Tuesday, November 12, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Kembar kemalangan, adik maut

Posted: 12 Nov 2019 08:04 AM PST

SIBU: Seorang lelaki maut selepas kenderaan dipandu abang kembarnya hilang kawalan sebelum merempuh sebatang pokok di Jalan Paradom, di sini petang tadi.

Keldai dadah ditahan di KLIA2

Posted: 12 Nov 2019 07:57 AM PST

SEPANG: Cubaan seorang lelaki menyeludup dadah disyaki syabu gagal selepas ditahan di Lpaangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), di sini pagi pagi.

Serangan Gaza, 5 penduduk Palestin terkorban

Posted: 12 Nov 2019 07:55 AM PST

GAZA: Lonjakan keganasan terbaharu di Gaza mengorbankan lima penduduk Palestin dan mencederakan 30 mangsa lain, setakat hari ini, menurut kementerian kesihatan.

Kerjasama KDEWM-PDB mampu jimatkan kos operasi

Posted: 12 Nov 2019 07:41 AM PST

SHAH ALAM: Kerjasama KDEB Waste Management dan PETRONAS Dagangan Berhad (PDB) mampu memberikan penjimatan kepada subkontraktor anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI) , khususnya melalui penawaran rebet dan insentif lain.

Polis Perancis tutup pantai kerana bungkusan dadah hanyut

Posted: 12 Nov 2019 06:49 AM PST

RENNES: Pihak berkuasa Perancis menutup pantai di barat daya negara itu ketika bungkusan kokain dan dadah lain terus hanyut setiap hari di sepanjang pantai Atlantik itu, dengan hampir 900 kilogram ditemui sejak pertengahan Oktober lalu, kata seorang pendakwa raya hari ini.

Pindaan 2 akta perkemas kuasa kementerian - Xavier

Posted: 12 Nov 2019 06:48 AM PST

SEPANG: Pindaan terhadap Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 dan Akta Perhutanan Negara 1984 diyakini mampu mengekang pemburuan haram dan meningkatkan penjagaan alam sekitar di seluruh negara.

Quartararo, Morbidelli sudah sedia gegar GP Valencia

Posted: 12 Nov 2019 06:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelumba PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team (SRT), Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli kini bersedia menghadapi perlumbaan terakhir Kejuaraan Motosikal Dunia 2019 dengan penuh bergaya di Grand Prix (GP) Valencia, hujung minggu ini.

Pengundian awal PRK Parlimen Tanjung Piai

Posted: 11 Nov 2019 08:25 PM PST

ANGGOTA polis menunggu giliran pada hari pengundian awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian. - Foto Hairul Anuar Rahim

Warga emas jatuh pokok mangga tercucuk besi paip meter

Posted: 12 Nov 2019 05:03 AM PST

MELAKA : Seorang wanita warga emas terpaksa menahan kesakitan lebih sejam akibat tercucuk batang besi daripada paip meter selepas terjatuh dari pokok mangga di depan rumahnya, di Taman Bukit Melaka, Bukit Beruang, petang tadi.

Bola tampar pantai intai gangsa di Filipina

Posted: 12 Nov 2019 05:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Skuad bola tampar pantai negara tiada masalah untuk menghadiahkan pingat, sekurang-kurangnya gangsa buat kontinjen Malaysia di temasya Sukan SEA Filipina 2019 pada 30 November hingga 11 Disember.

Penarafan baharu mungkin jejas perkongsian kod Malaysia Airlines

Posted: 12 Nov 2019 05:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines Berhad (Malaysia Airlines) menjangkakan penilaian Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) mungkin memberi kesan terhadap sebahagian operasi perkongsian kodnya dengan rakan penerbangan bagi laluan Amerika Syarikat (AS).

Seorang lagi belia Palestin dibunuh Zionis

Posted: 12 Nov 2019 05:20 AM PST

GAZA: Seorang penduduk Palestin terbunuh dalam serangan udara terbaharu Israel di utara semenanjung Gaza, hari ini, menurut kementerian kesihatan kawasan terkepung itu.

CAAM yakin kembali ke kategori 1 dalam tempoh 24 bulan

Posted: 12 Nov 2019 05:17 AM PST

PUTRAJAYA: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) yakin dalam tempoh 12 hingga 24 bulan akan datang status penarafan Malaysia akan dipulihkan semula kepada Kategori 1, selepas penilaian semula oleh Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat (AS).

Indonesia tanam lebih 1,000 bangkai babi dijangkiti taun

Posted: 12 Nov 2019 05:01 AM PST

MEDAN: Lebih 1,000 ekor babi yang dijangkiti taun ditanam di Indonesia selepas bangkai mereput haiwan itu dikeluarkan dari saluran air tempatan, kata seorang pegawai kerajaan hari ini.

Pejabat Menteri Pendidikan lapor polis terhadap Presiden GERAKAN

Posted: 12 Nov 2019 04:59 AM PST

PUTRAJAYA: Pejabat Menteri Pendidikan hari ini membuat laporan polis terhadap Presiden Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN), Dominic Lau, kerana menggunakan fakta salah dan menyebar persepsi negatif terhadap Dr Maszlee Malik serta pentadbiran kerajaan.

Skuad renang tak dapat uji awal venue Sukan SEA

Posted: 12 Nov 2019 04:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Skuad renang menghadapi dugaan awal menjelang Sukan SEA Filipina apabila tidak dapat menguji venue pertandingan sekali gus mengurangkan masa latihan perenang kebangsaan dalam temasya dwitahunan berkenaan.

Unit MUI Properties beli saham firma perlombongan emas Australia

Posted: 12 Nov 2019 04:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Unit MUI Properties Bhd, Cesuco Trading Ltd, akan menukar Nota Boleh Tukar Tidak Bercagar bernilai dolar Australia $1.5 juta dalam syarikat perlombongan emas Australia kepada saham biasa.

Tanjung Piai: 91 peratus keluar mengundi awal

Posted: 12 Nov 2019 04:25 AM PST

PONTIAN: Seramai 255 pengundi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai keluar mengundi sehingga pusat pengundian di Bangunan Persatuan Keluarga Polis (PERKEP), Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian ditutup jam 5 petang tadi.

Skuad hoki dalam air optimis sumbang gangsa

Posted: 12 Nov 2019 04:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Biarpun penampilan sukan hoki dalam air masih baharu di Sukan SEA, namun skuad kebangsaan optimis mampu menyumbangkan pingat gangsa menjelang temasya di Filipina nanti.

Rakyat Malaysia semakin teliti sebelum beli telefon pintar

Posted: 12 Nov 2019 04:04 AM PST

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia semakin peka dan teliti dalam penyelidikan telefon pintar mereka, dengan tinjauan dijalankan Google dan Ipsos baru-baru ini mendedahkan bahawa 46 peratus daripada mereka berada di bawah profil pengguna "penyelidik yang teliti".

Laporkan penjawat awam Indonesia yang muat naik kandungan radikal

Posted: 12 Nov 2019 03:27 AM PST

JAKARTA: Indonesia melancarkan laman web untuk melaporkan kandungan 'radikal' yang dimuat naik penjawat awam, ketika kerajaan negara majoriti Islam terbesar dunia itu cuba membendung ideologi pelampau Islam daripada meresap di kalangan kakitangannya.

Karmaine mampu wakili masyarakat Tanjung Piai

Posted: 12 Nov 2019 03:57 AM PST

PONTIAN: Latar belakang baik termasuk mempunyai ilmu agama memberi kelebihan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Karmaine Sardini, 66, pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Wanita hamil cedera kemalangan

Posted: 12 Nov 2019 03:57 AM PST

KANGAR: Seorang wanita sarat mengandung dilaporkan cedera di bahu kiri selepas kereta dipandunya terbabit kemalangan di Jalan Jejawi menghala ke Behor Pulai berhampiran Institut Pendidikan Guru Perlis, di sini, hari ini.

Bursa Malaysia ditutup tinggi

Posted: 12 Nov 2019 03:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup tinggi semasa mengakhiri dagangan hari ini didorong belian berterusan di kaunter-kaunter perladangan, iaitu Sime Darby Plantation, KLK dan United Plantations, serta saham bermodal kecil.

Program Iqra' TH sumbang RM5 juta bantu pelajar asnaf

Posted: 12 Nov 2019 03:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Prihatin terhadap nasib pelajar berstatus asnaf, Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini menyumbang sebanyak RM4.5 juta kepada enam institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekitar Lembah Klang.

Hong Kong 'di ambang perpecahan total' akibat keganasan - Polis

Posted: 12 Nov 2019 03:48 AM PST

HONG KONG: Polis Hong Kong melepaskan gas pemedih mata hari ini di daerah kewangan Central dan dua kampus universiti untuk menyuraikan bantahan prodemokrasi yang dikatakan mereka membawa bandaraya ditadbir China itu 'di ambang perpecahan total.'

Syor pinda Perlembagaan lantik 4 jawatan utama

Posted: 12 Nov 2019 03:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Pembangkang mengesyorkan supaya kerajaan meminda peruntukan Perlembagaan bagi memberi kuasa kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk melantik empat jawatan utama perkhidmatan awam.

Bekas pegawai khas ADUN dihukum penjara, denda kerana mencabul

Posted: 11 Nov 2019 11:43 PM PST

GEORGETOWN: Bekas pegawai khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan denda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencabul seorang wanita, pada 2017.

Busana inspirasi pemanis mulut di pentas Miss Universe

Posted: 12 Nov 2019 03:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Sajian pemanis mulut tradisional dijadikan elemen dalam rekaan busana kebangsaan bakal menghangatkan pentas akhir pertandingan Miss Universe ke 68 akan berlangsung di Atlanta, Georgia, Amerika Syarikat, 8 Disember ini.

PLO sambut baik keputusan mahkamah isu label Israel

Posted: 12 Nov 2019 03:36 AM PST

BAITULMAQDIS: Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) mengalu-alukan keputusan mahkamah tinggi Kesatuan Eropah (EU) bahawa barang yang dihasilkan daripada penempatan haram Israel perlu dilabel dengan jelas.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template