BH Online - Terkini |
- 16 penghuni tinggal sehelai sepinggang
- Modul untuk mengehadkan umur minimum perkahwinan bakal diperkenal
- Bloomberg umum pencalonan presiden AS secara rasmi
- Bintang Inter Milan terpaksa dibedah
- Manifesto pemurah pembangkang Britain, elak Brexit
- Kekurangan diri bukan halangan miliki ijazah
- Duterte pecat ketua perang anti dadah
- Suami isteri rentung dalam kebakaran
- JHL Sabah berhasrat awet bangkai 'Iman'
- Wan Kuzain tetap positif
- Golf amal PBSMM-Low Yat kumpul dana RM67,000
- Semua pasukan miliki peluang sama - Kim Swee
- Setiawangsa Rangers juara trofi Pengerusi Yayasan Sime Darby
- Lihat kegagalan ke Olimpik secara positif - Shamala
- Tiada masalah dapat penyertaan pasukan dunia LTdL 2020
- Pukul anak kerana makanan dibekalkan untuk jamuan tidak dijamah
- Dua ahli PKR dipecat
- Saya terkejut dipecat - Zakaria
- 'A Sun' ungguli Anugerah Golden Horse di Taiwan
- Artis K-pop, Koo Hara ditemui mati
- Malaysia sasar pelaburan teknologi tinggi Korea Selatan
- 2 maut banjir besar di tenggara Perancis
- 'Bayarlah seikhlas hati'
- 23 maut pesawat terhempas di kawasan padat penduduk
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> EKSKLUSIF: Waspada 'jerat' pakej ibadah, melancong
- Johor minat bangunkan industri dron
- Pasangan suami isteri menang maraton Jambatan Pulau Pinang
- 20 pemain wanita bawa cabaran di Filipina
- DuitNow rai peminat bertuah ABPBH 32
- BAM tawar diskaun beli tiket Malaysia Masters
| 16 penghuni tinggal sehelai sepinggang Posted: 24 Nov 2019 08:03 AM PST KUALA TERENGGANU: Enam belas mangsa termasuk sepasang suami isteri tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran di sebuah rumah dua tingkat di Kampung Padang Hiliran di sini. |
| Modul untuk mengehadkan umur minimum perkahwinan bakal diperkenal Posted: 24 Nov 2019 07:51 AM PST PARIT BUNTAR: Kerajaan akan memperkenalkan satu modul yang menetapkan prosedur operasi standard (SOP) ketat untuk mengehadkan umur minimum perkahwinan kepada 18 tahun. |
| Bloomberg umum pencalonan presiden AS secara rasmi Posted: 24 Nov 2019 07:49 AM PST WASHINGTON: Michael Bloomberg, hari ini, mengumumkan beliau bertanding presiden dengan menyertai beberapa ahli Demokrat dalam mengalahkan rakan bilionaire New York, Presiden Donald Trump. |
| Bintang Inter Milan terpaksa dibedah Posted: 24 Nov 2019 07:47 AM PST MILAN: Pemain Itali yang bersama kelab Inter Milan, Nicolo Barella dijadual menjalani pembedahan di bahagian lutut kanan. |
| Manifesto pemurah pembangkang Britain, elak Brexit Posted: 24 Nov 2019 07:44 AM PST LONDON: Pembangkang utama Britain, Parti Buruh berjanji memberikan lebih tiga juta wanita pampasan atas kerugian bayaran pencen kerajaan selama bertahun-tahun, apabila had umur persaraan mereka dinaikkan, jika ia menang pilihan raya 12 Disember depan. |
| Kekurangan diri bukan halangan miliki ijazah Posted: 24 Nov 2019 07:41 AM PST GOMBAK: Bertubuh kerdil dengan ketinggian hanya 123 sentimeter tidak menjadi halangan kepada graduan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk menggenggam segulung ijazah. |
| Duterte pecat ketua perang anti dadah Posted: 24 Nov 2019 07:37 AM PST MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte memecat Naib Presiden dan pengkritik utama beliau, Leni Robredo daripada jawatan pemantau perang dadah, hari ini, beberapa hari selepas menggelar Robredo sebagai seseorang yang tidak tentu arah untuk dipercayai dengan rahsia negara. |
| Suami isteri rentung dalam kebakaran Posted: 24 Nov 2019 07:32 AM PST IPOH: "Saya terdengar bunyi letupan beberapa kali yang menggegarkan rumah dan terkejut melihat api sedang marak di kediaman tingkat bawah," kata jiran kepada sepasang suami isteri yang rentung dalam kebakaran rumah mereka di sini, hari ini. |
| JHL Sabah berhasrat awet bangkai 'Iman' Posted: 24 Nov 2019 07:29 AM PST KOTA KINABALU: Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah berhasrat untuk mengawet bangkai Iman, badak sumbu Sumatera betina terakhir Malaysia yang mati petang semalam, selain bercadang untuk menyerahkan bangkai berkenaan kepada pihak Muzium Negeri Sabah. |
| Posted: 24 Nov 2019 07:07 AM PST KUALA LUMPUR: Sekali pun tidak dapat bersama skuad bawah 22 tahun (B-22) ke Sukan SEA ke-30, pemain muda dari Amerika Syarikat (AS), Wan Kuzain Wan Kamal kekal positif dan mahu melihat kejayaan buat pasukan negara pada temasya dwi tahunan itu. |
| Golf amal PBSMM-Low Yat kumpul dana RM67,000 Posted: 24 Nov 2019 06:59 AM PST KUALA LUMPUR: Sebanyak RM67,000 berjaya dikumpul pada pertandingan golf amal Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM) Kuala Lumpur - Low Yat di Tasik Puteri Golf and Country Club, Rawang, dekat sini, baru-baru ini. |
| Semua pasukan miliki peluang sama - Kim Swee Posted: 24 Nov 2019 06:46 AM PST MANILA: Datuk Ong Kim Swee mungkin adalah seorang jurulatih veteran untuk skuad bola sepak Sukan SEA negara tapi temasya edisi ke-30 nampaknya adalah berbeza sama sekali. |
| Setiawangsa Rangers juara trofi Pengerusi Yayasan Sime Darby Posted: 24 Nov 2019 06:56 AM PST KUALA LUMPUR: Setiawangsa Rangers FC membuktikan mereka berada dalam kelas tersendiri apabila menjuarai Kejohanan Bola Sepak Bawah 15 Tahun Trofi Pengerusi Yayasan Sime Darby 2019. |
| Lihat kegagalan ke Olimpik secara positif - Shamala Posted: 24 Nov 2019 06:53 AM PST MELAKA: Kegagalan skuad hoki negara ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 perlu dilihat pada sudut positif dan penambahbaikan perlu dilakukan agar skuad Speedy Tigers bangkit semula untuk melakar lebih banyak kejayaan pada masa hadapan. |
| Tiada masalah dapat penyertaan pasukan dunia LTdL 2020 Posted: 24 Nov 2019 06:43 AM PST KUALA LUMPUR: Penganjur Le Tour de Langkawi (LTdL), Human Voyage Sdn Bhd tidak menghadapi masalah untuk mendapatkan penyertaan pasukan Jelajah Dunia dalam edisi 2020. |
| Pukul anak kerana makanan dibekalkan untuk jamuan tidak dijamah Posted: 24 Nov 2019 05:46 AM PST KUANTAN: Berang hidangan yang dimasak tidak dijamah dipercayai menjadi punca seorang lelaki warga Indonesia memukul anak perempuannya yang berusia sembilan tahun di Taman Setia Jasa, Temerloh dekat sini. |
| Posted: 24 Nov 2019 05:44 AM PST PETALING JAYA: Dua ahli PKR termasuk Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Zakaria Abdul Hamid, dipecat kerana terbabit dalam isu rasuah ketika pemilihan parti itu tahun lalu. |
| Saya terkejut dipecat - Zakaria Posted: 24 Nov 2019 05:36 AM PST KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Zakaria Abdul Hamid menyifatkan pemecatannya daripada parti itu sebagai berita yang mengejutkan. |
| 'A Sun' ungguli Anugerah Golden Horse di Taiwan Posted: 24 Nov 2019 05:25 AM PST TAIPEI: Drama berkisar kisah keluarga Taiwan bertajuk 'A Sun' berjaya meraih hadiah utama pada anugerah filem Golden Horse semalam, ketika tiada wakil dari China menyertai acara tahun ini, susulan kemerosotan hubungan antara Taipei dan Beijing. |
| Artis K-pop, Koo Hara ditemui mati Posted: 24 Nov 2019 05:11 AM PST SEOUL: Seorang bekas anggota kumpulan K-pop wanita terkenal Korea Selatan, Koo Hara, 28, ditemui meninggal dunia di kediamannya di selatan Seoul, hari ini. |
| Malaysia sasar pelaburan teknologi tinggi Korea Selatan Posted: 24 Nov 2019 03:16 AM PST BUSAN: Malaysia menyasarkan untuk menarik lebih banyak pelaburan berteknologi tinggi dari Korea Selatan, susulan hasrat negara itu untuk memfokuskan semula pandangannya ke rantau ASEAN. |
| 2 maut banjir besar di tenggara Perancis Posted: 24 Nov 2019 05:01 AM PST ROQUEBRUNE-SUR-ARGENS: Dua mangsa ditemui maut, hari ini, selepas banjir besar melanda tenggara Perancis, sejak Jumaat lalu, sehingga menyebabkan kerosakan besar di wilayah itu, kata pihak berkuasa tempatan. |
| 'Bayarlah seikhlas hati' Posted: 24 Nov 2019 04:30 AM PST MELAKA: Bukan mudah mendapat perkhidmatan dengan pemberian upah seikhlas hati, terutama bagi kerja yang memerlukan ketelitian dan sukar bagi yang tidak biasa melakukannya. |
| 23 maut pesawat terhempas di kawasan padat penduduk Posted: 24 Nov 2019 04:02 AM PST GOMA: Sejumlah 23 mayat ditemui, selepas sebuah pesawat kecil terhempas di kawasan padat penduduk di Republik Demokratik Congo, ketika berlepas, menurut pekerja penyelamat. |
| Posted: 24 Nov 2019 04:00 AM PST KUALA LUMPUR: Pakej percutian murah, menarik serta luar biasa sering menjadi umpan agensi pelancongan atau individu bagi menarik minat pelanggan yang berpotensi bercuti memilih pakej ditawarkan setiap kali tiba cuti penggal persekolahan pada hujung tahun. |
| Johor minat bangunkan industri dron Posted: 24 Nov 2019 02:57 AM PST ISKANDAR PUTERI: Kerajaan Johor menimbang untuk membawa masuk pelaburan berkaitan industri dron ke negeri itu, selaras hasrat Kerajaan Persekutuan mahu menjadikan Malaysia sebagai hab dron di rantau Asia. |
| Pasangan suami isteri menang maraton Jambatan Pulau Pinang Posted: 24 Nov 2019 02:47 AM PST GEORGETOWN: Sepasang suami isteri anggota beruniform mengungguli Maraton Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang (PBIM) apabila menyapu bersih kategori wanita dan lelaki Malaysia untuk sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 dan trofi. |
| 20 pemain wanita bawa cabaran di Filipina Posted: 24 Nov 2019 02:40 AM PST KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita kebangsaan, Jacob Joseph menyenaraikan 20 pemain untuk menghadapi Sukan SEA 2019 di Filipina, yang dijadual bermula 26 November hingga 8 Disember ini. |
| DuitNow rai peminat bertuah ABPBH 32 Posted: 24 Nov 2019 01:56 AM PST KUALA LUMPUR: Seramai 20 peminat bertuah diraikan penaja bersama Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-32, DuitNow pada majlis ramah mesra yang berlangsung penuh meriah, petang tadi. |
| BAM tawar diskaun beli tiket Malaysia Masters Posted: 24 Nov 2019 02:24 AM PST KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) menawarkan tiket diskaun 15 peratus bagi pembelian awal menyaksikan PERODUA Malaysia Masters (PMM) 2020 bermula esok sehingga 10 Disember dan diskaun 10 peratus dari 11 hingga 25 Disember. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment