BH Online - Terkini |
- Hatrik Syafiq bantu benam Sri Lanka
- Graduan Kolej Vokasional terus jadi rebutan
- Keputusan Liga Perdana Inggeris
- Hoffenheim kejutkan Bayern
- Khazanah tidak berminat jual PLUS - Shahril Ridza
- Permohonan Salleh Keruak masuk PKR dipertimbangkan
- Kura-kura berusia 344 tahun di Afrika sudah tiada
- 22 kawasan pulih dari masalah air berbau - Air Selangor
- Abang masih di ICU, adik di wad
- Connolly tambah derita Spurs
- Nelayan Vietnam terjun laut elak ditangkap
- 'Ekor' Harimau Malaya simpan tenaga aksi Malaysia-Sri Lanka
- MPPA juara futsal TNB-Media 2019
- 6 gajah liar mati jatuh di air terjun
- Pengarah Bomba Pahang tunai impian penghidap kanser otak
- Azhar intai podium CP150 di Kangar
- Perak akan kenal pasti lokasi Galeri Banjar di Kerian
- 'Biar murah asal peminat puas'
- Hafizh sasar kelompok depan
- Bangkit dalam acara individu
- Serbu kondo, tahan warga asing
- Lat dianugerah Doktor Kehormat dari Universiti Taylor's
- Hakim tembak diri, siar kenyataan di Facebook
- Bomba harap dapat elaun khidmat kebombaan
- Korek rahsia Samba Brazil
- Janji Choong Hann
- Fahami adab 'bersetuju untuk tidak bersetuju'
- Yamaha kuasai petak depan GP Thailand
- Sasaki bermula di petak belakang
- Resolusi Kongres Maruah Melayu berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara
| Hatrik Syafiq bantu benam Sri Lanka Posted: 05 Oct 2019 07:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyerang muda, Syafiq Ahmad membuktikan betapa dia layak menggalas tugas sebagai penyerang utama apabila hatriknya membantu Harimau Malaya membenam Sri Lanka 6-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. |
| Graduan Kolej Vokasional terus jadi rebutan Posted: 05 Oct 2019 09:11 AM PDT NILAI: Kira-kira 97 peratus graduan Kolej Vokasional (KV) berjaya mendapat pekerjaan dalam tempoh lima bulan selepas tamat pengajian masing-masing, membuktikan institusi pengajian itu berada pada landasan tepat melahirkan graduan berkemahiran tinggi. |
| Keputusan Liga Perdana Inggeris Posted: 05 Oct 2019 09:09 AM PDT LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi: |
| Posted: 05 Oct 2019 09:08 AM PDT BERLIN: Pemain Hoffenheim, Sargis Adamyan menjaringkan dua gol sulung dalam Bundesliga untuk mengejutkan tuan rumah Bayern Munich 2-1 sebentar tadi dan memberikan kemenangan pertama buat pasukannya di Munich. |
| Khazanah tidak berminat jual PLUS - Shahril Ridza Posted: 05 Oct 2019 08:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Pemegang saham utama PLUS Malaysia Bhd, Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) menegaskan tidak berminat untuk menjual aset strategik itu kepada mana-mana pihak. |
| Permohonan Salleh Keruak masuk PKR dipertimbangkan Posted: 05 Oct 2019 07:15 AM PDT KUALA LUMPUR: Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fahmi Fadzil mengesahkan sudah menerima permohonan keanggotaan Datuk Seri Salleh Said Keruak secara dalam talian. |
| Kura-kura berusia 344 tahun di Afrika sudah tiada Posted: 05 Oct 2019 07:13 AM PDT LAGOS: Seekor kura-kura milik keluarga diraja yang didakwa berusia 344 tahun mati di istana pemerintah tradisi Ogbomosho, tenggara Nigeria, menurut seorang jurucakap, hari ini. |
| 22 kawasan pulih dari masalah air berbau - Air Selangor Posted: 05 Oct 2019 07:09 AM PDT KUALA LUMPUR: Sebanyak 22 daripada 33 kawasan yang terjejas akibat masalah air berbau sudah pulih sehingga jam 6 petang tadi. |
| Abang masih di ICU, adik di wad Posted: 05 Oct 2019 07:07 AM PDT DUNGUN: Mangsa kemalangan bersama ibu bapa mereka semalam, Muhammad Danish Irfan Kamal Hisham, 11, ditempatkan di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu, hari ini. |
| Posted: 05 Oct 2019 07:03 AM PDT BRIGHTON, United Kingdom: Penyerang remaja, Aaron Connolly menjaringkan dua gol pada penampilan sulungnya dalam Liga Perdana ketika Brighton & Hove Albion menewaskan Tottenham Hotspur 3-0 bagi menambah buruk minggu paling sukar buat pelawat itu. |
| Nelayan Vietnam terjun laut elak ditangkap Posted: 05 Oct 2019 02:22 AM PDT KUALA TERENGGANU: Sekumpulan 16 nelayan Vietnam bertindak terjun dan berenang sejauh 100 meter sebelum memanjat tangga pelantar minyak dalam usaha melarikan diri bagi mengelak ditahan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), di sini, semalam. |
| 'Ekor' Harimau Malaya simpan tenaga aksi Malaysia-Sri Lanka Posted: 05 Oct 2019 06:48 AM PDT KUALA LUMPUR: 'Ekor' Harimau Malaya atau penyokong skuad bola sepak kebangsaan seakan 'menyimpan tenaga' apabila tidak ramai yang hadir menyaksikan perlawanan persahabatan antara anak buah Tan Cheng Hoe menentang Sri Lanka di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini, malam tadi. |
| MPPA juara futsal TNB-Media 2019 Posted: 05 Oct 2019 04:16 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysian Press Photographer Association (MPPA) muncul juara Kejohanan Futsal TNB-Media selepas menewaskan Utusan Malaysia 2-0 dalam final di gelanggang futsal Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Jalan Bangsar, di sini, hari ini. |
| 6 gajah liar mati jatuh di air terjun Posted: 05 Oct 2019 06:11 AM PDT BANGKOK: Enam gajah liar mati selepas terjatuh ke dalam kawasan air terjun di Taman Negara Khao Yai, Thailand, kata pihak berkuasa. |
| Pengarah Bomba Pahang tunai impian penghidap kanser otak Posted: 05 Oct 2019 05:20 AM PDT KUANTAN: Hasrat seorang kanak-kanak penghidap kanser otak, Diffuse Intrinsic Pontine Glioma (DIPG) tahap empat yang ingin menaiki jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), tercapai setelah dibawa menaiki kenderaan yang dipandu sendiri Pengarah JBPM Pahang di sini, hari ini. |
| Azhar intai podium CP150 di Kangar Posted: 05 Oct 2019 05:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Pelumba pasukan Motul Yamaha YY Pang makin gagah mengharungi cabaran ketika saingan Kejuaraan Cub Prix Malaysia Petronas musim 2019 hampir melabuhkan tirainya. |
| Perak akan kenal pasti lokasi Galeri Banjar di Kerian Posted: 05 Oct 2019 04:45 AM PDT BAGAN SERAI: Kerajaan Negeri sedang mengenal pasti lokasi yang sesuai untuk membangunkan sebuah Galeri Banjar di daerah Kerian. |
| 'Biar murah asal peminat puas' Posted: 05 Oct 2019 04:41 AM PDT KUALA LUMPUR: Penyanyi, Haqiem Rusli, menegaskan bukan pulangan menjadi keutamaan apabila menjual tiket konsert mininya yang berlangsung di sini, pada harga serendah RM20. |
| Posted: 05 Oct 2019 04:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Hafizh Syahrin Abdullah mahu memberi sepenuh tumpuan kepada perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand esok selepas sesi kelayakan di Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand tidak berlangsung seperti diingininya. |
| Posted: 05 Oct 2019 04:20 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad remaja kebangsaan, Kwan Yoke Meng mahu anak buahnya bangkit dalam acara individu selepas gagal mara ke pusingan kalah mati acara berpasukan campuran pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia di Kazan, Russia. |
| Serbu kondo, tahan warga asing Posted: 05 Oct 2019 04:17 AM PDT PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen menahan 12 warga Nigeria termasuk seorang wanita dalam satu operasi bersepadu yang dilancarkan di sebuah kondominium di Batu 9, Selangor awal pagi tadi. |
| Lat dianugerah Doktor Kehormat dari Universiti Taylor's Posted: 05 Oct 2019 03:57 AM PDT KUALA LUMPUR : Kartunis terkenal, Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat hari dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat dalam Anugerah Seni oleh Universiti Taylor's, di sini, hari ini. |
| Hakim tembak diri, siar kenyataan di Facebook Posted: 05 Oct 2019 03:48 AM PDT BANGKOK: Seorang hakim di Thailand menembak dirinya di hadapan mahkamah yang sesak dengan orang ramai selepas membebaskan beberapa suspek kes pembunuhan dan menafikan sistem kehakiman kerajaan dalam kenyataan siaran langsungnya menerusi 'Facebook Live'. |
| Bomba harap dapat elaun khidmat kebombaan Posted: 05 Oct 2019 03:45 AM PDT KUALA TERENGGANU: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berharap elaun perkhidmatan kebombaan yang dipohon sejak tiga tahun lalu dapat diluluskan dalam Belanjawan 2020. |
| Posted: 05 Oct 2019 03:43 AM PDT KUALA LUMPUR: Kesempatan tiga bulan bersama pasukan XV Piracicaba FC akan digunakan sepenuhnya Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Dr Zulakbal Abd Karim untuk 'mengorek' rahsia negara Samba itu dapat melahirkan pemain memiliki kemahiran teknikal luar biasa. |
| Posted: 05 Oct 2019 03:39 AM PDT KUALA LUMPUR: Wong Choong Hann mula terasa 'bahang' dalam melaksanakan tanggungjawabnya berbaki kurang setahun sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula selain Projek 24 yang diperkenalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) baru-baru ini. |
| Fahami adab 'bersetuju untuk tidak bersetuju' Posted: 05 Oct 2019 03:36 AM PDT Adab 'bersetuju untuk tidak bersetuju' dalam Islam membolehkan setiap perbezaan pandangan menjadi sumber kekuatan umat, sekali gus tidak dianggap masalah membebankan sekiranya ditangani dengan betul. |
| Yamaha kuasai petak depan GP Thailand Posted: 05 Oct 2019 03:33 AM PDT KUALA LUMPUR: Tiga pelumba Yamaha menguasai dua barisan pertama perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand dengan Fabio Quartararo menyambar petak utama keempat dalam karier sulungnya untuk kelas MotoGP musim ini selain memperbaharui rekod sepusingan Litar Antarabangsa Chang di Buriram, Thailand, hari ini. |
| Sasaki bermula di petak belakang Posted: 05 Oct 2019 03:28 AM PDT KUALA LUMPUR: Ayumu Sasaki menerima 'hukuman' dilakukannya pada sesi latihan pertama dengan dijadual mengharungi perlumbaan Grand Prix (GP) Thailand esok dari petak kedua paling belakang. |
| Resolusi Kongres Maruah Melayu berteraskan Perlembagaan, Rukun Negara Posted: 05 Oct 2019 03:27 AM PDT KUALA LUMPUR: Resolusi yang akan dibentangkan pada Kongres Maruah Melayu dan diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad esok adalah bersumberkan kepada Perlembagaan, Rukun Negara, akta dan undang-undang. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment