BH Online - Terkini |
- 'Hero' serikan hidup Kaka, suami
- Lelaki Singapura ditahan kes bunuh, kerat mayat
- Misi mata penuh di laman sendiri
- Kerajaan bukti komitmen usaha perkasakan belia
- TSG, TSC berentap di ToP
- Inti pati Belanjawan 2020
- Lahir lebih ramai Luqman - Syed Saddiq
- Belanjawan 2020 martabat sukan negara
- Pertanian - Kerajaan prihatin nasib pekebun kecil
- Kerajaan Persekutuan prihatin kebajikan komuniti FELDA - Wan Rosdy
- KWSP: Pengeluaran untuk rawatan kesuburan
- Atlet wanita dapat perhatian khusus
- Korea Selatan kurangkan 100,000 tentera
- Pemberian vaksin pneumokokal keputusan bijak tingkat kesihatan anak
- Perbelanjaan berhemah dipastikan dalam peruntukan PDRM - KPN
- Belanjawan 2020 bukti kerajaan PH dapat tadbir dengan baik
- MAIWP santuni bekas kakitangan Utusan Melayu
- Kes barang kemas Rosmah: Kerajaan fail rayuan pelantikan pakar
- 9 cedera pesawat Fokker 50 tergelincir di Kenya
- Jamal dapat 'baby girl'
- Pengangkutan percuma bawa buku pemenang Hadiah Nobel
- Kru 'miskin bandar' tak mampu carum KWSP
- Sabah, Sarawak kekal terima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2020
- Belanjawan 2020 bersifat inklusif, banyak manfaat pada rakyat
- JHEV ATM bakal laksana bayaran elaun PJM - Menteri Pertahanan
- Tujuh maut dalam serangan udara Turki
- Cukai individu berpendapatan tinggi naik dua peratus
- Turunkan harga kondominium, pangsapuri untuk kurangkan lambakan
- MBM kesal tiada peruntukan untuk mereka
- Pendidikan terima peruntukan tertinggi
| 'Hero' serikan hidup Kaka, suami Posted: 11 Oct 2019 08:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi, Kaka Azraff selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.7kg sekitar jam 2.14 petang tadi. |
| Lelaki Singapura ditahan kes bunuh, kerat mayat Posted: 11 Oct 2019 01:45 AM PDT MELAKA : Polis menahan seorang lelaki warga Singapura bagi membantu siasatan kes penemuan lapan bahagian tubuh mayat manusia, dipercayai mangsa bunuh, di Kampung Ladang, Perindustrian Krubong, di sini, petang kelmarin. |
| Misi mata penuh di laman sendiri Posted: 11 Oct 2019 08:00 AM PDT SEPANG: Sekalipun berputih mata selepas pulang tangan kosong dari Hanoi, pengendali skuad Harimau Malaya Tan Cheng Hoe kekal tenang apabila kini mengalihkan fokus pada dua lagi aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 bertemu Thailand dan Indonesia, bulan depan. |
| Kerajaan bukti komitmen usaha perkasakan belia Posted: 11 Oct 2019 07:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Belanjawan 2020 disifatkan amat menyebelahi denyut nadi golongan muda dan industri sukan tanah air kerana menyelitkan lima berita gembira berhubung perkara itu. |
| Posted: 11 Oct 2019 08:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyertaan 20 pasukan membabitkan pelumba-pelumba dari 23 negara bakal menyajikan aksi menarik pada Tour of Peninsular (ToP) 2019 yang dijadual berlangsung pada 15 hingga 19 Oktober ini. |
| Posted: 11 Oct 2019 02:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Berikut ialah inti pati Belanjawan 2020 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, di Dewan Rakyat hari ini. |
| Lahir lebih ramai Luqman - Syed Saddiq Posted: 11 Oct 2019 08:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu lahirkan lebih ramai pemain Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) seperti Luqman Hakim Shamsudin. |
| Belanjawan 2020 martabat sukan negara Posted: 11 Oct 2019 05:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Belanjawan 2020 khususnya bagi sektor sukan di negara ini menyaksikan peruntukan sebanyak RM533 juta serta RM20 juta lagi dikhususkan bagi pembangunan e-sukan di negara ini. |
| Pertanian - Kerajaan prihatin nasib pekebun kecil Posted: 11 Oct 2019 04:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Belanjawan 2020 memperuntukkan RM200 juta untuk disalurkan melalui Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil getah di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) dan Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS). |
| Kerajaan Persekutuan prihatin kebajikan komuniti FELDA - Wan Rosdy Posted: 11 Oct 2019 04:17 AM PDT KUANTAN: Kerajaan negeri sedia membantu Kerajaan Persekutuan memastikan setiap perancangan dalam Belanjawan 2020 dapat dilaksanakan. |
| KWSP: Pengeluaran untuk rawatan kesuburan Posted: 11 Oct 2019 03:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan kategori pengeluaran baharu kepada pasangan yang menjalani rawatan kesuburan seperti in-vitro fertilisation (IVF). |
| Atlet wanita dapat perhatian khusus Posted: 11 Oct 2019 08:06 AM PDT KUALA LUMPUR: Pembangunan atlet wanita mendapat perhatian kerajaan apabila buat kali pertama peruntukan sebanyak RM10 juta dikhususkan bagi pembangunan atlet wanita diumumkan dalam Belanjawan 2020. |
| Korea Selatan kurangkan 100,000 tentera Posted: 11 Oct 2019 07:55 AM PDT SEOUL: Tentera Korea Selatan berkata, ia akan mengurangkan 100,000 anggota, dalam tempoh tiga tahun akan datang, disebabkan masalah penyusutan populasi. |
| Pemberian vaksin pneumokokal keputusan bijak tingkat kesihatan anak Posted: 11 Oct 2019 07:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Peruntukan berjumlah RM60 juta untuk vaksin pneumokokal kepada semua sebagai keputusan bijak kerajaan menurunkan jumlah kematian dan pelbagai penyakit membabitkan sistem pernafasan dalam kalangan kanak-kanak. |
| Perbelanjaan berhemah dipastikan dalam peruntukan PDRM - KPN Posted: 11 Oct 2019 07:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Perbelanjaan berhemah menjadi teras utama Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke arah memastikan peruntukan disalurkan kepada pasukan itu dimanfaatkan sepenuhnya. |
| Belanjawan 2020 bukti kerajaan PH dapat tadbir dengan baik Posted: 11 Oct 2019 05:10 AM PDT KUALA LUMPUR: Belanjawan 2020 membuktikan kedudukan kewangan kerajaan kukuh, sekali gus menepis tanggapan sesetengah rakyat yang Pakatan Harapan (PH) tidak berpengalaman mentadbir negara. |
| MAIWP santuni bekas kakitangan Utusan Melayu Posted: 11 Oct 2019 04:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 25 orang kakitangan Utusan Melayu diberi bantuan kecemasan sebanyak RM1,000 berserta barangan keperluan harian. |
| Kes barang kemas Rosmah: Kerajaan fail rayuan pelantikan pakar Posted: 11 Oct 2019 03:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor melantik seorang pakar barang kemas bebas bagi mengenal pasti dan mengesahkan barang kemas yang disita polis tahun lalu. |
| 9 cedera pesawat Fokker 50 tergelincir di Kenya Posted: 11 Oct 2019 07:05 AM PDT NAIROBI: Sebuah pesawat membawa 55 penumpang dari Nairobi menuju ke destinasi pelancongan, pulau Lamu dilaporkan tergelincir dari landasan ketika berlepas, lalu terbabas dan melanggar beberapa pokok, mengakibatkan sembilan cedera. |
| Jamal dapat 'baby girl' Posted: 11 Oct 2019 07:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi, Datuk Jamal Abdillah bersyukur isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin selamat melahirkan anak perempuan yang diberi nama, Nur Azura Yamani, petang semalam. |
| Pengangkutan percuma bawa buku pemenang Hadiah Nobel Posted: 11 Oct 2019 06:53 AM PDT WARSAW: Pengangkutan awam percuma sepanjang minggu ini kepada pengguna yang membawa buku tulisan pengarang Poland yang baru dinobatkan pemenang Hadiah Nobel Kesusasteraan, Olga Tokarczuk. |
| Kru 'miskin bandar' tak mampu carum KWSP Posted: 11 Oct 2019 06:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Pekerja Profesional Filem Malaysia (PPPFM) mahu kerajaan memperluaskan caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kalangan majikan kru dan petugas industri seperti yang diperjuangkan selama ini. |
| Sabah, Sarawak kekal terima peruntukan tertinggi dalam Belanjawan 2020 Posted: 11 Oct 2019 05:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Sabah dan Sarawak kekal sebagai dua negeri yang menerima perbelanjaan pembangunan tertinggi dengan peruntukan masing-masing sebanyak RM5.2 bilion dan RM4.4 bilion dalam Belanjawan 2020. |
| Belanjawan 2020 bersifat inklusif, banyak manfaat pada rakyat Posted: 11 Oct 2019 06:38 AM PDT MUAR: Belanjawan 2020 disifatkan cukup inkslusif dan berupaya memberi banyak manfaat kepada segenap lapisan rakyat. |
| JHEV ATM bakal laksana bayaran elaun PJM - Menteri Pertahanan Posted: 11 Oct 2019 06:36 AM PDT KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) bertanggungjawab melaksanakan pemberian Elaun Kenangan Pingat Jasa Malaysia (PJM) sebanyak RM500 yang diperuntukkan menerusi Belanjawan 2020 hari ini. |
| Tujuh maut dalam serangan udara Turki Posted: 11 Oct 2019 06:33 AM PDT BEIRUT: Tujuh orang awam terbunuh dalam serangan udara dan tembakan penembak tepat Turki, di timur laut Syria, kata badan pemerhati perang, hari ini. |
| Cukai individu berpendapatan tinggi naik dua peratus Posted: 11 Oct 2019 06:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan banjaran baharu bagi pendapatan bercukai melebihi RM2 juta membabitkan kadar cukai sebanyak 30 peratus iaitu kenaikan dua peratus daripada kadar 28 peratus sedia ada. |
| Turunkan harga kondominium, pangsapuri untuk kurangkan lambakan Posted: 11 Oct 2019 06:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menurunkan nilai ambang bagi kondominium dan pangsapuri di kawasan bandar daripada RM1 juta kepada RM600,000 pada tahun untuk tujuan pemilikan asing. |
| MBM kesal tiada peruntukan untuk mereka Posted: 11 Oct 2019 06:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Majlis Belia Malaysia (MBM) kesal tiada peruntukan disalurkan kepada majlis itu dalam Belanjawan 2020 yang dibentangkan hari ini. |
| Pendidikan terima peruntukan tertinggi Posted: 11 Oct 2019 04:24 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan terus menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2020 membabitkan RM64.1 bilion, peningkatan sebanyak RM3.9 bilion berbanding RM60.2 bilion pada belanjawan tahun ini. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment