Monday, November 11, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


CAAM sahkan disenaraikan sebagai pengawal selia penerbangan kategori 2

Posted: 11 Nov 2019 08:18 AM PST

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengumumkan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS) memaklumkan yang ia telah disenaraikan sebagai Pengawal Selia Penerbangan Kategori 2 semalam.

PBT Selangor pasang tanda larang minum arak di taman awam

Posted: 11 Nov 2019 08:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Selangor memasang papan tanda peringatan bagi melarang meminum minuman keras di taman awam bagi menjaga keselesaan dan ketenteraman orang awam.

Kerajaan bayar faedah hutang 1MDB hampir RM14 bilion sehingga tahun depan

Posted: 11 Nov 2019 08:01 AM PST

JAKARTA: Kerajaan terpaksa membayar hampir RM14 bilion untuk faedah bagi hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga tahun depan, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah.

Dua parah ditetak sekumpulan lelaki

Posted: 11 Nov 2019 07:58 AM PST

GEORGETOWN: Empat lelaki berusia antara 23 dan 44 tahun ditahan hari ini susulan kejadian dua lelaki parah ditetak dalam pergaduhan berebut untuk menarik kereta yang terbabit dalam kemalangan semalam.

Lynas nafi ada kaitan dengan video viral tongkang muatan bauksit tenggelam

Posted: 11 Nov 2019 07:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Lynas Malaysia Sdn Bhd (Lynas) menafikan ada kaitan dengan video yang tular di media sosial baru-baru ini, mengenai tongkang dengan muatan bauksit yang dikatakan tenggelam di perairan Kuantan, Pahang.

Gambia fail kes genosid ke atas Myanmar di ICJ

Posted: 11 Nov 2019 07:19 AM PST

THE HAGUE: Gambia berkata hari ini, ia memfailkan satu kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menuduh Myanmar melakukan genosid ke atas Rohingya, menarik pujian daripada kumpulan hak asasi manusia dan aktivis minoriti Islam berkenaan.

Alibaba pecah rekod jualan 2018

Posted: 11 Nov 2019 07:03 AM PST

HANGZHOU: Alibaba melakar rekod jualan baharu sempena Festival Beli Belah Global 11.11 tahun ini, menjangkau nilai barangan kasar (GMV) 250 bilion renminbi (RM147.5 bilion), setakat jam 10.30 malam tadi.

Raja Jordan lawat kawasan selepas pajakan Israel tamat

Posted: 11 Nov 2019 06:35 AM PST

AMMAN: Pemimpin Jordan, Raja Abdullah melakukan kunjungan pertama ke kawasan sempadan negara itu dengan Israel hari ini, sehari selepas pajakan khas selama 25 tahun kepada petani Israel tamat, kata sumber rasmi.

Tak perlu musuhi DAP - Anwar Ibrahim

Posted: 11 Nov 2019 06:56 AM PST

PONTIAN: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakui kerajaan Pakatan Harapan (PH) menyedari wujud suasana tidak gembira dalam kalangan penyokong mereka termasuk orang Cina dan Melayu.

Aset wakaf kurang jana ekonomi ummah - Wan Azizah

Posted: 11 Nov 2019 06:44 AM PST

Bergambar

4 cedera, gempa magnitud 5.4 di tenggara Perancis

Posted: 11 Nov 2019 06:38 AM PST

LYON: Satu kejadian gempa bumi dengan magnitud 5.4 di tenggara Perancis hari ini mencederakan empat orang, seorang daripadanya parah, kata pihak berkuasa.

Joohyung Kim pencabar utama golf Sabah Masters

Posted: 11 Nov 2019 06:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Pendahulu Jelajah Pembangunan Asia (ADT), Joohyung Kim dari Korea Selatan, adalah antara pemain yang akan beraksi pada Kejohanan Golf Masters Sabah 2019 di Sutera Harbour Golf and Country Club di Kota Kinabalu, pada minggu depan.

Ribuan berarak di Perancis tolak Islamofobia

Posted: 11 Nov 2019 06:06 AM PST

PARIS: Lebih 10,000 orang berkumpul di utara Paris semalam untuk berarak menentang Islamofobia, menarik kritikan daripada kerajaan dan kumpulan nasionalis.

Kerajaan sedia kaji syor tubuh badan kawal selia industri muzik - PM

Posted: 11 Nov 2019 04:24 AM PST

PUTRAJAYA: Kerajaan sedia mengkaji cadangan penubuhan sebuah badan kawal selia bagi melindungi kepentingan penggiat muzik tanah air seperti fungsi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bagi industri filem.

Dua pelajar tahfiz mengaku tidak terbabit amang seksual

Posted: 11 Nov 2019 03:40 AM PST

KUALA TERENGGANU: Dua pelajar sebuah madrasah tahfiz di daerah ini berusia 17 dan 15 tahun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, masing-masing atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua pelajar junior berusia 10 dan 13 tahun di madrasah itu.

Tun M pertahan MB Perak, tiada tindakan diambil

Posted: 11 Nov 2019 04:51 AM PST

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu terpaksa menyatakan beliau 'berseorangan melawan puak DAP di Perak' disebabkan dikelilingi penyokong lawan yang agresif, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Guru, murid diajar urus tekanan emosi

Posted: 11 Nov 2019 04:01 AM PST

SEREMBAN: Program Meningkatkan Kesedaran Kesejahteraan Psikologi Guru yang pertama kali diadakan di negeri ini, mampu membantu mengurus tekanan emosi guru, kakitangan dan murid sekolah.

Tun M terkejut Najib terkejut kes SRC

Posted: 11 Nov 2019 05:39 AM PST

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad secara sinis berkata beliau lebih terkejut apabila mendengar Datuk Seri Najib Razak terkejut dengan keputusan mahkamah yang memerintahkannya membela diri membabitkan kes dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Cheng Hoe gugur Shahrel, Farhan, Nazirul

Posted: 11 Nov 2019 05:44 AM PST

PETALING JAYA: Penyerang Perak, Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi antara tiga pemain digugurkan Tan Cheng Hoe menjelang aksi getir di Stadium Nasional Bukit Jalil berdepan Thailand dan Indonesia dalam saingan Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Najib terkejut diarah bela diri

Posted: 11 Nov 2019 03:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terkejut dengan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkannya membela diri atas semua tujuh pertuduhan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya membabitkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Dua beradik rapat 'pergi' bersama

Posted: 11 Nov 2019 04:06 AM PST

PASIR PUTEH: "Mereka berdua sangat rapat, tidak sangka 'pergi' pun bersama-sama, namun saya reda kehilangan dua anak sekali gus," kata Mohd Rohim Said, 57, bapa mangsa lemas di Pantai Batu Layar, Desaru, Kota Tinggi, semalam.

AirAsia, Tony Fernandes terima anugerah Blue Ribbon

Posted: 11 Nov 2019 01:40 AM PST

SEPANG: Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, hari ini menerima dua pensijilan utama Blue Ribbon dari Kementerian Kesihatan atas usaha syarikat berkenaan membantu kakitangannya berhenti merokok serta mewujudkan persekitaran bebas asap rokok di bangunan syarikat terbabit.

Lebih banyak keganasan jika punca tidak difahami - PM

Posted: 10 Nov 2019 11:07 PM PST

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan lebih banyak perbuatan ganas akan terus berleluasa pada masa hadapan jika masyarakat Islam terus ditindas.

FAM anjur dua program 'Respect'

Posted: 11 Nov 2019 05:36 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan dua program Respect bagi musim 2019-2020, suuslan kerjasama yang dijalin persatuan itu dengan Persatuan Bola Sepak Inggeris (EFA) .

Hubungan saya dengan DAP Perak sangat baik' - Ahmad Faizal

Posted: 11 Nov 2019 05:34 AM PST

PUTRAJAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan hubungannya dengan kepemimpinan DAP negeri itu dalam keadaan sangat baik, di sebalik penyebaran video yang mendakwa beliau berseorangan melawan puak DAP.

Plaza Rakyat, Hotel Hyatt di ibu negara dibangun semula

Posted: 11 Nov 2019 05:21 AM PST

PUTRAJAYA: Projek pembinaan Plaza Rakyat dan Hotel Hyatt yang terbengkalai sejak sekian lama di tengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur, akan dibangunkan semula tidak lama lagi.

Moody's turunkan penarafan kredit global pada 2020

Posted: 11 Nov 2019 05:09 AM PST

LONDON: Agensi penarafan, Moody's menurunkan unjuran penarafan kredit global pada 2020 kepada 'negatif' berbanding 'stabil' ekoran gangguan dan ketidaktentuan politik dunia.

22 sekolah di Parlimen Bagan dapat peruntukan baik pulih kemudahan asas

Posted: 11 Nov 2019 12:46 AM PST

BUTTERWORTH: Kerajaan Persekutuan melalui pejabat Ahli Parlimen Bagan memperuntukkan kira-kira RM10 juta untuk kerja baik pulih serta naik taraf infrastruktur dan kemudahan asas di 22 sekolah dalam parlimen itu.

Syahmi, Syamer, Norshahrul kesebelasan terbaik AFF

Posted: 11 Nov 2019 05:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Tiga pemain skuad kebangsaan beroleh tonik terbaik menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang Thailand dan Indonesia apabila terpilih membarisi Kesebelasan Utama Terbaik AFF. 

'Aliff baik-baik sahaja'

Posted: 11 Nov 2019 12:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Ibu Aliff Aziz, S Hafiza Basharahil meminta orang ramai usah 'menghukum' anaknya susulan penularan video yang memaparkan pelakon dan penyanyi kelahiran Singapura itu ditahan polis di Singapura, pagi semalam.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template