Sunday, November 3, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Malaysia terima kesan sekatan terhadap Iran - PM

Posted: 03 Nov 2019 04:21 AM PST

BANGKOK: Malaysia turut menerima kesan daripada tindakan negara tertentu mengenakan sekatan perdagangan terhadap Iran, kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

6 cedera ditikam di Hong Kong

Posted: 03 Nov 2019 07:59 AM PST

HONG KONG: Seorang lelaki mengamuk bersenjatakan pisau di Hong Kong, hari ini, sehingga menyebabkan enam orang cedera termasuk seorang ahli politik pro demokrasi tempatan yang cedera selepas telinga beliau digigit.

Infantino sokong ASEAN bida Piala Dunia 2034

Posted: 03 Nov 2019 07:48 AM PST

BANGKOK: Presiden Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino mengalu-alukan bidaan bersama negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) bagi menganjurkan Piala Dunia 2034.

2 juta pelarian Palestin terjejas, kakitangan PBB mogok

Posted: 03 Nov 2019 07:17 AM PST

AMMAN: Ribuan kakitangan agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk penduduk Palestin melancarkan mogok di Jordan, hari ini.

Banjir di Hilir Perak beransur pulih

Posted: 03 Nov 2019 06:33 AM PST

IPOH: Banjir termenung yang melanda daerah Hilir Perak beransur pulih selepas lebih 80 penduduk yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan Changkat Jong, Teluk Intan dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing.

'Kembar' Christiano Ronaldo ditemui mati ditikam

Posted: 03 Nov 2019 06:30 AM PST

ZURICH: Seorang pendandan rambut selebriti yang diberi jolokan 'kembar Christiano Ronaldo' ditemui mati ditikam dalam sebuah bilik hotel di Albisrieden di sini, Jumaat lalu.

GERAKAN dakwa papan kenyataan kempen disabotaj

Posted: 03 Nov 2019 06:27 AM PST

PONTIAN: Polis menerima aduan berhubung dakwaan sabotaj pihak tertentu ke atas bahan kempen milik calon GERAKAN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

RM2.6 juta hasil jualan lukisan sempena lelongan HBAA

Posted: 03 Nov 2019 03:39 AM PST

KUALA LUMPUR: Lukisan bertajuk 'Mindscape' ciptaan Abdul Latiff Mohidin, yang dijual pada harga RM313,000, menjadi karya termahal dilelong sempena acara lelongan Henry Butcher Art Auctioneers (HBAA) di Galeri Prima, Balai Berita di sini, hari ini.

SSTMI Tsunami Juniors pamer kehebatan

Posted: 03 Nov 2019 06:04 AM PST

SEREMBAN: Pasukan SSTMI Tsunami Juniors dari Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) Johor menjuarai kategori utama lelaki bawah 16 tahun Kejohanan Ragbi Antarabangsa Super KGV 10 Sepasukan 2019, hari ini.

Mourinho terus buat Emery tak senang duduk

Posted: 03 Nov 2019 05:34 AM PST

LONDON: Spekulasi membabitkan perubahan struktur pengurusan di Emirates terus meningkat selepas Jose Mourinho dilaporkan menemui Ketua Bolasepak Arsenal, Raul Sanllehi, minggu lalu.

Bukan mudah memuktamadkan RCEP - PM

Posted: 03 Nov 2019 04:23 AM PST

BANGKOK: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengakui rundingan pelbagai hala seperti Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) bukan perkara yang mudah.

Boris Johnson minta maaf gagal bawa Britain keluar EU akhir Oktober

Posted: 03 Nov 2019 05:26 AM PST

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson hari ini memohon maaf kerana tidak membawa Britain meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) menjelang 31 Oktober manakala pemimpin utama Brexit, Nigel Farage mengumumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum bulan hadapan.

Tunku Azizah bawa hasil kraf penjara ke Yogyakarta

Posted: 03 Nov 2019 05:18 AM PST

KAJANG: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan untuk membawa hasil produk kraftangan penghuni penjara ke Simposium Tekstil Tradisional ASEAN ketujuh, di Yogyakarta, Indonesia, bermula esok.

Dr Mahathir bertemu Perdana Menteri New Zealand

Posted: 03 Nov 2019 05:15 AM PST

BANGKOK: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bertemu rakan sejawatannya dari New Zealand, Jacinda Ardern di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-35 dan Sidang Kemuncak berkaitan di sini.

Pesawat Shinzo Abe dilanda kebakaran kecil

Posted: 03 Nov 2019 04:56 AM PST

TOKYO: Satu kebakaran kecil tercetus di atas jet peribadi kerajaan hari ini ketika Perdana Menteri, Shinzo Abe berada dalam penerbangan itu, namun segera dipadamkan tanpa sebarang kecederaan, lapor media.

70 sertai kem bakat badminton KBS

Posted: 03 Nov 2019 04:51 AM PST

KUANTAN: Seramai 70 peserta berumur tujuh hingga 12 tahun seluruh Pahang menyertai Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2019 di Dewan Kompleks Belia dan Sukan Pahang, di sini hari ini.

Rancangan pindah Rohingya ke pulau 'tidak pasti'

Posted: 03 Nov 2019 04:33 AM PST

DHAKA: Bangladesh memaklumkan rancangan memindahkan ribuan etnik Rohingya di kem pelarian sesak ke sebuah pulau terpencil kini 'tidak pasti', selepas pihak berkuasa negara itu gagal mendapat sokongan daripada beberapa agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Air mata Hafizh gugur di Sepang

Posted: 03 Nov 2019 03:51 AM PST

SEPANG: Penunggang MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mengakui perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia tahun ini meninggalkan kesan yang mendalam terhadap dirinya.

Mane rendah diri

Posted: 03 Nov 2019 03:32 AM PST

LONDON: Sadio Mane mengakui tahapnya masih jauh di belakang pemain yang digelar 'gergasi' iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.

MUSA serah kepada Zainal pilih pemain

Posted: 03 Nov 2019 03:20 AM PST

MELAKA: Pengendali Melaka United (MU) Zainal Abidin Hassan diberi kepercayaan memilih barisan pemain skuad berkenaan bagi mengharungi saingan Liga Malaysia musim depan.

Shahirah bangga anak sulung terima diploma

Posted: 03 Nov 2019 03:13 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengacara dan penyampai radio popular, Sharifah Shahirah bangga melihat anak sulungnya, Allisya Tahir menggenggam diploma dalam jurusan Pengajian Komunikasi dan Media, semalam.

Polis siasat kes lelaki rogol wanita di tanah perkuburan

Posted: 03 Nov 2019 03:13 AM PST

EAST SUSSEX (ENGLAND) : Polis membuka kertas siasatan susulan kes rogol membabitkan wanita berusia 50an di sebuah tanah perkuburan, yang mendakwa diperkosa seorang lelaki ketika sedang duduk di sebuah bangku.

Aramco: Syarikat paling untung di dunia disenaraikan

Posted: 03 Nov 2019 03:06 AM PST

RIYADH: Syarikat minyak dan gas Arab Saudi, Aramco mengesahkan rancangan untuk disenaraikan di pasaran saham Riyadh dalam apa yang disifatkan sebagai mungkin penyenaraian awam terbesar (IPO) dunia.

Pembelian Helikopter: Tunggu pandangan Peguam Negara

Posted: 03 Nov 2019 02:52 AM PST

KOTA BHARU: Kementerian Pertahanan akan mendapatkan pandangan Peguam Negara sama ada perlu mengambil tindakan undang-undang berhubung pembelian enam helikopter tempur ringan jenis MD 530G bernilai RM300 juta yang masih belum diterima.

Model koperasi urus tanah sawah dilancar tahun hadapan

Posted: 03 Nov 2019 01:13 AM PDT

KOTA TINGGI: Model koperasi perintis yang menguruskan ladang padi berskala besar hasil daripada tanah sawah kecil yang dicantumkan dijangka dilancarkan suku kedua tahun hadapan.

Media Prima-NSTP bantu 393 mangsa banjir

Posted: 03 Nov 2019 01:23 AM PDT

TELUK INTAN: Seramai 393 mangsa banjir membabitkan 117 keluarga di Changkat Jong, dekat sini menerima sumbangan daripada Tabung Bencana NSTP-Media Prima, hari ini.

PATI sanggup gadai nyawa elak ditahan Imigresen

Posted: 03 Nov 2019 12:41 AM PDT

SUNGAI BULOH: Sanggup menggadai nyawa menyeberangi lebuh raya, terjun ke dalam sungai, menyorok di celah pokok pisang, berpura-pura pengsan, malah ada yang cuba menyerang penguat kuasa Jabatan Imigresen.

15,000 lampu LED terangi jalan kampung

Posted: 03 Nov 2019 02:43 AM PST

MUAR: Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) akan menambah bekalan lampu jalan jenis diod pemancar cahaya (LED) di kawasan jalan kampung di seluruh negara.

Dasar Kebersihan Negara bermula dengan rakyat yang bertanggungjawab

Posted: 02 Nov 2019 11:43 PM PDT

JASIN: Sokongan dan kerjasama rakyat akan merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara lebih sejahtera, bersih dan aman dalam menguruskan sisa pepejal dan sampah dengan cara yang baik menerusi Dasar Kebersihan Negara.

Bangkai gajah Pygmy Borneo yang ketiga ditemui

Posted: 03 Nov 2019 02:40 AM PST

KINABATANGAN: Bangkai seekor lagi gajah Pygmy Borneo ditemui di Sungai Kinabatangan, di sini pagi tadi.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template