Sunday, October 6, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Han Byul juara Big Stage 2019

Posted: 06 Oct 2019 09:26 AM PDT

SHAH ALAM: Seperti dijangka peserta 'favourite' Han Byul, 29, muncul juara Big Stage 2019 yang berakhir di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini, malam tadi.

PKR belum membuat keputusan muktamad

Posted: 06 Oct 2019 09:35 AM PDT

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) belum membuat keputusan muktamad mengenai permohonan bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, menyertai parti itu.

80 peratus kes berpotensi derma organ ditolak ahli keluarga

Posted: 06 Oct 2019 09:28 AM PDT

KUALA LUMPUR: Kira-kira 80 peratus kes yang berpotensi untuk menderma organ ditolak ahli keluarga masing masing.

Nelayan naikkan tapah gergasi 35 kg

Posted: 06 Oct 2019 09:22 AM PDT

JERANTUT: Seorang nelayan terkejut apabila jaring yang disangka tersangkut kayu kerana terlalu berat sebenarnya memerangkap ikan tapah 'gergasi' seberat 35 kilogram (kg) di Sungai Pahang.

JBPM mahu kerajaan pertimbang aspek perkhidmatan kebombaan

Posted: 06 Oct 2019 09:19 AM PDT

KUALA LUMPUR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berharap kerajaan mempertimbangkan aspek perkhidmatan kebombaan, penyelamatan, keselamatan dan khidmat kemanusiaan dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentang Jumaat ini.

Bintang muda Chelsea menyerlah atasi Southampton

Posted: 06 Oct 2019 09:02 AM PDT

SOUTHAMPTON, United Kingdom: Tammy Abraham dan Mason Mount meraikan penggilan ke pasukan kebangsaan England dengan membantu Chelsea menang 4-1 mengatasi pasukan bergelut, Southampton sebentar tadi.

Man City tewas mengejut di tangan Wolves

Posted: 06 Oct 2019 08:57 AM PDT

MANCHESTER, United Kingdom: Usaha Manchester City untuk memenangi Liga Perdana buat kali ketiga berturut-turut berdepan ancaman besar apaila juara bertahan itu tewas mengejut 2-0 di tangan Wolves sebentar tadi.

Permaisuri Johor berangkat ke majlis Santapan Diraja UTM

Posted: 06 Oct 2019 08:53 AM PDT

PUTRAJAYA: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah, malam ini berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang dianjurkan untuk mengumpul dana membantu meringankan beban kewangan pelajar.

Tentera beri amaran kepada penunjuk perasaan Hong Kong

Posted: 06 Oct 2019 08:47 AM PDT

HONG KONG: Tentera China mengeluarkan satu amaran kepada penunjuk perasaan di Hong Kong, hari ini, yang menghalakan laser ke arah berek mereka di bandar itu.

Tandukan Luiz beri mata penuh buat Arsenal

Posted: 06 Oct 2019 08:41 AM PDT

LONDON: Arsenal mendaki ke tangga ketiga Liga Perdana selepas jaringan pertama David Luiz untuk kelab berkenaan memberikan kemenangan 1-0 mengatasi Bournemouth sebentar tadi.

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 06 Oct 2019 08:09 AM PDT

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris sebentar tadi:

Lebih 100 gempa bumi, 1,000 gempa susulan di Maluku -BMKG

Posted: 06 Oct 2019 07:11 AM PDT

JAKARTA: Agensi Meteorologi, Kaji Cuaca dan Geofizik Indonesia (BMKG) mendedahkan sehingga semalam, 144 gempa bumi dirasai penduduk sejak gempa bumi magnitud 6.5 menggegarkan Maluku pada 26 September lalu, sementara jumlah gempa susulan adalah 1,044 kali.

DPVM sokong kerajaan gubal akta kawal penjualan vape

Posted: 06 Oct 2019 07:23 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Perniagaan Vape Malaysia (DPVM) berharap akta bakal diperkenalkan kerajaan tidak lama lagi membenarkan peniaga tempatan terus menjual vape nikotin secara terkawal.

'Lapor polis demi imej doktor'

Posted: 06 Oct 2019 07:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: Suami pelakon Lufya Omar, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum membuat laporan polis terhadap isterinya atas dakwaan melemparkan tuduhan yang disifatkan keterlaluan dan boleh mencalarkan imej serta reputasinya sebagai penjawat awam.

Cendol Istana Brunei sedia 100 pilihan enak

Posted: 04 Oct 2019 07:07 PM PDT

SUKAR untuk membuat pilihan melihat menu 100 jenis cendol ditawarkan di restoran RCSA Cendol & Rojak, Shah Alam, Selangor.

Padi hibrid pertama

Posted: 06 Oct 2019 03:13 AM PDT

KOTA BHARU: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) melakar sejarah dengan menghasilkan varieti padi hibrid pertama MR 12H, yang antara lain mampu meningkatkan pengeluaran padi sehingga 20 peratus setiap hektar.

Terus bela nasib kanak-kanak, remaja membesar bawah jagaan JKM

Posted: 06 Oct 2019 06:46 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yayasan J'Keb Malaysia (YJM) menyeru semua pihak supaya terus membantu kanak-kanak serta remaja kurang berkemampuan di negara ini, terutama yang membesar bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

4 maut, 5 cedera dalam insiden tembakan bar di AS

Posted: 06 Oct 2019 06:35 AM PDT

WASHINGTON: Empat orang maut manakala lima lagi cedera awal hari ini dalam satu kejadian tembakan di sebuah bar di Kansas City, kata polis dan laporan media tempatan.

Mayat tanpa kepala ditemui terapung di laut

Posted: 06 Oct 2019 05:54 AM PDT

GEORGETOWN: Polis meminta mana-mana individu yang kehilangan ahli keluarga, tampil bagi membantu siasatan penemuan mayat lelaki yang hampir reput di perairan Teluk Kampi, di sini, Khamis lalu.

Tiga agensi aktif siasat Mykad palsu

Posted: 06 Oct 2019 06:02 AM PDT

JOHOR BAHRU: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) aktif melakukan siasatan kes penjualan MyKad kepada warga asing.

Israel intai pakatan dengan negara Arab

Posted: 06 Oct 2019 05:53 AM PDT

BAITULMAQDIS: Menteri Luar Israel, Israel Katz memaklumkan, beliau sedang cuba mengintai peluang mengikat 'perjanjian tidak agresif' dengan beberapa negara Arab yang tidak mengiktirafnya, sebelum melaksanakan sebarang perjanjian damai pada masa depan.

Mangsa korban protes di Iraq meningkat 100 orang

Posted: 06 Oct 2019 05:49 AM PDT

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 18 orang terkorban dalam pertempuran antara penunjuk perasaan antikerajaan dan polis di Baghdad, malam semalam.

2 polis, 1 tentera antara 35 ditahan sertai parti liar

Posted: 06 Oct 2019 05:57 AM PDT

KUALA LUMPUR: Tiga anggota polis dan tentera antara 35 individu ditahan kerana menyertai parti liar di sebuah apartmen dekat Jalan Sultan Ismail, di sini, awal pagi tadi.

27 kawasan pulih dari masalah air berbau - Air Selangor

Posted: 06 Oct 2019 05:44 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dua puluh tujuh kawasan di Selangor yang mengalami masalah bekalan air berbau kurang enak, telah pulih sehingga pukul 6 petang ini.

Penduduk Perancis bantah undang-undang pro-IVF untuk wanita bujang, lesbian

Posted: 06 Oct 2019 05:41 AM PDT

PARIS: Ribuan penduduk berhimpun di ibu kota Perancis hari ini untuk membantah rancangan kerajaan membenarkan wanita bujang dan lesbian, hamil menerusi rawatan kesuburan, pembaharuan utama sosial sejak negara itu membenarkan perkahwinan sesama jenis pada 2013.

Ahli Parlimen Lanang pengerusi baharu NIOSH

Posted: 06 Oct 2019 05:21 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Lanang, Alice Lau Kiong Yieng, dilantik pengerusi baharu Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) berkuat kuasa 1 Oktober lalu hingga 20 September 2022.

Sokongan kepada kerajaan masih utuh - PM

Posted: 06 Oct 2019 05:12 AM PDT

PETALING JAYA: Sokongan rakyat kepada kerajaan Pakatan Harapan masih utuh kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ilmu untuk elak terpedaya dengan media sosial

Posted: 06 Oct 2019 05:06 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Pengguna media sosial perlu memiliki ilmu supaya penggunaannya membawa kepada kebaikan dan memberi faedah.

KIICT dedah peserta kepada risiko media sosial

Posted: 06 Oct 2019 04:56 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Program dan aktiviti yang dijalankan sepanjang Karnival Inovasi ICT (KIICT) peringkat negeri Terengganu 2019 bermula hari ini hingga Selasa banyak memberi manfaat kepada pengunjung.

Australia taja kajian ganja perubatan

Posted: 06 Oct 2019 03:46 AM PDT

MELBOURNE: Kementerian Kesihatan Australia akan menyediakan tajaan berjumlah AS$2.03 juta (RM8.5 juta) untuk penyelidikan penggunaan ganja bagi membantu merawat pesakit kanser berikutan peningkatan permintaan produk ubatan berkaitan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template