Wednesday, November 13, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Masyarakat Tanjung Piai akan rugi jika tak pilih calon PH - Tun M

Posted: 13 Nov 2019 08:08 AM PST

PONTIAN: Masyarakat tempatan akan rugi jika tidak mengundi calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai semata-mata kerana marah terhadap kerajaan, kata Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pesara doktor ditipu 'ejen FBI'

Posted: 12 Nov 2019 11:02 PM PST

SEREMBAN: Seorang pesara doktor sekali lagi menjadi mangsa sindiket macau scam bulan lalu sehingga kerugian RM281,748 selepas pernah ditipu RM180,000 pada 2014.

Pembantu tadbir TAPEM dipenjara 584 tahun, sebat 146 kali

Posted: 13 Nov 2019 02:05 AM PST

AYER KEROH: Bekas pembantu tadbir Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) dijatuhi hukuman penjara 584 tahun dan 146 sebatan, selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, atas 146 pertuduhan membabitkan kes pecah amanah dana biasiswa pelajar sekolah berjumlah lebih RM2.4 juta.

Kerajaan akan tampil dengan naratif baharu mengenai Islam

Posted: 13 Nov 2019 08:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf mempertahankan prestasi kerajaan mengenai pelbagai isu berbangkit yang menjadi pertikaian dan memberi kesan kepada Islam.

Kerajaan cadang perkenal feri dari Kukup ke Singapura

Posted: 13 Nov 2019 07:56 AM PST

PONTIAN: Kerajaan Pakatan Harapan (PH) bercadang memperkenalkan perkhidmatan feri baharu menghubungkan Kukup di sini dengan Tuas, Singapura sekiranya menang Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

6 syarikat peneraju bangunkan 80 vendor

Posted: 13 Nov 2019 07:51 AM PST

Kuala Lumpur: Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) mengenal pasti enam syarikat yang berpotensi untuk menjadi syarikat peneraju di bawah Program Perkongsian Inovasi Vendor (VIP²) dalam usaha merangsang pembangunan industri kecil sederhana (IKS) di negara ini.

Surat terbuka Dr M kepada pengundi Tanjung Piai

Posted: 13 Nov 2019 06:59 AM PST

PONTIAN: Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar politik perkauman yang boleh mengakibatkan tercetus rasa tidak puas hati sehingga menggugat perpaduan dalam kalangan rakyat.

Keputusan pilihan raya presiden Afghanistan ditangguhkan lagi

Posted: 13 Nov 2019 07:08 AM PST

KABUL: Keputusan awal pilihan raya presiden Afghanistan ditangguhkan untuk kali kedua, menurut pengumuman pegawai pilihan raya, hari ini.

Bergurau di Twitter, Silva digantung 1 perlawanan, denda

Posted: 13 Nov 2019 07:03 AM PST

LONDON: Pemain tengah Manchester City dari Portugal, Bernardo Silva digantung satu perlawanan dan didenda 50,000 pound (RM265,000) kerana mengeluarkan kenyataan menerusi Twitter membabitkan rakan sepasukan dari Perancis, Benjamin Mendy, kata Persatuan Bola Sepak England (FA) hari ini.

Ronaldo cergas, boleh bermain - Santos

Posted: 13 Nov 2019 06:54 AM PST

LISBON: Penyerang Juventus dari Portugal, Cristiano Ronaldo sudah bersedia untuk beraksi pada kelayakan Euro 2020 berdepan Lithuania dan Luxembourg di sebalik kebimbangan mengenai tahap kecergasannya hujung minggu lalu, kata jurulatih Fernando Santos hari ini.

'Sudah sebulan sakit-sakit sendi akibat Chikungunya'

Posted: 13 Nov 2019 04:12 AM PST

TAPAH: "Sudah sebulan saya sakit-sakit sendi. Saya yakin ia berpunca daripada demam Chikungunya," kata Abdul Rani Mohddin, 61, penduduk Taman Tapah Baru, di sini yang diisytiharkan sebagai antara kawasan yang dilanda wabak itu.

'Durian runtuh' buat kakitangan awam Sarawak

Posted: 13 Nov 2019 04:37 AM PST

PETRA JAYA: Kakitangan awam Sarawak menerima khabar gembira apabila diberi bantuan khas kewangan dua bulan gaji pokok atau minimum dua bulan gaji.

Harimau Malaya perlu yakin, jangan gentar hadapi Gajah Perang

Posted: 13 Nov 2019 05:40 AM PST

KOTA BHARU: Skuad kebangsaan Harimau Malaya perlu yakin dan jangan gentar menghadapi skuad Gajah Perang yang dibarisi pemain beraksi di Liga Eropah dan Jepun pada perlawanan keempat Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam esok.

Isteri senyum sepanjang perjalanan

Posted: 12 Nov 2019 11:07 PM PST

TAPAH: Wanita yang maut dalam kemalangan di Kilometer 317, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran susur keluar Tapah di sini, malam tadi, baru melangsungkan pernikahan pada Sabtu lalu.

Alha Alfa cari jurusolek terbaik

Posted: 13 Nov 2019 04:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Dengan niat memartabatkan profesion jurusolek ke peringkat tertinggi, usahawan kosmetik, Datuk Alha Alfa tampil dengan program realiti baharu, Malaysia Top Make Up Artist (MUA).

Keganasan berterusan Zionis, 22 penduduk Palestin maut

Posted: 13 Nov 2019 04:28 AM PST

GAZA: Serangan balas, selepas tindakan Israel membunuh militan kanan di Gaza berterusan pada hari kedua, hari ini dan tidak menunjukkan tanda reda dengan 22 penduduk Palestin menjadi korban.

Peristiwa memalukan menjelang TMM 2020 - A Kadir

Posted: 12 Nov 2019 09:50 PM PST

KUALA LUMPUR: Pengurusan tertinggi Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) harus bertanggungjawab berikutan penilaian Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) Amerika Syarikat menurunkan penarafan Malaysia.

'Thailand tidak kebal'

Posted: 13 Nov 2019 01:02 AM PST

BUKIT JALIL: "Liverpool pun boleh kalah! 

Ashley Furniture buka galeri kelima di Johor

Posted: 13 Nov 2019 04:13 AM PST

JOHOR BAHRU: Hauslife Furniture Sdn Bhd, pemilik lesen tunggal dan operator jenama antarabangsa, Ashley Furniture Homestore melabur RM1 juta bagi galeri kelimanya di pusat beli belah, Toppen, di sini.

Harga teko melonjak RM5.4 juta selepas 10 minit dilelong

Posted: 13 Nov 2019 04:11 AM PST

LONDON: Sebuah teko China jarang ditemui dilelong dengan harga mencecah AS$1.3 juta (RM5.4 juta), kira-kira 1,000 kali ganda berbanding nilai lelongan asal, lapor media antarabangsa.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Guru dilatih ilmu pemakanan sihat

Posted: 13 Nov 2019 04:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Guru sekolah dan penyedia makanan di kantin yang terbabit dalam Program Sarapan Percuma (PSP) bermula tahun depan akan didedah dan dilatih dengan ilmu pemakanan sihat.

Peluang menangi baucar Zoo Negara, iFlixVIP

Posted: 13 Nov 2019 03:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Mahu menangi baucar lawatan ke Zoo Negara dan menonton filem menerusi iFlixVIP secara percuma?

Wabak Chikungunya di Perak dijangka berakhir hujung bulan ini

Posted: 13 Nov 2019 03:25 AM PST

IPOH: Seramai 71 orang dikesan mengidap penyakit Chikungunya di tiga daerah di Perak sejak 18 Oktober lalu dengan kes terbanyak dikesan di Kampung Baru Air Kuning di daerah Batang Padang yang juga diisytiharkan sebagai `lokasi panas' wabak berkenaan.

Pemandu mahu majikan arah bawa muatan lebih dikenakan tindakan

Posted: 13 Nov 2019 02:59 AM PST

KLANG: Majikan yang mengarahkan pemandu kenderaan berat membawa lebih muatan daripada jumlah dibenarkan perlu dikenakan saman dan tindakan sewajarnya.

PKNS, PKNP sah jadi &#039;feeder club&#039; Selangor, Perak

Posted: 13 Nov 2019 02:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Liga Bolasepak Malaysia (MFL) meluluskan permohonan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dan Persatuan Bolasepak Perak (PAFA) untuk menukar status PKNS FC dan PKNP FC sebagai 'Reserve Team' (pasukan simpanan).

Beri ruang kepada parti - Muhyiddin

Posted: 13 Nov 2019 02:47 AM PST

PONTIAN: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin, meminta polis lebih bertimbang rasa dengan tidak mewajibkan permohonan permit bagi kempen dari rumah ke rumah serta tinjauan mesra sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

MWRF akui Khairy bukan timbalan presiden

Posted: 13 Nov 2019 02:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Keraguan berhubung pelantikan Khairy Jamaluddin Abu Bakar sebagai Timbalan Presiden Persekutuan Ragbi Kerusi Roda Malaysia (MWRF) akhirnya terjawab apabila badan induk itu mengakui wujud kesilapan daripada pihak mereka.

Melaka syaratkan KM isytihar harta kepada SPRM mulai tahun depan

Posted: 13 Nov 2019 02:34 AM PST

AYER KEROH: Kerajaan Melaka akan mensyaratkan Ketua Menteri untuk mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mulai tahun depan.

Latif raih perak Olahraga Para Dunia

Posted: 13 Nov 2019 02:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Hasrat Abdul Latif Romly mempertahankan pingat emas lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) tidak berjaya apabila meraih perak dalam Kejohanan Olahraga Para Dunia di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE), hari ini.

Projek CSTP bakal diserah kepada kerajaan pada Ogos 2020

Posted: 13 Nov 2019 12:02 AM PST

KAJANG: MMC Corporation Bhd (MMC) dijangka menyerahkan Projek Rawatan Pembetungan Langat (CSTP) kepada Kerajaan Persekutuan pada Ogos 2020, sebelum operasinya diserahkan pada Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template