BH Online - Terkini |
- TUDM terbangkan bayi pesakit jantung dari Sabah
- Pintu masih terbuka buat Ozil di Arsenal
- Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal ke Oscar 2020
- Kerajaan Pulau Pinang nafi terbabit komik propaganda
- Puluhan kenderaan ditenggelami air di Sungai Gadut
- Lelaki Thailand dipenjara 374 tahun
- Kemalangan di Turki: 3 patah tangan, 1 cedera dalaman
- Jenazah kakitangan PKNS dibawa pulang esok atau Sabtu
- Pegawai kedutaan pantau keadaan mangsa kemalangan di Turki
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Mi segera miliki kandungan garam tinggi
- Nuramirah jadi tumpuan di Bundesliga 2
- Nanti sesak di udara, polis trafik kena terbang pula - PM
- Dewan Rakyat tubuhkan 4 lagi Jawatankuasa Pilihan Khas
- Islam larang debat hukum sudah tetap, disepakati
- Fatehah-Anis raih gangsa pecut berpasukan
- Widad ambil alih konsesi UiTM Jasin
- Akhbar hanya bertahan jika ada pembaca
- Bapa tiri dipenjara 38 tahun, kena 23 sebatan
- Aidil Zafuan anggap aksi umpama 'final'
- Najib umpama Maharaja 1MDB
- Suami maut, isteri parah
- Solskjaer yakin United beli pemain yang betul
- Ringgit ditutup tinggi
- Kaji semula peruntukan kepada PKS
- Krisis iklim 'hijaukan' Pesta Buku Frankfurt
- Mohamad Sabu dilantik penasihat KAFA
- Syamim cari pasukan baru
- PBNS kekal 90 peratus pemain musim ini
- Bursa Malaysia ditutup lebih rendah
| TUDM terbangkan bayi pesakit jantung dari Sabah Posted: 17 Oct 2019 08:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan penerbangan ihsan membawa seorang bayi berusia 18 hari dari Kota Kinabalu ke Institut Jantung Negara (IJN) di sini, hari ini. |
| Pintu masih terbuka buat Ozil di Arsenal Posted: 17 Oct 2019 08:14 AM PDT LONDON: Pengurus Arsenal, Unai Emery berkata dia masih belum menutup pintu buat Mesut Ozil dan tidak sabar menanti perancang itu kembali ke tahap kecergasan sebenar. |
| Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal ke Oscar 2020 Posted: 17 Oct 2019 07:54 AM PDT KUALA LUMPUR: Filem animasi terbitan Les' Copaque Production, Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal tersenarai antara 32 calon kategori Filem Animasi terbaik yang bakal dipertandingkan pada Anugerah Akademi Ke-92. |
| Kerajaan Pulau Pinang nafi terbabit komik propaganda Posted: 17 Oct 2019 06:30 AM PDT GEORGETOWN: Kerajaan Pulau Pinang menafikan terbabit dalam penerbitan dan pengedaran komik didakwa berunsur propaganda yang dipercayai diedarkan di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) dan Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) di negara ini. |
| Puluhan kenderaan ditenggelami air di Sungai Gadut Posted: 17 Oct 2019 06:57 AM PDT SEREMBAN: Puluhan kenderaan ditenggelami air akibat banjir kilat di beberapa kawasan sekitar Sungai Gadut di sini petang tadi. |
| Lelaki Thailand dipenjara 374 tahun Posted: 17 Oct 2019 06:54 AM PDT BANGKOK: Seorang lelaki dipenjarakan selama 374 tahun atas kesalahan pemerdagangan kanak-kanak di mahkamah Phang Nga, selatan Thailand. |
| Kemalangan di Turki: 3 patah tangan, 1 cedera dalaman Posted: 17 Oct 2019 06:49 AM PDT SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) mengesahkan tiga kakitangannya yang terbabit kemalangan di Turki, semalam, patah tangan manakala seorang lagi mengalami kecederaan dalaman. |
| Jenazah kakitangan PKNS dibawa pulang esok atau Sabtu Posted: 17 Oct 2019 06:46 AM PDT SHAH ALAM: Jenazah kakitangan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Azalan Miswan, 50, yang terbabit dalam kemalangan di Turki semalam akan dibawa pulang ke tanah air selewat-lewatnya Sabtu ini. |
| Pegawai kedutaan pantau keadaan mangsa kemalangan di Turki Posted: 17 Oct 2019 06:40 AM PDT KUALA LUMPUR: Pegawai kedutaan Malaysia di Turki akan menziarah semua 34 rakyat Malaysia yang terbabit dalam kemalangan bas di Afyonkarahisar, Turki, petang semalam. |
| Posted: 17 Oct 2019 06:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Lebih 98 peratus daripada 707 mi segera di pasaran memiliki kandungan garam yang tinggi, manakala bakinya pula mengandungi kandungan garam sederhana. |
| Nuramirah jadi tumpuan di Bundesliga 2 Posted: 17 Oct 2019 06:03 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyerang hoki wanita negara, Nuramirah Syakirah Zulkifli tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mencetuskan fenomena dalam musim pertamanya bersama Bremer HC. |
| Nanti sesak di udara, polis trafik kena terbang pula - PM Posted: 17 Oct 2019 03:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir berkata Malaysia belum bersedia menggunakan kereta terbang sebagai salah satu sistem pengangkutan negara. |
| Dewan Rakyat tubuhkan 4 lagi Jawatankuasa Pilihan Khas Posted: 17 Oct 2019 05:46 AM PDT KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan penubuhan empat lagi Jawatankuasa Pilihan Khas yang akan berfungsi sebagai mekanisme semak dan imbang terhadap cabang eksekutif negara. |
| Islam larang debat hukum sudah tetap, disepakati Posted: 17 Oct 2019 05:19 AM PDT DEMOKRASI sekular tidak membenarkan sistem perundangan berasingan untuk masyarakat beragama, penulisan semula al-Quran dan homoseksual dianggap bukan dosa ialah tajuk dalam Pertandingan Debat Piala Tun Razak 2019 yang mencetuskan kritikan dan polemik awam. |
| Fatehah-Anis raih gangsa pecut berpasukan Posted: 17 Oct 2019 05:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Kali pertama bergandingan ternyata membuahkan hasil apabila pelumba wanita berpengalaman, Fatehah Mustapa dan pelumba meningkat naik, Anis Amira Rosidi meraih gangsa dalam acara pecut berpasukan pada Kejohanan Berbasikal Trek Asia 2020 di Velodrom Jingcheon National Training Centre, Korea Selatan, petang tadi. |
| Widad ambil alih konsesi UiTM Jasin Posted: 17 Oct 2019 04:32 AM PDT KUALA LUMPUR: Widad Group Bhd, syarikat yang terbabit dalam aktiviti pembinaan dan perkhidmatan pengurusan kemudahan bersepadu bercadang membeli 90 peratus pegangan dalam Serendah Heights Sdn Bhd (SHSB) dengan harga RM95.89 juta. |
| Akhbar hanya bertahan jika ada pembaca Posted: 17 Oct 2019 05:31 AM PDT SHAH ALAM: Komitmen kerajaan mempertahankan kebebasan akhbar akan membolehkan industri persuratkhabaran di negara ini berkembang pesat semula. |
| Bapa tiri dipenjara 38 tahun, kena 23 sebatan Posted: 17 Oct 2019 04:41 AM PDT IPOH: Nelayan dipenjara 38 tahun dan dikenakan 23 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku salah atas 22 pertuduhan mencabul kehormatan, merogol dan merakam gambar bogel anak perempuan tirinya yang kini berusia 15 tahun sejak dua tahun lalu. |
| Aidil Zafuan anggap aksi umpama 'final' Posted: 17 Oct 2019 04:47 AM PDT JOHOR BAHRU: Pemain pertahanan Johor Darul Ta'zim (JDT), Aidil Zafuan Abd Radzak tidak menganggap pertembungan dengan Selangor sebagai aksi separuh akhir sebaliknya umpama `final' yang harus diharungi di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, Larkin, Sabtu ini. |
| Posted: 17 Oct 2019 05:13 AM PDT KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, mengakui meletakkan Datuk Seri Najib Razak seperti 'Maharaja 1MDB' kerana bekas Perdana Menteri itu memiliki kuasa mutlak. |
| Posted: 17 Oct 2019 05:12 AM PDT BAGAN SERAI: Seorang lelaki maut manakala isterinya parah selepas kereta dinaiki terbabit kemalangan dengan dua kenderaan lain di Kilometer 187.4 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, awal pagi tadi. |
| Solskjaer yakin United beli pemain yang betul Posted: 17 Oct 2019 05:09 AM PDT LONDON: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer '100 peratus pasti' kelab berkenaan memiliki struktur yang betul dan berkata mereka memiliki wang untuk memperkukuhkan skuad yang sedang bergelut itu. |
| Posted: 17 Oct 2019 05:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini didorong keyakinan diperbaharu dalam pasaran pertukaran asing selepas United Kingdom (UK) dan Kesatuan Eropah (EU) mencapai persetujuan bagi perjanjian Brexit yang baharu, kata peniaga. |
| Kaji semula peruntukan kepada PKS Posted: 17 Oct 2019 05:04 AM PDT KUALA LUMPUR: Peruntukan keseluruhan bagi perbelanjaan pembangunan usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam Belanjawan 2020 menurun dengan ketara kepada hanya RM3.9 bilion, berbanding keseluruhan RM17.9 bilion pada tahun ini. |
| Krisis iklim 'hijaukan' Pesta Buku Frankfurt Posted: 17 Oct 2019 05:00 AM PDT FRANKFURT: Daripada buku kanak-kanak mengenai pengurangan plastik hingga tips sifar pembaziran dalam masakan, isu krisis iklim jelas mendominasi Pesta Buku Frankfurt tahun ini. |
| Mohamad Sabu dilantik penasihat KAFA Posted: 17 Oct 2019 04:50 AM PDT KOTA BHARU: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) mengumumkan pelantikan Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu sebagai penasihat badan induk bola sepak Kelantan, berkuat kuasa semalam. |
| Posted: 17 Oct 2019 04:48 AM PDT KUANTAN: Selepas khidmatnya tidak diperlukan lagi Terengganu FC (TFC) musim depan, usaha mencari majikan baru mula dilakukan bekas pemain kebangsaan Ahmad Syamim Yahya. |
| PBNS kekal 90 peratus pemain musim ini Posted: 17 Oct 2019 04:44 AM PDT SEREMBAN: Negeri Sembilan tidak akan membuat perubahan besar dalam barisan pemain apabila berhasrat mengekalkan 90 peratus pemain musim ini untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim 2020. |
| Bursa Malaysia ditutup lebih rendah Posted: 17 Oct 2019 04:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini berikutan dagangan dalam jajaran kecil dan berhati-hati, sejajar dengan prestasi bursa serantau, susulan kekurangan pemangkin pasaran, kata peniaga. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment