BH Online - Terkini |
- Bekas pemain bola sepak negara meninggal dunia
- Tonik tambahan jumpa Thailand
- Chelsea benam Palace
- Contohi pentadbiran Rasulullah pupuk perpaduan - Agong
- Jerman gesa Eropah pertahan kebebasan, demokrasi
- <img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> 'Pukat hantu' gugat, bunuh sumber marin negara
- Pemilik syarikat arah pembunuhan wartawan aktivis ditahan
- Mangsa banjir meningkat kepada 103 orang
- Kejutan terakhir buat hari jadi ibu
- NCIG bakal hentikan operasi di Malaysia
- Bangladesh, India pindah 450,000 penduduk elak Taufan Bulbul
- Guru hamil 37 minggu cedera ditikam suami
- Aktres Perancis dakwa diperkosa Roman Polanski 44 tahun lalu
- Pakar undang-undang syariah penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul
- Ribuan rakyat Jepun hadiri festival di Istana Imperial
- Cari titik persamaan untuk jadi negara Islam contoh
- Sumbangan keselamatan institusi tahfiz kriteria pemilihan Lee Lam Thye
- Banglo mewah pusat judi dalam talian diserbu
- 15 hospital kerajaan guna pendekatan perubatan tradisional
- Mbappe terlalu mahal untuk Liverpool - Klopp
- Aaron-Wooi Yik kandas di Terbuka China
- Penunggang basikal maut digilis lori
- Ketabahan Rasulullah beri semangat pendakwah Orang Asli
- Hockademy sedia latih pemain ke tahap tertinggi
- Syed Saddiq berang isu gimnas Terengganu
- JDT diramal dominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019
- Gunakan seni, kartun semai cinta kepada Nabi
- Latihan simulasi banjir tingkat kecekapan penyelamat
- PST, DSU juara Varsiti Boat Race 2019
- 'Suami saya kemurungan'
| Bekas pemain bola sepak negara meninggal dunia Posted: 09 Nov 2019 08:02 AM PST KOTA BHARU: Bekas pemain bola sepak negara, Mahadi Yusof meninggal dunia di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), di sini petang tadi akibat serangan jantung. |
| Posted: 09 Nov 2019 06:47 AM PST KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan mendapat tonik tambahan sebelum berdepan Thailand dalam kempen kelayakan Piala Dunia 2022/Piala 2023, Khamis ini selepas menewaskan Tajikistan 1-0 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional, Bukit Jalil, sebentar tadi. |
| Posted: 09 Nov 2019 06:45 AM PST LONDON: Chelsea memastikan kemenangan keenam berturut-turut dalam Liga Perdana untuk mendaki ke kedudukan kedua ketika Tammy Abraham dan Christian Pulisic masing-masing meledak gol untuk menang 2-0 mengatasi Crystal Palace sebentar tadi. |
| Contohi pentadbiran Rasulullah pupuk perpaduan - Agong Posted: 08 Nov 2019 07:50 PM PST KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, bertitah dua pendekatan ditunjukkan Nabi Muhammad dalam mentadbir negara berbilang bangsa, wajar dicontohi untuk memupuk perpaduan rakyat. |
| Jerman gesa Eropah pertahan kebebasan, demokrasi Posted: 09 Nov 2019 06:14 AM PST BERLIN: Canselor Jerman, Angela Merkel hari ini, menggesa Eropah berusaha mempertahankan demokrasi dan kebebasan yang dimiliki, ketika Jerman menyambut ulang tahun ke-30 peristiwa runtuhan Tembok Berlin. |
| Posted: 09 Nov 2019 06:04 AM PST KUALA LUMPUR: Rakaman video memaparkan usaha sekumpulan lelaki menyelamatkan seekor penyu yang terperangkap pada gumpalan jerutan jaring di Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah, Pulau Pinang baru-baru ini, adalah antara bukti betapa 'pukat hantu' menggugat hidupan marin di perairan negara ini. |
| Pemilik syarikat arah pembunuhan wartawan aktivis ditahan Posted: 09 Nov 2019 05:47 AM PST JAKARTA: Seorang eksekutif minyak sawit ditahan selepas disyaki terbabit mengarahkan pembunuhan dua wartawan aktivis yang menjadi orang tengah dalam isu perebutan tanah antara syarikat miliknya bersama penduduk setempat, kata polis hari ini. |
| Mangsa banjir meningkat kepada 103 orang Posted: 09 Nov 2019 05:42 AM PST BEAUFORT: Jumlah mangsa banjir di Membakut, di sini meningkat kepada 103 orang berbanding 97 orang sebelum ini. |
| Kejutan terakhir buat hari jadi ibu Posted: 09 Nov 2019 05:38 AM PST BUKIT BERUNTUNG: "Memang tidak sangka kejutan hari jadi saya sempena Maulidur Rasul kali ini cukup tragis dan memilukan," kata Zahaani Mat, 42, ibu kepada remaja perempuan, Nurul Insyirah Ab Aliyasak, 14, yang maut dalam kemalangan di Kilometer 383 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), di sini. |
| NCIG bakal hentikan operasi di Malaysia Posted: 09 Nov 2019 05:31 AM PST SERI KEMBANGAN: Syarikat pengeluar rokok elektronik tempatan, NCIG (Malaysia) Sdn Bhd (NCIG) yang beroperasi sejak Januari lalu, bakal menghentikan operasinya di negara ini dalam tempoh terdekat. |
| Bangladesh, India pindah 450,000 penduduk elak Taufan Bulbul Posted: 09 Nov 2019 05:28 AM PST MOUSOUNI ISLAND: Pihak berkuasa India dan Bangladesh hari ini mengarahkan lebih 450,000 penduduk berpindah dari perkampungan berhampiran persisiran pantai dan pulau kerana Taufan Bulbul sedang menuju ke pantai Teluk Benggala. |
| Guru hamil 37 minggu cedera ditikam suami Posted: 08 Nov 2019 09:45 PM PST PUTRAJAYA: Seorang guru wanita yang hamil 37 minggu cedera di beberapa bahagian badan selepas ditikam suaminya di kediaman pasangan berkenaan di sini, semalam. |
| Aktres Perancis dakwa diperkosa Roman Polanski 44 tahun lalu Posted: 09 Nov 2019 05:20 AM PST PARIS: Aktres Perancis, Valentine Monnier mendakwa dirinya menjadi mangsa rogol pengarah terkemuka, Roman Polanski di sebuah chalet ketika berusia 18 tahun. |
| Pakar undang-undang syariah penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Posted: 08 Nov 2019 08:02 PM PST KUALA LUMPUR: Pakar perundangan syariah, Datuk Daud Muhammad, hari ini dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019. |
| Ribuan rakyat Jepun hadiri festival di Istana Imperial Posted: 09 Nov 2019 05:12 AM PST TOKYO: Ribuan penduduk berkumpul di Plaza Istana Imperial di sini, hari ini, bagi menghadiri festival bersempena pertabalan Maharaja Naruhito dan acara itu turut disiarkan secara langsung ke seluruh negara. |
| Cari titik persamaan untuk jadi negara Islam contoh Posted: 08 Nov 2019 07:53 PM PST KUALA LUMPUR: Ummah seharusnya mencari titik persamaan supaya Malaysia menjadi negara Islam contoh yang menjunjung erti kesatuan dan perpaduan dalam kalangan rakyatnya. |
| Sumbangan keselamatan institusi tahfiz kriteria pemilihan Lee Lam Thye Posted: 09 Nov 2019 05:06 AM PST KUALA LUMPUR: Sumbangan aktivis sosial, Tan Sri Lee Lam Thye tanpa mengira perbezaan kaum dan agama termasuk dalam konteks keselamatan di institusi tahfiz menjadi antara kriteria pemilihannya sebagai penerima Anugerah Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1441H/2019M. |
| Banglo mewah pusat judi dalam talian diserbu Posted: 09 Nov 2019 04:48 AM PST AMPANG JAYA: Sebuah banglo mewah di Jalan Kasawari, di sini diserbu petang tadi selepas disyaki dijadikan pusat operasi kegiatan perjudian dalam talian didalangi sindiket antarabangsa. |
| 15 hospital kerajaan guna pendekatan perubatan tradisional Posted: 09 Nov 2019 04:46 AM PST KUALA SELANGOR: Sebanyak 15 hospital kerajaan di seluruh negara kini menggunakan kaedah perubatan tradisional dan komplementari (PTK) sejak akta itu diluluskan tiga tahun lalu. |
| Mbappe terlalu mahal untuk Liverpool - Klopp Posted: 09 Nov 2019 04:42 AM PST LONDON: Bintang Perancis, Kylian Mbappe tidak berada dalam lingkungan harga Liverpool, kata pengurus kelab pendahulu Liga Perdana itu, Jurgen Klopp yang juga meminati pemain itu sejak dulu. |
| Aaron-Wooi Yik kandas di Terbuka China Posted: 09 Nov 2019 04:41 AM PST KUALA LUMPUR: Beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terpaksa menunggu sekurang-kurangnya seminggu lagi untuk mendapat satu lagi peluang menamatkan penantian mereka merangkul gelaran pertama di pentas antarabangsa. |
| Penunggang basikal maut digilis lori Posted: 09 Nov 2019 04:07 AM PST KUALA LUMPUR: Seorang penunggang basikal maut selepas digilis sebuah lori ketika dalam perjalanan pulang dari beriadah di Batu 10, Jalan Gombak Lama, Gombak, pagi tadi. |
| Ketabahan Rasulullah beri semangat pendakwah Orang Asli Posted: 09 Nov 2019 03:52 AM PST IPOH: Ketabahan Rasulullah SAW ketika berdakwah menjadi sumber kekuatan dan pedoman kepada Arifin Long Chor hingga berjaya menarik lebih 200 keluarga daripada empat perkampungan Orang Asli di Sungai Siput memeluk Islam. |
| Hockademy sedia latih pemain ke tahap tertinggi Posted: 09 Nov 2019 03:50 AM PST KUALA LUMPUR: Sedar dengan kelompongan dalam sistem pembangunan hoki, Hockademy tampil dengan inisiatif baharu untuk menyediakan platform terbaik buat pemain ke tahap tertinggi. |
| Syed Saddiq berang isu gimnas Terengganu Posted: 09 Nov 2019 03:49 AM PST KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak teragak agak untuk mengambil alih Majlis Sukan Negeri (MSN) Terengganu susulan dakwaan atlet gimnas negeri itu disekat daripada menyertai pertandingan. |
| JDT diramal dominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019 Posted: 09 Nov 2019 03:39 AM PST KUALA LUMPUR: Kejayaan menjulang tiga piala musim ini meletakkan Johor Darul Ta'zim (JDT) selaku kelab pilihan untuk terus mendominasi Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2019. |
| Gunakan seni, kartun semai cinta kepada Nabi Posted: 09 Nov 2019 03:38 AM PST MELENTUR buluh biarlah daripada rebung menjadi falsafah penting dalam pendidikan termasuk mewujudkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW. |
| Latihan simulasi banjir tingkat kecekapan penyelamat Posted: 09 Nov 2019 03:37 AM PST MUSIM Monsun Timur Laut antara November hingga Mac setiap tahun membawa hujan lebat, terutama di negeri-negeri Pantai Timur iaitu Terengganu, Kelantan dan Pahang. |
| PST, DSU juara Varsiti Boat Race 2019 Posted: 09 Nov 2019 03:35 AM PST PUTRAJAYA: Pasukan mendayung Pusat Sukan Tumpuan (PST) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menjuarai kategori lelaki lapan berpasukan antarabangsa Varsity Boat Race 2019 Kali ke-14 di Kompleks Sukan Air Presint 6, di sini, hari ini. |
| 'Suami saya kemurungan' Posted: 09 Nov 2019 03:25 AM PST PUTRAJAYA: "Suami saya mengalami masalah kemurungan kerana tekanan kerja dan keperluan untuk menguruskan masa bagi menghantar dan mengambil anak di sekolah," kata seorang guru yang menjadi mangsa tikaman suaminya di sini, semalam. |
| You are subscribed to email updates from BH Online - Terkini. To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google, 1600 Amphitheatre Parkway, Mountain View, CA 94043, United States | |


















0 comments:
Post a Comment