Monday, November 25, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


NSTP Sabah gondol 10 hadiah utama

Posted: 25 Nov 2019 07:27 AM PST

KOTA KINABALU: Wartawan dan jurugambar The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) menggondol 10 hadiah utama serta lapan anugerah merit pada Kinabalu Shell Press Awards 2019 di sini, malam ini.

18 TNC UA sokong Dr Maszlee

Posted: 25 Nov 2019 08:09 AM PST

KUALA LUMPUR: Lapan belas Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni Universiti Awam (UA) menyatakan Dr Maszlee Malik menjalankan tugas sebagai Menteri Pendidikan dengan baik dan penuh bertanggungjawab.

Jamil Rakon KSU KDN baharu

Posted: 25 Nov 2019 08:07 AM PST

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Dalam Negeri (KDN), Datuk Jamil Rakon dilantik sebagai Ketua Setiausaha KDN yang baharu berkuat kuasa hari ini.

Kadar baharu yuran permit guru swasta tahun depan

Posted: 25 Nov 2019 07:47 AM PST

KUALA LUMPUR: Mulai tahun hadapan kadar yuran permit mengajar guru persendirian di institusi pendidikan swasta akan dilaksanakan seperti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Permit Mengajar) 2013.

Syarikat e-hailing MYGO tawar kereta kepada pemandu

Posted: 25 Nov 2019 07:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Syarikat e-hailing baharu dalam pasaran tempatan, MYGO menawarkan kereta Proton Saga 1.3 melalui kaedah sewa milik kepada pemandu yang berdaftar di bawah syarikat itu.

Set barang kemas RM4.6 bilion lesap dari muzium Jerman

Posted: 25 Nov 2019 06:59 AM PST

DRESDEN: Koleksi tiga set barangan kemas terulung dan bersejarah Eropah dianggarkan bernilai AS$1.1 bilion (RM4.6 bilion) lesap dalam satu rompakan di sebuah muzium di timur Jerman awal pagi ini, kata polis.

City kempunan khidmat Aguero 

Posted: 25 Nov 2019 06:47 AM PST

 LONDON: Pengendali Manchester City, Pep Guardiola mengesahkan penyerang Sergio Aguero tidak akan bersama pasukan itu untuk beberapa minggu.

Kebajikan kakitangan PDP Pan Borneo dijaga

Posted: 25 Nov 2019 06:43 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memastikan kebajikan kakitangan rakan pelaksana projek (PDP) bagi projek Lebuhraya Pan Borneo di Sarawak terbela berikutan penamatan projek syarikat itu.

Magis Mourinho mampu bantu Spurs julang trofi – Kane

Posted: 25 Nov 2019 06:41 AM PST

LONDON: Harry Kane berharap Jose Mourinho mampu mencetuskan trofi yang diidamkan Tottenham selepas mengambil alih tugas selaku pengurus daripada Mauricio Pochettino.

Ward 'gantung kayu' akibat buta ketika lawan Malaysia

Posted: 25 Nov 2019 06:37 AM PST

LONDON: Bintang hoki Great Britain, Sam Ward terpaksa 'menggantung kayu' selepas kecederaan teruk yang dialaminya ketika berdepan Malaysia, awal bulan ini meragut penglihatan mata kirinya.

Lelaki dibedah keluarkan buah pinggang seberat 7.4 kg

Posted: 25 Nov 2019 06:14 AM PST

NEW DELHI: Pakar bedah India berjaya mengeluarkan buah pinggang sebesar bola boling dari seorang lelaki, yang mengalami masalah genetik hingga mengancam nyawanya.

Malaysia terus bantu cari penyelesaian konflik Palestin-Israel

Posted: 25 Nov 2019 06:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia akan terus memainkan peranan aktif dalam usaha mencari penyelesaian dalam konflik Palestin-Israel, khusus ke arah kewujudan Palestin sebagai negara yang berdaulat dan merdeka.

Malaysia boleh bantu bangunkan kod pembinaan masjid dirancang Arab Saudi

Posted: 25 Nov 2019 06:05 AM PST

KUALA LUMPUR: Malaysia boleh menyumbang kepakaran kepada Arab Saudi yang akan membangunkan kod pembinaan masjid sebagai garis panduan supaya pembangunan pada masa hadapan, dilengkapi teknologi terkini yang sesuai perkembangan semasa dan gaya hidup terkini.

Malaysia mahu manfaat revolusi industri baharu

Posted: 25 Nov 2019 05:48 AM PST

BUSAN: Tun Dr Mahathir Mohamad menyatakan hasrat kerajaan menjadikan Malaysia sebahagian daripada revolusi industri baharu.

Kapal selam penuh kokain berjaya dirampas

Posted: 25 Nov 2019 05:41 AM PST

MADRID: Polis Sepanyol berjaya merampas sebuah kapal selam penuh dengan kokain di luar pesisir wilayah Galicia, barat laut negara itu yang tiba dari Amerika Selatan, menurut pihak berkuasa, hari ini.

CIDB, RISM bekerjasama lancar BCISM

Posted: 25 Nov 2019 05:45 AM PST

KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Royal Institution of Surveyors Malaysia (RISM) baru-baru ini melancarkan Building Cost Information Service Malaysia Sdn Bhd (BCISM) yang akan menjadi penyedia perkhidmatan utama Pusat Kos Pembinaan Nasional (MyN3C) CIMB.

INTERPOL buru 8 lelaki terbabit jenayah terhadap wanita

Posted: 25 Nov 2019 05:36 AM PST

PARIS: Agensi polis antarabangsa (INTERPOL) mengeluarkan rayuan awam bagi mengesan lapan lelaki yang menjadi buruan di seluruh dunia, atas tuduhan membunuh dan pelbagai jenayah terhadap wanita.

FAM lulus pemain import MPFL

Posted: 25 Nov 2019 05:02 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas melihat kejayaan penganjuran sulung, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan memperkenalkan satu kuota import untuk pasukan yang mengambil bahagian dalam Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL), musim depan.

FAM kena bayar ganti rugi angkara penyokong Indonesia

Posted: 25 Nov 2019 05:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terpaksa 'mencuci' kesalahan penyokong Indonesia selepas mereka perlu membayar ganti rugi susulan kerosakan 44 unit kerusi bernilai RM11,000 di Stadium Nasional Bukit Jalil pada aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023, minggu lalu.

Tok Mat anggap belanjawan negeri baik

Posted: 25 Nov 2019 04:47 AM PST

SEREMBAN: Ketua pembangkang Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan (BN-Rantau) menyifatkan Belanjawan Negeri yang dibentangkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, pada Jumaat lalu sebagai satu belanjawan yang baik.

Bertikam lidah kerana tak puas hati dengan jawapan

Posted: 25 Nov 2019 04:44 AM PST

SEREMBAN: Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan pagi tadi 'panas' apabila tercetus pertikaman lidah antara beberapa wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

NS miliki 33,000 hektar tanah terbiar

Posted: 25 Nov 2019 04:42 AM PST

SEREMBAN: Bancian terkini mendapati hampir 33,000 hektar tanah terbiar di Negeri Sembilan dan wajar dibangunkan dengan projek pertanian.

Kelantan dijangka tuan rumah SUKMA 2024

Posted: 25 Nov 2019 04:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Kelantan berpeluang cerah menjadi tuan rumah Sukan Malaysia (SUKMA) edisi 2024 apabila hasrat negeri itu mendapat 'lampu hijau' Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Dua SJKT terima manfaat program School Heroes

Posted: 25 Nov 2019 01:12 AM PST

KUALA LUMPUR: Syarikat pembinaan dan pemaju hartanah, Fajarbaru Builder Group Bhd (Fajarbaru) menjalinkan kerjasama dengan pasukan SchoolHeroes bagi menjayakan program intensif bahasa Inggeris di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Kinrara, Puchong dan SJKT Thamboosamy Pillai, Sentul, di sini.

Satu mata yang cukup berharga – Kim Swee

Posted: 25 Nov 2019 03:07 AM PST

MANILA: Jurulatih skuad bawah 22 tahun (B-22) negara, Datuk Ong Kim Swee mengakui barisan pemainnya bergelut terutama di babak pertama ketika seri 1-1 dengan Myanmar dalam aksi sulung Kumpulan SEA 2019 di Stadium Rizal Memorial di sini, semalam.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS

Posted: 25 Nov 2019 04:24 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan kebanyakan mata wang Asia sedang pesat membangun dalam persekitaran tahap ketidaktentuan yang meningkat dan kemungkinan berlaku kelewatan dalam perjanjian perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China, kata peniaga.

SPRM silap cadang tindakan tatatertib ahli PKR

Posted: 25 Nov 2019 04:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengakui ia tidak sepatutnya mengeluarkan surat cadangan tatatertib kepada mana-mana parti politik.

Syed Saddiq sedia letak jawatan jika berlaku penyelewengan

Posted: 25 Nov 2019 03:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Sidang Dewan Rakyat hari ini panas dengan isu tender membabitkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sehinggakan Menterinya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, lantang menyuarakan dirinya orang pertama akan meletak jawatan jika terbukti wujud penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung pemberian tender berkenaan.

Hanya pegawai berkanun boleh tanam ketum dengan kebenaran Menteri Kesihatan

Posted: 25 Nov 2019 04:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Penanaman ketum dibenarkan ditanam bagi tujuan penyelidikan, pendidikan dan perubatan, namun tertakluk kepada terma dan syarat serta surat kebenaran daripada Menteri Kesihatan.

'Ada kesan tikaman di tubuh pasangan rentung' - Polis

Posted: 25 Nov 2019 04:09 AM PST

IPOH: Bedah siasat ke atas mayat pasangan warga emas yang rentung dalam kebakaran di sebuah apartmen di Taman Meru Impiana di sini, mendapati beberapa kesan tikaman pada badan mereka.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template