BH Online - Terkini |
- Pogba, De Gea terlepas peluang cabar Liverpool
- 1 maut, 10 cedera bas bawa rombongan Malaysia kemalangan di Turki
- Bas pelancong Malaysia kemalangan di Turki
- Tak wajar tahan ijazah - Syed Saddiq
- Muhammad Iman terpilih pemenang utama
- PBSNT akan lantik pengarah teknikal
- Tambadau bakal dapat jurulatih baharu
- TERKINI: Satu maut gempa di Filipina
- Aguero terbabit kemalangan
- Messi menang kasut emas kali keenam
- Korban Hagibis hampir 70 orang, harapan jumpa mangsa hilang tipis
- Gempa bumi kuat 6.4 landa Mindanao
- Tiga maut dibunuh tentera India di Kashmir
- Dr Mahathir terima kunjungan mangsa insiden Christchurch
- Gangguan sistem KLIA: Hasil siasatan dibentang ke Kabinet akhir bulan ini
- 2 bulan untuk lengkapkan data M40 sebagai penerima PSP
- Isa saran pembelian hotel tidak perlu dibentang dalam mesyuarat - Saksi
- Ringgit ditutup rendah
- Dua murid Melayu juara sajak bahasa Mandarin
- Pelancong India pilih Malaysia lokasi anjur majlis perkahwinan
- Peng Soon-Liu Ying mara pusingan kedua Terbuka Denmark
- 30 bantah hukuman penjara pemimpin Catalan ditahan
- Jaringan Muhibudin bantu Malaysia atasi Britain di Johor
- STRIDE tingkat industri pertahanan negara
- Bakke arahkan panggilan telefon daripada Najib tidak direkodkan dalam minit mesyuarat
- Du Plooy juara peringkat kedua perlumbaan TOP 2019
- Nur Aiman rampas jersi merah perlumbaan TOP
- Pelaksanaan perjanjian usaha sama 1MDB-PSI dibuat tergesa-gesa
- Bursa Malaysia ditutup tinggi
- Anak gali kubur ibu selepas 40 hari dikebumi
| Pogba, De Gea terlepas peluang cabar Liverpool Posted: 16 Oct 2019 04:23 PM PDT LONDON: Manchester United membuat persiapan berdepan Liverpool dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) Ahad ini tanpa khidmat Paul Pogba dan penjaga gol, David De Gea, umum pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer, semalam. |
| 1 maut, 10 cedera bas bawa rombongan Malaysia kemalangan di Turki Posted: 16 Oct 2019 03:52 PM PDT KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia maut, manakala 10 lagi cedera selepas bas dinaiki sebuah rombongan, terbabit kemalangan di Afyonkarahisar, Turki, petang semalam. |
| Bas pelancong Malaysia kemalangan di Turki Posted: 16 Oct 2019 08:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Seorang rakyat Malaysia maut, manakala 10 lagi cedera dalam kemalangan di Afyonkarahisar, kira-kira 300 kilometer dari Ankara. |
| Tak wajar tahan ijazah - Syed Saddiq Posted: 16 Oct 2019 09:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, tidak bersetuju dengan desakan pihak tertentu supaya ijazah sarjana muda milik Wong Yan Ke, 23, ditarik balik kerana menunjukkan plakad 'Tolak Rasis' dan 'Undur VC' semasa konvokesyen Universiti Malaya (UM). |
| Muhammad Iman terpilih pemenang utama Posted: 16 Oct 2019 09:12 AM PDT PETALING JAYA: Penyertaan kali pertama dalam pertandingan melukis tidak mengecewakan bagi Muhammad Iman Zamri, 10 apabila terpilih sebagai pemenang utama antara sekolah dalam Pertandingan Lakaran Rukun Negara PLUS. |
| PBSNT akan lantik pengarah teknikal Posted: 16 Oct 2019 08:32 AM PDT KUALA TERENGGANU: Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) akan melantik pengarah teknikal bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan untuk memastikan pembangunan bola sepak negeri terus berkembang. |
| Tambadau bakal dapat jurulatih baharu Posted: 16 Oct 2019 08:29 AM PDT KOTA KINABALU: Sabah bakal mendapatkan khidmat pengendali baharu berikutan peraturan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang mewajibkan ketua jurulatih bagi pasukan Liga Super perlu memiliki lesen kejurulatihan Pro A Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC). |
| TERKINI: Satu maut gempa di Filipina Posted: 16 Oct 2019 08:21 AM PDT MANILA: Seorang kanak-kanak terkorban dan lebih 20 lagi dilaporkan cedera susulan satu gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.4 pada skala Richter yang menggegarkan Mindanao, Filipina, hari ini, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS). |
| Posted: 16 Oct 2019 07:47 AM PDT LONDON: Penyerang Manchester City, Sergio Aguero terbabit dalam kemalangan kereta sebelum sempat menyertai sesi latihan hari ini tetapi tidak mengalami kecederaan, menurut laporan media Britiain. |
| Messi menang kasut emas kali keenam Posted: 16 Oct 2019 07:41 AM PDT BARCELONA: Kapten Barcelona, Leonel Messi memenangi Anugerah Kasut Emas keenam sebagai penjaring terbanyak dalam saingan liga di Eropah. |
| Korban Hagibis hampir 70 orang, harapan jumpa mangsa hilang tipis Posted: 14 Oct 2019 04:56 PM PDT TOKYO: Hujan lebat mengancam menghalang usaha puluhan ribu penyelamat Jepun untuk mencari mangsa yang masih hidup selepas serangan taufan ganas malam Sabtu lalu kini mengorbankan hampir 70 orang. |
| Gempa bumi kuat 6.4 landa Mindanao Posted: 16 Oct 2019 07:10 AM PDT MANILA: Gempa bumi kuat dengan kekuatan 6.4 pada skala Richter menggegarkan Mindanao, Filipina hari ini, menurut Tinjauan Geologi Amerika Syarikat (USGS). |
| Tiga maut dibunuh tentera India di Kashmir Posted: 16 Oct 2019 07:09 AM PDT SRINAGAR: Pasukan keselamatan India membunuh tiga orang yang didakwa sebagai militan di Kashmir, hari ini. |
| Dr Mahathir terima kunjungan mangsa insiden Christchurch Posted: 16 Oct 2019 06:52 AM PDT KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menerima kunjungan daripada mangsa insiden tembakan rambang di Christchurch, New Zealand, di pejabatnya di Perdana Putra, Putrajaya. |
| Gangguan sistem KLIA: Hasil siasatan dibentang ke Kabinet akhir bulan ini Posted: 16 Oct 2019 06:22 AM PDT KUALA LUMPUR: Hasil siasatan berhubung kes gangguan rangkaian operasi Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ogos lalu dijangka dibentangkan kepada Kabinet akhir bulan ini, menurut Kementerian Pengangkutan (MOT). |
| 2 bulan untuk lengkapkan data M40 sebagai penerima PSP Posted: 16 Oct 2019 02:08 AM PDT KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sedang mencari mekanisme bagi melengkapkan data golongan berpendapatan sederhana (M40) dalam tempoh dua bulan ini sebelum melaksanakan Program Subsidi Petrol (PSP) bersasar untuk golongan itu tahun depan. |
| Isa saran pembelian hotel tidak perlu dibentang dalam mesyuarat - Saksi Posted: 16 Oct 2019 03:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Samad, sarankan pengambilalihan Merdeka Palace Hotel & Suite (MPHS) di Kuching, Sarawak, tidak perlu dibentang kepada Ahli Lembaga Pengarah FELDA untuk kelulusan bagi nilai pelaburan melebihi RM100 juta. |
| Posted: 16 Oct 2019 05:26 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah hari ini apabila harga minyak terus jatuh susulan laporan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menurunkan unjuran pertumbuhan ekonomi globalnya bagi tahun ini ke paras yang paling lemah sejak krisis kewangan sedekad lalu. |
| Dua murid Melayu juara sajak bahasa Mandarin Posted: 16 Oct 2019 05:26 AM PDT RANTAU PANJANG: Kefasihan berbahasa Mandarin dengan baik melayakkan dua murid Melayu diangkat sebagai juara, dalam pertandingan mendeklamasi sajak bahasa Cina di Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Rantau Panjang 2, di sini, hari ini. |
| Pelancong India pilih Malaysia lokasi anjur majlis perkahwinan Posted: 16 Oct 2019 05:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia optimis mencapai sasaran satu juta pelancong India tahun depan yang sebahagian besar daripada mereka memilih negara ini sebagai destinasi penganjuran majlis perkahwinan. |
| Peng Soon-Liu Ying mara pusingan kedua Terbuka Denmark Posted: 16 Oct 2019 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying tidak berdepan masalah untuk menewaskan gandingan Jepun Kohei Gondo-Ayane Kurihara di pusingan pertama Terbuka Denmark di Copenhagen, sebentar tadi. |
| 30 bantah hukuman penjara pemimpin Catalan ditahan Posted: 16 Oct 2019 05:11 AM PDT MADRID: Polis Sepanyol menahan 30 orang di seluruh Catalan kerana terbabit dengan pertempuran dengan polis ketika bantahan terhadap hukuman penjara sembilan pemimpin pemisah susulan kegagalan menuntut kemerdekaan pada 2017. |
| Jaringan Muhibudin bantu Malaysia atasi Britain di Johor Posted: 16 Oct 2019 05:07 AM PDT JOHOR BAHRU: Muhammad Muhibudin Moharam muncul wira skuad muda negara apabila jaringan tunggalnya membantu menewaskan juara bertahan hoki Piala Sultan Johor, Britain 1-0 pada aksi di Stadium Hoki Taman Daya, di sini, sebentar. |
| STRIDE tingkat industri pertahanan negara Posted: 16 Oct 2019 03:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Kebergantungan negara kepada kelengkapan pertahanan yang diimport dapat dikurangkan dalam tempoh lima tahun lagi menerusi langkah pengkomersialan ciptaan inovasi tempatan. |
| Bakke arahkan panggilan telefon daripada Najib tidak direkodkan dalam minit mesyuarat Posted: 16 Oct 2019 04:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Pengarah dan Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Tan Sri Mohd Bakke Salleh, mengarahkan panggilan telefon daripada Datuk Seri Najib Razak berhubung usaha sama di antara 1MDB dan PetroSaudi International Ltd tidak direkodkan dalam Minit Mesyuarat Lembaga Pengarah. |
| Du Plooy juara peringkat kedua perlumbaan TOP 2019 Posted: 16 Oct 2019 04:50 AM PDT CHUKAI: Tiga pelumba Malaysia cemerlang pada peringkat kedua perlumbaan berbasikal Tour of Peninsular (ToP) 2019 sejauh 157.4 kilometer (km) bermula dari Kuala Terengganu dan berakhir di sini, hari ini. |
| Nur Aiman rampas jersi merah perlumbaan TOP Posted: 16 Oct 2019 04:46 AM PDT CHUKAI: Empat mata yang diraih selepas menjuarai zon pendakian kategori empat di Kijal membolehkan Muhamad Nur Aiman Mohd Zariff dari pasukan Team Sapura Cycling (TSC) merampas jersi merah untuk kategori bukit pada perlumbaan berbasikal peringkat kedua Tour of Peninsular (ToP) 2019, yang berakhir di sini, hari ini. |
| Pelaksanaan perjanjian usaha sama 1MDB-PSI dibuat tergesa-gesa Posted: 16 Oct 2019 04:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelaksanaan perjanjian usaha sama di antara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan PetroSaudi International Ltd (PSI) dilakukan dengan tergesa-gesa atas kemahuan Datuk Seri Najib Razak. |
| Posted: 16 Oct 2019 04:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia mengakhiri dagangan hari ini dengan lebih tinggi ketika pasaran serantau dipacu oleh peningkatan pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) dan prestasi Wall Street selain harapan menyaksikan perjanjian Brexit dapat dicapai, kata seorang peniaga. |
| Anak gali kubur ibu selepas 40 hari dikebumi Posted: 16 Oct 2019 03:52 AM PDT JAKARTA: Hanya kerana terlalu sedih dan merindui ibunya, seorang lelaki di wilayah Probolinggo, Jawa Timur, bertindak menggali semula kubur, lalu membawa jenazah ibunya balik ke rumah selepas 40 hari meninggal dunia, lapor media tempatan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment