ditahan selepas 'beraksi' dengan basikal lajak masing-masing di Taman Berlian, Gombak, hari ini.

Undi tidak percaya Trump bakal jadi siasatan rasmi

Posted: 09 Sep 2019 08:56 AM PDT

WASHINGTON: Jawatankuasa Kehakiman Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS) yang diterajui Demokrat akan mempertimbangkan sama ada penentuan usul undi tidak percaya Presiden Donald Trump akan dijadikan siasatan rasmi.

Wartawan BH terima ugutan bunuh

Posted: 09 Sep 2019 07:38 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pengurusan BH mengesahkan seorang daripada wartawannya menerima ugutan bunuh berikutan satu laporan pendedahan yang dibuat akhbar ini beberapa hari lalu.

Kontinjen Kuala Terengganu juara keseluruhan SUTERA2019

Posted: 09 Sep 2019 08:09 AM PDT

KUALA NERUS: Kontinjen Daerah Kuala Terengganu menepati ramalan apabila dinobatkan juara keseluruhan temasya Sukan Terengganu 2019 (SUTERA2019), sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM70,000, piala pusingan dan piala iringan.

Kebun kelapa sawit dikesan terbakar

Posted: 09 Sep 2019 07:52 AM PDT

BESTARI JAYA: Sebuah kebun kelapa sawit seluas kira-kira 1.214 hektar di Bukit Talang, di sini, dikesan terbakar sejak pagi tadi.

Saya takkan sengaja rebah badan - Kane

Posted: 09 Sep 2019 08:07 AM PDT

LONDON: Penyerang England dan Tottenham, Harry Kane bertegas dia tidak sesekali sengaja merebahkan badan selepas didakwa sering terjatuh dalam beberapa perlawanan Liga Perdana baru-baru ini.

Arab Saudi mahu kuasa nuklear

Posted: 09 Sep 2019 07:59 AM PDT

ABU DHABI: Arab Saudi mahukan pengayaan uranium bagi program nuklearnya, menurut menteri tenaga, hari ini, ia mungkin menyulitkan rundingan perjanjian atom dengan Washington dan peranan syarikat Amerika Syarikat (AS).

Bangladesh henti jual kad SIM kepada pelarian Rohingya

Posted: 09 Sep 2019 06:44 AM PDT

DHAKA: Pengendali perkhidmatan telefon mudah alih Bangladesh menghentikan penjualan kad SIM kepada pelarian Rohingya atas arahan kerajaan, kata pihak berkuasa hari ini, petunjuk Dhaka mula hilang sabar susulan kegagalan usaha terbaharu penghantaran pulang pelarian.

17 maut, banjir punca bas terbalik

Posted: 09 Sep 2019 06:14 AM PDT

RABAT: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh apabila banjir menyebabkan bas yang dinaiki terbalik di kawasan selatan Maghribi, kata pihak berkuasa, hari ini.

Nigeria hantar pulang 600 rakyat Afrika Selatan

Posted: 09 Sep 2019 06:49 AM PDT

ABUJA: Nigeria akan menghantar pulang kira-kira 600 rakyat Afrika Selatan minggu ini susulan gelombang keganasan xenofobia yang mencetuskan perbalahan sengit antara dua negara, kata seorang diplomat negara itu hari ini.

'Biarkan Salah terus tamak'

Posted: 09 Sep 2019 06:18 AM PDT

LONDON: Mohamed Salah perlu terus menampilkan sikap mementingkan diri di Liverpool dan tidak perlu membuat sebarang permohonan maaf, kata legenda Reds, Robbie Fowler.

Inspektor dikepung, diugut ketika makan

Posted: 09 Sep 2019 06:15 AM PDT

KLANG: Seorang pegawai polis berpangkat inspektor serta keluarganya berdepan detik cemas selepas dikepung dan diugut sekumpulan lelaki ketika makan di tempat awam, dipercayai ada kaitan dengan kumpulan kongsi gelap petang kelmarin.

Angin marakkan kebakaran belukar Australia, ganggu penerbangan

Posted: 09 Sep 2019 06:13 AM PDT

MELBOURNE: Angin kencang memarakkan kebakaran belukar di dua negeri Australia hari ini, dengan api tidak terkawal di sesetengah kawasan sehingga memusnahkan ribuan hektar tanah, kata pihak berkuasa bomba.

Diundi jumpa Great Britain: Oltmans tetap positif

Posted: 09 Sep 2019 06:05 AM PDT

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lelaki negara berdepan misi sukar apabila diundi bertemu Great Britain dalam aksi play-off kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Hizbullah tembak jatuh dron Israel

Posted: 09 Sep 2019 04:33 AM PDT

BEIRUT: Kumpulan militan Syiah, Hizbullah berkata, ia berjaya menembak jatuh sebuah dron Israel di selatan Lubnan hari ini, dalam lonjakan ketegangan terbaharu antara kumpulan disokong Iran itu dengan Zionis.

'Harimau Malaya mampu ikat UAE'

Posted: 09 Sep 2019 05:32 AM PDT

MELAKA: Bekas pemain sayap kebangsaan, Karim Pin yakin pemain bola sepak kebangsaan mampu memberi cabaran sengit ke atas Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada aksi Kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Legenda bola sepak negara makin uzur

Posted: 08 Sep 2019 11:19 PM PDT

KUALA LUMPUR: Legenda bola sepak negara, Datuk M Chandran kini berada dalam keadaan uzur di kediamannya di Ampang Jaya.

V Shem-Wee Kiong sandaran terbaik di Tokyo

Posted: 09 Sep 2019 05:06 AM PDT

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Jalani Sidek percaya beregu lelaki profesional, Goh V Shem-Tan Wee Kiong kekal sebagai  prospek terbaik Malaysia bagi menjadi pencabar pingat pada Sukan Olimpik Tokyo 2020.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Tak takut amaran

Posted: 09 Sep 2019 05:05 AM PDT

HULU SELANGOR: Kedegilan warga asing yang menceroboh tanah kerajaan dan persendirian di Bukit Beruntung di sini, terserlah apabila notis pengosongan kawasan dikeluarkan Pentadbir Tanah dan Galian (PTG) Hulu Selangor tidak diendahkan.

Saya yang ajar Messi - Maradona

Posted: 09 Sep 2019 04:57 AM PDT

LONDON: Lionel Messi mungkin layak dilabel pengambil sepakan percuma terbaik dunia tetapi legenda Argentina, Diego Maradona mahu berkongsi pujian susulan rekod hebat bintang Barcelona itu.

Mana hilangnya pemain ke-12 Harimau Malaya?

Posted: 09 Sep 2019 04:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mana lagi penyokong Harimau Malaya? 

Van jenazah percuma untuk golongan asnaf

Posted: 09 Sep 2019 02:21 AM PDT

JASIN: Prihatin terhadap keperluan menguruskan jenazah dalam kalangan fakir miskin, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini meminjamkan van jenazah untuk kegunaan waris golongan atau keluarga itu selama dua bulan.

Kazakhstan rujuk Malaysia untuk bangunkan industri makanan halal

Posted: 09 Sep 2019 04:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Republik Kazakhstan mahu mendapatkan bantuan dan kepakaran Malaysia dalam membangunkan dan menyeragamkan industri perkhidmatan makanan halalnya khasnya dalam sektor perlancongan.

Konsert Reunion Exists 2019 diteruskan

Posted: 09 Sep 2019 04:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penganjur Konsert Reunion Exists 2019, Shiraz Project memberi jaminan acara yang menggabungkan ahli band popular era 1990-an itu tetap diteruskan pada 28 September ini.

&#039;Kemenangan 10-0 sudah berlalu&#039;

Posted: 09 Sep 2019 02:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ayam tambatan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Omar Abdulrahman enggan menjadikan sejarah manis membelasah Malaysia 10-0, empat tahun lalu sebagai sandaran utama untuk pasukannya mencipta kemenangan di Stadium Nasional, malam esok.

Hafizh, Morbidelli, Van der Mark bergandingan di Sepang

Posted: 09 Sep 2019 03:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Penunggang MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah akan bergandingan dengan Franco Morbidelli dan Michael van der Mark bagi perlumbaan 8 Jam Kejuaraan Endurance Dunia (EWC) FIM di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Disember ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template