Wednesday, November 6, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Cyprus batal 26 kerakyatan individu skim pasport rahsia

Posted: 06 Nov 2019 07:33 AM PST

ATHENS: Cyprus hari ini berkata, ia sudah memulakan proses melucutkan 26 kerakyatan individu yang diterima menerusi skim pasport rahsia untuk pelaburan, mengakui ia memiliki kelemahan.

Komitmen tinggi perlu pertahan emas bola jaring di Filipina

Posted: 06 Nov 2019 07:58 AM PST

KUALA LUMPUR: Komitmen yang tinggi amat diperlukan tidak kira sama ada daripada pemain lama atau baharu dalam usaha skuad bola jaring negara mempertahankan pingat emas di Sukan SEA Filipina, kata An Najwa Azizan.

Harapan Lin Dan ke Olimpik Tokyo terus pudar

Posted: 06 Nov 2019 07:52 AM PST

SHANGHAI: Harapan Lin Dan untuk merangkul emas ketiga Sukan Olimpik menerima satu lagi tamparan hebat apabila tewas di pusingan pertama di tangan rakan senegara, Chen Long pada saingan Terbuka China di Fuzhou, hari ini.

57,368 kemalangan jalan raya dilapor antara Januari-September - PERKESO

Posted: 06 Nov 2019 07:15 AM PST

KOTA KINABALU: Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) menerima 57,368 laporan berhubung kes-kes kemalangan jalan raya membabitkan pekerja yang sedang dalam perjalanan pergi atau balik dari tempat kerja, dalam tempoh antara Januari dan September lepas.

Tiada VAR, GLT saingan Liga M musim depan

Posted: 06 Nov 2019 07:12 AM PST

PETALING JAYA: Penggunaan pengadil bantuan video (VAR) dan teknologi garisan gol (GLT) tidak akan mewarnai saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim hadapan, kata Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam.

4 pelancong antara 8 cedera, serangan pisau di Jordan

Posted: 06 Nov 2019 06:51 AM PST

AMMAN: Lapan orang termasuk empat pelancong, cedera dalam serangan pisau hari ini di tapak arkeologi terkenal di Jerash, utara Jordan, kata seorang jurucakap keselamatan.

Poad Sprint Academy cemerlang di Sabah

Posted: 06 Nov 2019 06:49 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengasas Poad Sprint Academy (PSA), Mohd Poad Md Kassim berharap keputusan memberangsangkan dicipta dalam kejohanan olahraga di Sabah baru-baru ini dapat diteruskan sekali gus dipertingkatkan.

PKNS, EEC bangun projek eko pelancongan di Bernam Jaya

Posted: 06 Nov 2019 01:40 AM PST

SHAH ALAM: Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan syarikat Eastern Ecotourism City Sdn Bhd (EEC) memeterai perjanjian kerjasama bagi membangunkan tanah di Bernam Jaya, Hulu Selangor dalam tempoh tujuh tahun.

PM Britain umum pilihan raya awal 12 Disember, lancar kempen

Posted: 06 Nov 2019 06:29 AM PST

LONDON: Pelancaran kempen pilihan raya Perdana Menteri Britain Boris Johnson dicemari peletakan jawatan seorang daripada menterinya, kesilapan mengenai mangsa kebakaran sebuah menara dan video lawan dikeluarkan partinya.

Pengarah JTU Sabah dilantik SKN Sabah baharu

Posted: 06 Nov 2019 02:41 AM PST

KOTA KINABALU: Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) Sabah, Datuk Safar Untong, dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SKN) Sabah yang baharu menggantikan Datuk Hashim Paijan yang bersara wajib pada 2 November lalu.

Saya tak mahu tersalah pilih pengganti sekali lagi - Dr M

Posted: 06 Nov 2019 12:37 AM PST

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad bertekad untuk tidak mengulangi kesilapan lalu berhubung pemilihan penggantinya bagi jawatan Perdana Menteri.

Bekas eksekutif Goldman Sachs dibicara April 2020

Posted: 06 Nov 2019 01:44 AM PST

KUALA LUMPUR: Bekas ahli perbankan Goldman Sachs, Roger Ng Chong Hwa, 46, akan dibicarakan di Malaysia pada April depan kerana didakwa bersubahat dalam penjualan bon AS$6.5 bilion (RM26.89 bilion) dikaitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kata seorang pegawai perundangan hari ini.

Rimau muda belasah Brunei 11-0 di Kemboja

Posted: 06 Nov 2019 05:54 AM PST

KUALA LUMPUR: Skuad bawah 18 (B-18) tahun negara kenduri gol di bumi Kemboja sebentar tadi selepas membelasah Brunei 11-0 dalam aksi kelayakan Kejuaraan B-19 AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) 2020 di Stadium Nasional Olimpik, Phnom Penh.

Muzik redakan stres, suntik kegembiraan - Dr Siti Hasmah

Posted: 06 Nov 2019 03:27 AM PST

KUALA LUMPUR: Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menyifatkan muzik mampu menjadi terapi yang baik untuk meredakan stres dan menyuntik kegembiraan dalam kalangan wanita kerana mereka dibebani pelbagai peranan serta tugasan.

Undang-undang baharu syor hukuman lebih berat kes cemar alam sekitar

Posted: 06 Nov 2019 12:54 AM PST

KOTA KINABALU: Draf undang-undang baharu bagi menggantikan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bertujuan memantapkan lagi aspek kawalan dan penguatkuasaan ke atas kes-kes pencemaran, dijangka dibentangkan di Parlimen pada tahun depan.

TM lancar jersi `Team Malaysia' semarak sokongan Sukan SEA, Olimpik

Posted: 06 Nov 2019 05:50 AM PST

KUALA LUMPUR: Penyokong sukan tanah air berpeluang menyarung jersi edisi terhad 'Team Malaysia', bagi menunjukkan sokongan kepada kontinjen negara pada Sukan SEA ke-30 di Filipina, yang dijadual berlangsung dari 30 November hingga 11 Disember ini.

Kelantan United meriahkan bola sepak Kelantan

Posted: 06 Nov 2019 05:46 AM PST

KOTA BHARU: Kehadiran Kelantan United FC (KUFC) dalam saingan Liga Perdana musim depan memeriahkan bola sepak di negeri itu apabila turut bersaing dengan skuad utama The Red Warriors (TRW).

Ada pihak didakwa halang Kamarudin tanding presiden MHC

Posted: 06 Nov 2019 03:15 AM PST

KUALA LUMPUR: Kemelut menjelang pemilihan kepimpinan baharu Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) memasuki episod baharu dengan ada individu yang didakwa menghalang Datuk Kamarudin Meranun bertanding bagi merebut jawatan presiden.

Lufthansa batal 1,300 penerbangan kerana kru kabin mogok

Posted: 06 Nov 2019 05:43 AM PST

FRANKFURT AM MAIN: Syarikat penerbangan Jerman, Lufthansa berkata hari ini, ia membatalkan 1,300 penerbangan ketika kru kabinnya meneruskan mogok dua hari, menyebabkan perjalanan penumpang bertukar huru-hara di tengah pertelingkahan berhubung gaji dan situasi tempat kerja.

TNB meterai perjanjian penyusunan semula perniagaan

Posted: 06 Nov 2019 05:32 AM PST

KUALA LUMPUR: Tenaga Nasional Bhd (TNB) memeterai perjanjian bagi cadangan penyusunan semula dalamannya yang membabitkan pemindahan perniagaan penjanaan kuasa domestik dan perniagaan runcit elektrik kepada dua unit baharu, GenCo dan RetailCo.

FAM, Cuckoo jalin kerjasama

Posted: 06 Nov 2019 05:31 AM PST

PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan jenama peralatan rumah, Cuckoo sebagai rakan penaja terbaharu dalam usaha meningkatkan kualiti arena bola sepak dan futsal negara pada tahun 2020.

Harimau Malaya, Gajah Perang hanya tunggu waktu `bertempur'

Posted: 06 Nov 2019 05:28 AM PST

KUALA LUMPUR: Selepas mengejutkan pasukan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Thailand kini dalam persiapan mengekalkan rekod tanpa kalah, dalam kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, apabila bertemu skuad Harimau Malaya pada 14 November ini.

60,000 lampu jalan kampung dipasang - Rina

Posted: 06 Nov 2019 05:10 AM PST

PONTIAN: Sebanyak 60,000 lampu jalan kampung akan dibekalkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) sepanjang dua tahun ini, berbanding peruntukan hanya 10,000 lampu jalan sebelum ini.

Mahkamah ditunjukkan cara seterika wap diguna pada Zulfarhan

Posted: 06 Nov 2019 05:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes bunuh Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Zulfarhan Osman Zulkarnain di Mahkamah Tinggi hari ini ditunjukkan dengan demonstrasi seterika wap yang digunakan tertuduh kedua pada mangsa.

Piya belum mahu bersara

Posted: 06 Nov 2019 05:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain tengah Kelantan United, Mohd Bahdri Radzi membayangkan masih belum mahu bersara daripada kancah bola sepak negara.

Pencipta Indonesia reka peranti bantu penagih internet

Posted: 06 Nov 2019 02:59 AM PST

JAKARTA: Sekumpulan pelajar Universiti Indonesia diketuai pencipta Irfan Budi Satria, membangunkan peranti boleh dipakai yang dapat membantu pengguna internet mengurangkan tempoh mereka melayari telefon pintar masing-masing.

Dua rentung van terbabas dalam parit

Posted: 06 Nov 2019 04:57 AM PST

SEREMBAN: Dua lelaki rentung selepas van dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 262.3 Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini, petang tadi.

Bob ganti Siti?

Posted: 06 Nov 2019 04:43 AM PST

KUALA LUMPUR: "Kebetulan, saya memang sukakan lagu Anta Permana dan sering menyanyikannya dalam mana-mana persembahan, sebelum ini. Peminat pula memetik nama penyanyi asal lagu itu di akaun Instagram. Mungkin dari situ, ramai menyangka saya akan menyanyikan lagu terbabit menggantikan Datuk Seri Siti Nurhaliza."

Polis tahan 11 individu miliki dadah

Posted: 06 Nov 2019 04:57 AM PST

SEREMBAN: Polis menahan 11 orang, termasuk enam wanita warga Vietnam dalam Operasi Khas di daerah ini dengan merampas pelbagai jenis dadah berjumlah RM13,000.

Transformasi perniagaan, Media Prima bincang dengan kesatuan pekerja

Posted: 06 Nov 2019 04:51 AM PST

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (Media Prima) sedang bekerjasama dengan kesatuan pekerja bagi melaksanakan pelan transformasi perniagaan seperti diumumkan syarikat itu pada 1 November lalu.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template