BH Online - Terkini |
- MSM jual Ladang Chuping ke F&N Agrivalley
- Schweinsteiger umum persaraan
- Pegawai polis antara yang ditahan terbabit kegiatan pemerasan
- Syarikat pelancongan, umrah perlu sambut baik pengenalan e-visa
- Ketua cawangan Asia Selatan Al-Qaeda maut
- Lelaki cukur kepala isteri selepas jumpa rambut ketika bersarapan
- Hujan lebat diramal di negeri Pantai Timur, Johor
- M For Malaysia bersaing di Anugerah Akademi Ke-92
- Mahkamah Filipina tolak permohonan kerajaan rampas harta Marcos
- Mat Yo yakin gegar Hanoi
- 1,900 pelari dijangka sertai TNF-MMTF 2019
- Tangisan tiga beradik lihat jenazah adik bongsu
- Polis cari saksi kemalangan maut dua motosikal
- Penting adakan promosi kesihatan di institusi pendidikan
- 40 pekerja asing agensi penjagaan orang tua ditahan
- Arsenal pilihan tepat - Ceballos
- Anggota polis maut dilanggar van
- Awasi pergerakan anak-anak - TPM
- Kerajaan negeri perkenalkan Terengganu Pay tahun depan
- MB gembira projek venue SUKMA Johor 2020 lancar
- Malaysia intai empat pingat jujitsu di Filipina
- MOM harap lebih atlet negara layak ke Tokyo 2020
- Loew pening ramai pemain cedera
- Hanya kemenangan perlu diraih Harimau Malaya di Hanoi
- Janin bayi dalam loji kumbahan
- Jam pintar Garmin Venu dilancar di Malaysia
- Khazanah, Temasek jual hotel Singapura RM1.44 bilion
- 24,000 pelancong dalam 10 hari kunjungi Arab Saudi
- Tak mengaku ugut bunuh ibu
- Tujuh beradik hilang tempat bergantung
| MSM jual Ladang Chuping ke F&N Agrivalley Posted: 08 Oct 2019 03:28 AM PDT KUALA LUMPUR: MSM Malaysia Holdings Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya, MSM Perlis Sdn Bhd menjual sembilan bidang tanah pertanian berstatus pajakan yang dikenali sebagai Ladang Chuping kepada F&N Agrivalley Sdn Bhd (F&N Agrivalley). |
| Posted: 08 Oct 2019 09:00 AM PDT DORTMUND, Jerman: Bastian Schweinsteiger dijemput menyertai pasukan kejurulatihan pasukan Jerman, kata jurulatih Joachim Loew selepas pemain tengah veteran itu mengumumkan persaraannya hari ini. |
| Pegawai polis antara yang ditahan terbabit kegiatan pemerasan Posted: 08 Oct 2019 08:38 AM PDT KUALA LUMPUR: Empat suspek, termasuk seorang pegawai polis ditahan selepas dipercayai terbabit dalam kegiatan pemerasan di Brickfields, di sini semalam. |
| Syarikat pelancongan, umrah perlu sambut baik pengenalan e-visa Posted: 08 Oct 2019 08:14 AM PDT SHAH ALAM: Syarikat pelancongan yang menguruskan jemaah umrah perlu berfikiran terbuka terhadap inisiatif kerajaan Arab Saudi memperkenalkan visa pelancong (e-visa) baru-baru ini. |
| Ketua cawangan Asia Selatan Al-Qaeda maut Posted: 08 Oct 2019 08:04 AM PDT KABUL: Pemimpin cawangan Asia Selatan Al-Qaeda terbunuh dalam serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Afghanistan di selatan negara itu, bulan lalu, menurut pengesahan pegawai Afghanistan, hari ini. |
| Lelaki cukur kepala isteri selepas jumpa rambut ketika bersarapan Posted: 08 Oct 2019 07:57 AM PDT DHAKA: Seorang lelaki Bangladesh yang mencukur kepala isterinya selepas menjumpai rambut ketika bersarapan sudah ditahan, kata polis hari ini ketika kumpulan hak asasi memberi amaran keganasan terhadap wanita semakin meningkat di negara konservatif Islam itu. |
| Hujan lebat diramal di negeri Pantai Timur, Johor Posted: 08 Oct 2019 07:48 AM PDT KUALA LUMPUR: Tiga negeri di Pantai Timur Semenanjung dan Johor dijangka mengalami empat hingga enam episod hujan lebat bermula awal November hingga Januari depan, berikutan kedatangan musim Monsun Timur Laut. |
| M For Malaysia bersaing di Anugerah Akademi Ke-92 Posted: 08 Oct 2019 07:45 AM PDT KUALA LUMPUR: Dokumentari berkisar pembentukan Malaysia Baharu selepas Pakatan Harapan (PH) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), M For Malaysia diumumkan mewakili negara dalam kategori filem cereka antarabangsa pada Anugerah Akademi Ke-92. |
| Mahkamah Filipina tolak permohonan kerajaan rampas harta Marcos Posted: 08 Oct 2019 07:44 AM PDT MANILA: Mahkamah anti-rasuah Filipina menolak usaha mendapatkan jutaan dolar dalam bentuk hasil seni, hartanah dan pelaburan daripada keluarga dan sekutu mendiang Ferdinand Marcos, mengatakan kerajaan gagal membuktikan kesnya. |
| Posted: 08 Oct 2019 06:51 AM PDT KUALA LUMPUR: Sekalipun Vietnam memiliki pertahanan berpangkalan di Eropah - Doan Van Hau, penyerang negara, Norshahrul Idlan Talaha optimis mampu merobek gawang lawan itu menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, Khamis ini. |
| 1,900 pelari dijangka sertai TNF-MMTF 2019 Posted: 08 Oct 2019 07:35 AM PDT KUALA LUMPUR: Kira-kira 1,900 pelari dari 27 negara dijangka memeriahkan The North Face Malaysia Mountain Trail Festival (TNF-MMTF) 2019 dari 13 hingga 15 Disember ini di Taiping, Perak. |
| Tangisan tiga beradik lihat jenazah adik bongsu Posted: 08 Oct 2019 01:25 AM PDT IPOH: Suasana pilu menyelubungi pekarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, apabila tiga beradik meraung sejurus melihat mayat adik bongsu mereka yang maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan najis di kuarters Balai Polis Pasir Puteh di sini, hari ini. |
| Polis cari saksi kemalangan maut dua motosikal Posted: 08 Oct 2019 07:18 AM PDT KUALA LUMPUR: Polis memohon saksi awam untuk tampil membantu siasatan kemalangan maut membabitkan dua motosikal di laluan motosikal Lebuhraya Persekutuan arah ke ibu negara, berhampiran bangunan Naza World, dekat sini, pagi tadi. |
| Penting adakan promosi kesihatan di institusi pendidikan Posted: 08 Oct 2019 07:17 AM PDT KUALA LUMPUR: Peningkatan kes merokok, penyalahgunaan dadah dan masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar, mencabar sistem kesihatan serta pendidikan negara, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye. |
| 40 pekerja asing agensi penjagaan orang tua ditahan Posted: 08 Oct 2019 07:14 AM PDT KUALA LUMPUR: Seramai 40 warga asing ditahan dalam Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia Putrajaya bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di empat agensi penjagaan orang tua sekitar Lembah Klang, semalam. |
| Arsenal pilihan tepat - Ceballos Posted: 08 Oct 2019 07:11 AM PDT LONDON: Pemain tengah Arsenal, Dani Ceballos percaya dia melakukan pilihan tepat dengan menyertai kelab itu secara pinjaman dari Real Madrid, tempat dia tidak gembira bermain bola sepak. |
| Anggota polis maut dilanggar van Posted: 08 Oct 2019 07:09 AM PDT KULIM: Seorang anggota polis maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh van di Jalan Tunku Putera, berhampiran sebuah stesen minyak di Kampung Dusun di sini, petang tadi. |
| Awasi pergerakan anak-anak - TPM Posted: 08 Oct 2019 06:44 AM PDT KUALA LUMPUR: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meminta semua pihak sentiasa mengawasi pergerakan anak-anak supaya tragedi seorang kanak-kanak maut selepas terjatuh ke dalam lubang kumbahan najis, tidak berulang. |
| Kerajaan negeri perkenalkan Terengganu Pay tahun depan Posted: 08 Oct 2019 05:21 AM PDT KUALA TERENGGANU: Terengganu terus mengorak langkah dalam pembangunan bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) apabila bakal memperkenalkan Terengganu Pay, tahun depan. |
| MB gembira projek venue SUKMA Johor 2020 lancar Posted: 08 Oct 2019 06:41 AM PDT JOHOR BAHRU: Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berpuas hati dengan tahap kemajuan pelaksanaan projek pembangunan venue Sukan Malaysia (SUKMA) yang bakal berlangsung di negeri ini pada tahun depan. |
| Malaysia intai empat pingat jujitsu di Filipina Posted: 08 Oct 2019 06:37 AM PDT KUALA LUMPUR: Di sebalik kemelut dalaman yang melanda Persatuan Jujitsu Malaysia sebelum ini, skuad jujitsu negara tetap fokus untuk memburu empat pingat tanpa mengira warna dalam penampilan sulung pada Sukan SEA ke-30 di Filipina, November ini. |
| MOM harap lebih atlet negara layak ke Tokyo 2020 Posted: 08 Oct 2019 06:29 AM PDT KUALA LUMPUR: Malaysia Olimpik Malaysia (MOM) mengharapkan lebih ramai atlet negara akan berusaha untuk melayakkan diri ke Sukan Olimpik Tokyo 2020, sebelum tarikh tutup kelayakan ke temasya itu Julai tahun hadapan. |
| Loew pening ramai pemain cedera Posted: 08 Oct 2019 06:24 AM PDT BERLIN: Pemain Jerman, Jonathan Tah dan Ilkay Gundogan disishkan daripada saingan persahabatan antarabangsa berdepan Argentina awal pagi Khamis ini manakala Marco Reus juga mungkin tidak bermain kata jurulatih, Joachim Loew hari ini lantas mengurangkan jangkaan terhadap pasukannya. |
| Hanya kemenangan perlu diraih Harimau Malaya di Hanoi Posted: 08 Oct 2019 06:22 AM PDT HANOI: Setiap perlawanan dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 amat penting buat Malaysia, dalam merealisasikan impian beraksi pada kejohanan bola sepak berprestij yang lebih tinggi. |
| Janin bayi dalam loji kumbahan Posted: 08 Oct 2019 06:10 AM PDT KOTA BHARU: Satu janin bayi lelaki ditemui dalam loji kumbahan di sebuah universiti awam (UA) di Machang, pagi semalam. |
| Jam pintar Garmin Venu dilancar di Malaysia Posted: 07 Oct 2019 06:09 PM PDT KUALA LUMPUR: Garmin melancarkan produk terbarunya di Malaysia, Garmin Venu yang ditawarkan pada harga RM1,799 seunit. |
| Khazanah, Temasek jual hotel Singapura RM1.44 bilion Posted: 08 Oct 2019 05:58 AM PDT KUALA LUMPUR: M+S Pte Ltd, pemaju hartanah Singapura 60 peratus milik Khazanah Nasional Bhd dan 40 peratus milik Temasek Holdings Pte Ltd, menjual Ophir-Rochor Hotel Pte Ltd (ORH), pemilik hotel Andaz Singapore, kepada Hoi Hup Realty Pte Ltd (Hoi Hup) pada harga S$475 juta (RM1.44 bilion). |
| 24,000 pelancong dalam 10 hari kunjungi Arab Saudi Posted: 08 Oct 2019 05:57 AM PDT RIYADH: Arab Saudi menerima kunjungan 24,000 pelancong dalam tempoh 10 hari selepas ia memperkenalkan visa untuk tujuan berkenaan buat kali pertama, lapor saluran televisyen tempatan hari ini. |
| Posted: 08 Oct 2019 05:52 AM PDT MELAKA: Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini atas pertuduhan mengugut untuk membunuh ibu kandungnya untuk mendapatkan sejumlah wang, tiga bulan lalu. |
| Tujuh beradik hilang tempat bergantung Posted: 08 Oct 2019 05:52 AM PDT TANAH MERAH: Tujuh beradik hilang tempat bergantung apabila ibu yang selama ini menjadi ketua keluarga mereka, meninggal dunia, kelmarin. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment