Friday, November 22, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


PLUS bolot 4 anugerah emas MPRA 2019

Posted: 22 Nov 2019 08:16 AM PST

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) kini berada dalam kelas tersendiri apabila menang Anugerah Emas dalam lima kategori berbeza pada Malam Anugerah Perhubungan Awam Malaysia (MPRA) di sini, malam tadi.

Salah buat Klopp 'berpeluh'

Posted: 22 Nov 2019 08:10 AM PST

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp resah menanti perkembangan kecergasan penyerang bintangnya, Mohamed Salah ketika pendahulu Liga Perdana itu bersedia membuat kunjungan ke Crystal Palace, esok.

Wendy tetap teruja

Posted: 22 Nov 2019 08:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Sukan SEA 2019 Filipina tetap menjadi kejohanan bermakna buat penerjun negara, Wendy Ng Yan Yee meskipun ia bukan kali pertama menyertai temasya dwitahunan berkenaan.

20,000 mati akibat rokok setiap tahun

Posted: 22 Nov 2019 08:05 AM PST

PUTRAJAYA: Jumlah kematian yang tinggi dalam kalangan individu dari kumpulan yang masih produktif sebagai pekerja akibat rokok adalah membimbangkan, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Mourinho, aksi City-Chelsea hangatkan EPL

Posted: 22 Nov 2019 08:05 AM PST

KOLUM APA KATA EPL

Jika tidak kerana saya, Hong Kong musnah dalam 14 minit - Trump

Posted: 22 Nov 2019 08:00 AM PST

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan beliau menyelamatkan Hong Kong daripada dimusnahkan dengan memujuk Presiden China, Xi Jinping supaya tidak menghantar tentera bagi mengatasi pergerakan pro demokrasi.

Lagi berusia, lagi bagus - Rashford

Posted: 22 Nov 2019 07:56 AM PST

LONDON: Penyerang Manchester United, Marcus Rashford memberi amaran dia masih belum berada di prestasi terbaik di sebalik persembahan bertenaga yang ditampilkan kebelakangan ini.

Tunjuk perasaan selepas murid perempuan mati dipatuk

Posted: 22 Nov 2019 07:51 AM PST

WAYANAD: Rata-rata pelajar marah mengadakan tunjuk perasaan di sebuah sekolah di India, hari ini, selepas seorang murid berusia 10 tahun maut akibat dipatuk ular berbisa yang menyusup melalui lubang di bawah meja mangsa.

Sumpah lagu terbaik minggu kedua SFMM34

Posted: 22 Nov 2019 07:26 AM PST

SHAH ALAM: Sumpah nyanyian dan ciptaan sepenuhnya Naim Daniel dipilih sebagai lagu terbaik pada separuh akhir kedua Muzik Muzik 34 (SFMM34) yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam, malam tadi.

Ahli SAM di Filipina dapat 'tenaga' dari 100PLUS

Posted: 22 Nov 2019 07:10 AM PST

PETALING JAYA: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) menerima tajaan berupa paket minuman tenaga daripada 100PLUS ketika membuat liputan Sukan SEA 2019 di Filipina, hujung bulan ini.

Kanak-kanak Belgium 9 tahun sudah dapat ijazah

Posted: 22 Nov 2019 06:09 AM PST

AMSTERDAM: Seorang kanak-kanak lelaki di Belgium bakal menerima ijazah sarjana muda dalam bidang kejuruteraan elektrik daripada Universiti Teknologi Eindhoven, Belanda, Disember depan, sekali gus menjadikan beliau antara graduan termuda dunia.

Kalau tak sokong PM, boleh buat resolusi - Dr Mahathir

Posted: 22 Nov 2019 06:03 AM PST

Bangi: Tun Dr Mahathir Mohamad berpandangan terbuka untuk mana-mana Ahli Parlimen mengemukakan undi tidak percaya terhadap kepimpinannya sebagai Perdana Menteri.

Masjid Daing Abdul Rahman tersenarai anugerah AFAMA

Posted: 22 Nov 2019 05:06 AM PST

Kuala Lumpur: Keunikan seni bina dan peranannya sebagai pusat komuniti termasuk bagi masyarakat bukan Islam menjadi kriteria utama pemilihan Masjid Daing Abdul Rahman sebagai satu-satunya masjid di Malaysia yang disenarai pendek bagi Anugerah Seni Bina Masjid Abdullatif Alfozan (AFAMA) 2019.

Had umur perkahwinan: Kedah setuju pinda, Kelantan kekal, Sabah cari jalan atasi

Posted: 22 Nov 2019 04:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Kedah hari ini mengumumkan setuju meminda enakmen berkaitan penetapan had umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun manakala Kelantan kekal dengan keputusan sebelum ini, 16 tahun bagi perempuan dan 18 tahun untuk lelaki bagi mengekang gejala sosial.

Saya tak kenal Drama Band - Baby Shima

Posted: 22 Nov 2019 04:41 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Nor Ashima Ramli atau Baby Shima, 27, tidak berasakan video muzik terbaru kumpulan Drama Band, Satu Satu, ditujukan kepada dirinya.

MU tak resah cari pengganti Patrick

Posted: 22 Nov 2019 04:48 AM PST

MELAKA: Melaka United (MU) tidak terburu-buru mencari pengganti penjaring terbanyaknya musim lalu, Patrick Reichelt yang sah meninggalkan pasukan itu untuk menyertai skuad  Liga Thailand musim depan.

MFLS latih 36,000 anak muda tahun depan

Posted: 22 Nov 2019 04:46 AM PST

BANGI: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menyasarkan melatih 36,000 lagi anak muda di bawah program Malaysia Future Leaders School (MFLS) tahun depan, sebagai bekalan menjadi pemimpin masa depan.

Raja Permaisuri Agong dimasyhur Canselor UIAM

Posted: 21 Nov 2019 11:32 PM PST

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini dimasyhurkan sebagai Ketua Perlembagaan (Canselor) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Khairulnizam mahu jadikan Filipina medan tebus kecewa

Posted: 22 Nov 2019 04:42 AM PST

SEPANG: Atlet perahu layar negara, Khairulnizam Mohd Affendy mahu menjadikan Sukan SEA 2019 di Filipina sebagai medan untuk menebus kekecewaan pada temasya di Kuala Lumpur 2017, Sukan Asia tahun lalu.

Ambil RM600,000 dalam van, 2 pengawal dipenjara, disebat

Posted: 22 Nov 2019 04:40 AM PST

RAUB: Perbuatan pecah amanah dua pengawal syarikat keselamatan dengan mengambil wang tunai RM600,000 di dalam van ketika menghantar wang itu ke ibu pejabat syarikat membawa padah apabila masing-masing dihukum penjara 12 bulan dan satu sebatan.

Jangan pilih pemimpin bawa malapetaka - Dr Mahathir

Posted: 22 Nov 2019 03:21 AM PST

BANGI: Kewujudan sekolah kepimpinan seperti Future Leaders School (MFLS)

PTPTN sambut baik usaha Johor jadikan SSPN pilihan utama

Posted: 22 Nov 2019 04:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Langkah kerajaan Johor memilih Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebagai instrumen simpanan bagi tujuan pendidikan anak-anak Johor disambut baik Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

A321neo teras baharu AirAsia

Posted: 22 Nov 2019 04:03 AM PST

SEPANG: AirAsia menjangka penerimaan rangkaian pesawat lorong tunggalnya yang baharu, Airbus A321neo, bakal membolehkan operasinya menjadi lebih cekap dengan kapasiti lebih tinggi, sekali gus mengukuhkan kewangan kumpulan itu.

Xi Jinping mahu perjanjian dagangan dengan AS

Posted: 22 Nov 2019 03:48 AM PST

BEIJING: China mahu menyelesaikan perjanjian perdagangan permulaan dengan Amerika Syarikat (AS) dan cuba mengelak perang dagangan, menurut Presiden Xi Jinping, hari ini, namun negara itu, katanya, tidak takut untuk bertindak balas, jika perlu.

Britain cadang naikkan cukai belian hartanah warga asing

Posted: 22 Nov 2019 03:46 AM PST

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengemukakan pelan untuk mengenakan levi tiga peratus daripada nilai pembelian hartanah United Kingdom kepada pembeli bukan daripada penduduknya.

Tesla perkenalkan pikap elektrik pertama

Posted: 22 Nov 2019 03:42 AM PST

SAN FRANCISCO: Tesla Inc, syarikat automotif berpangkalan di Detroit, melancarkan trak pikap elektrik pertama, yang kelihatan seperti kenderaan berperisai sudut futuristik dalam kelabu 'gunmetal', dalam usahanya merangsang keuntungan syarikat.

Exxon Mobil mahu jual AS$25 bilion aset minyak

Posted: 22 Nov 2019 03:39 AM PST

LONDON: Exxon Mobil merancang untuk menjual sehingga AS$25 bilion (RM104.2 bilion) membabitkan loji minyak dan gas di Eropah, Asia dan Afrika, jualan aset terbesar untuk beberapa dekad ini.

PDB catat tujuh peratus kenaikan jualan pada suku ketiga

Posted: 22 Nov 2019 03:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Petronas Dagangan Bhd (PDB) mencatat lonjakan jualan keseluruhan sebanyak tujuh peratus pada suku berakhir 30 September lalu berbanding tempoh sama tahun lalu, di sebalik situasi pasaran yang mencabar.

Tiga maut disengat tebuan di Indonesia

Posted: 22 Nov 2019 03:31 AM PST

SOLO: Tiga maut akibat disengat tebuan di Indonesia sejak dua minggu lalu, kata pegawai agensi kesihatan hari ini.

AirAsia tinjau tubuh syarikat sekutu di Kemboja, China, Myanmar

Posted: 22 Nov 2019 03:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengasas syarikat penerbangan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes sedang meninjau dengan serius peluang untuk menubuhkan syarikat sekutu di Kemboja diikuti di China dan Myanmar.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template