Monday, October 14, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Mayat lelaki bertatu, diikat batu bata ditemui di Sungai Rajang

Posted: 14 Oct 2019 09:10 AM PDT

SIBU: Mayat seorang lelaki bertatu dengan tubuhnya diikat batu bata ditemui di Sungai Rajang berhampiran sebuah jeti persendirian di Jalan Lanang, di sini petang tadi.

Dedikasi kejayaan untuk insan tersayang

Posted: 14 Oct 2019 08:46 AM PDT

KUALA NERUS: Kesukaran hidup ketika sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) tidak menghalang untuk akhirnya lulus cemerlang dan berjaya menggenggam segulung ijazah.

Federer umum beraksi di Olimpik Tokyo

Posted: 14 Oct 2019 08:45 AM PDT

PARIS: Roger Federer mengumumkan dia akan bersaing di temasya Sukan Olimpik 2020 di Tokyo, hari ini dalam usahanya memburu pingat emas acara perseorangan lelaki.

Ting, Lin tekad pertahan gelaran

Posted: 14 Oct 2019 08:44 AM PDT

SHAH ALAM: Pemain golf wanita kebangsaan, Mirabel Ting Ern Jun dan Lin Jia Hao dari China tekad untuk mempertahan gelaran masing-masing pada Kejohanan Golf Remaja  Antarabangsa AmBank-SportExcel kali ke-14 di Glenmarie Golf & Country Club di sini, esok.

Graduan digesa jiwai semangat, nilai patriotisme

Posted: 14 Oct 2019 08:39 AM PDT

KUALA NERUS: Graduan perlu sentiasa menjiwai semangat patriotisme dan sayangkan negara dalam setiap tindakan.

Imran Khan bantu selesai isu Tehran-Riyadh

Posted: 14 Oct 2019 08:18 AM PDT

TEHRAN: Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dilaporkan mengunjungi Iran semalam, dalam misi sebagai orang tengah bagi menyelesaikan isu membabitkan Tehran dan Riyadh, selain mengurangkan ketegangan di rantau Teluk.

JIPS tahan anggota polis 'kaki lalok'

Posted: 14 Oct 2019 05:42 AM PDT

KUALA LUMPUR: Seramai 19 anggota polis ditahan, dengan lapan daripadanya didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Jalan Raja Chulan, di sini awal pagi tadi.

Wartawan kutuk video papar imej palsu Trump

Posted: 14 Oct 2019 08:12 AM PDT

WASHINGTON: Persatuan Koresponden Rumah Putih (WHCA) mengutuk penyiaran video, yang memaparkan imej palsu Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menyembelih anggota media, dalam satu pertemuan bersama penyokongnya.

Damsyik setuju bantu Kurdish

Posted: 14 Oct 2019 08:02 AM PDT

QAMISHLI: Etnik Kurdish di Syria mengumumkan berjaya memeterai perjanjian dengan Damsyik bagi menempatkan tentera Syria di wilayah di sempadan Turki, ketika Ankara memperhebatkan serangan yang menimbulkan kemarahan masyarakat antarabangsa.

Kanak-kanak maut, van rempuh lori

Posted: 14 Oct 2019 07:42 AM PDT

TAPAH: Seorang kanak-kanak maut, manakala tujuh yang lain cedera dalam kemalangan membabitkan van dan lori dan lori di Kilometer 37, Jalan Ipoh - Teluk Intan, di sini petang tadi.

'Henderson kapten, Van Dijk ketua'

Posted: 14 Oct 2019 07:23 AM PDT

LONDON: Jordan Henderson mungkin memakai lilitan kapten di Liverpool tetapi Virgil van Dijk turut menjalankan tanggungjawab sebagai pemimpin, kata bekas pertahanan Reds, Sami Hyypia.

Persyarikatan konsep baik bangunkan tanah pusaka

Posted: 14 Oct 2019 07:17 AM PDT

DALAM kalangan masyarakat di tempat saya membesar, tindakan menjual harta pusaka dilihat sebagai sesuatu yang memalukan. Ia seperti menjual maruah diri dan keturunan.

ToP 2019: Hariff, Ovechkin enggan dabik dada

Posted: 14 Oct 2019 07:04 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Perlumbaan jelajah berbasikal Tour of Peninsular (ToP) 2019 berstatus 2.1 yang dijadual bermula esok akan menyaksikan dua pelumba pasukan benua, Terengganu Inc TSG Cycling Team (TSG) bakal menjadi tumpuan.

Kepala dua beranak disembunyi atas siling

Posted: 13 Oct 2019 09:21 PM PDT

MELAKA: Kepala dua beranak yang menjadi mangsa pembunuhan kejam apabila mayat mereka dikerat lapan, Khamis lalu disembunyikan oleh suspek di atas siling rumah mangsa.

Sofian jadikan ToP 2019 medan persiapan

Posted: 14 Oct 2019 06:45 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pelumba negara, Sofian Nabil Omar Mohd Bakri mengakui Tour of Peninsular (ToP) 2019 akan dijadikan sebagai medan persiapan buat pasukan kebangsaan menjelang temasya Sukan SEA Filipina 2019, bulan depan.

Megat D Shahriman duta hoki Itali

Posted: 14 Oct 2019 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Hoki Kuala Lumpur (KLHA), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin melakar sejarah sebagai individu pertama dari Malaysia dilantik menjadi duta hoki Itali di Malaysia.

Pedofilia paling dahsyat Britain maut ditikam di dalam penjara

Posted: 14 Oct 2019 05:07 AM PDT

LONDON: Seorang pedofilia paling dahsyat Britain maut ditikam ketika berada dalam penjara, lapor sumber.

Pemilik, pengurusan syarikat perlu faham operasi media

Posted: 14 Oct 2019 06:31 AM PDT

KUALA LUMPUR: Usaha untuk menghidupkan semula akhbar yang ditutup bukan tugas mudah, tegas Penasihat Media dan Komunikasi kepada Perdana Menteri, Datuk A Kadir Jasin.

Hujan lebat sebabkan puluhan pokok tumbang

Posted: 14 Oct 2019 06:22 AM PDT

KUALA LUMPUR: Hujan lebat dan angin kuat hampir dua jam petang tadi menyebabkan beberapa laluan di ibu negara dilanda banjir kilat selain puluhan kejadian pokok tumbang.

Tawaran akhir kepada penduduk Kampung Baru minggu depan

Posted: 14 Oct 2019 01:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan membuat tawaran baharu kepada pemilik tanah Kampung Baru bagi menyelesaikan kemelut pelan pembangunan kampung itu, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad.

Belum ada keputusan ganja boleh diguna dalam perubatan

Posted: 14 Oct 2019 01:21 AM PDT

SEREMBAN: Kerajaan masih belum membuat sebarang keputusan untuk membenarkan ganja digunakan sebagai perubatan di negara ini, seperti yang dilakukan di negara lain.

Sektor niaga di Malaysia perlu ubah strategi hadapi arus IR4.0 - PM

Posted: 14 Oct 2019 05:06 AM PDT

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mahu sektor perniagaan di Malaysia mengubah strategi, mentaliti dan budaya untuk kekal kompetitif dalam arus Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

729 terima pingat, bintang kebesaran Sarawak

Posted: 11 Oct 2019 04:45 PM PDT

KUCHING: Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Jaul Samion mengetuai senarai 729 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Hari Jadi Ke-83, Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, hari ini.

Jho Low, 4 lagi akan didakwa hari ini

Posted: 03 Dec 2018 05:08 PM PST

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan Jho Low Teck atau Jho Low bersama empat lagi akan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, pagi ini.

Enam lagi Ahli Parlimen UMNO isytihar keluar parti

Posted: 14 Dec 2018 12:01 AM PST

KUALA LUMPUR: Enam lagi Ahli Parlimen UMNO mengumumkan keluar parti berkuat kuasa hari ini.

2 maut kebakaran pusat hiburan di Ipoh

Posted: 19 Feb 2019 05:16 PM PST

IPOH: Dua lelaki maut seorang cedera parah manakala tiga lagi dikhuatiri hilang selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah pusat hiburan di Times Square Jalan Raja Dr Nazrin Shah, di sini hari ini, kata jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak.

Feri bawa 30 penumpang terbakar

Posted: 24 Feb 2019 11:45 PM PST

ALOR SETAR: Sebuah feri membawa kira-kira 30 penumpang dilaporkan terbakar selepas 10 minit bertolak dari Langkawi menuju ke Kuala Perlis, kira-kira jam 3 petang tadi, kata Pusat Gerakan Operasi Bomba Kedah.

Malaysia pantau kes kehilangan Mohd Haziq

Posted: 17 Mar 2019 12:10 AM PDT

GEORGETOWN: Malaysia sentiasa memantau perkembangan kehilangan Mohd Haziq Mohd Tarmizi susulan serangan bersenjata di dua masjid di Christchurch, New Zealand, kelmarin.

Bonda tiri Sultan Johor mangkat

Posted: 17 Mar 2019 06:06 PM PDT

JOHOR BAHRU: Bonda Sultan Johor, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad, mangkat malam tadi.

Jasad dua rakyat Malaysia korban Lombok tiba di tanah air

Posted: 19 Mar 2019 03:58 AM PDT

SEPANG: Jasad dua rakyat Malaysia yang terkorban dalam kejadian gempa bumi dan tanah runtuh di Lombok kelmarin, tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, jam 6 petang tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template