BH Online - Terkini |
- Rempuh tembok rumah gara-gara mabuk
- 12 maut kapal kargo karam ketika taufan Hagibis
- Nama baharu universiti akan diputuskan selepas perkenan Sultan Terengganu
- Dua kampung dilanda banjir kilat
- AS bersiap undur 1,000 tentera dari Syria
- Dewan peperiksaan SPM rosak dilanda ribut
- PIBG kumpul dana RM413,314 bina surau baharu di sekolah
- 'Boleh datang ke SPRM untuk membuat rayuan'
- Polis cari mangsa cubaan ragut di Dataran Merdeka
- Liga Arab desak tentera Turki berundur dari Syria
- Bekas atlet renang OKU dicemuh
- Kepulangan angkasawan UAE disambut meriah
- PRK Parlimen Tanjung Piai: Alu-alukan jika PH mahu letak calon wanita - Zuraida
- Ratusan ahli keluarga, mangsa berkumpul kenang tragedi Bali
- Hotel Hard Rock di New Orleans runtuh
- PSP M40 mungkin serentak dengan B40
- Firasat Boban akhirnya jadi kenyataan
- Malaysia raih emas, perak di IRC Korea Selatan
- Bayi dipegang pembonceng maut kemalangan
- Penduduk mahu kerajaan negeri tegas
- Korban taufan Higibis meningkat lebih 20 orang
- Polis tahan 'Komisioner Polis'
- KPKT, MOF bincang bantahan penurunan nilai ambang pemilikan asing
- Mamat Khalid masuk hospital lagi
- KPPSMCK lancar tabung bantu ibu koma
- Perhalusi peruntukan RM10 juta berhubung produk halal
- Tampil dengan bukti
- 766 mangsa pencemaran Sungai Kim Kim dapat wang ihsan
- Taufan Hagibis: Tiada rakyat Malaysia terjejas
- Polis Kluang cari 13 individu terbabit jenayah komersial
| Rempuh tembok rumah gara-gara mabuk Posted: 13 Oct 2019 08:50 AM PDT PETALING JAYA: Gara-gara memandu dalam keadaan mabuk, seorang lelaki ditahan selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum melanggar tembok sebuah rumah di Jalan SS 25/14, Taman Mewah, di sini hari ini. |
| 12 maut kapal kargo karam ketika taufan Hagibis Posted: 13 Oct 2019 08:42 AM PDT TOKYO: Sebuah kapal kargo yang didaftarkan di Panama ditemui karam di perairan berhampiran Tokyo, hari ini. |
| Nama baharu universiti akan diputuskan selepas perkenan Sultan Terengganu Posted: 13 Oct 2019 08:18 AM PDT KUALA TERENGGANU: Nama baharu universiti hasil penggabungan Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) hanya akan ditentukan selepas mendapat perkenan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin. |
| Dua kampung dilanda banjir kilat Posted: 13 Oct 2019 08:15 AM PDT KUBANG PASU: Paras air yang meningkat di beberapa sungai di Changlun dan kawasan sekitarnya, di sini menyebabkan dua kampung dilanda banjir kilat. |
| AS bersiap undur 1,000 tentera dari Syria Posted: 13 Oct 2019 07:31 AM PDT WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) sedang bersiap untuk mengeluar 1,000 tentera di utara Syria, ketika Turki menjalankan operasi di wilayah itu, kata Setiausaha Pertahanan Mark Esper, hari ini. |
| Dewan peperiksaan SPM rosak dilanda ribut Posted: 13 Oct 2019 07:26 AM PDT SEREMBAN: Ribut yang melanda Kampung Linsum, semalam, turut merosakkan dewan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Rantau yang akan digunakan sebagai pusat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), esok. |
| PIBG kumpul dana RM413,314 bina surau baharu di sekolah Posted: 13 Oct 2019 06:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Seri Putra (SKBSP) berjaya mengumpulkan dana sebanyak RM413,314 untuk mendirikan surau baharu di sekolah itu. |
| 'Boleh datang ke SPRM untuk membuat rayuan' Posted: 13 Oct 2019 06:15 AM PDT SHAH ALAM: Seramai 80 individu dan entiti yang menerima notis kompaun daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dana 1Malaysia Development Malaysia Berhad (1MDB), boleh membuat rayuan kepada agensi itu. |
| Polis cari mangsa cubaan ragut di Dataran Merdeka Posted: 13 Oct 2019 05:49 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis meminta seorang wanita yang hampir menjadi mangsa ragut di kawasan kaki lima berhampiran air pancut Dataran Merdeka di sini, Khamis lalu supaya tampil membuat laporan polis. |
| Liga Arab desak tentera Turki berundur dari Syria Posted: 13 Oct 2019 05:45 AM PDT KAHERAH: Menteri-Menteri Luar Liga Arab semalam, mengutuk pencerobohan Turki di Syria, susulan tindakan ketenteraan ke atas pasukan keselamatan Kurdistan, sekali gus menggesa Ankara menarik balik pasukan tenteranya dari negara itu. |
| Bekas atlet renang OKU dicemuh Posted: 13 Oct 2019 05:44 AM PDT GEORGETOWN: Sepanjang kariernya, dia pernah menerima anugerah Olahragawati Paralimpik 2016 berikutan kecemerlangannya ketika mewakili negara dalam acara renang. |
| Kepulangan angkasawan UAE disambut meriah Posted: 13 Oct 2019 05:33 AM PDT ABU DHABI: Angkasawan Arab pertama ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Hazzaa Al Mansoori, menerima sambutan sebagai hero, setibanya beliau di Emiriah Arab Bersatu (UAE), semalam. |
| PRK Parlimen Tanjung Piai: Alu-alukan jika PH mahu letak calon wanita - Zuraida Posted: 13 Oct 2019 05:28 AM PDT PONTIAN: Calon wanita mungkin menjadi faktor penentu kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, 16 November depan. |
| Ratusan ahli keluarga, mangsa berkumpul kenang tragedi Bali Posted: 13 Oct 2019 05:24 AM PDT DENPASAR: Pulau peranginan terkemuka Indonesia di sini, dibanjiri ratusan ahli keluarga yang berkabung, selain mangsa yang terselamat daripada tragedi pengeboman Bali, bagi memperingati ulang tahun ke-17 insiden yang mengorbankan lebih 200 mangsa itu. |
| Hotel Hard Rock di New Orleans runtuh Posted: 13 Oct 2019 05:18 AM PDT WASHINGTON: Seorang maut dan sekurang-kurangnya 18 lagi cedera, apabila bahagian atas sebuah hotel di New Orleans yang sedang dalam pembinaan runtuh, semalam. |
| PSP M40 mungkin serentak dengan B40 Posted: 13 Oct 2019 05:05 AM PDT GEORGETOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berharap Program Subsidi Petrol (PSP) untuk penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) atau B40 akan dilaksanakan serentak dengan golongan berpendapatan sederhana dalam kategori M40 mulai Januari depan. |
| Firasat Boban akhirnya jadi kenyataan Posted: 13 Oct 2019 04:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Kejayaan menjulang Piala Cabaran, malam tadi harus menjadi penawar terbaik buat Johor Darul Ta'zim II (JDT II) selepas dikecewakan Sabah dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana musim ini. |
| Malaysia raih emas, perak di IRC Korea Selatan Posted: 13 Oct 2019 04:54 AM PDT SEPANG: Dua pasukan robotik mengharumkan nama negara apabila muncul juara dan naib juara bagi kategori menengah rendah dunia dalam Pertandingan Robotik Antarabangsa (IRC) di Pusat Pameran Antarabangsa, Korea Selatan, baru-baru ini. |
| Bayi dipegang pembonceng maut kemalangan Posted: 13 Oct 2019 04:49 AM PDT TAPAH: Bayi lelaki berusia setahun maut selepas motosikal ditunggang ibunya merempuh belakang sebuah lori yang diletakkan di bahu jalan di Kilometer 67, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur di sini hari ini. |
| Penduduk mahu kerajaan negeri tegas Posted: 13 Oct 2019 04:42 AM PDT LUMUT: Penduduk sekitar Segari di sini menuntut jaminan bertulis daripada kerajaan negeri yang dilaporkan menolak cadangan pembinaan loji penapisan minyak di kawasan itu. |
| Korban taufan Higibis meningkat lebih 20 orang Posted: 13 Oct 2019 04:40 AM PDT TOKYO: Jumlah korban taufan kuat Hagibis meningkat kepada lebih 20 orang, lapor media tempatan, hari ini, sehari selepas ribut itu melanda Jepun dengan membawa hujan lebat serta banjir pemusnah. |
| Polis tahan 'Komisioner Polis' Posted: 13 Oct 2019 04:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki yang gambarnya viral memakai 'ves keselamatan' dengan lambang dan pangkat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika hadir dalam satu majlis keagamaan di Taman Wahyu, Gombak dekat sini, malam tadi. |
| KPKT, MOF bincang bantahan penurunan nilai ambang pemilikan asing Posted: 13 Oct 2019 04:27 AM PDT PONTIAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan berbincang dengan Kementerian Kewangan (MOF) berhubung gesaan rakyat supaya kerajaan mengkaji semula cadangan menurunkan had harga kondominium dan pangsapuri yang boleh dibeli warga asing kepada RM600,000. |
| Mamat Khalid masuk hospital lagi Posted: 13 Oct 2019 03:30 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengarah filem Mamat Khalid, sekali lagi dimasukkan ke hospital, berikutan masalah sesak nafas yang berpunca daripada lebihan air dalam badan. |
| KPPSMCK lancar tabung bantu ibu koma Posted: 13 Oct 2019 04:09 AM PDT KOTA BHARU: Kesatuan Penggawa Semenanjung Malaysia Cawangan Kelantan (KPPSMCK) melancarkan tabung untuk membantu keluarga Kamareeah Arwae, 36, yang koma akibat ketumbuhan di kepala sejak tujuh bulan lalu. |
| Perhalusi peruntukan RM10 juta berhubung produk halal Posted: 13 Oct 2019 04:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) sedang berbincang dengan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, bagi memperhalusi peruntukan RM10 juta berhubung produk halal dalam Belanjawan 2020. |
| Posted: 13 Oct 2019 04:01 AM PDT KUANTAN: Penulis yang mendakwa ada unsur rasuah dalam proses permohonan dan pengeluaran sijil halal perlu memberi bukti kukuh bagi menyokong dakwaannya. |
| 766 mangsa pencemaran Sungai Kim Kim dapat wang ihsan Posted: 13 Oct 2019 02:58 AM PDT PASIR GUDANG: Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) hari ini menyampaikan wang ihsan kepada 766 individu yang terjejas akibat pencemaran Sungai Kim Kim, di sini. |
| Taufan Hagibis: Tiada rakyat Malaysia terjejas Posted: 13 Oct 2019 03:55 AM PDT KUALA LUMPUR: Wisma Putra mengesahkan tiada rakyat Malaysia terjejas akibat Taufan Hagibis yang membadai Tokyo, Jepun, sehingga melumpuhkan sebahagian besar bandar raya berkenaan. |
| Polis Kluang cari 13 individu terbabit jenayah komersial Posted: 13 Oct 2019 03:48 AM PDT KLUANG: Orang ramai diminta tampil membantu polis sekiranya mempunyai maklumat mengenai 13 individu yang dikehendaki Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang untuk membantu siasatan berhubung jenayah komersial di daerah berkenaan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment