BH Online - Terkini |
- Universiti tempat pemetaan bakat akademik, pembangunan kesarjanaan
- Zakri dipilih Tokoh Akademik Negara
- Mahkamah tolak permohonan 7 perokok cabar larangan merokok di premis makan
- Bukan serangan siber tetapi kegagalan rangkaian operasi KLIA
- Pelumba MotoGP pamer aksi lincah di padang
- 8 pengadil disenarai pendek adili final Piala Malaysia
- Sabah pantau produk babi import susulan virus ASF
- Lebih ramai pemanah negara mampu ke Paralimpik Tokyo
- Subahan, Shamala pertahan jawatan di MHC
- Kerajaan teliti model baharu PTPTN
- Zaquan, Aidil mohon restu ibu sebelum aksi final
- Sokong jurulatih pilih pengganti Alves, Rizal
- Belanjawan Selangor 2020 dokong matlamat Selangor Negeri Pintar 2025
- Hafizh Syahrin teruja kembali bersaing GP Malaysia
- PRK Tanjung Piai, MCA 'gembira' dengan calon pilihan BN
- Rumah dirompak, guru mati dibunuh
- Dua maut kereta bertembung
- 'Selepas dibaik pulih, kapal selam TLDM boleh menyelam'
- Pengawal keselamatan, penjaga stor didakwa miliki item LTTE
- Maut diserang, dipijak gajah
- Yayasan Peneraju siap siaga lahirkan lebih ramai profesional Bumiputera
- 10 lelaki termasuk 2 ADUN didakwa berkaitan LTTE
- DAP tak terbabit LTTE - Muhyiddin
- Jadikan rumah sewa stor bekalan dadah
- Warga China tak mengaku langgar kakitangan MBPP
- Pilu dapat tahu arwah adik ipar hamil anak kembar
- DAP serah surat tunjuk sebab pada Ronnie Liu
- Azan Subuh jadi penyelamat
- Masalah kekurangan benih dijangka selesai
- Lee Xin Ni banggakan Malaysia
| Universiti tempat pemetaan bakat akademik, pembangunan kesarjanaan Posted: 29 Oct 2019 09:32 AM PDT SERI KEMBANGAN: Universiti harus berperanan sebagai pemangkin dan penggalak kepada pencarian ilmu atau digelar sebagai pemetaan bakat akademik dan pembangunan kesarjanaan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Zakri dipilih Tokoh Akademik Negara Posted: 29 Oct 2019 09:09 AM PDT SERDANG: Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid dipilih sebagai penerima Anugerah Tokoh Akademik Negara ke-13 sempena Majlis Anugerah Akademik Kebangsaan 2019, Kementerian Pendidikan. |
| Mahkamah tolak permohonan 7 perokok cabar larangan merokok di premis makan Posted: 29 Oct 2019 09:05 AM PDT KUALA LUMPUR: Tujuh perokok gagal dalam permohonan mereka untuk mencabar larangan merokok di semua premis makan yang dikuat kuasa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada 1 Januari 2019. |
| Bukan serangan siber tetapi kegagalan rangkaian operasi KLIA Posted: 29 Oct 2019 08:53 AM PDT Kuala Lumpur: Masalah sistem membabitkan Total Airport Management System (TAMS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Ogos lalu bukan disebabkan serangan siber, sebaliknya berpunca daripada kegagalan rangkaian suis teras yang digunakan sejak 1998 dan tidak pernah diganti sehingga kini. |
| Pelumba MotoGP pamer aksi lincah di padang Posted: 29 Oct 2019 07:50 AM PDT SHAH ALAM: Pelumba MotoGP menunjukkan kelincahan mereka di atas padang dengan Hafizh Syahrin Abdullah, Maverick Vinales mencuri tumpuan penonton. |
| 8 pengadil disenarai pendek adili final Piala Malaysia Posted: 29 Oct 2019 07:53 AM PDT KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mengesahkan lapan pengadil berada dalam senarai pendek untuk mengendalikan perlawanan akhir Piala Malaysia, di Bukit Jalil, Sabtu ini. |
| Sabah pantau produk babi import susulan virus ASF Posted: 28 Oct 2019 11:59 PM PDT KOTA KINABALU: Sabah akan melaksanakan larangan sementara pengimportan babi dan semua produk haiwan itu berikutan pengesanan virus Demam Babi Afrika (ASF) melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dalam satu sampel babi dalam tin diimport di Sarawak. |
| Lebih ramai pemanah negara mampu ke Paralimpik Tokyo Posted: 29 Oct 2019 07:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Jurulatih skuad memanah para negara, Marzuki Zakaria yakin lebih ramai pemanah para negara akan layak secara merit ke Sukan Paralimpik Tokyo 2020 selepas mempamerkan aksi memberangsangkan pada Kejohanan Kelayakan Benua Asia yang berakhir di Bangkok, Sabtu lalu. |
| Subahan, Shamala pertahan jawatan di MHC Posted: 29 Oct 2019 07:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Subahan Kamal dan Datuk Dr S Shamala membuat pusingan U apabila mengesahkan bertanding mempertahankan jawatan presiden dan timbalan presiden pada mesyuarat agung tahunan (AGM) Konfederasi Hoki Malaysia (MHC),16 November ini. |
| Kerajaan teliti model baharu PTPTN Posted: 29 Oct 2019 07:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Pendidikan akan mewujudkan satu jawatankuasa bagi meneliti model baharu menggantikan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang bermasalah. |
| Zaquan, Aidil mohon restu ibu sebelum aksi final Posted: 29 Oct 2019 06:25 AM PDT ALOR SETAR: Seperti lazimnya, Zaquan Adha Abdul Radzak tidak akan melepaskan peluang menghubungi ibunya bagi mendapatkan restu dan doa kejayaan buat dirinya setiap kali turun beraksi mewakili pasukannya, Kedah. |
| Sokong jurulatih pilih pengganti Alves, Rizal Posted: 29 Oct 2019 06:59 AM PDT ALOR SETAR: Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Mohd Asmirul Anuar Aris mahu semua pihak termasuk penyokong memberi sokongan penuh kepada pengendali pasukan, Aidil Sharin Sahak dalam menentukan pengganti pemain pertahanan, Renan Alves dan Rizal Ghazali bagi aksi final Piala Malaysia. |
| Belanjawan Selangor 2020 dokong matlamat Selangor Negeri Pintar 2025 Posted: 29 Oct 2019 06:54 AM PDT SHAH ALAM: Belanjawan Selangor 2020 yang akan dibentangkan Jumaat ini bakal menjadi penanda aras kepada segala perancangan disusun dalam menjayakan misi Selangor Negeri Pintar 2025. |
| Hafizh Syahrin teruja kembali bersaing GP Malaysia Posted: 29 Oct 2019 06:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah mahu menikmati perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia di laman sendiri hujung minggu ini meskipun mengakui cabaran kali ini lebih berliku berbanding penampilan sulungnya di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam kelas perdana, MotoGP, tahun lalu. |
| PRK Tanjung Piai, MCA 'gembira' dengan calon pilihan BN Posted: 29 Oct 2019 06:32 AM PDT KUALA LUMPUR: MCA gembira dengan calon yang diputuskan untuk mewakili Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai yang akan berlangsung pada 16 November depan. |
| Rumah dirompak, guru mati dibunuh Posted: 29 Oct 2019 06:31 AM PDT SIK: Seorang guru wanita mati dipercayai dibunuh dalam rompakan di rumahnya di Kampung Banggol, Jeneri di sini, tengah hari tadi. |
| Posted: 29 Oct 2019 06:04 AM PDT MIRI: Seorang lelaki bersama seorang wanita maut selepas tercampak keluar dari kereta jenis Perodua Viva dinaiki mereka sejurus bertembung sebuah kenderaan pikap jenis Toyota Hilux di Jalan Miri - Bintulu berhampiran Taman Negara Lambir, di sini petang tadi. |
| 'Selepas dibaik pulih, kapal selam TLDM boleh menyelam' Posted: 29 Oct 2019 06:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Isu kapal selam milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang pernah didakwa tidak mampu 'menyelam' menghangatkan persidangan Dewan Rakyat, yang bersambung sehingga malam ini. |
| Pengawal keselamatan, penjaga stor didakwa miliki item LTTE Posted: 29 Oct 2019 02:41 AM PDT BUTTERWORTH: Pengawal keselamatan dan penjaga stor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini masing-masing atas dua pertuduhan memiliki item berkaitan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), pada Oktober lalu. |
| Posted: 29 Oct 2019 05:52 AM PDT MERSING: Seorang pekerja ladang warga asing maut selepas dipercayai diserang dan dipijak gajah di Lenggor, Jemaluang, di sini malam semalam. |
| Yayasan Peneraju siap siaga lahirkan lebih ramai profesional Bumiputera Posted: 29 Oct 2019 05:23 AM PDT KUALA LUMPUR: Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju), sebuah agensi yang ditubuhkan untuk terus memperkasakan keupayaan Bumiputera, bersedia melahirkan lebih ramai profesional berkualiti dalam Aktiviti Pertumbuhan Ekonomi Utama (KEGA) dengan peruntukan RM192 juta yang diumumkan menerusi Belanjawan 2020, baru-baru ini. |
| 10 lelaki termasuk 2 ADUN didakwa berkaitan LTTE Posted: 28 Oct 2019 11:49 PM PDT KUALA LUMPUR: Sepuluh lelaki termasuk dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan guru didakwa di tujuh buah Mahkamah Sesyen di enam negeri hari ini atas pertuduhan berkaitan kumpulan pengganas LTTE. |
| DAP tak terbabit LTTE - Muhyiddin Posted: 29 Oct 2019 05:25 AM PDT KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan DAP tidak terbabit dengan kumpulan pengganas Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE). |
| Jadikan rumah sewa stor bekalan dadah Posted: 29 Oct 2019 05:32 AM PDT RAUB: Dua bersahabat ditahan dalam dua serbuan berasingan kelmarin selepas disyaki terbabit dalam kegiatan pengedaran dadah di daerah ini, selain Bentong dan Lipis. |
| Warga China tak mengaku langgar kakitangan MBPP Posted: 29 Oct 2019 02:10 AM PDT GEORGETOWN: Seorang wanita warga China dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini atas tuduhan memandu dalam keadaan mabuk sehingga menyebabkan seorang penunggang motosikal maut di Jalan Datuk Keramat, Jumaat lalu. |
| Pilu dapat tahu arwah adik ipar hamil anak kembar Posted: 29 Oct 2019 04:39 AM PDT BACHOK: Keluarga anggota polis yang maut bersama isterinya dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur pagi tadi terkejut selepas dimaklumkan isteri mangsa sedang hamil anak kembar. |
| DAP serah surat tunjuk sebab pada Ronnie Liu Posted: 29 Oct 2019 05:02 AM PDT KUALA LUMPUR: DAP sudah menghantar surat tunjuk sebab kepada Ahli Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti, Ronnie Liu, yang sebelum ini mengeluarkan kenyataan menjejaskan kestabilan dan memecahbelahkan perpaduan Pakatan Harapan (PH). |
| Posted: 29 Oct 2019 05:04 AM PDT ARAU: Azan Subuh menjadi penyelamat kepada 10 beranak yang tidak menyedari perkarangan rumah mereka di Kampung Titi Besi, di sini, dinaiki air kira-kira 0.2 meter, pagi tadi. |
| Masalah kekurangan benih dijangka selesai Posted: 29 Oct 2019 05:07 AM PDT KUALA LUMPUR: Kegagalan enam daripada sembilan syarikat pengeluar memenuhi kuota pengeluaran benih padi bersubsidi dikenal pasti antara punca masalah isu kelewatan benih padi sah diedarkan ke seluruh negara. |
| Posted: 29 Oct 2019 05:12 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemain ping pong muda negara, Lee Xin Ni membanggakan Malaysia apabila membantu Pasukan Harapan Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) merangkul gelaran naib juara Cabaran Kadet Dunia Persekutuan Ping Pong Antarabangsa (ITTF) 2019 di Wladyslawowo, Poland. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment