BH Online - Terkini |
- Pilihan raya umum tentukan nasib PM Kanada bermula
- Suasana pilu selubungi Ibu Pejabat PKNS
- 25 atlet wakili Malaysia berentap Ironman 70.3 Langkawi
- Razif serah anak buat keputusan
- Ronaldo gemar pendekatan Sarri di Juventus
- Ubat tahan sakit bantu Nor Azam
- MBBA sedia platform atlet veteran bersukan
- Raja Thailand lucut gelaran diraja, pangkat ketenteraan peneman diraja
- Isu komik hangatkan Dewan Rakyat
- Bayi lelaki parah ditembak tiga kali
- Tiga pengedar dadah rakyat asing bakal ditembak mati di Bali
- 5 individu termasuk 2 ADUN terbabit LTTE fail habeas corpus
- Ahli Parlimen Nibong Tebal rebah ketika berbahas
- Kerajaan bantu usahawan tempatan perkasa produk berasas coklat
- Identiti mayat dikerat lapan disahkan ibu, anak
- KBS jamin tiada lepasan AMD tercicir akademik, bola sepak
- KUD@KPLB 2019 capai sasaran jualan RM40 juta
- Azizulhasni prospek emas Olimpik 2020 - Syed Saddiq
- Dua lelaki miliki heroin bernilai lebih 3 juta pound dihadap ke mahkamah
- Asrama pelajar lelaki SMK Mukah terbakar
- 538 projek pengilangan diluluskan di Sabah 2000-2018
- KSBC rangkul kejuaraan Junior Purple League 2019
- Polis cari 'Raja Rimba' disyaki ugut bunuh TYT Sarawak
- Fasa ketiga Country Garden Central Park dilancar
- Mohd Isa minta suapan - saksi
- PLUS perlu kekal dipacu syarikat swasta
- Gempa bumi 5.6 magnitud gegar selatan Iran
- Pelaksanaan eleman kualiti termasuk waktu menunggu di kaunter imigresen ikut jadual
- Karnival buka peluang usahawan kembangkan perniagaan
- Kawasan hutan terbakar di Indonesia melebihi 2018
| Pilihan raya umum tentukan nasib PM Kanada bermula Posted: 21 Oct 2019 08:47 AM PDT OTTAWA: Warga Kanada mula membuang undi dalam pilihan raya umum Kanada, hari ini, dengan beberapa tinjauan menjangkakan Parti Liberal Perdana Menteri Justin Trudeau mungkin kembali berkuasa dengan kerajaan minoriti atau kalah. |
| Suasana pilu selubungi Ibu Pejabat PKNS Posted: 21 Oct 2019 08:44 AM PDT SHAH ALAM: Suasana pilu menyelubungi Kompleks Ibu Pejabat Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) di Seksyen 14 di sini setibanya kumpulan 26 kakitangan perbadanan itu bersama pasangan masing-masing yang terselamat dalam kemalangan jalan raya di Turki pada Rabu lalu. |
| 25 atlet wakili Malaysia berentap Ironman 70.3 Langkawi Posted: 21 Oct 2019 08:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia akan diwakili 25 atlet termasuk tujuh daripada pasukan tentera dalam saingan sukan ekstrem berprestij, Ironman 70.3 Langkawi 2019 pada Sabtu ini. |
| Razif serah anak buat keputusan Posted: 21 Oct 2019 08:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Razif Sidek menyerahkan kepada anaknya, Muhd Fazriq untuk membuat keputusan sama ada ingin bermain dalam acara perseorangan ataupun beregu. |
| Ronaldo gemar pendekatan Sarri di Juventus Posted: 21 Oct 2019 07:47 AM PDT ROM: Penyerang Juventus, Cristiano Ronaldo memberi sokongan kepada Maurizio Sarri apabila berkata dia gembira pendekatan `lebih banyak menyerang' yang diamalkan oleh kelab berkenaan sejak jurulatih terbabit diambil membimbing pada musim panas. |
| Ubat tahan sakit bantu Nor Azam Posted: 21 Oct 2019 07:21 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain tengah Pahang, Muhamad Nor Azam Abdul Azih beraksi dalam kesakitan ketika membantu skuad Tok Gajah melakar keputusan seri 3-3 berdepan Kedah pada aksi pertama separuh akhir Piala Malaysia 2019 di Alor Setar, Sabtu lalu. |
| MBBA sedia platform atlet veteran bersukan Posted: 21 Oct 2019 07:12 AM PDT PUTRAJAYA: Persatuan Badminton Masters Malaysia (MMBA) menyediakan platform kepada pemain veteran untuk merealisasikan minat mereka dalam sukan badminton. |
| Raja Thailand lucut gelaran diraja, pangkat ketenteraan peneman diraja Posted: 21 Oct 2019 07:05 AM PDT BANGKOK: Raja Thailand, Maha Vajiralongkon melucutkan pangkat diraja dan ketenteraan peneman diraja beliau, menurut kenyataan istana, lewat hari ini. |
| Isu komik hangatkan Dewan Rakyat Posted: 21 Oct 2019 07:01 AM PDT KUALA LUMPUR: Isu komik `Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama' menghangatkan Dewan Rakyat membabitkan perang mulut antara wakil pembangkang dan kerajaan. |
| Bayi lelaki parah ditembak tiga kali Posted: 21 Oct 2019 06:56 AM PDT UTARA PHILADELPHIA : Seorang bayi lelaki berusia 11 bulan berada dalam keadaan kritikal selepas ditembak sebanyak tiga kali ketika berada dalam kereta di sini. |
| Tiga pengedar dadah rakyat asing bakal ditembak mati di Bali Posted: 21 Oct 2019 04:30 AM PDT DENPASAR: Dua wanita Thailand dan seorang lelaki Perancis bakal berdepan hukuman mati selepas mereka ditangkap ketika menyeludup dadah ke Bali. |
| 5 individu termasuk 2 ADUN terbabit LTTE fail habeas corpus Posted: 21 Oct 2019 06:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bersama tiga individu yang ditahan kerana disyaki ada hubungan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) memfailkan permohonan habeas corpus (mencabar penahanan) di sini, semalam. |
| Ahli Parlimen Nibong Tebal rebah ketika berbahas Posted: 21 Oct 2019 12:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Mansor Othman, rebah ketika membahaskan Belanjawan 2020 di Dewan Rakyat, jam 3.15 petang tadi. |
| Kerajaan bantu usahawan tempatan perkasa produk berasas coklat Posted: 21 Oct 2019 05:06 AM PDT PUTRAJAYA: Bantuan dan tunjuk ajar agensi kerajaan membolehkan pasaran produk berasaskan coklat yang diusahakan anak tempatan yang bermula di rumah, mampu diperluaskan hingga ke peringkat antarabangsa. |
| Identiti mayat dikerat lapan disahkan ibu, anak Posted: 21 Oct 2019 05:52 AM PDT MELAKA: Polis mengesahkan lapan bahagian anggota badan manusia yang ditemui dalam semak di Kampung Ladang, Perindustrian Krubong dua minggu lalu, milik dua beranak. |
| KBS jamin tiada lepasan AMD tercicir akademik, bola sepak Posted: 21 Oct 2019 06:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) serta pemegang taruh Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) memberi jaminan tiada graduan Akademi Mokhtar Dahari (AMD) akan 'tercicir' sama ada dalam bidang akademik mahupun bola sepak. |
| KUD@KPLB 2019 capai sasaran jualan RM40 juta Posted: 21 Oct 2019 04:59 AM PDT PUTRAJAYA: Karnival Usahawan Desa (KUD@KPLB) 2019 yang berakhir hari ini, berlangsung dengan jayanya apabila memperoleh nilai jualan disasarkan iaitu RM40 juta. |
| Azizulhasni prospek emas Olimpik 2020 - Syed Saddiq Posted: 21 Oct 2019 05:49 AM PDT PUTRAJAYA: Kejayaan Azizulhasni Awang merangkul emas acara pecut individu di Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ACC) di Korea Selatan, hari ini, memberi gambaran tidak mustahil untuk beliau merealisasikan impian pingat emas pertama Malaysia di pentas Olimpik Tokyo 2020. |
| Dua lelaki miliki heroin bernilai lebih 3 juta pound dihadap ke mahkamah Posted: 21 Oct 2019 05:45 AM PDT BRADFORD : Dua lelaki dihadapkan ke mahkamah selepas terbabit dalam rampasan heroin bernilai lebih 3 juta pound (RM16.29 juta), selain wang tunai bernilai 100,000 pound (RM542,986). |
| Asrama pelajar lelaki SMK Mukah terbakar Posted: 21 Oct 2019 05:37 AM PDT MUKAH: Seramai 168 pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mukah, di sini, berdepan detik cemas apabila asrama mereka terbakar, hari ini. |
| 538 projek pengilangan diluluskan di Sabah 2000-2018 Posted: 21 Oct 2019 05:33 AM PDT KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri meluluskan 538 projek pengilangan membabitkan nilai modal RM34.7 bilion di Sabah dari 2000 hingga tahun lalu. |
| KSBC rangkul kejuaraan Junior Purple League 2019 Posted: 21 Oct 2019 05:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Pendatang baharu, Kelab Badminton Kuantan Synergy (KSBC) mencipta sejarah tersendiri apabila meraih gelaran Junior Purple League (JPL) 2019 dengan rekod tanpa kalah selepas berakhirnya saingan Divisyen 1 di Sports Arena Sentosa, semalam. |
| Polis cari 'Raja Rimba' disyaki ugut bunuh TYT Sarawak Posted: 21 Oct 2019 05:23 AM PDT KUCHING: Polis sedang mengesan pemilik akaun Facebook menggunakan nama 'Raja Rimba' yang disyaki melakukan ugutan bunuh terhadap Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud. |
| Fasa ketiga Country Garden Central Park dilancar Posted: 20 Oct 2019 11:16 PM PDT JOHOR BAHRU: Pemaju hartanah, Country Garden Group (Country Garden) melancarkan fasa ketiga projek pembangunan Country Garden Central Park merangkumi pembinaan rumah teres dua tingkat yang terletak di Tampoi, dekat sini. |
| Posted: 21 Oct 2019 05:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Saksi memberi keterangan bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, meminta suapan daripada Gegasan Abadi Properties Sdn Bhd (GAPSB) berhubung pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak. |
| PLUS perlu kekal dipacu syarikat swasta Posted: 20 Oct 2019 07:00 PM PDT KUALA LUMPUR: Langkah terbaik untuk PLUS Malaysia Bhd adalah diuruskan syarikat swasta, kata peneraju korporat yang membida untuk mengambil alih pengendali lebih raya terbesar di negara ini. |
| Gempa bumi 5.6 magnitud gegar selatan Iran Posted: 21 Oct 2019 05:09 AM PDT GENEVA: Gempa bumi berukuran 5.6 magnitud menggegarkan selatan Iran hari ini, kata agensi berita Fars. |
| Pelaksanaan eleman kualiti termasuk waktu menunggu di kaunter imigresen ikut jadual Posted: 21 Oct 2019 05:08 AM PDT PUTRAJAYA: Sebanyak 20 elemen kualiti perkhidmatan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan klia2 telah dilaksanakan manakala pelaksanaan lapan lagi elemen termasuk berkaitan waktu menunggu di kaunter Imigresen adalah mengikut jadual, kata Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM). |
| Karnival buka peluang usahawan kembangkan perniagaan Posted: 21 Oct 2019 05:08 AM PDT PUTRAJAYA: Penganjuran pameran dan karnival berkaitan usahawan luar bandar mampu menjadi batu loncatan untuk mengembangkan pasaran produk termasuk ke luar negara. |
| Kawasan hutan terbakar di Indonesia melebihi 2018 Posted: 21 Oct 2019 05:03 AM PDT JAKARTA: Keluasan kawasan yang terjejas akibat kebakaran hutan di Indonesia sepanjang September tahun ini melebihi tahun lalu, kata data rasmi kerajaan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment