Tuesday, November 19, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Dua gol Safawi benam Indonesia

Posted: 19 Nov 2019 06:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia menewaskan Indonesia 2-0 pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil sebentar tadi.

MBPJ, STA anjur tenis remaja terbuka

Posted: 19 Nov 2019 07:59 AM PST

PETALING JAYA: Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dan Persatuan Tenis Selangor (STA) akan menganjurkan Kejohanan Tenis Remaja Terbuka Antarabangsa Genting–Selangor 2019 pada 23 hingga 27 November 2019.

Polis Jerman tahan lelaki Syria syak rancang letup bom

Posted: 19 Nov 2019 07:49 AM PST

BERLIN: Polis Jerman hari ini menahan seorang rakyat Syria kerana disyaki merancang melakukan serangan bermotifkan keganasan.

FRU pantau penyokong Malaysia, Indonesia

Posted: 19 Nov 2019 07:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Sebahagian penyokong Malaysia cuba membuat provokasi terhadap penyokong Indonesia dengan berkumpul di hadapan Pintu E Stadium Nasional, Bukit Jalil yang dikhaskan untuk penyokong negara jiran itu tidak lama selepas perlawanan di antara kedua-dua tamat sebentar tadi.

Sweden gugur siasatan rogol terhadap pengasas WikiLeaks

Posted: 19 Nov 2019 07:26 AM PST

STOCKHOLM: Pendakwa raya Sweden hari ini berkata, beliau tidak akan meneruskan siasatan terhadap pengasas WikiLeaks, Julian Assange atas dakwaan rogol selepas meneliti bukti itu.

TNB taja Golf Amal SAM

Posted: 19 Nov 2019 07:23 AM PST

JOHOR BAHRU: Tenaga Nasional Behad (TNB) menyumbangkan RM10,000 bagi memeriahkan Pertandingan Golf Kebajikan Media anjuran Persatuan Pelancongan Golf Johor dan hasil kutipan akan disalurkan kepada Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di Forest City Golf Resort pada 24 November ini.

Enrique kembali bimbing Sepanyol

Posted: 19 Nov 2019 06:19 AM PST

MADRID: Luis Enrique kembali dilantik sebagai pengendali Sepanyol, selepas melepaskan jawatan itu pada Jun kerana anak perempuannya menghidap kanser, kata presiden Persekutuan Bola Sepak Sepanyol Lusi Rubiales hari ini.

`Datuk' ditahan tawar kad pekerja asing palsu

Posted: 19 Nov 2019 07:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Seorang pengarah sebuah agensi pekerjaan bergelar 'Datuk' ditahan kerana disyaki menawarkan kad pekerja asing palsu dalam serbuan di sebuah hotel, di sini hari ini.

Empat graduan dwi-ijazah terima hadiah kecemerlangan

Posted: 19 Nov 2019 02:30 AM PST

KUANTAN: Pengantarabangsaan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dalam membina jaringan kerjasama akademik yang kukuh dengan universiti di Jerman mampu melahirkan graduan berdaya saing.

Lelaki OKU lemas dalam kolam terbiar

Posted: 19 Nov 2019 05:14 AM PST

ALOR GAJAH: Seorang lelaki kurang upaya (OKU) lembam ditemui lemas dalam sebuah kolam tadahan terbiar di ladang getah Felda Hutan Percha, di sini hari ini.

Bayi sakit jantung perlu bantuan RM40,000

Posted: 19 Nov 2019 01:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemandu bas, Hamidon Abidin, 42, memerlukan bantuan orang ramai untuk menyelamatkan bayinya yang baru berusia 22 hari tetapi dikesan mempunyai masalah jantung.

Tunku Azizah kongsi resipi Malaysia bersama chef Turki

Posted: 19 Nov 2019 04:52 AM PST

PUTRAJAYA: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah mempamerkan kemahiran memasak baginda kepada dua chef berpengalaman dari Turki, termasuk berkogsi resipi masakan Malaysia dengan mereka di Istana Melawati, di sini hari ini.

Wisma Putra pantau keselamatan rakyat Malaysia di Hong Kong

Posted: 19 Nov 2019 04:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Luar dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia akan terus memantau perkembangan berlaku di Hong Kong bagi memastikan keselamatan rakyat negara ini yang berada di wilayah terbabit.

Pekerja syarikat kurier kritikal ditikam rakan sekerja

Posted: 19 Nov 2019 04:16 AM PST

BALIK PULAU: Seorang pekerja syarikat penghantaran kritikal selepas ditikam di beberapa bahagian badan oleh rakan sekerjanya di sebuah premis dekat Taman Symphony Garden, di sini, petang tadi.

Mana Bola BH hangatkan aksi Malaysia-Indonesia

Posted: 19 Nov 2019 04:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Akhbar Berita Harian turut memeriahkan suasana perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 antara Malaysia bertemu Indonesia malam ini menerusi peraduan Mana Bola? BH.

Pelepasan duti import, SST kerusi keselamatan kanak-kanak

Posted: 19 Nov 2019 03:53 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju memberi pelepasan duti import dan pengurangan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) lima peratus bagi kerusi keselamatan kanak-kanak (CRS).

Taufan Kalmaegi bakal landa Filipina malam ini

Posted: 19 Nov 2019 03:52 AM PST

MANILA: Sekurang-kurangnya 5,000 penduduk sudah meninggalkan kediaman masing-masing, menjelang ketibaan Taufan Kalmaegi, yang dijangka melanda utara Filipina lewat malam ini.

Pemandu mabuk perlu tindakan lebih tegas

Posted: 19 Nov 2019 03:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Peningkatan kes kemalangan menyebabkan kematian oleh pemandu mabuk, membangkitkan persoalan di Dewan Rakyat sama ada perundangan sedia ada sudah memadai bagi menghukum pelaku.

PM bidas kenyataan AS

Posted: 19 Nov 2019 03:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Keputusan terkini Amerika Syarikat (AS) berhubung status penempatan Israel di dalam wilayah Palestin tidak masuk akal kerana ia seolah-olah mengizinkan rampasan tanah oleh sesebuah negara jiran, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Perkukuh kerjasama PDRM, masyarakat perangi jenayah

Posted: 19 Nov 2019 03:42 AM PST

KUCHING: Pelaksanaan Program Polis Bersama Komuniti perlu diperluaskan dalam usaha memperkasakan peranan masyarakat sebagai `mata dan telinga' untuk memerangi sebarang bentuk kes jenayah di negeri ini.

Tak tahu, saya tak dijemput - Anwar

Posted: 19 Nov 2019 12:57 AM PST

SEPANG: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau tidak tahu-menahu jika timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengadakan pertemuan dengan beberapa Ahli Parlimen parti itu hari ini.

Selesai dulu masalah industri filem tempatan - Sharifah Amani

Posted: 19 Nov 2019 03:27 AM PST

PETALING JAYA: "Letihlah... Banyak lagi masalah industri perfileman yang perlu diberi perhatian dan dicari jalan penyelesaian".

15 maut akibat campak di Samoa

Posted: 19 Nov 2019 03:25 AM PST

WELLINGTON: Angka korban akibat wabak campak yang semakin menular di Samoa kini meningkat kepada 15 orang dengan kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak, kata Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), hari ini.

Kakitangan kereta api Kanada lancar mogok

Posted: 19 Nov 2019 02:48 AM PST

SASKACHEWAN: Kira-kira 3,000 kakitangan Kereta Api Nasional Kanada (CN) melancarkan mogok hari ini, kata persatuan pekerja, Teamsters Canada selepas kedua-dua belah pihak gagal menyelesaikan isu kontrak.

Tun M nafi peralihan kuasa punca kekalahan PH

Posted: 19 Nov 2019 02:43 AM PST

SEPANG: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan faktor ketidaktentuan dalam penetapan tarikh peralihan kuasa jawatan Perdana Menteri menjadi punca kekalahan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Sabtu lalu.

PKPP ambil tindakan tebang tanaman haram

Posted: 19 Nov 2019 02:40 AM PST

RAUB: Perbadanan Kemajuan Pertanian (PKPP) memulakan tindakan tegas menebang tanaman yang diusahakan secara haram di tanah seluas 68.75 hektar di Ladang Pamah Lebar, di sini.

Polis hanya boleh periksa jika ada aduan - Mohd Azis

Posted: 19 Nov 2019 02:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Polis boleh memeriksa telefon bimbit orang awam jika terdapat laporan ia digunakan bagi tujuan jenayah atau untuk menyebarkan perkara yang tidak benar.

Peniaga ikan kena penjara, disebat lakukan kelucahan melampau

Posted: 19 Nov 2019 02:26 AM PST

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga ikan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana melakukan kelucahan melampau terhadap seorang budak perempuan pada Disember 2016.

Bapa dipenjara 7 tahun, 3 sebatan lakukan amang seksual

Posted: 18 Nov 2019 11:59 PM PST

KUALA TERENGGANU: Seorang bapa dikenakan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, kerana melakukan amang seksual terhadap anak perempuannya berusia empat tahun.

Kumpul dana RM3 juta, beli manuskrip novel

Posted: 19 Nov 2019 02:19 AM PST

PARIS: Manuskrip miniatur atau bersaiz kecil yang ditulis novelis dan pemuisi klasik Inggeris, Charlotte Bronte dipulangkan kembali ke kampung halamannya di barat Yorkshire selepas dibeli Persatuan Bronte dalam majlis lelongan di sini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template