Monday, November 4, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Klopp tempelak Guardiola

Posted: 04 Nov 2019 08:24 AM PST

LONDON: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menolak tuduhan bos Manchester City, Pep Guardiola yang mendakwa Sadio Mane gemar merebahkan badan menjelang pertembungan menarik membabitkan dua pasukan teratas Liga Perdana itu.

Kanak-kanak pelarian wajar diberi pendidikan formal - MAPIM

Posted: 04 Nov 2019 08:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa kerajaan menyemak semula dasar pendidikan membabitkan kanak-kanak pelarian dan tanpa dokumen di negara ini.

Azhar Idrus patah tangan, hidung

Posted: 04 Nov 2019 07:16 AM PST

KUALA TERENGGANU: Penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) patah tangan kiri dan hidung selepas terjatuh basikal ketika perjalanan pulang ke rumahnya di Jalan Pusara, di sini, petang tadi.

Nadal rampas ranking nombor satu dunia

Posted: 04 Nov 2019 07:20 AM PST

PARIS: Rafael Nadal kembali menghunis ranking nombor satu dunia buat kali kelapan dalam kariernya selepas ATP mengeluarkan senarai baharu, hari ini.

4 kru kapal tangki diculik di Togo

Posted: 04 Nov 2019 06:40 AM PST

LOME: Sekumpulan lanun menculik empat kru sebuah kapal tangki minyak Greece sebagai tebusan di luar pantai Togo, hari ini.

Iran umum peningkatan pengeluaran uranium 10 kali ganda

Posted: 04 Nov 2019 07:01 AM PST

TEHRAN: Iran hari ini mengumumkan peningkatan lebih 10 kali ganda pengeluaran uranium diperkayakan susulan siri kegagalan perjanjian nuklear 2015 yang dipinggirkan Amerika Syarikat (AS).

Cardiff berisiko kena gantung

Posted: 04 Nov 2019 06:38 AM PST

LONDON: Cardiff City akan berdepan penggantungan perpindahan pemain selama tiga musim sekiranya mereka tidak membayar kelab Perancis, Nantes ansuran pertama perpindahan Emiliano Sala yang maut dalam nahas pesawat udara, Januari lalu.

KL mula langkah kanan

Posted: 04 Nov 2019 06:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Percaturan menyenaraikan barisan pemain bawah 21 tahun tidak memberi kesan kepada pasukan Kuala Lumpur (KL) dalam usaha mempertahankan gelaran pada Kejohanan Bola Jaring Kebangsaan ke-40 yang bermula hari ini.

Perjanjian perdagangan RCEP dimeterai tanpa India

Posted: 04 Nov 2019 05:59 AM PST

BANGKOK: ASEAN dan lima rakan dagangnya memuktamadkan rundingan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) tanpa India.

Mengaku tekap tapak kaki, lutut Zulfarhan guna seterika wap

Posted: 04 Nov 2019 05:33 AM PST

KUALA LUMPUR: Tertuduh pertama kes kematian Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain, hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa dia menekap bahagian tapak kaki dan lutut mangsa menggunakan seterika wap.

Kejar Jho Low sampai lubang cacing - Muhyiddin

Posted: 04 Nov 2019 05:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan berusaha mendapatkan kerjasama negara yang dipercayai menjadi lokasi persembunyian ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low.

Kes kecurian MotoGP: 3 pekerja syarikat keselamatan ditahan reman

Posted: 04 Nov 2019 05:26 AM PST

SEPANG: Tiga pengawal keselamatan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) direman hingga Rabu ini bagi membantu siasatan berhubung kes kecurian komponen dan barangan pasukan yang beraksi pada perlumbaan Grand Prix (GP) Malaysia, Jumaat lalu.

RM7 bilion kutipan dari PKPS

Posted: 04 Nov 2019 05:25 AM PST

KUALA LUMPUR: Kerajaan menganggarkan sebanyak RM7 bilion dikutip menerusi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berakhir September lalu.

Mangsa keganasan rumah tangga perlu kumpul bukti, lapor polis

Posted: 04 Nov 2019 05:16 AM PST

KUALA LUMPUR: Wanita dan individu yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga digesa merekod dan mengumpul bukti kejadian itu serta melaporkannya kepada polis.

Kabel pengecas telefon bimbit koyak, remaja maut kejutan elektrik

Posted: 04 Nov 2019 05:15 AM PST

CHAIYAPHUM (THAILAND): Seorang remaja perempuan maut akibat kejutan elektrik apabila kabel koyak digunakan untuk mengecas telefon menyentuh kaki katilnya yang diperbuat daripada besi.

41 pendatang Afghanistan ditemui dalam trak sejuk beku Greece

Posted: 04 Nov 2019 05:15 AM PST

THESSALONIKI: Polis Greece menemui 41 pendatang yang bersembunyi dalam sebuah trak sejuk beku di sebatang lebuh raya di utara negara itu hari ini.

Media Prima diiktiraf Laman Web Hubungan Pelabur Terbaik

Posted: 04 Nov 2019 04:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Media Prima Bhd (Media Prima) menerima pengiktirafan untuk Laman Web Hubungan Pelabur Terbaik pada penganjuran Anugerah Hubungan Pelabur Persatuan Hubungan Pelabur Malaysia (MIRA) atau Anugerah IR MIRA 2019, baru-baru ini.

Senyuman Vardy sudah kembali - Rodgers

Posted: 04 Nov 2019 04:49 AM PST

LONDON: Pengurus Leicester City, Brendan Rodgers berkata senyuman sudah kembali ke wajah penyerangnya, Jamie Vardy dan dengan 'sedikit penyesuaian', ia membantu pemain itu mengungguli carta penjaring Liga Perdana.

2 sindiket ceti haram tumpas di Pahang

Posted: 03 Nov 2019 10:04 PM PST

KUANTAN: Dua sindiket ceti haram atau `Ah Long' yang aktif beroperasi di negeri ini tumpas dalam operasi khas, Ops Vulture, oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Ibu pejabat Polis Kontingen (IPK) Pahang, 30 Oktober lalu.

Mohammad Mentek ketuai 284 penerima anugerah kebesaran TYT Melaka

Posted: 03 Nov 2019 08:45 PM PST

AYER KEROH: Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Seri Mohammad Mentek, mendahului seramai 284 penerima anugerah Darjah, Pingat dan Bintang Kebesaran Negeri Melaka bagi sesi ketiga sempena Hari Jadi ke-81, Yang di-Pertua Negeri, Tun Dr Mohd Khalil Yaakob.

Coway Lady sedia berkhidmat untuk pengguna

Posted: 04 Nov 2019 04:06 AM PST

KUALA LUMPUR: Jenama Coway yang menawarkan pelbagai produk penjagaan air dan udara berkualiti, tidak asing lagi kerana kini semakin ramai mengenali dan menggunakan produk jenama berkenaan.

Kurangkan birokrasi salur bantuan

Posted: 04 Nov 2019 01:49 AM PST

PONTIAN: Kerajaan komited mengurangkan kerenah birokrasi yang menyebabkan penyaluran bantuan kepada orang ramai terutama membabitkan kes mangsa bencana, mengambil masa agak lama.

Ainul Mardhiah sudah pandai senyum dan gelak

Posted: 04 Nov 2019 03:24 AM PST

MELAKA: "Alhamdulillah, Ainul Mardhiah sudah pandai tersenyum dan gelak bila kita suka mengagahnya," kata Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24, bapa kepada Ainul Mardhiah, bayi kesayangan rakyat Malaysia yang sebelum ini menderita kanser 'Germ Cell Tumor' di mulut.

Dua wartawan ditemui mati ditikam

Posted: 04 Nov 2019 03:39 AM PST

MEDAN: Dua wartawan tempatan yang terbabit sebagai orang tengah dalam pertikaian tanah antara kilang minyak kelapa sawit dan penduduk setempat ditemui mati dengan kesan tikaman di sebuah ladang di Sumatera.

Kenyataan berbeza sebab salah faham - Mohamaddin

Posted: 04 Nov 2019 03:38 AM PST

KUALA LUMPUR: Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi menjelaskan berlaku salah faham berhubung isu membawa pameran makam dan artifak Firaun Mesir, Ramses II, dan Tutankhamun, sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

PAS kaji hubungan dengan BERJASA

Posted: 04 Nov 2019 03:38 AM PST

KUALA LUMPUR: PAS akan mengkaji semula hubungan dengan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA) dalam Gagasan Sejahtera, susulan parti itu meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai.

Prestasi TH kukuh selepas penstrukturan semula

Posted: 04 Nov 2019 03:35 AM PST

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan prestasi kewangan yang kukuh selepas pelan penstrukturan semula pada Mei tahun ini diselesaikan menerusi pemindahan aset tidak berdaya maju kepada syarikat tujuan khas (SPV), Urusharta Jemaah Sdn Bhd (Urusharta Jemaah).

City layan Reds tanpa Silva

Posted: 04 Nov 2019 03:34 AM PST

LONDON: Kapten Manchester City, David Silva berkemungkinan terlepas pertembungan menarik dua pasukan teratas Liga Perdana menentang Liverpool, awal pagi Isnin depan susulan kecederaan, kata pengendalinya Pep Guardiola.

Biarlah PAS dengan cara dia - Salahuddin

Posted: 04 Nov 2019 03:32 AM PST

PONTIAN: Parti Amanah Negara (AMANAH) kesal dengan tindakan pembangkang yang didakwa memutarbelit isu hudud untuk kepentingan sendiri.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Posted: 04 Nov 2019 03:31 AM PST

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan kenaikan pada minggu lalu untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dengan bersandarkan dolar AS yang lebih lemah dan pemangkin positif dalami pasaran tempatan, kata peniaga.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template