Saturday, November 23, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Mangsa culik rayu dibebaskan

Posted: 23 Nov 2019 08:13 AM PST

SANDAKAN: Satu video memaparkan tiga lelaki dipercayai mangsa penculikan di perairan Tambisan, Lahad Datu, merayu minta dibebaskan daripada tahanan pengganas Abu Sayyaf.

Kenal pasti dewan orang ramai, kuarters tak diguna dijadikan bengkel OKU

Posted: 23 Nov 2019 07:33 AM PST

TAIPING: Semua agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan kerajaan negeri diminta mengenal pasti dewan orang ramai serta kuarters yang tidak digunakan bagi membolehkan golongan orang kurang upaya (OKU) dilatih di situ untuk meningkatkan kemahiran bekerja dan hidup mereka.

Mourinho puji sumbangan Alli

Posted: 23 Nov 2019 08:03 AM PST

LONDON: Jose Mourinho menghambur pujian menggunung kepada Dele Alli susulan sumbangan pemain berusia 23 tahun itu ketika Tottenham meraih kemenangan 3-2 ke atas West Ham, malam tadi.

Sultan Johor tekankan tiga perkara penting kekalkan perpaduan rakyat

Posted: 23 Nov 2019 07:58 AM PST

JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini menegaskan betapa pentingnya usaha mengekalkan keharmonian dan perpaduan rakyat di negara ini.

Keputusan buruk PH dalam PRK Tanjung Piai amaran rakyat

Posted: 23 Nov 2019 03:31 AM PST

PUTRAJAYA: Keputusan buruk Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai, Johor, adalah amaran kepada parti berkenaan bahawa banyak perkara yang dilakukan tidak disenangi rakyat, terutama berkaitan kos sara hidup.

LTdL 2020 dilancarkan penuh gemilang

Posted: 23 Nov 2019 07:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelancaran penuh gemilang Le Tour de Langkawi (LTdL) 2020 di Menara Berkembar Petronas, malam ini sempena sambutan Jubli Perak 25 tahun menandakan fasa baharu bagi perlumbaan terulung negara itu yang pernah mengalami tempoh turun naiknya.

Pendatang terdesak lebih rela lemas di Mediterranean

Posted: 23 Nov 2019 07:29 AM PST

MADRID: Pendatang Afrika yang diselamatkan daripada bot usang hanyut di Mediterranean, baru-baru ini, memaklumkan beliau lebih rela mati di laut berbanding pulang ke Libya.

Kuching FA naik pangkat, Sarawak ke Liga M3

Posted: 23 Nov 2019 07:07 AM PST

PETRA JAYA: Status 'abang' ternyata tidak memberi kelebihan buat Sarawak apabila tewas 1-3 kepada Kuching FA pada penentuan 'play-off' Liga Perdana di Stadium Sarawak, malam tadi.

Warga HKL panik, penghawa dingin terbakar

Posted: 23 Nov 2019 07:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Kakitangan dan pesakit Hospital Kuala Lumpur (HKL) panik seketika apabila pendingin hawa di bilik Jabatan X-Ray hospital berkenaan terbakar, hari ini.

Mourinho mula langkah kanan

Posted: 23 Nov 2019 06:51 AM PST

LONDON: Son Heung-Min, Lucas Moura dan Harry Kane memastikan Jose Mourinho memulakan kariernya di Tottenham dengan kemenangan selepas menewaskan West Ham 3-2 di Stadium London, malam tadi.

3 maut, 5 parah dua kereta bertembung

Posted: 23 Nov 2019 06:45 AM PST

MERSING: Tiga individu termasuk seorang guru dan anaknya maut manakala lima lagi parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta di Jalan Mersing-Endau, berhampiran Hutan Lipur Gunung Arong, dekat sini, petang tadi.

2 maut, 2 parah kemalangan

Posted: 23 Nov 2019 06:36 AM PST

KOTA BELUD: Dua maut manakala dua lagi iaitu kanak-kanak parah selepas kenderaan Proton Saga FL yang dinaiki mereka merempuh belakang lori di Jalan Kota Marudu-Kota Belud di Kampung Ulu Kukut, di sini, hari ini.

Gempa bumi sederhana landa Irian Jaya, Indonesia

Posted: 23 Nov 2019 05:55 AM PST

KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana dengan kekuatan 5.5 pada skala Richter dilaporkan berlaku di Irian Jaya, Indonesia pada jam 8.11 malam ini.

Korban tanah runtuh Kenya meningkat 29 orang

Posted: 23 Nov 2019 05:49 AM PST

NAIROBI: Jumlah korban tanah runtuh di Kenya meningkat kepada sekurang-kurangnya 29 orang, setakat malam ini, menurut kerajaan.

Kementerian akan jadikan industri francais sektor utama pembangunan keusahawanan

Posted: 23 Nov 2019 05:38 AM PST

KOTA KINABALU: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna akan menjadikan industri francais sebagai sektor utama yang memberi impak penting bukan saja dari segi pembangunan keusahawanan dan peluang pekerjaan, malah memberi nilai tambah kepada kepuasan kehidupan pengguna.

FAM gesa persatuan negeri wujud Liga B-21, B-19 mulai 2020

Posted: 23 Nov 2019 05:37 AM PST

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menggesa setiap persatuan bola sepak negeri mewujudkan saingan liga bagi peringkat umur Bawah 21 Tahun (B-21) dan Bawah 19 Tahun (B-19) bermula tahun 2020.

Guardiola gembira di Etihad

Posted: 23 Nov 2019 05:27 AM PST

LONDON: Pep Guardiola menegaskan dia tidak akan meninggalkan Manchester City pada penghujung musim sekali pun kelab kendaliannya terlepas kejuaraan Liga Perdana buat kali ketiga berturut-urut.

Badak sumbu Sumatera pupus di Malaysia

Posted: 23 Nov 2019 05:10 AM PST

Kota Kinabalu: Malaysia kehilangan badak sumbu Sumatera terakhir selepas 'Iman' disahkan mati pada jam 5.35 petang tadi di Santuari Badak Borneo, Hutan Simpan Hidupan Liar Tabin, di Lahad Datu.

Panda Merah lari dari Zoo Perancis ditemui

Posted: 23 Nov 2019 05:04 AM PST

LYON: Seekor Panda Merah yang dilaporkan melarikan diri dari sebuah zoo di tengah Perancis sejak seminggu lalu selepas menyusur dahan pokok yang patah akibat salji, ditemui hari ini.

Taman Tugu, taman hutan di tengah kesibukan kota

Posted: 23 Nov 2019 04:59 AM PST

Kuala Lumpur: Siapa sangka di sebalik hiruk pikuk Bandaraya Kuala Lumpur yang dikelilingi hutan batu anda boleh menikmati suasana indah hutan hujan tropika.

Dana RM30 juta kendalian TAA untuk manfaat TAR UC, penuntut

Posted: 23 Nov 2019 04:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, peruntukan RM30 juta setahun dalam tabung amanah yang dikendalikan Persatuan Alumni Tunku Abdul Rahman (TAA) adalah untuk manfaat Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dan penuntut institusi pengajian itu.

China sedia bantu Malaysia lumpuhkan penipuan pelaburan dalam talian

Posted: 23 Nov 2019 04:16 AM PST

KUALA LUMPUR: China sedia membantu pihak berkuasa Malaysia melumpuhkan rangkaian sindiket jenayah rentas sempadan yang membabitkan rakyatnya, kata Duta Besar China ke Malaysia, Bai Tian.

Tak ada rombakan Kabinet dalam masa terdekat: PM

Posted: 23 Nov 2019 04:08 AM PST

PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan dakwaan akan merombak barisan Kabinet sedia ada dalam masa terdekat.

Kerajaan berhak tentukan rundingan terus, terbuka - PM

Posted: 23 Nov 2019 04:02 AM PST

PUTRAJAYA: Kerajaan berhak menentukan sama ada proses permohonan kontrak Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dibuat secara rundingan terus atau terbuka berdasarkan syarat tertentu, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Remaja Vietnam mati di Britain pernah mohon suaka

Posted: 23 Nov 2019 04:00 AM PST

THE HAGUE: Seorang daripada 39 rakyat Vietnam yang dijumpai meninggal dunia di dalam trak sejuk beku di Britain bulan lalu adalah remaja yang hilang daripada pusat perlindungan pencari suaka dari Belanda, lapor akhbar tempatan, hari ini.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> EKSKLUSIF: Sektor 3D perlu jentera robotik

Posted: 23 Nov 2019 04:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Kebanyakan kerja sektor 3D yang selama ini hanya sanggup dilakukan warga asing, kerana persekitarannya yang kotor, sukar dan berbahaya, sebenarnya mampu menarik minat generasi muda tempatan jika pelaksanaannya disokong penggunaan teknologi tinggi robotik.

Banjir Terengganu pulih

Posted: 23 Nov 2019 03:58 AM PST

KUALA TERENGGANU: Semua pusat pemindahan sementara (PPS) di Terengganu ditutup petang ini berikutan keadaan cuaca yang semakin baik.

Thailand kecewakan Malaysia di final B-18 Sekolah-Sekolah Asia 2019

Posted: 23 Nov 2019 03:46 AM PST

KUALA LUMPUR: Pasukan Malaysia tewas di tangan Thailand dalam perlawanan final Kejohanan Bawah 18 Tahun (B-18) Sekolah-Sekolah Asia 2019 yang berlangsung di Stadium Batakan, Balikpapan, Indonesia petang tadi. 

Komuniti boleh jadi &#039;game changer&#039; - TPM

Posted: 23 Nov 2019 03:42 AM PST

IPOH: Komuniti berupaya menjadi game changer serta ejen perubahan masyarakat sekiranya diberikan panduan dan latihan yang sistematik, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Malaysia berhasrat ambil kesempatan perubahan dasar luar Korea Selatan

Posted: 23 Nov 2019 03:40 AM PST

BUSAN: Malaysia berhasrat mengambil kesempatan terhadap perubahan dasar luar negara Korea Selatan yang kini memberi semula penekanan terhadap perhubungannya dengan rantau ASEAN.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template