Saturday, December 14, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


JKR Johor diminta kenal pasti laluan terjejas akibat banjir

Posted: 14 Dec 2019 08:11 AM PST

JOHOR BAHRU: Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta mengumpul data dan mengenal pasti jalan yang terjejas akibat bencana banjir di Johor.

Kontraktor disyaki abai prosedur operasi

Posted: 14 Dec 2019 07:42 AM PST

KUALA LUMPUR: Kontraktor pembinaan kondominium dekat Bandar Baru Sentul di sini, disyaki gagal mematuhi prosedur operasi (SOP) pengendalian kren di tapak projek terbabit, menyebabkan ia tumbang menghempap kediaman dan kenderaan berdekatan, petang kelmarin.

Banjir kian buruk di Johor, mangsa melonjak 3,319 orang

Posted: 14 Dec 2019 03:52 AM PST

JOHOR BAHRU: Mangsa terkini banjir di Johor meningkat kepada 3,319 orang dengan pusat pemindahan sementara (PPS) bertambah menjadi 49 setakat jam 11 malam ini.

Angin kuat, banjir di Perancis ragut nyawa

Posted: 14 Dec 2019 07:08 AM PST

PEYREHORADE: Sejumlah 14 kawasan di barat daya Perancis, wilayah Alps dan pulau Corsica, Mediterranean berada dalam keadaan berjaga-jaga hari ini, susulan angin kuat dan banjir menyebabkan bekalan elektrik di 60,000 kediaman terputus.

Singapura arah pembangkang betulkan tulisan media sosial guna akta berita palsu

Posted: 14 Dec 2019 07:07 AM PST

SINGAPURA: Kerajaan Singapura menggunakan undang-undang berita palsu hari ini untuk mengarahkan sebuah parti pembangkang membuat pembetulan dalam dua tulisan media sosial dan satu artikel di laman webnya mengenai pekerjaan tempatan, kenyataan rasmi menunjukkan.

Dr Zaiton Yahaya penerima Anugerah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali

Posted: 14 Dec 2019 07:11 AM PST

KUALA LUMPUR: Pakar Perubatan Keluarga dan Pengasas Persatuan Kesedaran AIDS Sabah (SAGA), Dr Zaiton Yahaya, dipilih sebagai penerima Anugerah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali 2019.

Salah hukum Watford

Posted: 14 Dec 2019 07:03 AM PST

LIVERPOOL: Liverpool mencipta jurang 11 mata di persada Liga Perdana hasil dua jaringan Mohamed Salah namun pasukan itu juga harus berterima kasih kepada Watford yang mempersia-siakan beberapa peluang terbaik sebelum tewas 2-0 di Anfield.

Tak sempat ambil alih tapak Highland Towers akhir tahun ini

Posted: 14 Dec 2019 06:55 AM PST

KLANG: Pengambilalihan tapak tanah bangunan Highland Towers di Hulu Klang, tidak boleh diselesaikan sebelum akhir tahun ini.

Yart-Yamaha juara 'Sepang 8 Hours'

Posted: 14 Dec 2019 06:23 AM PST

SEPANG: Pasukan Yart-Yamaha bergelar juara perlumbaan Kejuaraan Endurance Dunia (EWC) atau dikenali sebagai 'Sepang 8 Hours' berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.

Taun punca 27,000 babi mati di Sumatera Utara

Posted: 14 Dec 2019 06:05 AM PST

MEDAN: Lebih 27,000 babi mati akibat epidemik taun yang menjejaskan Indonesia dengan ribuan lagi ternakan berisiko, kata seorang pegawai kebajikan haiwan.

Raja Permaisuri Agong berkenan melawat Muzium British

Posted: 14 Dec 2019 05:48 AM PST

LONDON: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan melawat Muzium British, muzium awam kebangsaan pertama di dunia, hari ini.

Kapal karam tanpa nombor pendaftaran ditemui

Posted: 14 Dec 2019 05:44 AM PST

KUCHING: Sebuah kapal karam tanpa nombor pendaftaran, ditemui berdekatan Pulau Satang, di sini, hari ini.

Ajal tertimbus tanah

Posted: 14 Dec 2019 05:39 AM PST

KUALA NERUS: Seorang lelaki maut tertimbus tanah di Bukit Berangan, Kampung Pulau Baru, di sini, hari ini.

Pemimpin Islam bersatu bincang isu semasa di Sidang Kemuncak Kuala Lumpur - PM

Posted: 14 Dec 2019 01:30 AM PST

KUALA LUMPUR: Pelbagai situasi semasa mengenai umat Islam termasuk 'Islamophobia' dan keganasan akan dibincangkan oleh pemimpin Islam pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur (KL Summit) 2019, minggu depan.

Ajal tergelincir sungai

Posted: 14 Dec 2019 05:28 AM PST

DUNGUN: Keinginan seorang pelajar mahu melihat keindahan Sungai Paka berakhir tragedi selepas dia ditemui lemas di Muara Sungai Kampung Tebing Tembah, Paka, di sini, hari ini.

Cadang bina terowong, jejambat atasi laluan runtuh di Ranau

Posted: 14 Dec 2019 05:20 AM PST

PAPAR: Pembinaan terowong atau jejambat bagi merentasi laluan di kawasan berbukit dicadang antara pendekatan baharu bagi mengelak ancaman kerosakan jalan raya disebabkan tanah runtuh terutama di laluan berbukit seperti di Kundasang.

Kerajaan Sabah akan bentang RUU tubuh suruhanjaya tenaga peringkat negeri

Posted: 14 Dec 2019 05:18 AM PST

PAPAR: Kerajaan negeri akan membentangkan satu rang undang-undang (RUU) baharu berkaitan penubuhan sebuah suruhanjaya tenaga bagi mengurus tadbir bekalan gas dan elektrik di Sabah.

Korban gunung berapi New Zealand meningkat 15 orang

Posted: 14 Dec 2019 05:18 AM PST

WELLINGTON: Penyelam New Zealand melakukan pencarian di perairan tercemar berhampiran pulau gunung berapi White Island untuk dua lagi baki mayat, hari ini, ketika jumlah kematian akibat letusan baru-baru ini melonjak kepada 15 orang, kata polis.

Rumah ibadat disaran jadi pusat sokongan komuniti

Posted: 14 Dec 2019 05:08 AM PST

KUALA LUMPUR: Rumah ibadat wajar dijadikan pusat sokongan komuniti bagi membantu mereka yang memerlukan, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Hannah Yeoh.

140,766.49 kg daun ketum dirampas bagi tempoh Januari hingga November

Posted: 14 Dec 2019 05:05 AM PST

JEMPOL: Polis merampas 140,766 kilogram (kg) daun ketum dianggarkan bernilai RM4 juta dalam tempoh 11 bulan pertama tahun ini, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd.

Banjir di Rompin, lima PPS dibuka

Posted: 14 Dec 2019 05:03 AM PST

ROMPIN: Seramai 144 mangsa daripada 36 keluarga di sini, dipindahkan ke lima pusat pemindahan sementara (PPS) petang tadi, selepas hujan lebat selama beberapa jam mengakibatkan banjir.

Megat D Shahriman presiden baharu MPM

Posted: 14 Dec 2019 05:03 AM PST

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang baharu, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin bersedia melepaskan jawatan lain disandangnya ketika ini untuk memberi fokus sepenuhnya kepada MPM.

Kurang pengetahuan punca pekebun di Perak tidak dapat MSPO

Posted: 14 Dec 2019 04:58 AM PST

IPOH: Kurang pengetahuan mengenai Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) antara punca ramai pekebun kecil persendirian di Perak belum mendapatkan pensijilan itu.

Lepaskan jawatan selepas masalah lama selesai - PM

Posted: 14 Dec 2019 04:55 AM PST

DOHA: Tun Dr Mahathir Mohamad akan melepaskan jawatan perdana menteri selepas menyelesaikan masalah yang ditinggalkan kerajaan terdahulu.

Alif bakal dikebumi berhampiran pusara bapa

Posted: 14 Dec 2019 02:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Jenazah anak penyanyi Nora Ariffin, Alif Johan, 20, yang meninggal dunia pagi tadi akan dikebumikan berhampiran pusara ayahnya, Allahyarham Johan Nawawi, esok.

Omar al-Bashir dipenjara 2 tahun

Posted: 14 Dec 2019 04:51 AM PST

DARFUR: Mahkamah Sesyen Sudan mensabitkan bekas presiden, Omar al-Bashir atas kesalahan rasuah dan menjatuhkan hukuman penjara dua tahun di pusat pemulihan hari ini, dalam keputusan pertama terhadap kes pemimpin yang digulingkan menerusi rusuhan besar-besaran itu.

Azizulhasni cedera dalam saingan di Brisbane

Posted: 14 Dec 2019 03:59 AM PST

KUALA LUMPUR: Persiapan jaguh berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang ke Sukan Olimpik 2020 Tokyo tergendala apabila sandaran emas negara itu mengalami kecederaan selepas terbabit dalam insiden kemalangan pada siri Piala Dunia di Brisbane, Australia hari ini.

90 penghuni hilang tempat tinggal rumah panjang terbakar

Posted: 14 Dec 2019 03:43 AM PST

SIBU: Kira-kira 90 penghuni rumah panjang di Jalan Teku-Pasai Siong, dekat sini, hilang tempat tinggal apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran, hari ini.

3 maut, letupan bom di Nepal

Posted: 14 Dec 2019 03:34 AM PST

KATHMANDU: Tiga termasuk seorang pegawai polis maut apabila sebutir bom meletup di selatan Nepal awal hari ini.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template