Saturday, November 30, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Lebih 2,100 penduduk diarah pindah di Terengganu dan Kelantan

Posted: 30 Nov 2019 08:34 AM PST

KUALA LUMPUR: Hujan lebat berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di tujuh daerah di Terengganu dan Kelantan kini mencecah 2,116 orang daripada 612 keluarga, yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) sehingga jam 11 malam tadi.

Real rampas puncak La Liga

Posted: 30 Nov 2019 08:29 AM PST

MADRID: Sergio Ramos meledak gol tetapi menghadiahkan penalti kepada pihak lawan ketika Real Madrid bergelut mengatasi Alaves 2-1, malam tadi untuk mendaki tangga teratas La Liga sebelum pertemuan di antara Barcelona dan Atletico Madrid, esok.

Buta dendangan Caliph Buskers ungguli Anugerah Nasyid 19

Posted: 30 Nov 2019 08:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Buta ciptaan Faizal Tahir, Mike Chan dan Ezra Kong dendangan Caliph Buskers diumumkan sebagai Juara Anugerah Lagu Terbaik, Anugerah Nasyid 19 (AN19) yang berlangsung di Dewan Besar, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), di sini, malam tadi.

Hamilton ungguli sesi kelayakan GP Abu Dhabi

Posted: 30 Nov 2019 07:35 AM PST

ABU DHABI: Lewis Hamilton merangkul petak utama pertamanya dalam tempoh empat bulan ketika pasukan Mercedes AMG PETRONAS mengungguli sesi kelayakan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Abu Dhabi di Litar Yas Marina, hari ini.

Tunku Azizah bertemu Setiausaha Agung SCMC di Abu Dhabi

Posted: 30 Nov 2019 06:26 AM PST

KUALA LUMPUR: Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, berkenan berangkat bertemu Setiausaha Agong Supreme Council for Motherhood and Childhood (SCMC) Emiriah Arab Bersatu, Reem Abdullah Al Falasi, di General Women Union's Office, Abu Dhabi, hari ini.

Al-Sultan Abdullah berangkat melawat Abu Dhabi National Oil Company

Posted: 30 Nov 2019 07:29 AM PST

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan berangkat ke Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC), hari ini.

Newcastle ikat Man City

Posted: 30 Nov 2019 07:26 AM PST

NEWCASTLE: Penyandang juara, Manchester City melepaskan dua mata penting bagi pemburuan kejuaraan Liga Perdana ketika jaringan lewat Jonjo Shelvey menghadiahkan Newcastle United keputusan seri 2-2 di gelanggang sendiri, malam tadi.

50 korban gempa Albania, misi pencarian ditamatkan

Posted: 30 Nov 2019 07:22 AM PST

TIRANA: Jumlah kematian gempa bumi kuat Albania meningkat kepada 50 orang, ketika pencarian mangsa terselamat ditamatkan, kata Perdana Menteri Edi Rama, hari ini.

Polis Belanda buru suspek selepas 3 ditikam

Posted: 30 Nov 2019 07:17 AM PST

HAGUE: Polis Belanda menjalankan pemburuan besar-besaran, hari ini, untuk mencari seorang penyerang yang menikam tiga belia di kawasan membeli-belah utama di The Hague.

Silat jadi aktiviti kokurikulum di sekolah, universiti

Posted: 30 Nov 2019 01:41 AM PST

BATU PAHAT: Seni Silat akan diperluaskan sebagai aktiviti kokurikulum secara berperingkat di sekolah manakala di peringkat universiti ianya dicadangkan sebagai subjek pilihan dengan sistem kredit yang boleh dipindahkan.

Mangsa banjir di Terengganu turun lagi

Posted: 30 Nov 2019 05:39 AM PST

KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir di Terengganu terus menunjukkan penurunan kepada 1,690 orang daripada 468 keluarga di 28 pusat pemindahan sementara (PPS) di empat daerah setakat jam 9 malam ini.

Anwar enggan layan desakan mohon maaf

Posted: 30 Nov 2019 02:33 AM PST

GEORGETOWN: Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, enggan melayan desakan sekumpulan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR yang mendesaknya supaya memohon maaf susulan pemecatan Zakaria Abdul Hamid sebagai Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.

Man United kurang kualiti - De Gea

Posted: 30 Nov 2019 06:34 AM PST

MANCHESTER: Manchester United tidak patut dipersalahkan atas alasan tidak kuat berusaha tetapi prestasi buruk pasukan itu ketika ini adalah disebabkan kekurangan kualiti di sesetengah posisi, kata penjaga gol David De Gea.

Pakaian kebangsaan gah merentasi Philippine Arena

Posted: 30 Nov 2019 06:16 AM PST

BULACAN, Filipina: Sukan SEA ke-30 kini dengan rasminya bermula dengan berlangsungnya acara perasmian secara gilang gemilang di Philippine Arena di sini, sebentar tadi.

Berbaloi tunggu Kpah

Posted: 30 Nov 2019 05:59 AM PST

ALOR SETAR: Penantian selama enam jam puluhan penyokong Kedah untuk melihat penyerang baharu pasukan itu, Kpah Sherman ternyata berbaloi apabila pemain itu tiba di Alor Setar, malam tadi.

GPS nafi Ahli Parlimen tak isytihar harta

Posted: 30 Nov 2019 05:52 AM PST

Kuala Lumpur : Seramai 12 Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) sudah mengisytiharkan harta kepada Speaker Dewan Rakyat dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sukan SEA 2019

Posted: 30 Nov 2019 05:20 AM PST

Kontinjen negara yang diketuai Datuk Megat Zulkarnain Omardin dan pembawa Jalur Gemilang yang juga atlet tenpin boling, Muhammad Rafiq Ismail ketika memasuki perarakan masuk atlet pada upacara perasmian Sukan SEA Manila 2019 di Philipines Arena.

OPPO buka konsep Experience Zones

Posted: 30 Nov 2019 05:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Jenama peranti pintar global terkemuka, OPPO meluaskan lagi empayar jenamanya dengan membuka kedai pertama seumpamanya yang memiliki kemudahan 'Experience Zones' dan 'Service & Repair Zone' di pusat membeli-belah di ibu kota.

Upacara perasmian Sukan SEA 2019 berlangsung gilang-gemilang

Posted: 30 Nov 2019 05:23 AM PST

MANILA: Temasya Sukan SEA ke-30 dibuka secara rasmi dengan penuh tradisi dalam satu majlis pembukaan penuh gilang gemilang di stadium terbesar dunia, Philippines Arena, di Bulacan, dekat sini, malam ini.

Tekun Delivery bantu graduan, 'mat motor' tambah pendapatan

Posted: 30 Nov 2019 04:50 AM PST

ALOR GAJAH: Kerajaan akan memperkenalkan program 'Tekun Delivery' sebagai antara usaha membantu 'mat motor', graduan menganggur serta belia dalam golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah (B40) menambahkan sumber pendapatan melalui perkhidmatan penghantaran.

Ibu redah banjir selamatkan anak OKU

Posted: 29 Nov 2019 11:02 PM PST

TANAH MERAH: "Air naik dengan cepat, saya terpaksa redah air pada paras pinggang sambil mendukung anak OKU sebelum menaiki kereta ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Kelewek."

Sungai Tembeling mula melimpah ke Kuala Tahan

Posted: 30 Nov 2019 03:53 AM PST

JERANTUT: Penduduk di Kuala Tahan kini mula resah apabila air sungai dari hulu mulai turun dan beberapa kampung di hilir sungai Tembeling seperti Kampung Pagi dan Kuala Tahan dinaiki air lewat petang tadi.

Guru rugi RM25,000 beg tangan dalam kereta dilarikan

Posted: 30 Nov 2019 03:46 AM PST

PERMAISURI: Tindakan seorang guru meninggalkan beg tangan dalam kereta menyebabkannya kerugian dianggarkan RM25,000, apabila cermin kenderaannya dipecahkan dan beg tangan dilarikan penjenayah.

Zaqhwan, Adam takluk Buriram

Posted: 30 Nov 2019 03:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Penunggang negara, Md Zaqhwan Zaidi mengungguli perlumbaan pertama pusingan kemuncak Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2019 kelas elit Asia Superbike 1000cc di Litar Antarabangsa Chang, Buriram, Thailand, hari ini.

Pulau Pinang sasar kejayaan mutlak di laman sendiri

Posted: 30 Nov 2019 03:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Tuan rumah, Pulau Pinang menampilkan kejaguhannya apabila mengesahkan kemaraan ke separuh akhir dalam semua kategori di Kejohanan Badminton Kebangsaan Antara Negeri Berpasukan Bawah 12 (B-12) dan B-16 Tahun 100Plus, hari ini.

Pesakit, kakitangan Pusat Rehabilitasi PERKESO berkumpul rai Deepavali

Posted: 30 Nov 2019 02:51 AM PST

MELAKA: Sambutan Hari Deepavali sudah kira-kira sebulan berlalu, namun kemeriahannya masih terasa termasuk di Pusat Rehabilitasi Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Tun Abdul Razak, di sini.

Mangsa banjir di Terengganu berkurangan

Posted: 30 Nov 2019 02:24 AM PST

KUALA TERENGGANU: Jumlah mangsa banjir di Terengganu berkurangan sedikit kepada 1,960 orang daripada 559 keluarga dengan hanya 29 pusat pemindahan sementara (PPS) masih beroperasi di empat daerah setakat jam 6 petang ini.

MFL umum tarikh bayaran baki geran tahunan Liga M 14 Disember

Posted: 30 Nov 2019 02:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Status bayaran kedua geran tahunan atau hak penyiaran kepada pasukan Liga Malaysia (Liga M) musim lalu masih belum menemui jawapan.

50 pemilik senjata bantah perubahan undang-undang NZ

Posted: 30 Nov 2019 02:29 AM PST

MELBOURNE: Sekumpulan 50 pemilik senjata api New Zealand membantah pembaharuan peraturan senjata api, mengemukakan nota perbalahan berhubung tindakan mengetatkan undang-undang senjata api selepas pembunuhan beramai-ramai di Christchurch pada Mac lalu hingga mengorbankan 51 orang jemaah.

Muzik Masdo kreatif, berbeza - Azmeer

Posted: 30 Nov 2019 02:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Ketua juri Separuh Akhir Muzik Muzik 34 (SFMM34), Azmeer, menjelaskan pemilihan empat kumpulan ke Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) adalah berdasarkan kekuatan lagu masing-masing.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template