Thursday, November 28, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


'Kecederaan Fabinho tamparan besar buat Liverpool'

Posted: 28 Nov 2019 08:43 AM PST

LONDON: Kecederaan yang dihadapi Fabinho ketika pertemuan dengan Napoli dalam aksi Liga Juara-Juara dianggap sebagai tamparan besar buat Liverpool, kata bekas pemain Harry Kewell.

15 agenda reformasi pilihan raya diserahkan bulan depan

Posted: 28 Nov 2019 08:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Laporan interim 15 agenda reformasi berhubung penambahbaikan sistem dan undang-undang pilihan raya negara dijangka diserahkan kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, hujung bulan depan.

Blogger cabar undang-undang berita palsu Singapura

Posted: 28 Nov 2019 05:53 AM PST

SINGAPURA: Seorang blogger enggan mematuhi arahan kerajaan Singapura supaya membetulkan tulisan di Facebook dalam ujian pertama undang-undang 'berita palsu' baharu republik itu.

Sungai Besut melepasi paras bahaya

Posted: 28 Nov 2019 07:19 AM PST

KUALA TERENGGANU: Beberapa sungai di Terengganu menunjukkan peningkatan paras air, dengan Sungai Besut di stesen Jambatan Keruak, Besut, berada pada paras 35.2 meter (m) melepasi paras bahaya.

Korban gempa Albania meningkat 40 orang

Posted: 28 Nov 2019 05:22 AM PST

DURRES: Jumlah kematian gempa bumi di Albania meningkat kepada 40 orang hari ini, selepas lebih banyak mayat dikeluarkan dari sisa runtuhan, semalaman.

Polis elit China adakan latihan dengan Serbia

Posted: 28 Nov 2019 07:10 AM PST

SMEDEREVO: Pasukan polis khas China mengambil bahagian dalam latihan pertama di Eropah hari ini, menyertai unit anti-pengganas elit dan polis tempatan di kilang keluli milik negara itu di luar Belgrade.

Perwakilan bebas kritik pemimpin

Posted: 28 Nov 2019 06:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Perwakilan bebas memberi kritikan terhadap kepimpinan parti sewaktu sesi perbahasan pada Konvensyen Nasional 2019 Parti Amanah Negara (Amanah) minggu depan, kata Naib Presiden parti itu, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Polis kenal pasti 2 individu bawa balik abu mayat Chin Peng

Posted: 28 Nov 2019 06:49 AM PST

BANGKOK: Polis telah mengenal pasti dua individu yang terbabit dalam urusan membawa pulang abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng ke Malaysia.

IPCMC: Polis minta lebih masa, libat urus

Posted: 28 Nov 2019 06:46 AM PST

BANGKOK: "Beri kami lagi masa dan ruang untuk libat urus dan berbincang mengenai isu yang dibangkitkan terhadap Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis (IPCMC) 2019."

Tropicana sasar pelancaran baharu bernilai RM3 bilion pada 2020

Posted: 28 Nov 2019 06:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Tropicana Corporation Bhd akan terus menumpu menyediakan nilai jangka panjang kepada pemegang kepentingannya dengan menyasarkan pelancaran baharu dengan nilai pembangunan kasar RM3 bilion dalam tahun kewangan yang berakhir 31 Disember 2020.

Fazriq bantu KL kekal rentak kemenangan

Posted: 28 Nov 2019 06:14 AM PST

GEORGETOWN: Pasukan Kuala Lumpur mengekalkan rentak kemenangan apabila menewaskan Putrajaya  3-0 pada hari kedua Kejohanan Badminton Kebangsaan Antara Negeri Berpasukan Bawah 16 (B-16) Tahun Lelaki di Dewan Persatuan Badminton Pulau Pinang di Bukit Dambar, hari ini.

Sabirin Ja'afar dilantik Pro Canselor UTeM baharu

Posted: 28 Nov 2019 06:09 AM PST

MELAKA: Pengerusi Lembaga Pencegahan Keganasan (POTA), Kementerian Dalam Negeri, Datuk Dr Sabirin Ja'afar dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) baharu untuk tempoh tiga tahun berkuat kuasa 15 November lalu hingga 14 November 2022.

Contohi etika kerja Korea Selatan - PM

Posted: 27 Nov 2019 03:00 PM PST

SEOUL: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu diaspora Malaysia di Korea Selatan mencontohi etika kerja dan ciri-ciri positif negara itu, seterusnya menimba ilmu dan memanfaatkan teknologi canggih negara itu.

Anggota hidupan liar RM240,000 dirampas

Posted: 28 Nov 2019 01:43 AM PST

DENGKIL: Pihak berkuasa merampas beberapa bahagian hidupan liar termasuk gading gajah, tanduk rusa dan kulit haiwan dilindungi, semuanya dianggarkan bernilai RM240,000 susulan penahanan empat suspek warga tempatan, baru-baru ini.

Isu abu mayat Chin Peng sengaja dibangkit untuk burukkan kerajaan - PM

Posted: 28 Nov 2019 03:10 AM PST

SEOUL (Korea Selatan): Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan niat mereka yang membangkitkan isu pembuangan abu mayat Ketua Parti Komunis Malaya (KPM), Chin Peng.

Zulfiqar kecewa, tak sangka digugurkan

Posted: 28 Nov 2019 05:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Atlet pecut 100 meter (m) lelaki negara, Muhammad Zulfiqar Ismail mengakui kecewa dalam masa sama terkejut kerana digugurkan pada saat akhir daripada kontinjen Malaysia untuk menyertai temasya Sukan SEA Filipina.

NGO Islam sokong tindakan Gambia heret kekejaman Myanmar ke ICJ

Posted: 28 Nov 2019 04:07 AM PST

KUALA LUMPUR: Gambia disifatkan sebagai sebuah negara kecil dengan misi besar apabila berani memfailkan kes di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) terhadap Myanmar atas kekejaman mereka ke atas etnik Rohingya.

Harimau Malaya kini ranking 154 dunia

Posted: 28 Nov 2019 05:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Seperti yang dijangkakan, skuad Harimau Malaya mendaki empat lagi anak tangga untuk menghuni tangga ke-154 dunia dalam ranking Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Nur Nabila, Nur Najiha tekad curi tumpuan di Clark

Posted: 28 Nov 2019 05:25 AM PST

CLARK: Sekali pun tidak meletakkan pingat emas sebagai sandaran, skuad catur negara dijangka tetap mencuri tumpuan pada Sukan SEA 2019 menerusi penampilan pasangan adik beradik.

Nazmizan persoal tindakan KOM gugur Zulfiqar

Posted: 28 Nov 2019 05:14 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengguguran pelari pecut negara, Muhammad Zulfiqar Ismail ke Sukan SEA Filipina pada saat akhir dalam acara 100 meter (m) lelaki mencetuskan tanda tanya apakah yang sebenarnya terjadi.

Hanya waktu Subuh yang berubah - Mufti Selangor

Posted: 28 Nov 2019 05:08 AM PST

SHAH ALAM: Perubahan waktu solat yang diumumkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini, hanya membabitkan waktu Subuh sahaja manakala waktu solat lain adalah seperti yang tertakluk dalam takwim solat.

60,000 penduduk Texas diarah pindah, loji petrokimia terbakar

Posted: 28 Nov 2019 04:53 AM PST

PORT NECHES: Tiga pekerja cedera manakala penduduk di empat bandar diarah berpindah selepas letupan sebuah loji petrokimia di Texas, Amerika Syarikat (AS) semalam, terbaharu dalam siri kemalangan kilang kimia di rantau itu.

Perak sah hilang khidmat Ronaldo, Brendan

Posted: 28 Nov 2019 04:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketika Kedah rancak mendapatkan pemain baharu, situasi sebaliknya pula dihadapi jirannya, Perak apabila dua tonggak, Ronaldo Henrique Silva dan Brendan Gan mengesahkan 'angkat kaki' daripada pasukan berkenaan.

FICSB tak kemukakan kertas permohonan beli Merdeka Palace Hotel

Posted: 28 Nov 2019 04:40 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha Lembaga Felda memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa tiada permohonan dikemukakan Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Felda Investment Corporation Sdn Bhd (FICSB) untuk mendapatkan kelulusan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPSH) di Kuching, Sarawak.

Israel roboh rumah penduduk Palestin

Posted: 28 Nov 2019 04:37 AM PST

HEBRON: Israel hari ini merobohkan rumah empat penduduk Palestin di Tebing Barat yang dituduh melakukan serangan maut, mencetuskan pertembungan dengan penunjuk perasaan yang membaling batu.

MITI, firma Malaysia adakan misi perdagangan dan pelaburan ke Jepun

Posted: 28 Nov 2019 04:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), 60 syarikat Malaysia serta pegawai kerajaan akan mengadakan Misi Perdagangan dan Pelaburan (TIM) ke Jepun mulai esok sehingga 5 Disember 2019.

Mahkamah benarkan pembelajaran Jawi di sekolah Cina, Tamil

Posted: 28 Nov 2019 04:33 AM PST

GEORGETOWN: Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, hari ini, menolak permohonan GERAKAN yang mahu pembelajaran tulisan Jawi tidak diajar di sekolah Cina dan Tamil di seluruh negara.

ASNB umum agihan pengagihan pendapatan 4.25 sen untuk ASN Imbang 1

Posted: 28 Nov 2019 04:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), mengumumkan pengagihan pendapatan bagi dana harga berubah, ASN Imbang (Aset Campuran) 1 sebanyak 4.25 sen seunit, bagi tahun kewangan berakhir 30 November 2019.

Emery yakin takkan dipecat

Posted: 28 Nov 2019 04:30 AM PST

LONDON: Bos Arsenal, Unai Emery menegaskan dia masih mendapat sokongan pengurusan tertinggi kelab ketika tekanan peminat untuk melihatnya disingkirkan kian memuncak.

Ainul Mardhiah semakin aktif, cepat bertindak balas

Posted: 28 Nov 2019 04:26 AM PST

MELAKA: Bayi kesayangan rakyat Malaysia yang sebelum ini menderita kanser 'Germ Cell Tumor' di mulut, Ainul Mardhiah Ahmad Safiuddin kini semakin bergerak aktif malah dikatakan cepat bertindak balas terhadap rangsangan audio, visual, dan sentuhan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template