BH Online - Terkini |
- Israel bina kereta kabel di Baitulmaqdis
- Burger McDonald's disimpan hampir 25 tahun
- 10 maut lombong emas Guinea runtuh
- Bomba tangkap 2 ular dalam enjin kereta
- Seorang maut, tiga cedera dirempuh bas
- SIC tingkat sistem keselamatan elak kes kecurian berulang
- 6 terbunuh serangan pemberontak di Yaman
- PM lancar visi, misi baharu Agrobank
- Pasangan India direjam kerana tidak sama kasta
- Penjimatan subsidi petrol diguna tambah baik pengangkutan awam
- Mane sindir Guardiola
- China buka 67 juta hektar ladang berkualiti tinggi
- 40 unit produk kraftangan dirampas
- Pemimpin pembangkang Kemboja dihalang naik pesawat di Paris
- Harimau Malaya perlu elak tekanan
- Bahan kimia di tebing sungai tidak berbahaya - EXCO
- LTAM optimis Jawairiah sempat pulih
- Tiada kebocoran bahan radioaktif dikesan
- Aimi tak mahu menyesal kemudian hari
- Tanggal apron, pura-pura jadi pelanggan restoran elak dicekup
- China, AS capai persetujuan batalkan tarif
- Kekal sebagai parti gabungan, janji terbesar dipenuhi PH - Dr Mahathir
- Bursa Malaysia ditutup tinggi
- RM5.8 bilion nilai kerugian angkara jenayah siber
- Industri penjagaan kesihatan berpotensi terus berkembang
- Indonesia pecat McMenemy selepas jumpa Harimau
- Doktor nasihat Camilla batal acara susulan masalah kesihatan
- Malaysia akan hantar surat rasmi kepada India mengenai Dr Zakir
- 'Rombongan London' beri gambaran tak baik
- Ahmad Maembong sering ditinggal kekasih
| Israel bina kereta kabel di Baitulmaqdis Posted: 07 Nov 2019 08:04 AM PST BAITULMAQDIS: Rancangan Israel membina kereta kabel di atas Baitulmaqdis ke tembok Bandar Lama mencetuskan penduduk Palestin yang berkata, ia akan menghapuskan warisan di kawasan bakal ibu negara mereka. |
| Burger McDonald's disimpan hampir 25 tahun Posted: 07 Nov 2019 07:44 AM PST SYDNEY: Sebiji burger McDonald's yang didakwa dibeli pada 1995 dan disimpan dalam bangsal selama bertahun namun ia tidak hancur, menurut dua lelaki yang kini menggelar hidangan Quarter Pounder berusia hampir 25 tahun itu sebagai 'mate' atau rakan mereka. |
| 10 maut lombong emas Guinea runtuh Posted: 07 Nov 2019 07:41 AM PST CONAKRY: Sekurang-kurangnya 10 orang maut sementara ada mangsa hilang, selepas sebuah lombong haram di timur laut Guinea runtuh, menurut pegawai tempatan dan palang Merah, hari ini. |
| Bomba tangkap 2 ular dalam enjin kereta Posted: 07 Nov 2019 06:04 AM PST KUANTAN: Dua ular jenis tedung selar dan rusuk kerbau ditangkap anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang dari Balai Bomba Raub yang sedang 'berehat' di bahagian enjin kereta, di Kampung Bukit Pampong, dekat Raub, petang tadi. |
| Seorang maut, tiga cedera dirempuh bas Posted: 07 Nov 2019 07:23 AM PST GEORGETOWN: Seorang penunggang motosikal maut manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di persimpangan Setia Triangle di Bayan Lepas, di sini, petang tadi. |
| SIC tingkat sistem keselamatan elak kes kecurian berulang Posted: 07 Nov 2019 07:06 AM PST PETALING JAYA: Syarat pemberian 'Green Pass' atau kad akreditasi akan diperketat pada perlumbaan Grand Prix Motosikal Malaysia (GP Malaysia) musim hadapan. |
| 6 terbunuh serangan pemberontak di Yaman Posted: 07 Nov 2019 06:57 AM PST ABU DHABI: Enam orang termasuk empat orang awam antara yang terbunuh dalam serangan pemberontak Yaman di pangkalan tentera di bandar pesisir pantai Laut Merah, Mokha kata sumber perubatan, hari ini. |
| PM lancar visi, misi baharu Agrobank Posted: 07 Nov 2019 05:43 AM PST KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melancarkan visi dan misi baharu Agrobank sempena sambutan Jubli Emas bank itu. |
| Pasangan India direjam kerana tidak sama kasta Posted: 07 Nov 2019 06:31 AM PST NEW DELHI: Saudara mara seorang wanita India yang berkahwin di luar kastanya dan lari dari rumah untuk mengelak dihukum, merejamnya dan suami hingga mati selepas pasangan itu kembali ke kampung mereka untuk mengunjungi keluarganya, kata polis hari ini. |
| Penjimatan subsidi petrol diguna tambah baik pengangkutan awam Posted: 07 Nov 2019 06:21 AM PST PUTRAJAYA: Sebahagian penjimatan daripada program subsidi petrol bersasar boleh digunakan bagi menambahbaik serta menyediakan pengangkutan awam di kawasan luar bandar dan separuh bandar. |
| Posted: 07 Nov 2019 06:17 AM PST LONDON: Penyerang Liverpool, Sadio Mane tidak akan mengubah cara permainannya sekalipun dituduh Pep Guardiola sebagai pemain yang suka merebahkan badan. |
| China buka 67 juta hektar ladang berkualiti tinggi Posted: 07 Nov 2019 06:14 AM PST BEIJING: China akan menyediakan 66.67 juta hektar tanah pertanian berkualiti tinggi menjelang 2022 untuk merangsang pengeluaran bijiran dan memastikan keselamatan makanan negara itu. |
| 40 unit produk kraftangan dirampas Posted: 07 Nov 2019 06:07 AM PST LANGKAWI: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Kedah merampas 40 unit produk kraftangan berasaskan buluh dan rotan di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa, Langkawi, hari ini. |
| Pemimpin pembangkang Kemboja dihalang naik pesawat di Paris Posted: 07 Nov 2019 06:05 AM PST PARIS: Pemimpin pembangkang Kemboja dalam buangan, Sam Rainsy dihalang daripada menaiki pesawat ke Thailand di ibu kota Perancis di sini hari ini, untuk perjalanan pulang ke tanah airnya. |
| Harimau Malaya perlu elak tekanan Posted: 07 Nov 2019 05:58 AM PST PETALING JAYA: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe mengingatkan semua pemain supaya tidak terlalu tertekan dengan harapan tinggi daripada seluruh penyokong Harimau Malaya bagi aksi kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 berdepan Thailand serta Indonesia pada 14 dan 19 November ini. |
| Bahan kimia di tebing sungai tidak berbahaya - EXCO Posted: 07 Nov 2019 05:50 AM PST SHAH ALAM: Bahan kimia yang dijumpai dibuang pihak tidak bertanggungjawab di tebing Sungai Klang, Puchong pada Selasa lalu adalah bahan kimia tidak merbahaya yang digunakan dalam industri makanan. |
| LTAM optimis Jawairiah sempat pulih Posted: 07 Nov 2019 05:48 AM PST KUALA LUMPUR: Pengurus pasukan tenis ke Sukan SEA Filipina 2019, Datuk Sallahuddin Ahmad Kamal optimis pemain utama negara, Jawairiah Noordin dapat pulih sepenuhnya sebelum temasya dwitahunan itu membuka tirainya, hujung bulan ini. |
| Tiada kebocoran bahan radioaktif dikesan Posted: 07 Nov 2019 01:18 AM PST PUTRAJAYA: Tiada kebocoran bahan radioaktif dikesan berlaku di sebuah gudang kargo milik Pos Aviation Sdn Bhd berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pagi tadi. |
| Aimi tak mahu menyesal kemudian hari Posted: 07 Nov 2019 05:38 AM PST KUALA LUMPUR: Tampil kali pertama pada temasya Sukan SEA, atlet triatlon berdarah campuran Malaysia-Jepun, Aimi Iwasaki Muhammad Moritoshi menegaskan dia mahu lakukan yang terbaik agar tidak menyesal di kemudian hari. |
| Tanggal apron, pura-pura jadi pelanggan restoran elak dicekup Posted: 07 Nov 2019 05:33 AM PST SHAH ALAM: Seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) berpura-pura menjadi pelanggan di sebuah restoran yang diserbu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Selangor petang semalam, bagi mengelakkan diri daripada ditahan pihak berkuasa. |
| China, AS capai persetujuan batalkan tarif Posted: 07 Nov 2019 05:04 AM PST BEIJING: China dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju secara berfasa untuk membatalkan beberapa tarif yang dikenakan semasa perang perdagangan selama beberapa bulan, kata Kementerian Perdagangan China. |
| Kekal sebagai parti gabungan, janji terbesar dipenuhi PH - Dr Mahathir Posted: 07 Nov 2019 04:56 AM PST PUTRAJAYA: Terus kekal sebagai gabungan parti yang memerintah adalah janji terbesar yang berjaya dipenuhi kerajaan Pakatan Harapan (PH) sejak mentadbir negara, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. |
| Posted: 07 Nov 2019 04:40 AM PST KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia menutup sesi dagangan hari ini pada paras tertinggi harian selepas meningkat pada saat-saat akhir didorong pengumuman Amerika Syarikat (AS) dan China bahawa mereka bersetuju untuk membatalkan tarif tambahan yang dikenakan antara satu sama lain. |
| RM5.8 bilion nilai kerugian angkara jenayah siber Posted: 07 Nov 2019 04:07 AM PST KUALA LUMPUR: Sebanyak 21,862 kes jenayah komersial direkodkan di seluruh negara membabitkan nilai kerugian mencecah RM5.8 billion bagi tempoh Januari hingga Oktober lalu. |
| Industri penjagaan kesihatan berpotensi terus berkembang Posted: 07 Nov 2019 04:21 AM PST KUALA LUMPUR: Industri penjagaan kesihatan Malaysia berpotensi tinggi untuk terus berkembang selaras dengan perkembangan gaya hidup. |
| Indonesia pecat McMenemy selepas jumpa Harimau Posted: 07 Nov 2019 04:16 AM PST JAKARTA: Indonesia sedang mencari jurulatih baharu selepas persatuan bola sepak mereka mengesahkan Simon McMenemy bakal dipecat selepas aksi Kelayakan Piala Dunia 2022 bertemu Malaysia, bulan ini. |
| Doktor nasihat Camilla batal acara susulan masalah kesihatan Posted: 07 Nov 2019 04:06 AM PST LONDON: Isteri Putera Charles, Camilla, membatalkan acara bakal dihadirinya atas nasihat doktor selepas beliau mengalami jangkitan dada, kata jurucakap pasangan itu hari ini. |
| Malaysia akan hantar surat rasmi kepada India mengenai Dr Zakir Posted: 07 Nov 2019 03:48 AM PST KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menghantar surat rasmi kepada India mengenai pendirian untuk tidak menghantar pulang pendakwah bebas, Dr Zakir Naik ke negara asalnya. |
| 'Rombongan London' beri gambaran tak baik Posted: 07 Nov 2019 03:41 AM PST KUALA LUMPUR: Tindakan Kesatuan Hoki Malaysia (MHC) membawa wakil persatuan negeri ke London bagi menyaksikan aksi playoff kelayakan Sukan Olimpik Tokyo 2020, baru-baru ini dianggap mencemarkan imej sukan tanah air. |
| Ahmad Maembong sering ditinggal kekasih Posted: 07 Nov 2019 02:55 AM PST PETALING JAYA: Sering gagal dalam percintaan membuatkan pelakon, Ahmad Maembong, 26, memilih untuk terus mendirikan rumah tangga seandainya bertemu gadis pilihan. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment