Monday, October 7, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kementerian Pendidikan peruntuk RM60,000 untuk pembaikan SMK Seri Perpatih

Posted: 07 Oct 2019 09:17 AM PDT

JEMPOL: Kementerian Pendidikan memperuntukkan RM60,000 kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perpatih di sini, bagi tujuan penyelenggaraan dan pembaikan kecil sekolah.

Pembelian hotel RM160 juta di Kuching tiada kelulusan

Posted: 07 Oct 2019 08:36 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) oleh anak syarikat FELDA, Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB), tidak mendapat kelulusan Ahli Lembaga Pengarah agensi itu.

Tumpahan bahan kimia di kilang sarung tangan di Meru

Posted: 07 Oct 2019 08:28 AM PDT

KLANG: Penggunaan rak yang tidak sesuai dan tidak mampu menampung bebanan menyebabkan kejadian tumpahan bahan kimia berbahaya, disyaki jenis Sodium Hydroxide, di sebuah kilang sarung tangan getah di Taman Perindustrian Meru, di sini, petang tadi.

Mencurigai Jho Low ketika beri keterangan kes 1MDB - Shahrol Azral

Posted: 06 Oct 2019 10:58 PM PDT

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, tidak pernah meragui Jho Low sehingga siasatan membabitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bermula pada 2015.

Jho Low suruh padam semua komunikasi untuk lindungi The Boss - Shahrol Azral

Posted: 07 Oct 2019 08:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, mengarahkan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Shahrol Azral Ibrahim Halmi untuk memadamkan semua komunikasi antara mereka bagi melindungi 'The Boss'.

Kerajaan sedia jual PLUS

Posted: 06 Oct 2019 10:27 PM PDT

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersedia menjual PLUS Malaysia Bhd (PLUS) jika nilainya bersesuaian dengan bidaan ditawarkan, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kerajaan PH terus dasar lantikan politik individu berkelayakan - Tun M

Posted: 07 Oct 2019 06:26 AM PDT

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuat lantikan politik bagi jawatan penting dalam beberapa syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

Kayveas gembira pembatalan MyPPP ditarik balik

Posted: 07 Oct 2019 07:47 AM PDT

KUALA LUMPUR: Presiden MyPPP, Tan Sri M Kayveas melahirkan rasa gembira selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) menarik balik pembatalan pendaftaran parti itu.

Media sosial Pakistan berang, gambar pegawai derma burka tular

Posted: 07 Oct 2019 07:46 AM PDT

PESHAWAR: Pengguna media sosial Pakistan berang hari ini selepas gambar menunjukkan gadis memakai burka atau penutup muka disumbangkan pegawai tempatan menjadi tular, mencetuskan kemarahan di negara yang berjuang hak wanita selama berdekad.

Penduduk Palestin maut akibat Zionis

Posted: 07 Oct 2019 06:51 AM PDT

GAZA: Seorang penduduk Palestin yang cedera akibat ditembak Israel, ketika tunjuk perasaan dan pertempuran di sepanjang sempadan Gaza, Februari lalu, meninggal dunia akibat kecederaannya, menurut Kementerian Kesihatan Hamas.

197 alami keracunan makanan, 21 masih di wad

Posted: 06 Oct 2019 10:29 PM PDT

SHAH ALAM: Jumlah mangsa keracunan makanan selepas mengambil hidangan yang dipercayai disediakan pihak penganjur Kongres Maruah Melayu semalam, meningkat kepada 197 sehingga jam 9 malam tadi.

Lloris tersisih sepanjang tahun

Posted: 07 Oct 2019 07:22 AM PDT

CLAIREFONTAINE-EN-YVELINES, Perancis: Penjaga gol Tottenham Hotspur, Hugo Lloris "hampir pasti" tidak akan beraksi untuk baki tahun ini selepas kecederaan ngeri pada saingan hujung minggu lalu, kata jurulatih Perancis, Didier Deschamps hari ini.

UMNO konsisten tentang RUU IPCMC - Ahmad Zahid

Posted: 07 Oct 2019 07:20 AM PDT

KUALA LUMPUR: UMNO konsisten menentang Rang Undang-Undang Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) berdasarkan ada penolakan sejak ia dicadangkan.

Salah boleh kembali berdepan Manchester United

Posted: 07 Oct 2019 07:11 AM PDT

LONDON: Mohamed Salah dilaporkan mengalami kecederaan pergelangan kaki ketika kemenangan Liverpool mengatasi Leicester namun pemain Mesir itu boleh kembali untuk pertembungan Liga Perdana di Manchester United pada 20 Oktober.

Pengurusan foodpanda angkuh - Syed Saddiq

Posted: 07 Oct 2019 07:08 AM PDT

KUALA LUMPUR: Syarikat perkhidmatan penghantaran makanan, Foodpanda Malaysia (foodpanda) disifatkan angkuh apabila menyatakan tiada masalah jika penunggangnya melancarkan mogok terhadap skim pembayaran baharu.

Majlis Presiden PH cadang sedikit perubahan dalam Belanjawan 2020

Posted: 07 Oct 2019 06:11 AM PDT

PUTRAJAYA: Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) mencadangkan sedikit perubahan dalam Belanjawan 2020 yang akan dibentangkan di Dewan Rakyat, Jumaat ini.

e-sport tarik minat golongan muda

Posted: 07 Oct 2019 05:47 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Karnival Inovasi ICT (KIICT) Terengganu 2019 menjadi platform terbaik untuk Persatuan e-sport Malaysia Terengganu memberi pendedahan dan mencungkil bakat lebih ramai pelapis dalam acara yang kian popular di negara ini.

Polis tahan tukang gunting rambut sembunyi dadah dalam kedai

Posted: 07 Oct 2019 06:52 AM PDT

BAGAN SERAI: Polis menahan seorang tukang gunting rambut apabila menemui dadah disyaki heroin seberat 214.15 gram (g) di dalam kedai miliknya itu di Jalan Persiaran Perwira, Pusat Bandar Parit Buntar, di sini, semalam.

PRK Tanjung Piai: Tun M yakin PH menang jika lawan calon UMNO

Posted: 07 Oct 2019 06:10 AM PDT

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) yakin boleh memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai jika Barisan Nasional (BN) meletakkan calon UMNO.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> 50,000 bas sekolah &#039;haram&#039; beroperasi

Posted: 07 Oct 2019 06:40 AM PDT

KUALA LUMPUR: Perkhidmatan van sekolah haram bukan perkara baharu dan walaupun isu itu sudah berulang kali didedahkan, bilangan pengusahanya dilaporkan semakin bertambah.

10 maut serangan bas di timur Afghanistan

Posted: 07 Oct 2019 06:39 AM PDT

JALALABAD: Sekurang-kurangnya 10 terbunuh manakala 27 lain cedera apabila sebutir bom mengenai sebuah bas membawa rekrut tentera di timur Afghanistan di sini, kata seorang pegawai.

Jalan Peradin-Teluk Kerang mendap

Posted: 07 Oct 2019 06:32 AM PDT

PONTIAN: Hampir 3,000 penduduk Kampung Belokok, Peradin dan Rimba Terjun di Tanjung Piai, berdepan risiko setiap kali menggunakan Jalan Peradin-Teluk Kerang yang menjadi laluan utama mereka.

Tentera Iraq akui guna kekerasan melampau kekang bantahan

Posted: 07 Oct 2019 06:22 AM PDT

BAGHDAD: Tentera Iraq mengaku buat kali pertama hari ini ia menggunakan 'kekerasan melampau' dalam hampir seminggu bantahan ganas, ketika unit separa tentera berkata, mereka bersedia menyokong kerajaan.

Kerajaan akan guna MPI ukur kadar kemiskinan

Posted: 06 Oct 2019 08:29 PM PDT

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan mengguna pakai Indeks Kemiskinan Pelbagai Dimensi (MPI) sebagai kaedah untuk mengukur dan memantau kadar kemiskinan di negara ini.

Terengganu jangka terima royalti minyak RM1.28 bilion

Posted: 07 Oct 2019 06:06 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Kerajaan Terengganu menjangka menerima royalti minyak berjumlah RM1.28 bilion daripada Kerajaan Pusat, tahun depan.

Beri margin pinjaman tinggi untuk pembeli rumah pertama

Posted: 07 Oct 2019 06:04 AM PDT

KUALA LUMPUR: Pemaju hartanah, Selangor Dredging Bhd (SDB) mahu kerajaan memperkenalkan dasar yang memberikan pembeli hartanah kali pertama margin pembiayaan yang lebih tinggi dan tempoh pinjaman yang lebih panjang selama 45 atau 50 tahun.

Mercedes-AMG A 35 4Matic Sedan ternyata berkuasa

Posted: 07 Oct 2019 06:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Mercedes-AMG A 35 4Matic Sedan diperkenalkan secara rasmi untuk pasaran tempatan, namun kuasa yang ditawarkan lebih tinggi iaitu 306 kuasa kuda (hp) pada 5,800 rpm.

Kursus reka web percuma berbaloi

Posted: 07 Oct 2019 05:17 AM PDT

KUALA TERENGGANU: Jika kebiasaannya untuk menghadiri kursus pemasaran dan reka bentuk web menelan kos tinggi sehingga ada yang mencecah ribuan ringgit, pengunjung Karnival Inovasi ICT (KIICT) Terengganu 2019 beruntung kerana dapat menghadirinya secara percuma.

Agong berangkat ke Munaqasyah Agama di Istana Negara

Posted: 07 Oct 2019 05:03 AM PDT

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat ke majlis Munaqasyah Pengurusan Hal Ehwal Islam Negeri-Negeri Di Bawah Naungan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, hari ini.

RUU IPCMC dirujuk ke Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen

Posted: 07 Oct 2019 04:59 AM PDT

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini menetapkan supaya Rang Udang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019 dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template