Sunday, December 15, 2019

BH Online - Terkini

BH Online - Terkini


Wann, Noorshila Amin tersingkir

Posted: 15 Dec 2019 08:25 AM PST

SHAH ALAM: Impian dua penyanyi era 1980-an, Wann dan Noorshila Amin untuk mara ke pentas akhir musim keenam Gegar Vaganza (GV6) musnah apabila tersingkir pada peringkat separuh akhir program realiti itu, malam tadi.

Vertonghen pastikan kemenangan Spurs

Posted: 15 Dec 2019 08:21 AM PST

LONDON: Jaringan pemain sayap, Lucas Moura dan tandukan lewat permainan pertahanan, Jan Vertonghen menyaksikan kemenangan 2-1 Tottenham Hotspur mengatasi Wolverhampton Wanderers dalam Liga Perdana di Stadium Molineux sebentar tadi.

Greenwood selamatkan Man United

Posted: 15 Dec 2019 08:17 AM PST

MANCHESTER, England: Pemain remaja, Mason Greenwood meneruskan rentak cemerlang apabila meledak gol penyamaan lewat permainan buat Manchester United ketika seri 1-1 dalam saingan Liga Perdana di laman sendiri berdepan Everton sebentar tadi selepas jaringan sendiri Victor Lindelof meletakkan pelawat di depan.

Mentor Milenia 2019 milik Apex

Posted: 15 Dec 2019 08:12 AM PST

SHAH ALAM: Protege Hazama, Apex Tajudin menepati ramalan apabila muncul juara program realiti, Mentor Milenia 2019 yang disiarkan secara langsung oleh TV3 dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, sebentar tadi.

Bah di Johor kian meruncing, hampir 10,000 mangsa di PPS

Posted: 15 Dec 2019 08:03 AM PST

JOHOR BAHRU: Banjir di Johor terus meruncing apabila jumlah mangsa di sembilan daerah terjejas melonjak kepada 9,403 orang dengan 83 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka, setakat 9.30 malam ini.

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Posted: 15 Dec 2019 07:59 AM PST

LONDON: Berikut keputusan Liga Perdana Inggeris berakhir sebentar tadi:

Michelisz juara keseluruhan WTCR 2019

Posted: 15 Dec 2019 07:54 AM PST

SEPANG: Pemandu BRC Hyundai N Squadra Corse, Norbert Michelisz diangkat sebagai juara keseluruhan Kejuaraan Piala Touring Car Dunia (WTCR) yang melabuhkan tirainya secara rasmi Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sebentar tadi.

Suami temui isteri tidak bernyawa di tali air

Posted: 15 Dec 2019 07:51 AM PST

TUMPAT: Kebimbangan seorang suami selepas mendapati isterinya tidak pulang semalaman terjawab dengan penemuan mayat wanita itu terapung di tali air di Kampung Mesira Kepulau di sini, petang tadi.

Gara-gara Ozil bela Uighur,TV China batal siar perlawanan Arsenal

Posted: 15 Dec 2019 07:34 AM PST

BEIJING: Stesen penyiaran kerajaan China, CCTV menarik balik siaran langsung perlawanan antara Arsenal dan Manchester City daripada programnya, selepas pemain tengah Arsenal, Mesut Ozil menyuarakan sokongan terhadap etnik Uighur di Xinjiang.

Gedung perabot digenangi air

Posted: 15 Dec 2019 07:23 AM PST

KUALA LUMPUR: Aras bawah tanah sebuah gedung beli-belah perabot terkemuka di Jalan Cochrane, di sini, digenangi air sedalam 0.1 meter akibat hujan lebat, petang tadi.

Bas dihanyut air banjir

Posted: 15 Dec 2019 05:03 AM PST

KOTA TINGGI: Sebuah bas ekspres yang melalui Jalan Kota Tinggi-Mersing  berhampiran Batu 18, dihanyutkan air dalam kejadian awal pagi tadi.

'Bedah siasat anak tiada petunjuk pelik'

Posted: 14 Dec 2019 11:28 PM PST

PETALING JAYA: Penyanyi Nora menjelaskan hasil bedah siasat terhadap anaknya, Allahyarham Muhammad Syakir Alif Johan, 20, yang menemui ajal secara mengejut, pagi semalam, tidak memberi petunjuk pelik sebagai punca kematian.

AS bakal undur 4,000 askar dari Afghanistan

Posted: 15 Dec 2019 06:40 AM PST

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump mengumumkan rancangan mengundurkan kira-kira 4,000 askar Amerika Syarikat (AS) dari Afghanistan seawal minggu ini, lapor media negara itu.

Hafizh, Mitchell cemerlang di Sepang

Posted: 15 Dec 2019 05:41 AM PST

SEPANG: Kejuaraan Piala Touring Car Dunia (WTCR) di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) menyaksikan dua wakil negara yang beraksi menerusi tiket wildcard, Hafizh Syahrin Abdullah dan Mitchell Cheah menamatkan perlumbaan dengan cemerlang.

Empat kerbau diselamatkan di Segamat

Posted: 15 Dec 2019 05:21 AM PST

SEGAMAT: Empat ekor kerbau yang terperangkap akibat banjir di sebuah padang ragut di Kampung Genuang di sini berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Bandar Baru, Segamat, hari ini.

Kabinet setuju penubuhan Majlis Media Malaysia - Eddin Syazlee

Posted: 15 Dec 2019 05:14 AM PST

KUALA PILAH: Kabinet baru-baru ini secara dasar bersetuju dengan penubuhan Majlis Media Malaysia (MMC), kata Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee Shith.

Brexit dibentangkan semula di Parlimen sebelum Krismas

Posted: 15 Dec 2019 05:00 AM PST

LONDON: Perdana Menteri Britain, Boris Johnson berhasrat membentangkan semula rang undang-undang Brexit kepada Parlimen negara itu, sebelum Krismas tahun ini.

Banjir Johor: Bencana makin buruk, jumlah mangsa melonjak 5,592

Posted: 15 Dec 2019 05:08 AM PST

JOHOR BAHRU: Banjir di Johor semakin membimbangkan apabila jumlah mangsa di sembilan daerah terjejas melonjak kepada 5,592 orang dengan 63 pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka setakat 7 petang tadi.

6 maut, bantahan undang-undang kerakyatan India

Posted: 15 Dec 2019 05:05 AM PST

GUWAHATI: Angka maut akibat bantahan ganas di timur laut India menentang undang-undang kerakyatan kontroversi meningkat kepada enam orang, kata pihak berkuasa hari ini ketika pihak berkuasa mengekalkan sekatan internet dan perintah berkurung bagi membendung rusuhan.

Peng Soon cemas

Posted: 15 Dec 2019 04:52 AM PST

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara, Chan Peng Soon mengalami situasi seakan lumpuh di bahagian mukanya.

Banjir: Mersing jadi 'pekan koboi' kerana terputus hubungan

Posted: 15 Dec 2019 04:05 AM PST

MERSING: Bandar Mersing yang seringkali menjadi tumpuan pelancong pada hujung minggu tidak ubah seperti 'pekan koboi' hari ini selepas terputus hubungan dengan daerah lain ekoran bencana banjir yang melanda daerah itu sejak semalam.

14 maut bas terjunam dalam gaung di Nepal

Posted: 15 Dec 2019 03:50 AM PST

KATHMANDU: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas sebuah bas membawa rombongan terbabas dari jalan raya sebelum bergolek ke lereng curam, di tengah Nepal, hari ini, kata seorang pegawai dalam kemalangan maut terbaru di wilayah Himalaya itu.

Corbyn mohon maaf kekalahan Buruh, mungkin berundur 2020

Posted: 15 Dec 2019 04:23 AM PST

LONDON: Pemimpin pembangkang utama Britain, Jeremy Corbyn memohon maaf kepada penyokongnya hari ini kerana mengemudi kekalahan terburuk Buruh sejak sebelum Perang Dunia Kedua.

Amaran hujan lebat berterusan di Pahang, Johor, Negeri Sembilan, Melaka

Posted: 15 Dec 2019 04:22 AM PST

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan notis amaran cuaca buruk dengan hujan lebat di beberapa kawasan di Pahang dan Johor yang diramal berterusan sehingga Selasa ini.

Amaran ribut petir landa 23 kawasan malam ini

Posted: 15 Dec 2019 04:21 AM PST

KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya 23 kawasan di enam negeri dijangka dilanda ribut petir malam ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Beribu PATI rebut peluang B4G

Posted: 15 Dec 2019 02:03 AM PST

PUTRAJAYA: Rata-rata warga asing dan pendatang asing tanpa izin (PATI) mengakui program 'Back For Good' (B4G) Jabatan Imigresen Malaysia membuka peluang kepada mereka untuk pulang ke negara masing-masing tanpa dikenakan hukuman.

<img src="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png" srcset="https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus.png 1x, https://assets.bharian.com.my/sites/all/themes/custom/bh_v2/images/bhplus%402x.png 2x" alt="BHPLUS"> Lambakan graduan pergigian

Posted: 15 Dec 2019 04:00 AM PST

KUALA LUMPUR: Pengajian bidang pergigian bukan mudah untuk ditempuh, selain syarat kelayakan ketat dengan kos yuran tinggi, kini kesukaran semakin bertambah apabila graduan sukar mendapat tempat untuk menjalani latihan Program Pegawai Pergigian Baharu (NDOP) sebelum layak bergelar doktor gigi.

&#039;Kantoi&#039; bawa 16 guni ketum selepas terbabas

Posted: 15 Dec 2019 04:00 AM PST

REMBAU: Polis menahan dua lelaki selepas menemui 16 guni berisi daun ketum dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terbabas dan merempuh sebuah kedai di Jalan Pedas-Kundur di sini, hari ini.

Perlu pinda Akta Keselamatan da Kesihatan Pekerjaan 1994

Posted: 15 Dec 2019 03:59 AM PST

MUAR: Kerajaan perlu membuat pindaan terhadap Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 yang bertujuan menjadikan pihak pemaju turut bertanggungjawab terhadap kes kemalangan di tapak pembinaan.

0 comments:

Blog Widget by LinkWithin
 

Mungkin anda ingin baca

Komen-komen Teman

Sila Melanggan

Nama:
E-mel:

Feed Kami

Entahlah Labu.......... Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template